~HATI YANG TERSAKITI KERANA TERLALU MENCINTAI~ Mencintai seseorang yang kita tahu tidak mungkin dia akan jadi milik kita , Ya itu adalah Dhia Malaika dia amat mencintai seseorang yang bernama Afnan Fayyadh walaupun dia tahu cintainya pada sang lelaki takkan terbalas. Namun siapa sangka, mereka akhirnya diijabkabulkan bersama. Bagi Dhia bagaikan mimpi yang menjadi realiti apabila dia sudah sah menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang amat dia cintai sepenuh hati. Tetapi, itu bukanlah seperti perkahwinan yang diimpikan oleh Dhia. Dia tidak ubah di layan seperti orang asing! Dengan Afnan yang masih lagi mencintai bekas kekasihnya iaitu Aileen Sohfiana. Dia sangat tersiksa dengan perkahwinan bersama Afnan, semakin lama hatinya semakin sakit.. dengan sikap Afnan yang curang dan tidak menghormati dirinya sebagai isteri itu. Kerana terlalu mencintainya hatinya jadi sakit dengan kelakuan lelaki itu. ***** "SAAT ini,detik ini! kau bukan lagi isteri aku! kau dengar tak ni Dhia Malaika binti Sulaiman! aku Afnan Fayyadh ceraikan kau dengan talak 1 berambus kau dari sini aku tak nak tengok lagi muka kau tu lagi!" Jerkah lelaki itu dengan kuat. Terduduk lemah wanita itu saat ini, air mata pula sudah kering untuk terus mengalir. Buat apa dia ingin mengalirkan air mata pada seorang lelaki seperti Dia... Namun perginya Dhia Malaika, mengusik hatinya.. dan dia sedar tanpa wanita bernama Dhia Malaika tidak mungkin dia dapat hidup dengan menjalani hari-hari yang kosong tanpa wanita itu... Namun semua itu sudah terlambat.... **** Jiwanya sudah kosong, rupanya selama ini dia hanya menjadi alat permainan lelaki itu. Hatinya benar-benar terluka dengan sikap dia.. "Kesalahan yang paling teruk pernah aku buat adalah jatuh cinta dengan seseorang yang kejam dan tak berperikemanusiaan macam kau!" Dhia. "Maafkan abang sayang.., kembali lah pada abang.. abang perlukan Dhia tolong jangan tinggalkan abang" Afnan. Kini hatinya sudah sekeras kristal mampukah dia memaafkan semula seorang lelaki yang telah membuatkan dirinya kecewa dan terluka? Yang kedua kalinya. Namun kemunculan seorang lelaki bernama Adrian Nasriq benar-benar mengubat hati Dhia yang di sakiti oleh Afnan dahulu. siapakah yang akan menjadi pilihan hati Dhia? Adakah Afnan ataupun Adrian? Mampukah yang cinta akan dapat kalahkan yang selalu ada? THEME SONG : BUNGA DHIA (AIMAN)
View All Chapters (Total 62 Chapter)
Update 06 December 2024
2023-05-13 1 Replies
rasanya dulu x ada guna coin kan..
2022-11-06 1 Replies
happy ending...jalan crta best yq hairah novel awk smua best2 terbik
2022-11-02 2 Replies
Yeayy hppy ending, best sangattt??