{ H.K 1}

Drama Completed 336444

TAHUN 2021,

BUK!

FAIL-FAIL yang berada di tangan wanita itu terus jatuh di cium lantai akibat terlanggar seseorang yang sedang lalu di kawasan itu. Keluhan keras di lepaskan sudahlah dia lambat untuk temu duga. Segera lelaki yang melanggarnya itu menundukkan badannya untuk mengutip fail-fail yang berada di lantai itu.

"It's okey tak payah, I boleh kutip sendiri you just go" Ujar Dhia sambil mengutip fail-fail itu dia langsung tidak pandang wajah lelaki di hadapannya itu.


lelaki itu tergamam sejenak, dia seperti mengenali suara itu. Sangat mengenali dia terus mengangkat wajahnya itu dia terkejut apabila dia melihat bekas isterinya iaitu Dhia Malaika berada di hadapannya kini.

Sudah lebih 5 tahun dia tidak bertemu wanita itu, Fail yang berada di tangan lelaki itu terus di rampas oleh Dhia.  Namun Afnan hairan apabila wanita itu hanya menunjukkan raut wajah biasa.

"Just waste my time!" degusnya sambil dia menjeling tajam ke arah lelaki itu.

"Dhia!, Dhia Malaika!"  Panggilan itu menghentikan langkah wanita itu.

Ya benar dia lah Dhia Malaika, seorang wanita yang telah mengubah hidupnya...

5 TAHUN SEBELUM,
2017,

KOTAK yang berada di atas almari bajunya itu di raih, lalu terus Dhia melabuhkan duduknya di katil sambil menyandarkan belakangnya itu pada kepala katil.

Bibir sudah mengukir senyuman bahagia. Perlahan-lahan Dhia membuka penutup kotak tersebut.

Di dalam kotak tersebut terlihat beberapa keping gambar seseorang, yang di ambil olehnya itu secara senyap-senyap! Sekeping gambar itu di ambil lalu di tatap.

Hanya mampu melihat dari jauh itu adalah prinsip hidup Dhia.
Tidak pernah terbit dalam hatinya hendak mendapatkan lelaki itu, cukuplah dengan mencintai lelaki itu secara diam-diam.

Melihat lelaki itu tersenyum sudah membuatkan dirinya bahagia.

"Afnan Fayyadh.." nama itu meniti di bibir wanita itu. Bibir sudah mengukir senyuman lebar, setiap kali menatap wajah lelaki itu pasti dia akan berasa bahagia.

"Dhia! Dhia!!" Suara panggilan itu menyedarkan wanita itu yang sedang leka menatap wajah Afnan di gambar. Kelam-kabut Dhia menutup kotak yang terletak gambar Afnan.

"Yer sekejap!!!"

Lantas wanita berbaju merah jambu, berseluar hitam itu bangun daripada katil rambutnya itu di kemaskan pada cermin kakinya terus mengatur langkah keluar daripada biliknya itu.

"Haihh Dhia, kau buat apa lama-lama dalam bilik? Ni aku dah masak jom makan nanti kalau dah sejuk tak sedap"

Dhia mengangguk perlahan, sambil mengukir senyuman terus kerusi yang berada di hadapannya itu di tarik lalu dia melabuhkan duduknya di kerusi lauk-pauk yang berada di hadapannya itu di letakkan ke dalam pinggannya yang sudah terletak nasi.


"Ermmm..., sedapnya bertuah betul lah siapa dapat kau kan? dah lah pandai masak,cantik uishh cukup pakej" usik Dhia.

"Ceh.., tak der angin tak der ribut dah kenapa main puji-puji pulak ni? Ohh Dhia kau dah apply kerja mana-mana ke?" Soal Myra.

Dhia mengangguk.

"Ehh.. dah ke?, kau apply kerja apa kat syarikat mana?"

"Adalah.., tapi part time je. Sepenuh masa belum lagi.. nanti aku bagitahu kau ehh? kau dah apply kerja mana-mana syarikat ke?" Kini giliran Dhia pula bertanya.

"Belum lagi lah, sekarang ni kan susah sikit nak cari kerja tapi ada lah aku hantar dua tiga borang dekat mana-mana syarikat tengok lah rezeki ada ke tidak kan?"

Dhia hanya mengangguk sambil tangannya itu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya nasi yang berlauk udang masak sambal itu. Sungguh menyelerakan jika di nikmati bersama nasi panas uishh!!!

"ARGHHHH!!!!" Jerit Afnan dengan kuat kakinya itu pukul banyak kali! Bagaimana dia ingin hidup kalau dengan keadaan kaki yang begini?

"Ya allah Afnan, apa Afnan buat ni" kelam-kabut Mak Wan masuk ke dalam bilik lelaki itu.

"Hey kau keluar lah!, keluar aku kata! kau pekak ke apa!" Jerit Afnan langsung tiada sifat hormatnya itu pada wanita tua itu. Tangannya itu terus menolak dulang yang berisi pinggan mangkuk yang berada di atas dulang wanita itu.

"Aku tak nak tengok muka kau lagi, berambus daripada sini!"

PRANG!!

"Afnan!, kamu ni dah kenapa! kamu tak reti hormat Mak Wan ke? Dia tu lebih tua dari kamu! Walau apa pun, Afnan kena hormat mak Wan!" Marah Datin Zahirah.

Afnan hanya menayangkan wajah berang, langsung kata-kata Datin Zahirah tidak masuk ke dalam kepalanya itu.

Datin Zahirah menghelakan nafasnya perlahan, dia menundukkan badannya itu tangan anak lelakinya itu di pegang cukup sedih dia melihat nasib anak lelakinya itu.

"Kenapa Afnan perlu seksa diri Afnan untuk perempuan macam tu?,"

"Mama takkan faham perasaan Nan, dia tinggalkan Nan maa.. yer lah siapa nak kahwin dengan lelaki cacat mana Nan ni kan? macam mana Nan nak hidup tanpa Leen?" matanya sudah mulai berkaca-kaca.

"Mama percaya akan ada seseorang perempuan yang baik untuk Afnan, "

"Dah lah maa, keluarlah Nan nak bersendirian.. please" tenggelam timbul sahaja suara Afnan kedengaran.

Datin Zahira menghelakan nafasnya perlahan, terus dia bangun daripada lantai yang sedang dia duduki itu terus dia beredar daripada bilik anak lelakinya itu.

Afnan meraup rambutnya dengan kasar, air jernih tanpa sedar perlahan-lahan mengalir perlahan membasahi pipinya ketika ini. Tidak pernah dia minta untuk hidup begini.

"Kau memang tak guna Aileen!,sebab kau aku jadi macam ni!" Degusnya.

DATIN ZAHIRAH melabuhkan punggungnya itu di sofa, keluhan perlahan di lepaskan tidak tahu lagi bagaimana dia ingin lakukan fikirannya benar-benar sudah buntu. Kesemua pembantu rumah pula sudah di pecat akibat tidak tahan dengan panas baran Afnan.

"Apa Yang awak duk termenung tu hah?,.." suara itu mengejutkan datin Zahirah Yang termenung jauh saat itu. Dato Azhar terus melabuhkan duduknya di sebelah isteri tercintanya itu.

"Saya risau lah bang pasal Afnan, saya tengok dia dah macam haihh.. " tidak sanggup Datin Zahirah ingin meneruskan kata-kata seterusnya.

"Saya sendiri pun dah tak tahu nak buat apa dengan anak awak sorang tu, saya faham dia masih bersedih"

"Yer lah memang sedih, tapi dah 2 tahun dia macam tu bang dah lah habis pembantu rumah di pecatnya"

"Hah?, Mak Wan pun Afnan pecat ke?"

Datin Zahirah mengangukkan kepalanya itu, Dato Azhar menggelengkan kepalanya itu. Keadaan anaknya itu memang sudah teruk. Dia takut kalau anaknya itu akan melakukan sesuatu Yang tidak diingini.

"Nanti pembantu rumah seterusnya Akan sampai, saya tak tahu lah kali ni akan bertahan berapa lama" ujar Datin Zahirah.

BUNYI deringan telefon bimbit itu mengejutkan Dhia Yang sedang memasak di dapur untuk makan malam, laju kakinya mengatur langkah ke arah telefon bimbitnya Yang terletak di atas meja ruang tamu. Nombor yang tidak di kenali tertera.

"hello, ni Cik Dhia Malaika ke? " Formal sekali suara daripada corong panggilan itu.

"Ermm yer, ni siapa ya?" Balas Dhia.

"Kami daripada agensi pembantu rumah, Cik Dhia Kan yang hantar borang pembantu rumah itu Kan?"

Dhia terdiam sejenak, ohh! Baru dia ingat dia pernah mendaftar di dalam agensi pembantu rumah itu.

"Hah yer! saya.. dah dapat ke?"

"Yer Cik Dhia, nanti kami emailkan alamat pada Cik Dhia ya?"

"Ohh okey, terima kasih ya"

Telefon bimbitnya itu terus di matikan, perlahan-perlahan bimbitnya mengukir senyuman bahagia pada ini.

" Ya allah alhamdulilah akhirnya.. " ucapnya tanda kesyukuran.

"HAH? pembantu rumah? kau biar betul Dhia?" Soal Myra pelik.

Dhia mengangukkan kepalanya itu, sambil mengukir senyuman.

"Jadi maid pun, Okey apa? asalkan kerja halal lagipun mak saudara aku kat kampung tu dah bising nak pakai duit yer lah dia jaga mak aku kan?"

"Haihh orang macam tu biarkan je!, sepatutnya kau tak payah bagi duit dekat dia! lantak dia lah nak hidup! Yang dia jaga bukan orang lain kakak dia juga ishh geram pulak aku!" Degus Myra tidak puas hati.

"Nak buat macam mana, dah menumpang kan? siapa kita nak arah-arah dia? lagipun tak per lah kalau aku tak bagi duit nanti mak aku jugak yang susah"

Myra hanya sekadar mengeluh, dah kalau itu yang diinginkan oleh kawan baiknya tak per dia akan turuti. Itu lah Dhia yang dia kenal seseorang yang tidak pernah berkira, baik hati dan mudah kesiankan seseorang.

"Kau ada jumpa Afnan ke?"

soalan itu membuatkan Dhia mengangkat wajahnya itu, kepalanya itu di gelengkan.

"Aku dah lama lah tak jumpa dia, last pun waktu kat kolej kan? lagipun kalau dia jumpa aku pun dia akan tambah benci aku adalah" Dhia tersenyum hambar.

Dia sedia maklum lelaki itu tidak pernah menyukainya, malah membencinya! Alasan yang di beri kerana dia malu apabila Dhia cuba mendekatkan dirinya dengan dia.

"Kau masih cintakan dia ke?"

"Bertahun Myra,aku cuba untuk lupakan dia tapi tak boleh aku tetap cintakan dia walaupun aku tahu terang-terangan dia tak suka aku...bodohkan aku ni Myra? Orang dah tak suka lagi aku terhegeh-hegeh"

"Okey lah Myra,aku nak rehat dalam bilik sekejap kalau kau lapar ambil lah makanan dalam peti ais tu tapi sebelum tu panaskan dulu ehh.. aku masuk dulu" Dhia terus bangun daripada kerusi dan mengatur langkah kakinya masuk ke dalam biliknya.

"Haihh Dhia,Dhia" keluhnya.

BADANNYA itu di rebahkan pada katil, Dhia memandang siling kipas yang kosong itu.. fikirannya kini hanya kosong. Kejadian dahulu mula tergiang-giang di dalam fikirannya itu. Tidak mungkin dia akan melupakan kejadian yang memalukan itu. Dan kerana itu, kakinya berparut akibat di hiris dengan pisau.

Imbas kembali...

AILEEN terus menolak badan Dhia dengan kuat ke dinding, nasib tidak patah aje tulang belakangnya itu akibat di tolak oleh Aileen.
Menggeletar seluruh tubuhnya saat ini.

"K..kau nak apa ni!" Ujar Dhia tersekat-sekat.

"Kau ni memang suka buat aku naik darah ehh?, berapa kali aku nak bagitahu kau yang jangan berani kau dekat dengan Afnan! Kau tahu kan Afnan tu boyfriend aku tapi kau masih degil kan!"

Pang!

satu tamparan terus di hayunkan di wajah wanita itu, tergamam Dhia ketika itu dia cuba untuk melepaskan diri namun tidak berhasil apabila kedua-dua kawan Aileen sedang memegang lengannya pada kiri dan kanan.

"Kau suka Afnan kan?, Haihh kau ni Dhia memang tak reti sedar diri kan? ke rumah kau tak der cermin? kau ingat Afnan pandang ke perempuan macam kau?" Soalan itu membuatkan hati Dhia amat sakit.

Tubir matanya mulai terasa panas, namun air matanya itu di tahan agar tidak mengalir..

"Yang kau pandang aku kenapa?, kau cemburu tengok aku kan? mesti kau menyesal kan hidup macam sekarang ni?" Kepala Dhia itu pula di tunjal.

BUK!

Aileen jadi berang apabila soalan yang di tanya olehnya itu tidak di jawab oleh Dhia! Seolah Dhia sedang mencabar dirinya.

Satu penumbuk terus singgah di perut Dhia dengan kuat, tumbukan daripada Aileen itu memang kuat!

"S..sa..sakit Aileen" akhirnya Dhia bersuara.

"Lah..,boleh cakap rupanya ingatkan bisu" Aileen tergelak-gelak sendiri.

"T..tolong lah, Leen aku merayu lepaskan aku a..k..aku sakit Leen" Rayu Dhia matanya sudah berkaca-kaca menahan tangisan.

"What?, lepaskan kau? ermm aku boleh lepaskan kau cuma tu lah ada syarat sikit.. geng! pukul dia sekarang!" Arah Aileen dengan tegar.

Kawan-kawan Aileen yang berada di situ, terus menolak Dhia ke lantai dengan kuat. Masing-masing terus memijak wanita itu dengan kuat. Berkali-kali Dhia meminta untuk di hentikan namun suaranya bagaikan tiada apa-apa sedang berlaku.

"Perempuan macam kau ni memang kena ajar!, berani kau cari pasal dengan aku kan!" Aileen terus memijak perut Dhia dengan kuat.

"Arghhhhhhhh!!!!" Separuh mati Dhia menjerit kerana kesakitan. Kini hanya wajah hajah Zaleha yang berada di dalam fikirannya iaitu emaknya.

Afnan yang sedang melalui kawasan itu, menghentikan langkahnya itu apabila dia melihat Dhia sedang di belasah oleh Aileen dan sekumpulan kawan gadis itu.

"Afnan! Tolong saya!" Jerit Dhia apabila dia melihat Afnan berada di situ saat ini. Air matanya sudah merembes keluar membasahi pipinya itu.

Dhia amat berharap dan percaya bahawa lelaki itu pasti akan menolong nya, namun hampa..

Aileen terus memusingkan badannya itu, ya benar lelaki itu berada di belakangnya saat itu. Namun hampa, apabila Afnan hanya berlalu pergi sambil mengukir senyuman sinis padanya saat itu.

"A..f..Afnan.." air matanya semakin deras mengalir membasahi pipinya ketika itu.

"Hey perempuan kau ingat Afnan nak tolong kau ke hah!" Aileen terus mengeluarkan pisau yang berada di dalam poketnya itu lalu di hiris betis kaki Dhia sebelum beredar.

"Arghhhhhh!!!!!, Sakit!!!!" Jerit Dhia dengan kuat.

Aileen dan kawan-kawannya itu tergelak terbahak-bahak memandang wanita itu, terus mereka berlalu pergi apabila mereka terdengar bunyi suara seseorang di situ.

Darah mulai menitis dengan laju, air matanya sudah merembes laju membasahi pipinya itu.

TANPA sedar air matanya sedang menitis membasahi pipinya saat itu, sungguh menyedihkan saat itu lagi membuatkan dirinya terluka apabila Afnan tidak menolongnya ketika itu.

Betis kakinya itu di lihat kelihatan kesan parutnya itu masih ada, kerana dia parutnya ini ada!

"Kenapa aku perlu jatuh cinta dengan seseorang yang terang-terangan bencikan aku?" bisik hatinya perlahan.

happy reading ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience