"UNTUK penyemak syahadah banat ni macam mana? nak panggil ustazah luar atau nak semak dengan ustaz? " soal Ustaz Mizan.
"ingat nak panggil ustazah luar. ustazah lain ada cadangan? " Aishah memandang satu persatu uatazah yang duduk sebaris dengannya.
"rasanya semak dengan ustaz je." cadang Hanisah.
"haah kita pun rasa baik semak dengan ustaz je." hafsah pula meluahkan buah pandangannya.
"sebab kalau panggil ustazah luar kita kena arrange masa betul betul. budak perempuan ni tak macam budak lelaki. kita tak boleh nak target tepat tepat." giliran Hani pula ketengahkan pandangannya.
"sebab mereka ada haid." sambung Puan Halizah perlahan. dia mengangguk faham.
"pelajar syahadah ada tiga orang kan? nanti kita bincang sendiri je la tentang ni.. cuma yang sorang tu je la kena osom siapa nak semak." ujar Ustaz Mizan dengan tawa dan di sambut oleh para asatizah lain. walaupun yang berkelayakan Untuk menjadi penyemak syahadah ada tiga orang. tetapi hanya dua orang sahaja yang mendapat lesen menjadi penyemak untuk pelajar perempuan.
"yang seorang tu tunang si Ikram ni, lambat lagi." balas umi bagi pihak ustazah.
"hah, suruh Ikram je la yang semak." seloroh Azam salah seorang ustaz yang berkelayakan memandangkan seorang lagi ustaz yang berkelayakan adalah Ikram tetapi tiada lesen kerana statusnya yang masih bujang. Ikram sekadar tayang sengih.
"kau ada plan nak syahadah kan Piya ke Ikram? " tegak badannya sebaik sahaja soalan dari Aishah menyapa pendengarannya.
"boleh ke? " soal Ikram meminta kepastian. walaupun senyuman di bibir tidak dapat di sembunyikan tetapi tidak boleh terlalu awal sangat bergembira.
"entah, tanya la Abang Mijan. saya tanya je. kut la kamu ada angan angan syahadahkan isteri ke?" mata kini tertumpu ke arah Mizan.
"boleh, janji dah kahwin. kalau belum tak boleh." di sebalik senyuman milik Ikram yang makin melebar hingga ke telinga , terselit sebuah kepanasan jiwa milik Puan Halizah yang sedang sakit mata melihat kegedikan anak terunanya saat mendengar jawapan dari Mizan.
"kau bukan main menggeletis lagi eh!" mujur saja la jauh, jika dekat ni sudah di ketil ketil anaknya itu. Ikram melepas tawa besar.
"orang tak buat apa pun mi. senyum je. senyum pun salah ke?" soal Ikram dengan sisa tawa. pening dia dibuatnya, semuanya serba tidak kena depan mata Umi. apalah yang marah sangat?
"kalau dah macam ni, banyak pantang larangnya ni Ikram. kau tunggu je. kejap lagi berderet list syarat Umi bagi kau. kau sabar jap." provok Amirul sengaja menambah arang dalam api. riuh ruang itu dengan tawa mereka melihat gelagat anak beranak itu.
"kalau syarat bersusun tak apa. jangan tiba tiba Umi cakap. jangan kahwin dulu... termenung aku nak kena sambung raya seorang diri lagi tahun depan." seloroh Ikram. Puan Halizah tayang muka bengang.
"syarat yang Umi bagi tu bukan takat termenung Ye kawan. tahap korek lubang kubur sendiri." ujar Hanzalah pula.
"kahwin kan je la Umi kalau dah macam ni. gelenya sangat dah ni." Zahra yang sedari tadi hanya memerhati mula sebal dengan Ikram yang menggeletis sejak tadi. rasa gatal saja tangannya mahu menjentik adik bongsunya itu.
"entah entah si Safiyyah tu jadi gitu pun sebab dia orang ni dah lama kawan."
"ehh? " besar biji mata Ikram. belum sempat dia mencari masa, masa telah pun tiba. rahsia yang elok tersimpan kemas, dibongkar semudah ABC oleh Aishah.
masak!
"eh?"
"eh?"
bersahut sahutan 'Eh' keluar dari dari mulut Ahli lain bersulam dengan nada sindiran. macam macam rentak tawa yang hanya di fahami oleh anak muda.
"Umi tak tahu pasal ni." bisik Hani betul betul tepat ke pendengaran Aishah membuatkan Aishah ternganga. sedarlah dia bahawasanya dia sudah tersalah bual.
"patut lah, benda batil memang tak boleh campur dengan benda yang baik. buat lah baik seribu kali pun, tapi kalau atas talian yang haram memang semua benda jadi susah. itu yang seorang mengaji tak naik naik, seorang lagi hidup tak tenang. inilah Ye sebab meratib ratib nak kahwin." bukan hanya kata katanya, mata puan Halizah juga merenung tajam si jurulatih pemanah itu. tiikaman mata Puan Halizah dan kata katanya jauh lebih sakit dari terluka ketika selesai melepas tiga puluh bidik panahan.
pedih!
bunyi deringan dari telefon pintar Ikram. menyelamatkan nyawanya yang hampir melayang. pantas dia melekapkan telefon ke telinga dan berlari keluar dari ruang mesyuarat yang semakin tegang.
'terima kasih buat si penyelamat, nanti aku belanja gula gula kopi sebiji.'
"SORRY Ikram, sumpah aku tak tahu yang Umi tak tahu cerita." ucap Aishah bersungguh saat ruang itu hanya tinggal mereka adik beradik, ipar dan biras. bantai gelak masing masing.
"tak apa yang. kalau nak tunggu dia yang pergi mengaku sendiri. anak dah empat pun belum tentu dia mengaku. silap silap dia buat buat tak ingat je nanti." ujar Bunyamin membela Isterinya. Ikram tersenyum sumbing. kepala yang tidak gatal digaru. jika tidak kerana dia hormatkan kakak iparnya itu, sudah tentu dia akan membuka juga sejarah silam Abangnya seorang ini. cakap macamlah dia tak pernah berkawan dengan perempuan.
acah soleh pula. padahal zaman mudanya pun lebih kurang saja dengan dia. cuma entah kenapa, dia yang paling hebat dimarahi. entah di mana bezanya, dia juga tidak tahu.
"benda kecil je tu." balas Ikram bersama senyum menghiasi bibir. tidak mahu kakak iparnya itu terus diselubungi rasa bersalah walau hatinya kini di urung resah. itu lah peringatan yang Allah mahu hantar padanya. sorok lah ikut ceruk mana pun pasti akan terkantoi dengan bermacam cara yang langsung tidak kita sangka.
siapa suruh lambat lambat lagi beritahu, kan Umi dah tahu dari mulut orang lain.
Ikram urut kepala, bagaimana cara mahu merangka bicara. jujurnya, untuk beralasan seperti dulu sudah bukan lagi kepakarannya. dia menghela nafas resah.
bukan dia tidak tahu, umi tidak suka anak anaknya berkawan atau menjalin hubungan dengan berlawanan jantina. tetapi dia yang berjiwa muda lebih mengikut kata hati dari mengingati Amaran si umi yang sangat pantang.
dia juga tidak menyangka gadis yang satu satu rakan alam maya menjadi gadis yang menarik hati Puan Halizah. ini lah padahnya bila terlalu awal sangat sujud syukur. fikirnya dia sudah terlepas, bila Puan Halizah bersetuju supaya gadis itu diberi kepadanya. tetapi sangkaannya meleset.
"kita ingatkan Umi tahu, sebab tu Umi tunangkan budak berdua ni." terang Aishah dengan tawa tanpa suara. jelas serba salah pada riak wajahnya.
"Akak pun ingat benda yang sama. sekali Naufal cerita, Umi nak kenenkan si Piya tu dengan dia. sekali ada budak tu warning.. tolak, tolak. tu awek aku! lawak gila Akak rasa." Zahra bercerita di sulami dengan tawa.
"mana ada aku cakap awek." belakang badan Naufal di tepuk kuat. geram pula apabila Naufal sesedap rasa menambah bahan.
"tapi kau cakap, tu kau punya kan." balas Naufal mengingatkan.
"aku cakap aku punya je. aku tak cakap tu awek aku." tukas Ikram membetulkan fakta. langsung tidak hirau dengan tawa orang sekeliling. wajah Naufal yang menegang ditatap tajam.
"sama je lah tu!"
"tak sama!"
"kang aku ambil balik kang!" ugut Naufal geram. dia yang sudah terlajak usia terpaksa mengalah demi kebahagian adik. itupun masih lagi adiknya tidak tahu bersyukur.
dasar adik ngak punya akhlak!
"berdosa lah gila! tu tunang aku!"
"hah, gaduhlah lagi." hanya tiga patah perkataan saja yang keluar dari mulut Zahra, serta merta membisukan dua orang adiknya yang sudah layak beranak pinak dari bergaduh seperti kanak kanak berusia empat tahun.
"Ikran dengan Umi ni macam ada telepati. dia tahu tau taste Umi. tu yang dia test awal awal. dia kawtim dulu dengan Haji Nasir. dia tunggu masa je Umi open offer. tu yang sekali Umi offer terus onzz." sakat Hanzalah.
"masalahnya, dia yang offer diri sendiri." ujar Naufak mengejek. masih tidak puas hati dengan Ikram. Ikram pasang muka toya.
"sejak dua menjak ni Am. aku dah jarang dengar kau membahan. insaf juga kau ek? " sindir Ustaz Mizan Apabila Amirul hanya menjadi tukang gelak dari tadi. sikit pun dia tidak bersuara.
biasanya jika ada topik hangat dalam keluarga, Amirul lah orang pertama sekali yang akan menjadi tukang troll dan tentang. sekarang keinginan Ikram yang ingin bernikah antara perkara terhangat, sekali pun Amirul tidak buka mulut.
"saya bukan Insaf bang, tapi hal hal yang melibatkan perkhawinan ni saya tak boleh masuk campur. saya takut saya tersangkut dengan kata kata saya sendiri. terbang atas bumbung karang sofa kat rumah tu bang." jawab Amirul berseloroh.
"minggu depan ada satu sekolah nak masuk kem. 3 hari dua malam. Dia orang sampai khamis pagi." maklum Bunyamin membuka topik baru.
"aku tak nak ambil bahagian." laju Amirul menolak tanpa sempat orang lain membuat pembahagian tugas.
"ambil lah satu slot Am. tak cukup orang ni." pujuk Bunyamin.
"malas lah. aku kerja lah. minggu tu aku tak ada cuti. aku kena atandby. biasa hari hari standby ni memang tiba tiba ada complain." Amirul beralasan. tetapi dia tidak menipu. hari standby jarang dia dapat standby ddngan tenang. ada saja aduan aduan yang memerlukan khidmatnya.
"flying fox. kau suruh siapa buat? " soal Bunyamin garang. Amirul jungkit bibir.
"benda benda macam tu, memang lah tak boleh elak. nak tak nak memang aku lah kena ambil. arangge masa je la. apa masalahnya. tapi lepas tu aku memang tak nak ambil apa apa bahagian." terang Amirul serius.
"aku nak cadang sikit boleh tak? " celah Ikram setelah penat menjadi pemerhati.
"boleh. tak kan lah tak boleh. apa dia? nak pacak pelamin kat tapak khemah." sindir Naufal masih tidak puas hati.
"kau diam sekejap pal. kau kalau bercakap, aku rasa macam nak starlight empat kali atas dahi kau." lembut saja suaranya melontar kata. pecah tawa mereka. Ikram hanya tayang wajah datar. entah dimana lawaknya Ikram tidak tahu.
"tukar topik lain time muhasabah diri." laju saja Amirul mengangguk menyetujui cadangan Ikram.
"aku pun nak cakap benda ni. tak payah la buat bayangan selipar banyak depan rumah, masuk rumah sekujur tubuh sedang terbaring di tutupi oleh kain batik.. budak sekarang dah tak releven benda benda gitu. dia gelak nanti. buat lah bayangan siksa kubur ke. buat simulasi api neraka, buat demonstrasi zaman dajjal ke." sambung Amirul. siap di cadangkan lagi tajuk yang boleh dikedepankan.
" budak sekarang ni kurang common sense. benda benda macam ni dia buat lawak bodoh tak kelakar. bagi dia buat demontrasi zaman dajjal. baru kau ada akal sikit. kalau tak, semua kau nak troll kat media sosial. dia ingat dah paling kelakarlah tu.dia ingat mati ni benda main main agaknya." sambung Amirul lagi meluah rasa sebal yang terpendam.
jika anak anaknya yang buat begitu, tahulah nasib mereka. memang di ikat pada pokok rambutan saat sedang musimnya. nampak macam nikmat benar di dikat saat musim rambutan, buah sedang lebat. tetapi orang tidak tahu, kerengga juga sedang bermaharaja lela.
mana sempat nak petik rambutan!
Ikram sekadar menjadi pemerhati perbincangan mereka. langsung tidak berminat untuk menyertai mereka. susah hatinya apabila teringat tatapan mata Puan Halizah yang jelas terpancar kekecewaan. dia menghela nafas berat.
"kau ada cadangan....."
"tak ada. " laju saja Ikram menjawab sebelum Bunyamin menghabiskan katanya. lagi sekali bergema ruang itu dengan tawa mereka dik beradik.
"jauh betul fikir." usik Zahra. tidak lain tidak bukan pasti sedang rungsing tentang Umi.
"tengah fikir ni macam mana nak mempahalakan dosa aku kat Umi." jawab Ikram dengan nada berseloroh.
"solat taubat dik, 12 rakaat." cadang Bunyamin lebih kepada menyindir.
"solat taubat 12 kali 24 rakaat pun tak guna kalau Umi terasa." mata menyorot ke wajah Mengejek Amirul. yang ini, kerja jadi batu api. kalau iman tengah naik, bukan main pung pang bercakap. kalau tidak, beginilah. tak habis batu api.
bukan makin menenangkan malah makin di tambah tambah serba salah Ikram.
jelaa terpancar jiwa dendam pada senyum dan kata kata Amirul. jika dulu dia lah satu satu anak yang akan di bantai Puan Halizah. dia juga antara yang terpaling nakal dalam adik beradik. bukan hanya rotan, tali pinggang Abah, getah paip siram pokok bunga Umi, senduk nasi semua dah selamat melekat di badannya.
Ikram tidak senang duduk. pantas dia bangun. takut jika makin berlengah, hati Umi makin terluka. susuk Umi perlu di cari sekarang juga makin di lama di biar, makin tidak tenang jiwanya.
Share this novel