SST - 31

Romance Completed 72474

"Abang ada apa apa dengan Mia tu ke?" Soal Najemie terus menghampiri Hariz yang sedang duduk di ruang tamu.

"Mia tu urusan abang atau urusan Najmi?"

"Naj tanya elok elok tau. Bukannya Naj nak heboh heboh. Tapi atleast bagitahu Naj siapa dia sebenarnya. Takdelah Naj fikir bukan bukan." Ulas Najemie.

"Najmi nak dia macam mana dengan abang?" Soal Hariz memandang tepat ke wajah Najemie.

"Naj harap tak lebih dari apa yang Naj sangkakan." Ucap gadis itu.

"Kalau lebih dari sangkaan Najmi apa akan jadi?"

"Naj boleh buat apa yang Naj suka kan? Jadi Naj boleh main game ni. Kita have fun sama sama. Naj masih ada orang yang akan pura pura jadi teman lelaki Naj. Naj okey je." Najemie mengangkat bahunya mengejek.

"Apa perasaan Najmi bila abang bagitahu yang Mia akan sentiasa bersama abang?"

"Dan abang jangan lupa Haziq juga akan terus menyokong Naj dari belakang. So.. fair and square."

"Fair and square Najmi cakap? Ini bukan pertandingan lumba lari, Najmi. Tak rasa berdosa ke keluar dengan lelaki lain sedangkan Najmi tu isteri orang. Dayus tahu tak?"

"Oh abang nak main hukum pulak sekarang ni? Abang kena ingat, dalam hal ni bukan sahaja Naj bersalah. Abang jugak bersalah. Kita sama sama ada salah. Dayus tu bukan pada abang sahaja. Naj pun dikira dayus kerana membiarkan suami Naj keluar dengan perepuan yang takde ikatan dengan abang tu. Tambahan lagi bila abang tipu Naj abang cakap abang ada meeting sedangkan abang elok berbelanja dengan orang lain." Lawan Najemie.

Najemie melabuhkan duduk di meja kecil tamu berhadapan dengan Hariz.

"Abang tak bermaksud nak tipu Najmi. Abang terpaksa.."

"Terpaksa ke keliru?"

"Abang betul betul terpaksa Najmi. Abang tak boleh tolak permintaan Mia sebab abang.."

"Balik balik alongkan.. Apalah yang merunsingkan hati abang tu.. Apa pon jadi, itu dah lama berlalu abang.."

"Najmi takkan faham apa yang abang rasa.."

"Bukan Naj tak faham abang. Abang yang tak faham dengan diri abang tu. Terlalu layankan perasaan bersalah tu sampai huru harakan hidup sendiri. Abang tak pernah berniat nak kongsi dengan Naj. Abang, sampai bila Naj kena tunggu untuk faham cerita abang ni? Sampai Naj tawar hati dengan abang baru abang nak cerita?"

"No sayang. Please. Jangan putus asa dengan abang. Tolong, sayang. Abang belum bersedia nak bagitahu orang" Digenggam laju kedua belah tangan gadis itu seperti merayu.

"Termasuk isteri abang sendiri?"

Hariz menarik nafas dalam. "Sayang please. Let me heal for a while"

"Okey" Terus ditarik tangannya dari genggaman Hariz. "Naj bukan seorang yang pemaksa. Tapi jangan salahkan Naj kalau Naj taknak dengar dah cerita dongeng abang tu." Terus dia berlalu dari terus berada disitu. Langkah dibawa ke bilik studio yang telah diwujudkan oleh Hariz untuk kepentingan Najemie didalam rumah banglo tiga tingkat itu.

Dia mengambil tempat di meja kerjanya. Dia perlu melakukan sesuatu supaya dapat menenangkan hati yang sedang bergelora. Beberapa gambar yang pernah dirakamkan diedit dengan cermat ikut kepuasan diri. Dia tersenyum bila melihat di dalam penyimpanan folder ada gambar ketika majlis kesyukuran yang berlangsung dua minggu lepas yang dirakam sendiri olehnya.

Atif. Cahaya mata kedua Hazila dan Syafiq. Comel. Ada lesung pipit di kedua belah pipi molek si kecil itu. Ada juga beberapa gambar Atisya yang sedang mencium sayang adik kesayangannya itu.

"Wah cantiknya hasil tangan kak Najmi ni. Nanti boleh share pada Zila kan. Zila nak gambar gambar ni. Boleh lah Zila tunjuk pada Atif bila dah besar nanti." Pinta Hazila teruja dengan karya kakak iparnya.

Najemie tersenyum manis mendengarkan pujian itu. "Boleh Zila. Nanti kak Naj share."

Terus disambungkan wayar dari komputer lalu dihantar semua gambar ke file telefonnya. Aplikasi whatsapp dibuka. Dia terus menghantar file yang terakam gambar gambar ketika majlis itu. Sekali lagi dia tersenyum bila mendapatkan pujian dari Hazila, adik iparnya.

.

"Nurul dari mana je ni?" Tanya Karim. Dia amat risau sekali bila sepulangnya dari masjid, tiada kelibat anak kesayangannya disegenap sudut rumah.

"Er adik dari sungai, ayah."

"Haih risau ayah dibuatnya. Ingatkan kemanalah tadi." Karim mula tenang.

"Ayah jangan lah risau. Adik tak pergi jauh pun. Adik ke sungai je. Adik berkeliling tangkap gambar kawasan kampung ni." Terang Najemie.

"Hm yelah."

"Ayah tahu macam mana nak hentikan air terjun, ayah?" Tanya Najemie seperti benar benar ingin tahu.

"Air yang mengalir mustahil untuk kita hentikan, melainkan kuasa Allah."

"Alah cliche lah, ayah. Bukan macam tu jawapannya." Keluh Najemie kesal.

"Habistu, jawapan Nurul apa?"

"Jawapannya, ambik gambar air terjun tu" Balas Najemie mengulum senyum.

Karim ketawa geli hati.

Najemie memerhati wajah suram itu. Dia harus kuat didepan ayahnya. Dia tidak boleh lemah. Najemie tekad mahu membuat ayahnya ketawa. Tidak terlalu memikirkan kejadian memilukan itu.

"Kalau tertekan button rakam, kan masih bergerak airnya" Balas Karim dengan sisa tawanya. Sudah dapat agak kan Najemie yang suka loyar buruk itu dapat dari siapa..

"Eh haah kan tak terfikir pulak. Soalan tu ada sorang abang ni bagi pada adik. Adik pon tak dapat jawab." Cerita Najemie.

"Abang? Nurul kenal ke abang tu?"

Najemie menggeleng. "Tak pernah nampak pulak abang tu di kampung ni sebelum ni.."

"Tapi dia ada bagi ni pada adik" Ditunjukkan seutas rantai berbentuk setengah puzzle.

"Adik ambik hak orang ke adik?"

"Bukan, ayah. Dia bagi walaupun adik tolak" Jawab Najemie jujur.

"Ada ucap terima kasih?"

"Ada. Takkan lah orang bagi, adik tak ucap terima kasih. Malu lah adik."

"Bagus anak ayah." Diusap kepala anak itu lembut. Sungguh dia akan menjaga anak ini sepenuh hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience