BAB 1

Romance Completed 170335

MATA mengekori belakang badan Puan Halizah yang sedari tadi ke hulur ke hilir. sekejap mengambil sesuatu di dalam peti, sekejap mengacau lauk yang sedang bertenggek di atas dapur. sudah bermacam rayuan Ikram kemukakan tetapi tiada satu pun yang di terima oleh Puan Halizah.

"boleh lah Umi." lirih Ikram buat kesekian kali. entah sudah kali ke berapa dia minta, dia pun tidak tahu.

Puan Halizah berpaling ke belakang sambil bercekak pinggang dengan senduk di tangan kanan yang tunggu masa untuk terbang ke kepala anak bongsunya. matanya memandang tepat ke dalam anak mata Ikram.

"Umi dah tak tahu nak cakap perkataan apa lagi dah ni. dari tadi Umi cakap sabar. sabar lah. bagi lah budak tu habis dulu. susah nak fokus banyak benda. haritu kau juga yang dia sambung syahadah. Umi lepuk kau karang. Haa, aku geram betul lah dengan budak ni! kau dah kemaruk sangat nak kahwin? " marah Puan Halizah. wajah bersahaja Ikram menambahkan lagi kegeraman dalam hati.

"haah." jawapan sepatah yang keluar dari mulut Ikram membuatkan senduk yang tidak bersayap itu terbang tepat ke arahnya. mujur lah Ikram dapat membaca tindakan awal Uminya. sempat dia mengelak dari senduk yang bakal mendarat tepat ke atas dahinya. dia terkekeh.

"boleh la umi. boleh eh? "

"tunggu dia syahadah dulu. sabar lah. sikit lagi je ni Ikram. kesian lah dekat si Piya tu. budak tu dah lah baru nak dapat semangat. haritu bapa dia dah offer kahwin terus sebab dia dah tak nak sambung, kau sendiri yang pergi zihin budak tu. lepas tu sekarang ni kau yang meratib." tergeleng Umi di buatnya.

"syahadah tu keperluan dia. kemudahan untuk dia. bila dia boleh ingat Al Quran dekat mana mana pun dia boleh mengulang. dengan ada atau tiada Al Quran dia boleh mengulang. sebab tu orang suruh Syahadah kalau boleh. sayang la dah khatam tapi tak syahadah. setakat khatam,  zahirnya memang nampak macam dah habis, padahal apa pun tak ingat. suruh baca mana mana juz tak boleh baca. dah tu buat apa hafal Quran kalau setakat menghafal. Dah hafaz kena lah jaga. Dah jaga, kena amal." jawab Ikram panjang lebar.  tujuan dia mencadangkan ulangan syahadah Pada tunangnya bukan mahu menyusahkan gadis itu. tetapi itu salah satu ikhtiar supaya wanita itu mudah untuk menjaga hafazannya.

Kebanyakkan penghafaz, terus tidak buka Quran selepas tamat belajar disekolah kerana mereka tidak tahu bagaimana nikmatmya rasa dapat ingat hafazan mereka.

Al quran di hafaz bukan untuk di lupakan. tetapi untuk di ingati. seorang insan yang menjejakkan kakinya ke dalam bidang menghafaz Al Quran, dia sedang meletakkan satu tanggungjawab yang sangat berat untuk di pikul sepanjang Hayatnya.

menghafaz memang mudah, tetapi mahu menjaga apa yang telah di hafaz pekara yang tidak mudah. walau hanya satu surah yang di hafaz, tetap menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga. apatah lagi jika 30juz.

"habis tu nikah? "

"nikah tu kemudahan untuk orang Access dalam hidup dia. semangat yang dia dapat dua kali ganda lagi banyak bila dia dah kahwin dengan orang dari semangat yang dia ada sekarang. sekarang dia kena cari semangat seorang diri. kalau dah nikah, orang ada untuk tolong support dia. okay kan alasan tu?? " terjungkit jungkit keningnya dengan senyum kambing tersungging di bibir.

melihat Umi yang diam membuatkan senyumnya makin melebar. Ikram dipandang atas bawah dengan pandangan jengkel. Sembang sebelum kahwin bolehlah. Tunggulah nanti dah kahwin.. silap silap dengan dia dia hayut.

"kau pergi cakap sendiri dengan bapak dia. kau bincang sendiri dengan ustazah dia. Umi tak nak maauk campur." putus Puan Halizah. pasrah habis suaranya. Penat mahu memujuk, ada saja alasannya. Ikram dengan keras kepalanya memang tidak boleh di pisahkan. makin kita pujuk dia, makin lembut lidah dia pujuk kita. halang lah macam mana cara pun. bila dia kata A maka A lah jawapanya. cadangan B atau C Atau D memang tidak akan di terima.

"okayy! terima kasih Umi! " sorak Ikram riang. Pipi Uminya di kucup kiri kanan. akhirnya setelah hampir tiga hari tiga malam memujuk, kebenaran sudah di berikan. untuk menghadap bakal bapa mentua tidak sesusah menghadap Puan Halizah. Tergeleng Puan Halizah di buatnya. harap alasan yang di guna pakai anak bongsu itu bukan sekadar alasan untuk mendapatkan lampu hijau.

"SEISI alam menagih kasihnya laila.
di balik selendang sembunyi nur kasihmu."

sambil menunggu ahli mesyuarat tingkap memenuhi ruang mesyuarat tiba tiba suara Hanzalah yang sedang berjalan menuju ke ruang itu bertaranum lagu kasihnya laila nyanyian jinbara memecahkan hening

"bagai mimpi kau ku temu
gadis yang ku dambakan terselah ayu."

Naufal yang berjalan di belakang Hanzalah menyambung bait lirik dengan gaya bertaranum juga.

"terbit kasihku namun tertunduk malu.
kerna ku tahu bezanya kau dan aku." giliran Amirul pula menyambung dengan gaya yang sama sambil mendukung saad memasuki ruang mesyuarat yang sudah hampir di penuhi oleh separuh ahli yang terlibat. kelibat puan Halizah dan ustaz Malik juga baru menampakkan bayangnya. tinggal seorang lagi belum memunculkan diri.

Ikram, si watak Utama dalam agenda mesyuarat yang bakal di ketengahkan.

"kau menjelma bak cahaya,
suluh ku yang terabadi dalam dada,
assalamualaikum hulur bersapa,
bersama kita mencipta bahagia."

seorang lagi masuk bersama taranum. Aishah dan Hani berpandangan sesama sendiri. mereka ni tadi pergi reahesal tukar lagu rock kepada taranum ke?

seorang demi seorang masuk sambil menyambung buat taranum. lagu yang sepatutnya hanya dua rangkap saja bertaranum kini sudah separuh lagu di taranumkan. jika di dengari oleh kumpulan jinbara pasti mereka nangis di tepi tingkap sliding. mudah mudah saja lagunya di rosakkan oleh empat beradik ini.

jika mahu merosakkan lagu, beri sahaja pada mereka. memang pakar!

"assalamualaikum, insya Allah. memandangkan semua dah ada. jadi kita boleh la mulakan mesyuarat. tujuan mesyuarat ni untuk kita capai kata sepakat. jika ada apa apa pandangan atau cadangan penambah baikan perjalanan dan urusan madrasah bolehlah usulkan. " Bunyamin selaku ketua membuka mukadimah.

"agenda untuk mesyuarat kali ni. macam yang dah beritahu dalam group tadi la. takwin untuk setahun, kemasukan pelajar baru, keperluan mengajar untuk guru guru dan target pelajar syahadah. last sekali kita mesyuarat pasal Ikram ni."

"aik.?" Ikram yang sedari tadi hanya menunduk, kini mengangkat kepala apabila Namanya termasuk dalam agenda mesyuarat.

"apa aik?  budak yang kau nak kahwin ni pelajar banat. memang lah kena mesyuarat." terang Bunyamin. pecah tawa ahli mesyuarat yang. terdiri dari para asatizah yang berada di bawah naungan Ustaz Malik.

"buat buat macam tak tahu eh? konon kononya macam umi nak bagi suprise lah dapat kahwin" kata kata bernada sarkasastik begini,  tidak lain tidak bukan pastilah keluar dari mulut Amirul. bantai gelak semua. Puan Halizah yang duduk di sebelah Hani ketawa sampai menupuk nepuk paha Hani.

Hani pegang kepala. kenapa lah suaminya ini jika bercakap di biarkan otaknya terkunci. geraklah sekali seiring dengan mulut.

"kurang ajar kau ni.. hahahaha."

hampir sejam mesyuarat tentang perjalanan untuk tahun baru di bincangkan.

"budak syahadah ni apa cerita?  tahun depan berapa orang yang dalam target nak syahadah" soal Ustaz Malik.

"Banin dua orang syahadah, Adam dengan Haikal. Lima orang khatam." jawab Ustaz Mizan selaku ketua ustaz..

"Adam tu targetnya bulan dua ni dah syahadah. si Haikal ni,  paling awal pun mungkin lepas raya puasa. tak dapat nak target, sebab masih banyak lagi juz nak kena ulang. tapi insya Allah nak syahadahkan sebelum habis tahun depan." terang Ustaz Mizan.

"banat tiga orang syahadah. safiyyah, Dina dengan Rifqah, khatam dua orang." giliran Aishah pula menjawab selaku ketua ustazah.

"Rifqah Insya Allah bulan 1 ni. sekarang dia tengah semak 15 juz sehari. Dina bulan 3. sekarang tengah semak 3 juz. si Safiyyah ni tak tau lagi apa cerita. tak dapat nak target dia.  sebab dia pun macam tengah cari tune lagi.  kadang rasa macam dia dah imun, bila bagi target dia macam lari landasan balik." Ikram yang sedari  tadi hanya menunduk sambil mencatit menit mesyuarat mengangkat kepala apabila nama Safiyyah keluar dari mulut Kakak iparnya.

"nampak dia macam tak ada semangat ke? " soal Puan Halizah. tumpuannya kini di beri sepunuhnya kepada Aishah.

"dia semangat tapi entah lah. macam ada sesuatu yang sangkut. dia macam ada benda yang dia fikir. tapi bila tanya.. dia jawab tak ada apa apa." terang Aishah.

"haah, kalau perasan sekarang pun dia macam dah banyak diam. tak ada nak nak kecoh kecoh macam sebelum dia khatam dulu. " celah Hanisah selaku ustazah warden.

"Safiyyah kelas siapa? " soal Ikram pula ingin tahu.

"kelas saya." Jawab Aishah. Ikram terangguk.

"ngaji dia okay tak? sekarang dia tengah buat ulangan apa? " Ikram memulakan soal siasat. mahu bersama berfikir cara bagaimana mahu membantu pelajar itu yang juga tunangannya.

"ulangan 5 juz. dia ngaji okay. semua okay. ni dah dekat dua bulan ulang 5 juz. dah berapa kali naikkan 10 juz.. baru tiga hari dia naik 10 juz. dia dah barai teruk. pernah la juga biar tahan dia sampai seminggu. esoknya baru dua juz semak dah sebaldi air mata." cerita Aishah lagi.

dia juga tiada solusi pada Anak murid seorang ini.

"kau dah cakap dengan bapak dia? "soal Puan Halizah. kini semua mata tertumpu ke arah Ikram pula. Ikram sekadar mengangguk.

"Haji Nasir cakap apa? " soal Ustaz Malik pula.

" dia cakap kalau tak ganggu dia punya ngaji kahwin lah. Tapi, tak kahwin lagi dah macam ni. macam mana ni? "

"eh,  bukan ke kau yang cakap dengan Umi, kalau nikah dapat semangat dua kali ganda." ungkit puan Halizah menyindir apabila Ikram juga kelihatan menjumpai jalan buntu. pecah tawa mereka yang lain.

baik punya perli umi.

"Umi jangan lah ungkit ungkit dekat sini. semua orang dengar." seloroh Ikram dengan sisa tawa.

"biasa yang macam ni sembang sebelum kahwin je Umi, lepas kahwin selamat tinggal semua tu." selain menjadi sarkastik, menjadi batu api juga adalah kepakaran Amirul. pecah tawa ahli mesyuarat. Ikram tercengang.

"perkataan yang keluar dari mulut kau ni,  mampu menggoyahkan keputusan Umi tau Am. tiga hati tiga malam aku pujuk. kau jangan lah sia siakan usaha tiga hari aku." ujar Ikram sayu. bukan senang untuk meyakinkan Umi. makin besar tawa Amirul melihat wajah Pasrah Ikram.

"Aishah, selaku guru kelas Piya. Aishah rasa macam mana? melalui pengajian dia. Aishah rasa sesuai tak dia nak berumah tangga." hati hati Puan Halizah menyusun ayat. walaupun Aishah merupakan salah seorang dari menantunya, tetapi dia tetap perlu menghormati wanita itu sebagai guru yang mengajar di madrasahnya. apa lagi wanita itu merupakan guru kelas kepada gadis yang bakal di jadikan isteri kepada anaknya.

"Hani rasa? " soalan di aju kepada Hani pula apabila Aishah mendiamkan diri. bukan tidak mahu menjawab, cuma dia perlukan masa untuk memberi jawapan.

jika sudah namanya emak, mulut saja kata tidak mahu masuk campur.

"tak ada jawapan lah Umi. sebab dia bukan kelas Kita." jawab Hani serba salah.

"pada umi macam mana?" soalan di pulang kembali kepada Umi sebelum Aishah menjawab.

"Umi sekarang ni, ikut Aishah dengan ustazah ustazah dia. Kalau Aishah kata okay. tak ada masalah. okay, kita terus jalan. sebab Hj Nasir pun dah bagi green light." jawapan Puan Halizah hanya di balas dengan aggukan oleh Aishah dan tiga lagi guru perempuan yang lain.

"kalau jadi ni bila nikah?" soal Aishah lagi.

"tengok lah lagi sebulan dua ni. semua pun dah siap. tinggal borang je la. akad nikah je dulu. majlis nanti lah fikir. lepas lepas si Safiyyahnya syahadah ke. " jawab Puan Halizah bersama penerangan yang Aishah perlukan. dia mengangguk faham.

"Ikram, kalau kau kahwin. apa jaminan yang kau nak bagi?" soalan cepumas yang keluar dari mulut Aishah membuatkan Ikram terkebil kebil di tempatnya. semua mata kini tertumpu ke arahnya.

"jamin dia boleh syahadah ikut target yang di beri." jawab Ikram tegas. yakin dengan jawapan yang di beri. mujur Amirul sudah berlalu pergi bersama dua anak bujangnya yang sudah mula meragam. jika tidak pasti di bahan lagi.

"kau yakin? " provok Aishah. tajam matanya merenung wajah Ikram yang tampak yakin,  Langsung tiada rasa goyah. suaranya juga tiada getaran menandakan lelaki itu benar benar pegang pada jaminan yang dia buat.

"yakin. " hanya sepatah jawapan yang dia beri. itu pun sudah mampu membuatkan Aishah berpuas hati.

"pastikan dia syahadah sebelum raya puasa tahun depan!" perkataan yang keluar dari mulut kakak iparnya itu bukan sekadar pesanan, tetapi arahan mandatori. apa pun yang terjadi, apa pun alasan. dia perlu memastikan bakal isterinya itu dapat melepasi ujian syahadah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience