Bab 1

Family Series 2799

Hidayah bangun awal. Dia membersihkan diri dan solat subuh. Dia menghidupkan telefon. Dia hanya mengeluh perlahan bila melihat nama Wawa tertera. ' kenapa kau buat aku begini, wa?' dia menangis lagi.

" Dayah, sarapan jom. Nanti lambat pula pergi kerja."
" coming kak."

" Mai dah bangunkan Dayah." Amir bersuara lembut terhadap isterinya itu. Humairah hanya mengangguk perlahan. " Abang minta maaf."
" saya yang patut minta maaf pada abang. Tak patut saya berkasar dengan abang. Saya tak dapat control diri saya bila abang sebut pasal benda tu." Humairah menyapu air mata yang mula keluar.
" Abang yang tak faham isteri abang." Amir bangun dari duduknya dan mengusap perlahan ubun - ubun isterinya dengan lembut. ' Moga awak terima saya, mai'. dia sempat berdoa dalam hati.

" Abang mana, kak?" Humairah tersedar dari lamunannya.
" Dia dah pergi kerja." Humairah hairan melihat penampilan adik iparnya ini. " kenapa belum bersiap?" Tanya Humairah pelik.
" Hari ni dayah cuti. Takda mood nak pergi butik." Hidayah senyum manis kepada Humairah.
" eloklah tu. Nanti akak bagi list barang. Dayah beli ya, nak sedekah kan kat masjid. Lagipun malam ni ada tazkirah dari ustaz naim."
" ustaz naim? siapa tu? dayah tak pernah dengar pula."
" Entah. tu pun kak nora wasap akak tadi pagi. Dia kata ustaz tu baru pulang dari mesir." Hidayah hanya berdiam tanda tak berminat.

Bunyi deringan telefon rumah menganggu lena Hidayah. Dia mengosok2 matanya.
" hello?"
" Dayah?"
" Siapa ni?"
" Ya Allah budak bertuah ni. Ini akak lah. Dayah tidur ehh. Sedar cepat, beli barang yang akak suruh tu. Nanti tak sempat nak masak."
" Sorry, kak. Macamlah akak tak tahu habit Dayah kn. Eheh. kat mana akak simpan list tu?"
" Ye la awak Dayah. Kat meja Makan tu."
Hidayah melihat jam di dinding menunjukkan pukul 12 lebih. ' Allah.. memang aku ni lalai lah.' Dia terus berlari masuk ke bilik dan membersihkan diri dan bersiap ringkas.

" Mana pulak kunci kereta ni?" Dia menyelongkar lacinya. " Kat mana ye?" Dia duduk untuk menyelongkar memori² kelmarin. Baru dia teringat dia letak kat dalam begnya. ' teruk tu la.' Dia mengutuk dirinya sendiri.

Dia berhenti di depan supermarket dan terus menarik nafas dalam². ' Moga, semuanya baik² saja.' Dia turun dari kereta selepas memarkingkan keretanya.
Hidayah cuba untuk mengambil minyak masak tapi terlalu tinggi. ' kenapa lah durang letak atas² ni.' Dia geram sendiri. Dia cuba lagi tapi gagal.
" Biar saya tolong, cik." Suara asing menganggu fokusnya.
" Tak pa saya boleh."
" Biarlah saya tolong, saya pun nak beli minyak masak juga." Dia mengeluh kasar dan terus memandang suara asing itu. Dia kebelakang perlahan.
" Lain kali kalau tak boleh minta tolong." Lelaki asing itu memberi kata nasihat sebelum pergi. Hidayah hanya tergamam, tak sangka dia kena ' serang ' duluan. " Sama², cik." Sekali lagi.
" Kurang asam punya orang. Tak pe. hari ni hari kau, esok pulak hari aku." Dia terus menyambung mencari barang yang belum ada. ' Tapi, macam kenal lah.' Dia cuba berpikir kembali, tapi tidak berjaya. " Whateverlah. ' Setelah selesai memberi barang² dia terus pulang ke rumah untuk bersolat Zuhur.

" Assalamualaikum.." Amir memberi salam sambil mengetuk² pintu rumahnya. ' Mana pula budak bertuah ni, kunci pula lupa nak bawa tadi.' Dia membunyikan loceng lagi. Setelah kepenatan dia terus menghubungi isterinya.
" Kenapa?"
" Mai kat mana ni?"
" on the way. kenapa?"
" Dayah pergi butik ka? tapi kereta dia ada pula. Abang dah bagi salam, tekan loceng ketuk pintu. Tapi dia tak buka pintu pun."
" Dia tertidur kot. Abang tak bawa kunci ka?"
" Abang terlupa."
" Sama ja abang dengan adik abang tu. Dua² lalai. Mai dah dekat ni. Tunggu kejap."
" ye la. Assalamualaikum."
" Waalaikummussalam."
Selepas mematikan panggilan Amir cuba untuk mengetuk pintu lagi tapi sama jak. ' pengsan ka apa budak ni?' Dia duduk kat kerusi luar rumahnya menunggu humairah.

Humairah sampai dalam beberapa minit, dia turun dari kereta dan membuka pintu rumah mereka. ' Sahlah budak ni tidur.' Dia tengok kat atas meja makan ada barang² yang dia suruh beli tadi. Dia buka pintu bilik Hidayah, kelihatan hidayah tidur selepas solat Asar. Kerana dia masih bertelekung. ' Bila lah awak nak kahwin ni Dayah?' Dia teringat mama mertuanya menyuruh dia untuk menasihati hidayah.

" Boleh abang tolong?" Amir kesian melihat isterinya bertungkus lumus menyediakan makanan untuk mereka.
" Tak palah." Humairah menolak lembut. Dia juga kasian kepada suaminya penat bekerja.
" Mana dayah?"
" Dayah tidur, bang."
" Bertuah punya budak." Amir baru hendak pergi ke bilik adiknya itu tapi di tahan oleh isterinya.
" Tak pa. Beri dia masa. Abang tahu kan kalau dia tidur tu maknanya banyak benda menganggu pikiran dia." Ya, itulah Adik kesayangannya. Bila terlalu stress dia kan tidur. " Abang." Suara isterinya menghentikan lamunannya.
" kenpa?"
" Tadi mak abang call saya."
" Mak tanya apa? anak lagi?"
" taklah. Dia suruh Mai nasihatkan Dayah untuk kahwin."
" Awak tahu kan dayah tak suka?"
" Saya tahu, bang. tapi.. dua suruh dayah cari calon atau dia akan terima pinangan dari Azlan." Amir terkejut mendengar berita itu. Dulu Maknya pun pernah nak rancang kahwinkan dia dengan kaka azlan. Tapi dia menolak sehingga dia terjumpa wanita di depannya.

Hidayah mendengar semua perbualan kaka dan abangnya. Rasa kecewa makin menusuk² dalam hatinya. ' mak.. kenapa buat dayah macam ni?' Dia tidak dapat menahan perasaanya. Dia terduduk dan menangis sekuat hatinya untuk melepaskan kesakitan ini.

" Bang, suara dayah ka tu?" Humairah pula panik bila terdengar suara hidayah menangis. Amir terus berlari mencari arah suara itu.
" Dayah... tenang" Dia cuba memujuk Adiknya.
" Kenapa, bang. Azlan tu pernah ugur dayah dulu sebab abang dah malukan keluarga dia."
" Tenang dulu. nanti kita bincang." Humairah hanya melihat dari jauh. Dia bersimpati kepada suami dan adik iparnya itu. Amir cuba untuk membangunkan adiknya, dia melap air mata hidayah. dia sangat kesal dengan mak mereka. Selepas beberapa langkah hidayah jatuh pengsan. Humairah datang menolong suaminya itu.

" Dayah, bangun." Humairah membangunkan hidayah kerana nak maghrib. Dayah mula membukakan matanya. "Dayah nak ikut akak pi masjid?" Manatau Bila pi masjid hati hidayah akan jauh lebih tenang.
" Pukul berapa ni?"
" dah nak maghrib ni dayah."
" Akak boleh tunggu dayah. Dayah nak mandi dulu."
" Boleh. Cepat ye, abang amir dan akak tnggu kat depan." Hidayah segera bersiap dan menyarungkan telekungnya. Dia sempat membawa buku nota sebelum keluar dari bililnya.

Di dalam kereta mereka bertiga sibuk dengan hal sendiri. Amir memerhati hidayah melalui cermin. Dia mengeluh kecil. Hidayah hanya termenung sepanjang perjalanan. ' Moga adik tabah dengan semua ni.' Doa abangnya dalam hati.

" Dayah, tolong ambil bekas makanan kat belakang ni." Arah abangnya. Dayah hanya mengangguk.
" Assalamualaikum, ustaz."
" waalaikummussalam. Tak payah nak ustaz² sangatlah, mir." Mereka berdua berpelukan. Hidayah melihat lelaki itu. ' macam kenal.' Dia memerhati lelaki itu lagi. ' Ya Allah lelaki ni. Dia ka yang bagi ceramah. ' Hidayah terus meletakkan bekas itu di atas meja dan pergi ke tempat jemaah wanita.
" Isteri kau ka?" Kata Naim perlahan. Humairah baru tiba ketika itu.
" Mana hidayah, bang." Kata Humairah
" Tadi tu adik aku? kenalkah? Ni isteri aku, humairah. Hidayah dah masuk ke dalam masjid."
" Tadi aku ada jumpa dia kat supermarket." Naim menerangkan kepada Amir.
" Jomlah masuk." Amir mepelawa Naim masuk.

Setelah selesai bersolat. Tiba masanya ustaz naim untuk memberi tazkirah. Tirai yang menjadi memisah jemaah lelaki dan perempuan telah pun dibuka. Hidayah masih lagi mengelamun.

" Cinta ni bukan hanya pada manusia. Pada Allah dan Rasul itu utama." Kata ustaz naim membuatkan hidayah tersedar. Kata² itu bagaikan masuk ke dalam hatinya.
Dia terus menuliskan ayat itu di buku notanya. Dan setelah selesai solat isyak mereka menjamu selera. Mereka bertiga pulang ke rumah dengan keadaan yang seperti tadi.

Sesampai di rumah Hidayah terus masuk ke dalam bilik. Dia terus melelapkan mata. Malas memikirkan tentang masalah²nya.

" Dia dah tidur?" Humairah hanya mengangguk. " Abang baru nak bincang."
" bagi dia masa, bang. Nanti bila dia dah tenang kita bincang." humairah duduk di sisi suaminya. Dia memberikan senyuman ikhlas kepada Amir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience