Rate

BAB 42- KEPULANGAN MAMA

Romance Completed 454604

Raif turun dari atas rumahnya segak berpakaian kemas berkot.. Rohana melihat akan itu terus berhenti mengelap habuk di perabut ruang tamu rumah itu...

''manja nak kemana ni?'' tanyanya risau..

''manja nak ke pejabat..'' kata Raif mengancingkan butang lengan bajunya..

''pejabat?'' tutur Rohana perlahan..

''pergi dengan siapa? Pejabat dekat bandaraya ke?'' tanyannya dengan berhati-hati.. Tahu akan kedudukannya.. Tak layak langsung untuk dia bertanya kepada majikannya sendiri.. Tapi dalam hati timbul rasa risau.. Takut terjadi apa-apa kepada Raif.

''ya!'' balas Raif sepatah.

'ya Allah budak ni!.. Kalau manja yang dulu senang sikit nak tegur.. Sekarang ni .. Allahuakbar! .. Naik seram.. Nak tegur pun salah.. Tak tegur pun salah..' getus fikirannya sendiri..

''jangan risau.. Manja pergi dengan Pak Akob..'' kata Raif.. Menyambung ayatnya bila melihat Rohana sedang mengaru kepalanya tak menyambung mengelap perabut yang ada didepannya..

''ha.. ya lah.. Hati-hati...'' balas Rohana.. Dia hanya menghantar pemergian Raif dengan pandangan matanya..

Di luar rumah, Yaakob sudah sedia menunggu di samping kereta Silver milik Raif.. Bertolak lah dua orang lelaki itu keluar dari rumah besar itu.. Menuju ke lapangan terbang terus menuju ke Bandaraya. Bagi Yaakob di sudah biasa berjalan jauh sebegitu menemani Tun, sebelum ini.. Berbeza kini, kerana ini pertama kalinya dia menemani Raif..

Sebaik sampai di Bandaraya.. Sudah ada orang yang akan menjemput mereka.. Siapa lagi kalau bukan Hamzi.. Kali ini dia datang bersama dengan isterinya..Irdina.

''itupun mereka..'' kata Hamzi bila dia melihat kelibat Raif yang baru muncul disebalik gerbang ketibaan.. Berjalan lah pasangan itu ke arah Raif dan juga Yaakob .

''Assalamualaikum ..'' raif menengur pasangan yang sedang jalan berpimpin tangan kearahnya.. Bukan senang dia nak berjumpa dengan kakak iparnya yang merupakan seorang peramugari yang sibuk terbang kesana kemari.. Menghabiskan masa di awan biru berbanding menghabiskan masa dengan keluarganya sendiri..

''waalaikumsalam... Sampai juga adik abang..'' jawap Hamzi melepaskan tangan dari memegang tangan isterinya terus memeluk Raif..

''so how? Dah habis honeymoon... Tiga minggu diam.. Then tup!tup!.. Nak masuk office.. Not bad!'' bahu Raif ditepuknya..

''tak ada kaitan dengan honeymoon dengan office abang.. inas baru saja ikut family dia pergi buat rawatan ayah dia.. So,here I'am.. Boleh ambik tahu hal office dengan masa yang terluang ni...'' terang Raif sambil mereka berempat berjalan bersama.

''oh.. Sebab boringlah ni.. Tu yang nak masuk office ni! Okay alasan diterima..'' kata Hamzi dengan senyuman melebar diwajahnya..

''apa khabar manja? Sihat?'' tanya Irdina.. Raif hanya mengangguk perlahan kepalanya kepada Kakak iparnya.

Raif memilih untuk tinggal di Bandaraya, perlahan-lahan menolong Hamzi menguruskan syarikat tersebut..

Pintu bilik air ditutup rapat sebaik dia melangkah masuk kedalam.. Amni yang sedang menemani suaminya yang sedang diurut oleh pekerja pusat rawatan itu berpaling melihat kearah bilik air ..

'kenapa dengan budak ni! Tiga empat kali dah aku tengok dia keluar masuk ni..' keluh Amni.. Telinganya menangkap bunyi air yang sudah dipam.. Perlahan-lahan pintu bilik air itu terbuka semula.. Keluar lah Inas dari situ melangkah lemah berjalan ke biliknya.

''kejap ya.. Makcik pergi tengok anak makcik sekejap..'' kata Amni kepada lelaki yang sedang mengurut suaminya..

''tak apa makcik.. Makcik pergilah..'' kata lelaki itu.. Tak menghalang Amni yang dari tadi menjadi penonton setia melihat dia mengurut Izhar..

Bangunlah Amni dari sofa yang dia duduki tadi berjalan menuju ke bilik Inas.. Pintu itu diketuk beberapa kali ..

''Inas.. Ibu ni? Ibu nak masuk boleh?'' tanya Amni..

'' boleh ibu.. Masuklah..'' jawap Inas dari dalam bilik.

Pintu bilik Inas ditolak masuk kedalam.. Inas yang sedang bersandar di kepala katil, memeluk erat bantal tidurnya di perhatikan.. Pintu bilik inas kembali ditutup semula ..

''Inas kenapa? Dah berapa kali Ibu tengok Inas keluar masuk bilik air?'' tanya Amni.. Risau.. Dia memilih untuk duduk di katil disamping Inas.

''entahlah Ibu.. Salah makan agaknya.. Perut ni memulas-mulas je dari tadi..'' Inas memeluk bantal yang ada diatas perutnya..

''bukan salah makan.. Tapi kamu tu tak makan.. Kan perut tu dah masuk angin..'' mulalah Amni nak membebel..

''makan.. Mana ada Inas tak makan..'' balas Inas..

''makan.. Iya lah tu.. Makan sikit cakap kenyang.. Sikit-sikit kenyang.. Itu yang masuk angin tu.. Nanti mak minta ubat dengan perawat kat luar tu..'' kata Amni... Bangun dari katil Inas.

''eh! Mak tak payah.. Bukan sakit teruk pun.. Sikit saja ni..'' kata Inas lalu menarik tangan Ibunya .. Menghalang dari wanita itu pergi.

''kalau tak nak, Inas ikut.. Ibu keluar.. Kita pergi makan.. Sementara ayah kamu tengah mengurut tu.. Kamu asyik terperam dalam bilik ni je... Buat apa..'' kata Amni kembali menarik tangan Inas..

''ibuuu....''

''tak payah ibu-ibu sangat.. Bangun! Bagun!'' kata Amni..

Badan yang terasa sangat berat untuk bangun terpaksa juga bangun, ditambah pula bila Inas melihat ibunya yang bersungguh -sungguh menariknya..

Keluarlah Inas dan Amni dari rumah penginapan mereka.. Berjalan di persisiran pantai sehingga sampai ke gerai makanan yang ada tak jauh dari pusat rawatan itu.

Tempat ni aman, damai.. Tenang.. Boleh kata, sangat sesuai untuk menenangkan fikiran.. Tapi kenapa aku tak betah untuk tinggal disini.. Seolah-olah tak tahan untuk lama-lama disini..

''sabar.. Lagi dua hari Raif datang lah.. Tu..'' pujuk Amni bila melihat wajah anaknya yang nampak berkerut sedang memikirkan sesuatu sambil memandang jauh ke lautan yang membiru..

''iya ibu.. Sabar lah ni..'' Inas menarik bibirnya tersenyum..

Maya yang mendapat berita tentang kehadiran Raif ke pejabat utama tidak senang duduk untuk tinggal lebih lama di rumah anak perempuannya.. Sudah seperti cacing kepanasan dibuatnya..

''nia.. Mama ingat nak balik malaysia lah..'' Kata Maya..

''lah mama.. Kata nak duduk sini lama..? '' Hanania menarik muncungnya.. Menunjukkan rasa protes kepada Maya yang sedang mengendong anaknya.

''nanti mama datang lah lagi.. Kan sayang.. Nanti nenek datang lagi jenguk cucu nenek ni..'' kata Maya mengacah cucu perempuannya yang sedang minun susu yang dia berikan..

''yealah.. Nenek dah janjikan nak jenguk baby.. Nenek jangan lupa janji nenek tau... '' kata Hanania mengelus lembut kepala bayinya yang ada didalam pelukan Maya..

Keesokannya harinya.. terus Maya pulang ketanah air.. Dia memilih untuk menaiki pesawat yang paling awal bertolak ke malaysia.. Sebaik pesawatnya mendarat di Bandaraya dia sudah memaklumkan kepada anaknya Hamzi untuk mengarahkan seseorang untuk menjemputnya segera.

Hamzi dan juga Raif yang berada didalam bilik mesyuarat sibuk berbincang tentang hotel yang baru di ambil oleh oleh syarikat mereka..

Masuk seorang wanita kedalam bilik mesyuarat berpakaian pejabat menghampiri Hamzi dan berisik kepdanya perlahan .

''manja.. Uncle widad ada di bilik.. Manja pergi lah dulu jumpa dengan uncle.. Metting ni biar abang yang handle.. Kesian kalau uncle tunggu lama..'' bisik Hamzi kepada Raif perlahan..

''uncle?'' Hamzi mengangguk kepalanya perlahan..

'' boleh ke ni kalau manja pergi?'' tanya Raif ..

''boleh-boleh.. Pergilah..'' ucap Hamzi menepuk bahu Raif. Bagunlah Raif secara tiba-tiba.. Sehingga membuatkan semua orang terdiam memandang kearahnya.

''maaf.. Saya ada hal sekejap.. Silalah sambung , dibawah permantau tuan Hamzi.. Saya minta diri dulu..'' kata Raif.

Semua mata terpaku bagaikan terikat memadang kearah Raif.. Sehinggalah Raif hilang disebalik pintu..

''teruskan..!'' suara Hamzi bergema di seluruh ruangan bilik menyuarat itu..

Hamzi tadinya memasang wajah mesra bila digandingkan dengan Raif , kini bertukar kembali menjadi Hamzi yang tegas semula. Menunduk saja pekerja yang ada bertentangan dengannya.. Tak berani mereka nak menangkat wajah menatap Hamzi yang tegas itu.

Raif kembali ke dalam biliknya semula.. Sebaik membuka pintu biliknya.. Dia melihat Widad sudah berada di atas sofa bilik itu sambil meneliti beberapa dokumen ditangannya..

''Assalamualaikum uncle..'' Raif memberi salah dan menyuakan tangannya.. Mereka bersalaman bersama..

''waalaikumsalam .. Manja sihat? Kenapa tak maklumkan kepada uncle yang manja ada di Bandaraya .. Kalau tak awal-awal lagi uncle datang jumpa dengan manja..'' tutur Widad sambil bibirnya tersenyum melebar.

''Itulah.. Tak sempat nak beritahu uncle.. Manja sibuk dengan hal office.. Banyak benda yang manja kena belajar.. Sebab banyak benda yang dah manja tinggalkan..'' balas Raif.. Mereka sama-sama duduk semula di sofa.

'' ni uncle ada bawakan gambar-gambar dari kemalangan dulu.. Mana tahu kalau-kalau manja nak tengok.. Boleh bantu manja tu ingat kejadian tu semula.. '' kata Widad meletakkan dokumen yang ada ditangannya ke keatas meja dan disorong mendekat kepada Raif..

''terima kasih Uncle..'' Raif menarik dokumen itu mendekat kepadanya.. Kini helain kertas itu sudah ada di atas ribanya.. Baru tangannya hendak menyelak untuk melihat helaian yang ada didalamnya..

Pintu ruang pejabat itu dikuak oleh seseorang.. Berpalinglah Raif dan Widad melihat kearah pintu..

Berdirinya seorang wanita yang berkaca mata hitam.. Bibir yang dioles dengan gincu merah lembut itu tersuing satu senyuman kepada dua lelaki yang sedang duduk bersama di sofa..

''manja! Mama dah balik..'' kata Maya mendepakan tangannya melebar menantikan pelukan dari anak kesayangannya..

Alhamdulillah.. Selesai untuk hari ini.. Terima kasih untuk semua pembaca yang mengikuti MANJA.. Insya Allah.. Kita sambung esok pula ye.. (^-^)

Share this novel

Ella Halim
2020-11-07 20:00:29 

Tun dan Hamzi sudah berpakat hendak kenakan Manja


NovelPlus Premium

The best ads free experience