P R O L O G

Drama Completed 336444

"SAAT ini,detik ini! kau bukan lagi isteri aku! kau dengar tak ni Dhia Malaika binti Sulaiman  ! aku Afnan fayyadh ceraikan kau dengan talak 1 berambus kau dari sini aku tak nak tengok lagi muka buruk kau tu!" Jerkah lelaki itu dengan kuat.

Bagaikan hendak terhenti detak jantung nya saat kini, kolam matanya sudah bertakung mengapa dia ingin menangis? Dia memang kejam! sangat kejam! Lemah terduduk wanita itu.

"Awak langsung tak dengar apa yang saya cuba nak terangkan!,awak lebih percaya orang luar daripada isteri awak sendiri Afnan ! aku dah agak lelaki kejam macam kau ni sampai bila-bila pun takkan berubah!"

"Bagi kau, maruah aku di tapak kaki kau kan!“ Akhirnya air matanya itu jatuh mengalir perlahan membasahi pipinya saat itu.

Dia tidak dapat lagi menahan air matanya saat itu.

PANG!

satu tamparan terus melekat di wajahnya itu terkejut Dhia  saat itu apabila lelaki itu berani menaik tangan ke arahnya itu . Ya benar lelaki itu sudah melampau! Terlalu melampau!

"Kau jangan kurang ajar dengan aku Dhia! hey kau cerminlah muka kau tu dulu sebelum nak kata buruk pasal aku! kau ingat aku cintakan kau ke selama ni hah? "

Dhia  mengangkat wajahnya itu, dia memandang tepat ke arah wajah lelaki itu. Dia tidak faham apa yang sedang lelaki itu katakan. Adakah selama ini dia cuma menjadi alat mainan lelaki itu.

"Aku dah agak dah perempuan macam kau ni memang senang nak di perbodohkan!, aku tahu kau memang tergila-gilakan aku kan? hey selama kau bergelar isteri aku ni tak pernah langsung lah aku cintakan kau apatah lagi sayang! cermin muka tu dulu!" Herdik lelaki itu lagi.

Cincin yang tersarung di jari manisnya lelaki itu, terus di tanggalkan dan Afnan terus mencampakkan cincin itu di wajah Dhia.

"Dah berambus dari sini, jangan kau tunjuk muka kau depan aku lagi
Dhia Malaika! dan aku nak kau set dalam kepala otak kau yang bendul tu! aku tak cintakan kau!" semakin tinggi suara lelaki itu menengking Dhia.

"Jangan beranganlah, kau nak jadi orang yang istimewa dalam hidup aku! kau tak der makna langsung dalam hidup aku. Yang ada hanya benci!benci!dan benci kau dengar tak ni Dhia Malaika!" Semakin kuat jeritan lelaki itu.

Wanita yang berdiri di sebelah Afnan ,sudah mengukir senyuman bahagia! kenapa aku bodoh? kenapa aku terlalu cintakan dia? sedangkan aku tahu aku takkan pernah dapat memiliki hati dia walaupun sedaya upaya aku cuba..

Terimalah kenyataan Dhia , yang kau takkan pernah dapat memiliki hati dia! Dia tak cintakan kau tak sayangkan kau! Tolonglah faham.  Yang dia tak cintakan kau.... Hati ni jadi sakit,kerana terlalu mencintai nya..

"Dan dia.., seseorang yang paling aku percaya rupanya dia yang tikam belakang aku! Aku menyesal kenal kau! Aku menyesal!" Ujarnya sambil menikam mata seseorang yang berada di hadapannya itu.

HATI KRISTAL

haii jumpa lagi kita heheh, Tqqq masih sudi baca novel hairah (≧▽≦) . Happy Reading!!

Share this novel

Kak Jem
2021-12-12 11:07:56 

kenapa novel ni mcm tk smpai ujung je ceritanya..ke mmg tulis setengah je ke?

Miss Rose
2021-12-05 12:12:49 


NovelPlus Premium

The best ads free experience