BAB 3

Romance Completed 170335

"UMI." badan umi yang masih bertelekung di tikar sejadah Ikram peluk dari belakang. tidak tenteram hatinya dengan kedinginan Umi.

"orang minta maaf." ucapnya lirih. jiwanya benar benar dihambat rasa bersalah. tidak semena mena air mata Umi mengalir laju di pipi meningkatkan rasa bersalah Ikram.

"umi jangan nangis. orang minta maaf. orang minta maaf sangat sangat. orang tak ada niat pun nak sorok dari Umi. jangan nangis macam ni Umi. bertimpa timpa dosa orang macam ni." pipi Umi di kucup kiri kanan bersilih ganti. air matanya juga sudah mengalir laju seperti air terjun.

hatinya benar benar di hambat rasa dosa. melihat air mata Umi mengalir membuatkan segala Ilmu yang dia belajar menjadi sia sia. sia sia ingat Al Quran 30 juz, sia sia belajar sampai yaman tapi buat Uminya mengalir air mata atas kesalahannya sendiri.

"berapa ramai lagi kawan perempuan kau ni? " soal Umi menahan sedu.

"tak ada dah. dia seorang je."jawab Ikram jujur. Ikram menunduk. tidak berani untuk menatap mata Umi.

"jawab betul betul Muhammad Ikram!"

"betul orang tak tipu. lepas dia, orang kawan dengan Piya je. Tak ada sesiapa dah." jawab Ikram bersungguh.

"dah berapa lama? " soal Umi. matanya menatap dalam ke wajah Ikram yang menunduk.

"dua.... tahun.. " jawab Ikram lambat lambat.

takut? 

wajarlah dia takut. jika zaman remajanya dia takut jika di balun dengan rotan oleh Umi walau jarang jarang sekali rotan di layangkan ke badannya. kini dia takut jika Umi semakin berkecil hati dengannya. dia bukan anak yang baik, dia tidak tegar melihat air mata Umi yang jatuh kerananya walaupun segala tindak tanduknya lebih mengikut kata hati sendiri dari mengikut logik akal.

"lama dah Ikram, kau tunang baru tiga bulan." senyap, sikit pun Ikram tidak berani bersuara.

"dah berapa kali dah Umi cakap. jangan kawan dengan perempuan.,jangan mengusik perempuan. kau buat lagi. kau buat lagi. kau nak ke Umi balun kau dah tua tua ni. dah ada anak murid. Ilmu tinggi tinggi. Quran 30juz. mesej Perempuan, usik perempuan sana sini. bukan Umi nak cakap abang abang kau tak pernah ada kawan perempuan, tapi kau ni.. kau ni... kalau kawan perempuan habis semua di bagi harapan. kau ingat Umi marah kau suka suka. sebab Umi tahu mulut kau ni lebih gula dari air. cuba kau fikir, kau ada anak perempuan nanti. orang buat macam tu kat anak kau. Umi bukan nak doakan yang tak baik. Umi nak suruh kau fikir."

"ni akal ni.." kepala Ikram di tunjal lembut. " Allah bagi untuk kawal hati, bukannya hati kawal dia. sebab tu nafsu ni letaknya kat hati, bukan dekat akal. susah payah mak bapak dia bela anak perempuan elok elok. senang senang je kau rosakkan hati dia. bila nak cari Isteri pandai pula kau cari yang tak berapa nak layan kau. kau ingat Umi tak tahu kenapa kau kemaruk sangat dengan Pya tu. sebab dia malas nak layan kau sangat kan? "

Ikram diam tidak menjawab. walaupun ketepatan tebakan Umi hanya 50% ikram kekal membisu. angguk tidak geleng juga tidak. dia menelan Liur yang terasa berpasir.

"orang minta maaf." balik balik kata maaf saja yang bisa terucap dibibirnya. Umi sekadar menghela nafas berat.

"umi minta maaf. salah Umi lah.. ada lah ni dosa Umi sampai jadi macam ni. ada yang dekat mana mana Umi salah didik anak anak. Umi minta maaf." tergeleng dia di buatnya. jika tidak pasal rokok,  pasal perempuan pula.

"Umi.." Ikram kembali mengongoi. air mata yang sudah mengering kembali membanjiri pipi. serba salah yang menghimpit rasa seakan membuat nafasnya tersekat sekat.

"orang minta maaf." belakang tapak tangan Umi di kucup berkali kali. bukan Umi salah mendidik. mereka yang tidak makan didikan. lebih mementingkan kehendak hati dari terus melawan hawa Nafsu. sudah tahu kepantangan Umi,  masih lagi mengikut kata hati untuk mencuba. alih alih sendiri terjerat.

" Umi, orang minta maaf." ulangnya apabila Umi mendiamkan diri.

"berubah dik. kau bukan remaja lagi. lagi tiga tahun dah 30. dah nak kahwin dah ni. takkan nak sambung lagi perangai ni sampai lepas kahwin?  tak megah pun perempuan keliling pinggang. tak cukup dengan orang lain, pelajar pun kau sapu. Umi ni rasa macam nak rotan je kau ni." ujar Umi dengan suara yang tertahan. bahu Ikram di libas dengan kain telekung saking terlampau geram.

"kau ni manja sangat agaknya ek. benda yang Umi dah cakap Ulang ulang pun kau masih buat. kau tak fikir ke kalau kau ada anak nanti?  jarang kena rotan kan?  kalau abang abang kau dulu dah hancur kulit kena libas. kau tak pernah rasakan? " suara Umi naik satu oktaf. Ikram menggeleng perlahan.

"bukanya dah pupus pun orang lelaki yang kau boleh jadikan kawan. abang kau empat orang lelaki. tak cukup?  kau cakap betul betul dengan Umi, perempuan mana lagi kau kawan." tidak Ubah seperti anak kecil Umi memarahi Anak bongsunya.

"tak ada dah Mi. Dia seorang je. Sumpah! Oeang kawan pun bukan sebab suka suka nak kawan." jawab Ikram bersungguh. dia bukan membuat alasan. jawapannya adalah jawapan jujur. senakal apa pun dia,  menipu Umi bukan jalan singkat untuk melepaskan diri.

"betul. Umi tak percaya ke? orang tak pernah tipu Umi kan?" renungan tajam Umi dibalas dengan pandangan redup. mengharap secebis kepercayaan dari Umi masih tersisa untuknya.

"memang kau tak pernah tipu, tapi kau selalu sorok benda benda macam ni dari Umi. Dari Maria dulu kau sorok." tajam suara Umi menikam. dia masih ragu dengan Ikram. Ikram teguk liur.

"itu..." balas Ikram perlahan. Setelah lima tahun nama itu bangkit semula

"apa lagi alasan kau nak buat?" celah Puan Halizah, langsung tidak memberi peluang pada Ikram. Ikram menarik nafas dalam sebelum dia menghembus perlahan. 

"orang dah lama nak cakap dengan Umi. dari awal orang kawan dengan Aisyah Pun orang nak cakap dengan Umi." Ikram telan liur yang rasa berpasir di kerongkongnys. berdepan dengan Umi tentang masalah wanita, sejujurnya tidak mudah. jika tiada hati yang kental dan jiwa yang cekal, janganlah ajak di bawa bincang.

langsug tiada kompromi!

"kau kawan dengan dia sebab apa?" soal Puan Halizah. anak mata Ikram di pandang dalam.

"sebab nak kahwin." terjungkit kening Puan Halizah. langsung tidak percaya dengan jawapan yang Ikram berikan.

"bukan suka suka, saja nak tambah kenalan macam kawan kawan sebelum ni?" laju Ikram menggeleng. dengan wanita bernama Aisyah Safiyyah. langsung tiada niat untuk berseronok. apa lagi sekadar mahu mencuba cuba. Dia bukan budak umur 17 tahun. Dia sudah 27 tahun. Sudah tiba masa untuk fikir yang lebih matang.

" tak, dengan Maria dulupun orang seriuskan?" Liur ditelan. nafas dilepas mereda debar didada. "orang memang nak kahwin dengan Aisyah. dari sebelum orang kawan dengan dia lagi." sambung Ikram. perkara yang sudah sekian lama terpendam, hari ini terluah juga.

"kenapa tak cakap dengan Umi?" soal Puan Halizah garang. mata tajam menikam wajah anak bongsunya membuatkan Jantung Ikram hampir mahu berhenti berdegup.

"takut." dia tidak tipu. andai ada yang mengatakan dia pengecut pun dia akan terima. Teringat bagaimana dia beritahu tentang Maria suatu ketika dahulu. Walaupun dia menunjukkan dia serius dalam hubungan, tetap saja dilibas oleh rotan. Jadi, siapa saja yang tidak takut.

"kalau dah niat kau macam tu dari awal, kenapa kau nak takut?" Ikram mengurut tengkuk melegakan resah yang semakin kuat bertandang.

'mananya tidak takut, kalau dah Umi macam ni.' tetapi itu hanya terdetik dihatinya, tidak mampu terluah dengan kata kata.

"takut Umi tolak. lepas tu Umi carikan orang lain macam Umi buat dekat Am." melihat urusan perkahwinan Amirul dahulu, cukup mengukuhkan hatinya supaya dia terus memendam dahulu. risau jika nasibnya sama seperti Amirul. sengaja dia mencuba nasib untuk menyebut nama Hani supaya dapat menggantikan tempat Balqis yang ditolak Puan Halizah.

Tepatnya, kisah Amirul itu hanya alasan semata. Alasan seminit yang tiba tiba muncul disaat saat genting begini.

mencerlung mata Puan Halizah menikam wajah Ikram. muka takut, tapi mulut bersahaja menembak tanpa rasa bersalah.

"tak... tak... bukann... bukan.." laju Ikram. mencelah sebelum Puan Halizah membuka mulut. "sebab masa tu dia kecil lagi. tengah belajar lagi, belum khatam. orang pun tengah belajar juga. sebab tu orang tak cakap dengan Umi." berkali kali liur ditelan.

ah, berhadapan dengan Umi dan mengaku semua  yang tersirat dalam hati tidak ubah seperti di dalam kandang mahkamah.

"bagi Umi satu sebab munasabah kenapa kau nak kahwin dengan dia." Ikram mendesah lemah. jujurnya tiada sebab yang kukuh apalagi munasabah.

hanya sayang, tiada sebab lain. dia cintakan wanita yang dipilih sendiri. jika dia jawab hanya kerana cinta pasti Puan Halizah ceramahkan lagi dia hingga subuh hari ketujuh.

tiada sesiapa tahu rasa cinta ini kecuali sang pemilik hati. hatta dengan tuan badan sendiripun dia tidak pernah luahkan.

"tak ada sebab pun." balas Ikram. dia segan untuk mengakui rasa hati. dia juga tidak mahu Puan Halizah nampak dia mudah terleka dengan wanita meskipun hakikatnya begitu.

"kalau macam tu,  tangguh jelah. cakap dengan Haji Nasir tunggu lepas raya, itupun kalau Safiyyah dah syahadah."

"janganlah macam tu Mi." Ikram cuak. ugutan Puan Halizah ini langsung tidak kelakar. berputar akalnya mahu mencari sebab munasabah. cinta?  sudah tentu dia digelak guling guling nanti.

"orang nak keluar. orang nak keluar 40 hari negara jauh." dia meraup muka. sahih kena khuruj juga lepas nikah ni.

"kau letak nama dekat mana? " soal Umi. suaranya tidak setegang tadi, riak wajahnya juga sudah sedikit mengendur. Ikram menghela nafas lega dalam resah.

"brazil." jawab Ikram sepatah. sudah terlajak kata mana boleh undur balik.

"ye ke?" buntang mata Puan Halizah mencari anak mata Ikram yang tidak statik merenungnya msmbuatkan dia curiga dengan jawapan Ikram.

"betul." seakan dipukau, matanya membalas dalam renungan mata Puan Halizah tanpa berkelip beberapa saat.

"lain?" laju Ikram menggeleng.

"tak ada. tu je."

"dah, pergi sana. Umi nak mengaji." Halau Umi. badan Ikram di tolak.

"Umi." lirih Ikram. dia masih tidak tenang jika Ucapan maafnya masih tidak diterima Umi.

"Apa lagi Muhammad Ikram? "

"orang minta maaf." ucap Ikram perlahan. Umi menghela nafas.

"Umi tak suka kau kawan dengan perempuan, sebab Umi tahu kau jenis lembut lidah. sebab tu Umi tak kasi kau kawan dengan mana mana perempuan kalau sekadar mahu berkawan. bercakaplah dengan sesiapa pun, orang mudah tertarik dengan kau. kau tahu berapa banyak hati yang kau patahkan tanpa kau sedar?"  Ikram menggeleng.

"bukan seorang dua perempuan datang jumpa Umi tau, nak kahwin dengan kau. kau tak tahukan pasal tu?" lagi lagi Ikram menggeleng. kepala menunduk. nafas dihela berat. ligat kepalanya berfikir, seteruk itukah impaknya.

"belum lagi, fasi fasi perempuan yang kau usik usik dulu tu. ada kau fikir benda benda macam tu?" bibir di gigit kuat.

"kepercayaan Umi boleh la kau patahkan banyak kali. jangan sekali kali hilangkan kepercayaan Haji Nasir yang dia dah bagi pada kau. bukan senang dia nak lepaskan anak dia. sekarang Ini bolehlah Umi tolong. akan datang kau pandai pandai selesaikan sendiri. jangan cari Umi  kalau benda ni berlaku lagi sebab perangai kau yang lepas. jangan cakap Umi tak warning ye Ikram." Ikram angguk perlahan. liur di telan. sedikit sebanyak terbit juga rasa cuak.

"bukan sikit sikit ye Bapak dia bina kepercayaan pada kau. beringat sikit! " satu lagi Amaran keluar dari mulut Umi. Ikram diam.

" kau lelaki. tanggungjawab kau bukan sikit. bahkan dari sebelum kau lahir lagi,  kau dah di baca dengan tanggungjawab. Umi hantar anak anak Umi pergi belajar bukan untuk buat bangga banggakan Ilmu tu. Umi nak engkau orang faham apa yang islam nak. apa maksud islam. Umi nak ajar Umi tak pandai,  sebab tu Umi hantar pergi belajar. jangan pandai cakap Orang. suruh orang amal apa dia dah belajar. kau pun sama. jauh jauh ambil Ilmu. Tak cukup ke yaman, hantar kau sampai terengganu. Sudahnya jadi gini. "

"orang minta maaf." ucap Ikram buat kesekian kalinya. dahi anak bujangnya di kucup lembut.

marah mana pun dia pada Anak anak, pasti mudah padam lebih lebih lagi jika Pada Ikram. bukan kerana dia anak bongsu,  tetapi cara Ikram yang benar benar menurunkan Ego saat datang menghadap meminta maaf yang mampu melembutkan hatinya.

"Umi reda tak dengan orang?" soal Ikram lembut. Umi mengangguk perlahan. air mata kembali membasahi pipi tua itu. wajah anaknya yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi di kucup lembut. anak yang di timang sejak dari kecil. kini sudah tumbuh dewasa.

"Umi restu tak ni orang nak kahwin? " soal Ikram takut takut. dia menghela nafas lega apabila melihat anggukan Umi. tetapi hatinya masih dirundung resah apabila masih ada air mata yang mengalir di pipi Umi.

"kenapa Umi nangis lagi? orang takut lah tengok Umi nangis macam ni. orang minta maaf, orang kecewakan hati Umi. orang minta maaf." liur di telan berkali kali sehingga terasa kering tekaknya. ibu jarinya naik mengelap air mata Umi. sesak dadanya.

"dah, pergi solat. dah azan dah ni." lengan Ikram ditepuk kuat oleh Umi.

"orang minta maaf."

"Iya." hilang terus beban dosa yang di tanggung beberapa jam lepas. lega. jiwa Ikram serta merta jadi lapang. Ikram mengulum senyum. dia bangun. baru beberapa tapak dia kembali menoleh ke arah Umi.

"orang Minta maaf." ucapnya lagi.

"Iya." melebar senyuman di bibir. dia menapak lagi beberapa langkah sebelum menoleh lagi buat sekian kali.

"Umi, orang minta maaf."

"kau masbuk, Umi sembelih kau." Ikram gelak.

"baik Puan!" dia terus melangkah pergi.

memandangkan Azan Isyak juga sudah berkumandang melalui pembesar suara yang terpasang di bangunan madrasah Banin. motor yang masih tersisa di tempat letak motosikal dihidupkan enjinnya sebelum menderu laju membelah angin malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience