DHIA perlahan-lahan menjatuhkan badannya itu ke lantai, belakangnya itu pula di sandarkan pada peti ais. Air matanya yang menitis itu segera di seka dengan pantas. Dia perlu ingat mengapa tujuan dia ke sini.
" Kau kuat Dhia, dah jangan nangis " pujuk hatinya sendiri. Dhia terus bangun daripada lantai yang sedang dia duduki itu Dhia perlu menyambung semula kerja sebelum pukul 7 kerana dia akan pulang.
PEMANDANGAN yang indah di hadapannya itu langsung tidak dapat menenangkan fikiran saat ini, Afnan meraup wajahnya itu mata pula di alihkan pada kakinya itu sungguh dia berasa amat sedih.
" Kenapa dia tinggalkan aku?, Dia kata dia sayangkan aku! ni ke balasan dia lepas apa yang aku dah bagi pada dia? " Afnan berkata sendiri.
Air matanya mulai mengalir perlahan membasahi pipinya saat ini,tanpa di sedari.
Langkah kaki Dhia terhenti apabila dia melihat lelaki itu sedang duduk bersantai di luar rumah. Cawan yang berisi air kopi itu di lihat takut pula dia nak pergi ke arah lelaki itu kang tak pasal-pasal kena maki free!
"Afnan" suara itu membuatkan Afnan terhenti daripada lamunannya itu. Segera air matanya itu di seka.
Afnan terus mengalihkan pandangan dan kedudukannya itu menghadap ke arah Dhia yang kini berada di hadapannya.
"Kau boleh tak jangan tayang muka kau depan aku!, aku semak lah " ujar Afnan dengan kasar.
" Awak ada masalah ke? " Dhia memberanikan dirinya untuk bertanya.
Afnan diam, hanya jelingan tajam sahaja di balas.
" Awak tahu tak kenapa allah uji awak?, Allah uji awak sebab Allah sayangkan awak.. pasti ada hikmahnya dengan keadaan awak sekarang"
Afnan tergelak sinis,
"Kau tak der dekat tempat aku ! Kau takkan faham perasaan aku! Kau tahu tak aku dah cacat sekarang ni ! Manusia mana dalam dunia ni boleh terima kalau diri dia cacat! " Tengking Afnan dengan kuat.
"Ya saya faham, memang saya tak der dekat tempat awak saya tak rasa apa yang awak rasa.. cuma saya nak awak tahu satu benda Afnan..." Belum sempat Dhia menghabiskan kata-katanya itu Afnan memotong.
" Kau siapa nak nasihat aku hah?, kau cuma pembantu rumah dekat sini! Aku tak perlukan nasihat kau lah! " Afnan terus beredar bersama kerusi rodanya itu.
Dhia hanya sekadar memerhati Afnan berlalu daripada situ, nafasnya itu di hela dengan perlahan.
" Saya nak awak tahu, yang saya akan selalu ada di sisi awak dan di sebelah awak Afnan Fayyadh.." bisik hatinya perlahan.
BUNYI ketukkan pintu itu mengejutkan Myra yang sedang menonton televisyen di ruang tamu, kakinya itu terus mengatur langkah ke arah pintu untuk membuka pintu. Myra melihat wajah Dhia sembap sahaja.
" Kau kenapa ni Dhia tak sihat ke?, Lambat kau balik hari ni banyak sangat ke kerja kat rumah besar tu"
"Tu..tu rumah Afnan Myra.." ujarnya perlahan.
Terlompong mulut Myra saat kini,rumah Afnan? Biar betul dia ni!
" Biar betul kau rumah Afnan?, Tapi ni lah peluang kau nak dekat dengan dia kan? Kenapa kau sedih ni?" Soal Myra hairan.
Dhia menghela nafas perlahan, dia tidak menjawab pertanyaan kawan baiknya itu kakinya itu terus mengatur langkah masuk ke dalam rumah dan terus ke arah biliknya untuk berehat.
" Dah kenapa pulak tu?" Omel Myra sendiri pintu terus di tutup. Dia tidak mahu lah bertanya-tanya mengapa biarlah Dhia menenangkan dirinya dahulu.
" AWAK tahu tak kenapa allah uji awak?, Allah uji awak sebab Allah sayangkan awak.. pasti ada hikmahnya dengan keadaan awak sekarang"
kata-kata Dhia sebentar tadi tergiang-giang di cuping telinganya kini, laju Afnan menggelengkan kepalanya itu. Buat apa dia perlu mendengar nasihat seseorang lagi-lagi daripada perempuan itu!
"Hey buat apa kau nak fikir pasal perempuan tak guna tu!, Padahal mesti dia suka kan tengok keadaan aku macam ni! " Afnan berkata sendiri.
Tingkap yang gelap itu pandang, sampai bila lah agaknya dia perlu menghadapi semua ini sungguh dia tidak sanggup!
Bingkai gambar yang berada di atas almari itu di capai, itu adalah gambar Aileen sampai sekarang lelaki itu tidak mampu melupakan wanita itu! Benar-benar dia sudah mabuk cinta dengan Aileen.
PAGI-PAGI lagi Dhia sudah sampai ke rumah Dato Azhar untuk mulai bekerja, kesemua bilik di situ di kemasnya tiada satu pun bilik yang tersisa namun baru Dhia perasan ada satu bilik itu masih belum lagi di kemas.
" Ohh,bilik ni aku belum kemas haihh nasib aku perasan " Dhia terus mengatur langkah ke arah bilik itu. Daun pintu itu di tolak perlahan ya bilik itu tidak berkunci.
Terlompong mulut wanita itu kini apabila dia melihat kawasan bilik itu yang bersepah, sangat bersepah. Dhia menghela nafas perlahan.
"Ya allah bilik siapa yang bersepah sangat ni?, " Kakinya terus melangkah masuk ke dalam bilik gelap tersebut langsir yang menetupi bilik itu segera di tolak ke tepi.
Barulah bilik yang gelap seperti gua tadi terang! Dhia menggelengkan kepalanya itu seraya tangannya itu mengutip baju-baju yang bersepah di lantai lalu di masukkan di dalam bakul yang sedang di pegang olehnya itu.
Cadar turut di tukar, bilik yang kotor tadi kini sudah bersih kerana di kemas olehnya itu. Anak matanya terhenti apabila dia melihat bingkai gambar seseorang berada di atas meja lampu. Dhia mencapai, Dhia cukup kenal siapa yang berada di dalam bingkai gambar tersebut.
"Aileen?"
Semua orang tahu bahawa Afnan dan juga Aileen adalah pasangan yang paling romantik di kolej dahulu! Termasuklah Dhia.
Jadi bilik yang dia masuk ni adalah bilik Afnan?
Matanya turut terpandang baju Melayu berwarna putih yang tersangkut di dalam almari namun baju melayu itu sudah koyak rabak di buatnya. Apa maksud semua ni?
"Kau buat apa dalam bilik aku ni!" Suara itu mengejutkan Dhia bingkai gambar yang berada di tangannya itu terus berderai pecah.
Dhia terus menundukkan badannya itu dengan kelam-kabut untuk mengutip serpihan kaca yang pecah itu. Afnan terus mendekati Dhia yang sedang mengutip serpihan-serpihan kaca itu.
Dhia sudah takut untuk mengangkat wajahnya itu, dia tahu pasti lelaki itu akan mengamuk besar!
" Siapa bagi kau kebenaran sentuh barang aku! Masuk bilik aku ! " Jerit Afnan dengan kuat.
Tersentak Dhia mendengar jeritan kuat lelaki itu, tangannya sudah mengigil ketakutan perlahan-lahan dia memberanikan dirinya itu mengangkat wajahnya itu.
" S..saya.. s..saya"
Afnan memandang wajah wanita itu dengan pandangan yang tajam, namun dia terdiam sejenak dia memerhati sekeliling biliknya itu baru dia perasan wanita itu sudah mengubah segalanya di dalam biliknya itu.
"Kau buat apa ni!"
Dhia segera bangun dia berdiri tegak di hadapan Afnan yang sedang duduk di kerusi roda tersebut, lengan wanita itu terus di tarik sehingga wanita itu terduduk di lantai.
"Aku tanya kau!, Apa kau dah buat dengan bilik aku ni kau pekak ke apa!" Semakin kuat Afnan mencengkam lengan wanita itu.
"S...saya datang sini cuma nak kemas bilik awak je, s..saya tak der n..iat lain.." matanya sudah berkaca-kaca. Dengan kasar Afnan melepaskan lengan wanita itu.
" Mulai hari ni kau jangan berani jejakan kaki kau masuk dalam bilik aku! , Perempuan macam kau tak layak langsung nak jejak bilik aku! Lagi satu kau layak pegang gambar Aileen! kotor kau tahu tak?" Ujar Afnan dengan sinis.
Gambar Aileen yang berada di tangan Dhia terus di rampas dengan kasar, lelaki itu memang benar-benar cintakan Aileen.
Kotor?, Jijik betuk di mata dia..adakah perkataan tu yang paling sesuai dengan aku?
" Saya minta maaf, " Dhia dengan segera berlalu dari situ namun lengannya itu pegang oleh Afnan sehingga langkah wanita itu terhenti.
" Sampai bila-bila pun, kau takkan dapat jadi macam Leen! Kau dengan dia berbeza! Cermin diri kau dulu sebelum nak suka seseorang" dengan tajam Afnan dengan berkata.
Dhia benar-benar terasa dengan kata-kata lelaki itu sebentar tadi, Afnan terus melepaskan lengan Dhia yang di pegang olehnya itu. Dhia terus berlalu pergi meninggalkan bilik itu dengan perasaan yang sudah untuk di tafsirkan.
" Tak guna punya perempuan, " degusnya sendiri apabila dia melihat bingkai kaca yang terletak gambar Aileen itu itu sudah pecah kerana Dhia.
DHIA terus mengatur langkah ke arah ruang tamu, dia berdiri di hadapan Datin Zahirah sambil cuba mengukir senyuman walaupun hatinya benar-benar terluka dengan kata-kata lelaki tadi.
"Datin saya dah kemas semua bilik dekat atas, untuk menu makan petang hari ni Datin nak makan apa ya? " Soal Dhia dengan lembut.
Datin Zahirah memerhati sekeliling rumahnya itu, sungguh bersih sekali wanita itu mengemas sangat cekap!
"Kamu masak je lah apa-apa yang ada dalam peti ais ni, cuma masak untuk saya dan Afnan sahaja ya? Sebab Dato tak makan petang dekat rumah"
Dhia menganggukkan kepalanya itu, sebaik dia ingin melangkah pergi langkahnya terhenti apabila mendengar Datin Zahirah memanggil dirinya.
" Afnan mengamuk lagi ya pagi tadi?"
"Ermmm, tapi sebab saya buat salah sebab tu Afnan mengamuk" jawab Dhia bersungguh-sungguh.
"Saya harap kamu bersabar ya dengan perangai Afnan tu, keadaan jadi macam tu pun bersebab"
Dhia hanya sekadar mengangguk,kalau ikutkan hendak sahaja dia bertanya mengapa lelaki itu jadi begitu. Tapi nanti di katakan sibuk hal orang pula.
"Saya minta diri dulu ya Datin," Dhia melangkah ke arah dapur untuk menyiapkan makan tengah hari.
TING ! TONG !
bunyi lonceng dari luar itu, menghentikan tangannya itu yang sedang memasak ketika ini, kakinya terus mengatur ke arah pintu. Perlahan-lahan tombol pintu itu di pulas.
Sebaik sahaja pintu di buka, lelaki yang berada di hadapannya itu tergamam sendiri.
"Dhia?" Ujar lelaki itu.
Dhia hanya sekadar tersenyum nipis, dia hairan siapa yang berada di hadapannya kini yang sedang menyebut namanya itu.
Done Update (≧▽≦)
Share this novel