{H.K 2}

Drama Completed 336650

RUANG bilik yang gelap itu menjadikan tempat itu sunyi sepi sahaja, wajah wanita itu terbayang-bayang di dalam fikirannya saat kini. Dia sendiri tidak tahu apa mahu lakukan, kadang-kadang dia rasa mahu sahaja menamatkan riwayat hidupnya.

Buat apa dia ingin hidup kalau, tidak bermakna lagi hidupnya ketika ini. Kerusi roda yang sedang dia duduki itu lah yang menjadi penemannya kini. Kerana kemalangan itu lah dia jadi begini.

Pada hari sepatutnya yang menjadi hari bahagia,dalam sekelip mata berubah dan menjadi hari yang paling malang baginya!

SELESAI sahaja membayar duit tambang teksi, terus Dhia keluar daripada perut kereta. Ternganga luas mulut Dhia apabila melihat rumah besar di hadapannya itu kini.

"Uishh,ni rumah ke istana? agaknya berapa orang lah duduk dalam rumah besar ni ehh?"
omelnya sendiri.

seorang pengawal keselamatan mulai mendekati Dhia, Dhia terus tersedar daripada lamunanya apabila mendengar teguran daripada pengawal keselamatan di situ. Mungkin dia kot,yang menjaga rumah ini.

"Cik cari siapa ya?"

"Ohh err, saya ada dapat e-mail untuk jadi pembantu rumah dekat sini ni rumah Dato' Azhar kan?" Soal Dhia.

Lantas pengawal keselamatan itu menganggukkan kepalanya itu, telefonnya yang berada di dalam poketnya itu di ambil lalu terus pengawal keselamatan itu menelefon Datin Zahira untuk memaklumkan Kehadiran dirinya.

"Okey cik, Datin suruh masuk"

Dhia senyum, sambil mengangguk perlahan.. selepas mengucapkan terima kasih pada pengawal keselamatan itu terus Dhia melangkah masuk kakinya ke dalam rumah itu. Lonceng yang berada tidak jauh dengan dirinya itu di tekan.

TING TONG..

Sementara menunggu pintu di buka, Dhia mengemaskan rambutnya itu jantung pula sudah berdegup dengan kencang. Bunyi tombol pintu di pulas kedengaran. Dhia menelan air liur.

"Assalamualaikum Datin, saya Dhia Malaika Datin perlukan pembantu rumah kan?" Formal sekali Dhia berkata.

"Waalaikumussalam, ohh kamu? muda lagi nampaknya "

Dhia hanya tersengih sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu, dia tiada jawapan untuk soalan itu.

"Ermm tak per lah kamu masuk dulu ya?" Arah Datin Zahirah.

"Kenapa aku macam pernah nampak ehh aunty ni?" omelnya sendiri.

Dhia terus menanggalkan kasutnya itu, matanya melilau melihat sepekitaran rumah itu sungguh cantik dan mewah sekali siapalah yang bertuah dapat duduk rumah besar sebegini.

Dhia terus melabuhkan duduknya di sofa,Datin Zahirah pula duduk di hadapannya itu. Entah kenapa Dhia rasa dia seperti amat mengenali wajah wanita yang berada di hadapannya itu tetapi dia tidak ingat di mana.

"Sebelum apa-apa, saya cuma nak bagitahu kamu yang anak saya cerewet sikit orangnya jadi kalau dia ada marah-marah kamu..kamu janganlah ambik hati ya?"

Dhia hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum, langsung dia tidak kisah asalkan dia dapat duit untuk memberikan kepada mak saudaranya itu untuk mengubati maknya.

"Saya nak berehat sekejap dekat atas ya, jadi kamu tolong masak untuk makan malam ni dan kemas-kemas dekat tempat yang bersepah ni ya?" Arah Datin Zahirah.

"Baik Datin, terima kasih saya mula kerja sekarang ya"

Datin Zahirah hanya sekadar menganggukan kepalanya itu, terus wanita berjubah warna ungu itu bangun dan ke arah tangga lalu menaiki ke atas. Dari wajah wanita itu, Dhia dapat lihat wanita itu keletihan.

PINTU peti ais itu terus di buka, plastik yang berisi sotong dan juga ayam di bawa keluar lalu di letakkan di dalam singki pisau yang berada di dalam bekas di sebelah itu pula di ambil.
Baru sahaja Dhia ingin memula untuk memotong sotong. Suara seseorang menyapa cuping telinganya, sungguh kuat sekali suara itu.

"Mama! Mama!!!! Mama!!"

Dhia terdiam sejenak, kenapa dia rasa seperti dia amat mengenali suara itu cukup kenal! Tidak! tak mungkin dia! Dhia terus meletakkan pisau yang di pegang olehnya itu. Kakinya terus mengatur langkah ke arah suara itu,

"Maaf encik...." Kata-katanya itu mati sendiri apabila dia melihat Afnan yang kini berada di hadapannya itu.

Afnan turut terkejut apabila melihat Dhia berada di rumahnya, bagaimana wanita itu boleh masuk ke dalam rumahnya?

Dhia hairan apabila melihat Afnan yang sedang duduk di atas kerusi roda, adakah keadaan lelaki itu tidak baik.

"Hey macam mana kau boleh ada kat sini hah!, siapa bagi kebenaran kau jejak rumah aku!" Ujar lelaki itu dengan amarah.

"Err...s..sa..ya..s..saya" tidak keluar kata-kata yang di ucap oleh Dhia saat ini.

"Kau pekak ke apa hah! aku tengah cakap dengan kau lah ni! kau ni memang tak tahu malu kan! sampai rumah aku ni kau datang untuk dekat dengan aku!" Hambur lelaki itu lagi.

"Apa bising-bising ni hah Afnan!, mama nak rehat sekejap pun tak boleh!"

"Mama macam mana perempuan ni boleh masuk rumah ni hah?, siapa bagi kebenaran dia masuk!!"

"Ni Dhia pembantu rumah ni, "

Afnan mengerutkan dahinya seribu mendengar kata-kata Datin Zahirah itu. Bagaimana wanita itu boleh menjadi pembantu rumahnya di sini.

"Pembantu rumah?, Mak Wan mana?"

"Afnan tanya mak Wan mana?, Afnan kan dah pecat! sudah lah Afnan boleh tak jangan buat perangai kamu tu dah besar tak payah perangai macam budak kecik! " Marah Datin Zahirah.

"ya allah betul ke yang ada depan aku ni Afnan Fayyadh? seorang lelaki yang amat aku cintai? " Bisik hatinya sendiri matanya tepat memandang wajah Afnan yang berada di hadapannya itu.

Afnan memandang wajah Dhia yang berada di hadapannya, dia mulai perasan Dhia sedang memandang wajahnya itu! Sungguh dia rasa tidak selesa dan benci akan dia!

"Kau jangan pandang aku boleh tak?, asal kau tengah gelakkan aku?sebab aku cacat kan!"

Dhia tersentak, sampai ke situ Afnan memikirkan tentangnya itu? Sungguh lelaki itu tidak pernah cuba mencintainya! Malah membencinya!

"Sudah!, Dhia pergilah sambung masak ya?"

Dhia menganggukan kepalanya itu, terus dia berlari anak ke dapur untuk menyiapkan makan malam untuk keluarga Dato' Azhar.

••••••

PRANG!

" Apa benda kau masak ni hah!, kau masak pakai kaki ke apa? " Tengking Afnan dengan kuat sambil tangannya itu menjatuhkan pinggan yang berisi lauk-pauk itu turut di cium lantai.

Dhia terkejut melihat tindakan refleks Afnan saat itu, baran lelaki itu nampaknya semakin tinggi. Langsung lelaki itu tidak pernah cuba untuk berubah.

" Awak nak saya masak apa untuk awak?, saya boleh masak yang lain" ujar Dhia.

"Kalau yang ni pun kau masak tak sedap apa lagi benda lain! aku nak kau berambus daripada sini aku tak nak kau kerja dekat rumah aku!"

" Apa salah saya dekat awak?, sampai awak bencikan saya Afnan? saya tak tahu kenapa awak terlalu bencikan saya? " Suara Dhia sudah mulai tenggelam timbul kedengaran.

Afnan tersenyum sinis! Muak dia melihat lakonan wanita di hadapannya ini mungkin dia fikir dengan wajah kesian dan air mata mampu melembutkan hati keras lelaki itu? Herh! Tidak mungkin!

" Kau tak payah buat drama air mata kau kat sini! , Tak kisah lah sebab apa sekali pun aku bencikan kau! yang kau perlu tahu aku tak suka tengok muka kau! Sebernanya kau datang sini bukan nak kerja kan? "

"Tapi.. kau nak dekat dengan aku!, kau ni memang perempuan tak tahu malu kan? " Tajam sekali Afnan berkata.

Langsung dia tidak memikirkan perasaan Dhia kini, ikut sedap mulut sahaja dia berbicara mungkin dia rasa dirinya sudah terlalu hebat!

" Sumpah demi Allah,Saya tak tahu langsung ni rumah awak Afnan, " bersungguh-sungguh Dhia mengatakan.

" Kau tak payah lah nak bersumpah bagai dengan aku Dhia!, kau memang tergila-gilakan aku kan? Orang dah tak nak makin kau nak kejar kan? memang langsung tak sedar diri! "

Dia memang kejam! , Ni baru sikit lelaki itu menghina nya! Setiap hari Dhia berdoa agar satu hari nanti lelaki itu akan berubah. Tidak pernah setiap kali berdoa Dhia melupakan nama lelaki itu di dalam doanya.

"Salmah! Salmah!" Panggil Hajah Zaleha yang sedang terbaring di atas katil. Keadaan benar-benar lemah saat kini.

Panggilan suara itu benar-benar menyakitkan telinganya saat ini, Mak cik Salmah yang sedang syok menonton televisyen itu dengan keadaan terpaksa bersama mulut mengeluh mengatur langkah ke arah bilik Hajah Zaleha.

"Kau nak apa kak?, boleh tak kau jangan bising aku dah lah penat balik kerja!" Ujar Mak Cik Salmah di muka pintu muka pula berkerut nampak sangat tak ikhlas.

"Aku lapar mah,k..kau tak bagi aku makan lagi aku tak larat nak ke dapur tolong ambilkan aku nasi" ujar Hajah Zaleha lemah.

Mak Cik Salmah meraup rambutnya itu dengan kasar, kepala pula di picit-picit wajah pula masam mencuka!

"Hey akak!, Kau tahu tak anak kau yang tak berguna tu tak bagi langsung duit macam mana aku nak beli beras! "

"Kau jangan nak menipu aku Mah! , Dhia setiap kali dia masukkan duit mesti dia bagitahu aku! Ke kau dah guna semua duit yang Dhia bagi?"

Wajah Mak cik Salmah mulai berubah,

"Hey kak, kau dengar sini ehh lantak kau lah nak percaya ke tidak! Kalau kau rasa kau lapar kau pergi kerja! Bukan baring melepak atas katil! Kau ingat aku ni kuli kau ke! " Ujar Mak cik Salmah.

Kakinya terus mengatur langkah beredar daripada bilik itu, Hajah Zaleha menyandarkan badannya itu pada kepala katil.

Kalau lah keadaaannya itu dalam keadaan baik, tidak mahu langsung dia menyusahkan adiknya itu. Tapi keadaaannya benar-benar tidak baik, doktor pula sarankan jangan buat kerja berat dan berehat. Dia ingin bangun pun kepala sudah sakit!

"Dhia.." ujarnya perlahan matanya sudah berkaca-kaca. Sungguh dia merindui anak tunggalnya itu.

"KAU dengar sini baik-baik ya Dhia, sampai mati pun aku takkan pernah lah untuk jatuh cinta dengan kau! Apa kau ingat dengan keadaan aku macam ni kau boleh dekat dengan aku?" Ujar Afnan dengan sombongnya.

Hendak sahaja air matanya menitis saat ini, namun di tahan Dhia terus menundukkan badannya itu serpihan-serpihan kaca yang berterabur di atas lantai di kutip satu persatu.

"Kau tahu tak tempat yang layak untuk kau apa?, Tempat yang layak untuk kau adalah bawah tapak kaki aku! Dasar perempuan tak tahu malu!" Sinis Afnan berkata.

"Ya allah kau berikanlah aku kesabaran, kau permudahkanlah segalanya.. aku ke sini hanya mahu mencari rezeki" bisik hatinya perlahan.

Afnan terus beredar dengan menggunakan kerusi rodanya itu, tanpa sedar air matanya menitis satu persatu! Dia pasti lelaki itu akan terus mencacinya! Dia sendiri tidak tahu apa salahnya sehingga lelaki itu terlalu bencikan dirinya.

Done Update! ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience