"KAU nak kahwin Pal? " soalan cepumas Puan Halizah tidak hanya menyentakkan Naufal yang sedang mengunyah karipap, malah turut mengejutkan empat lagi beradik lelakinya yang turut serta dimeja makan. sepanjang 30 tahun hayatnya, pertama kali Umi bertanyakan soalan panas begini.
"kenapa? " tidak menjawab soal Puan Halizah, sebaliknya dia kembali menyoal. karipap yang tinggal separuh disumbat semua kedalam mulutnya. langsung tidak terkesan dengan soalan tadi.
"Umi nak kenenkan dengan seorang perempuan ni. kalau kau nak Umi masuk minang." jawab Umi langsung tiada belok belok. tak ada kalis langsung.
"Umi penat bela kau pal. dah tua tua duduk menyemak lagi dalam rumah ni." kutuk Amirul bersahaja disambut oleh tawa yang lain. Naufal juga tidak terkecuali. bukan baru sekali dikutuk begini. lebih teruk lagi, apabila Hanzalah yang juga pangkat adik sudah berkahwin beranak satu. kaw kaw dia dibahan Amirul.
"masalahnya, yang dah kahwin pun menyemak dekat sini juga. apa cerita? " Puan Halizah membela Naufal. setiap petang pasti tiga suami orang ini turut tayang muka tidak tahu malu lalu menyantap sajian petang yang disediakan oleh Umi.
sebenarnya tiada tanggapan apa apa dari Puan Halizah. dia seronok bila anak anaknya berkumpul ramai ramai disini. walaupun rumah anak anaknya dekat, tetapi jarang sangat mahu bertemu muka. ini saja masa mereka untuk berkumpul. itupun kadang kadang Amirul dan Bunyamin tiada. memandangkan dua anaknya ini berkerja dibawah orang lain. Bunyamin guru sekolah rendah, jika tidak dengar azan asar, jangan harap mahu nampak muka. Amirul pula jika langit belum gelap, jangan mimpi boleh dengar bunyi motor.
"kau nak tak? " soal Umi lagi kembali ke topik asal.
"siapa?" soal Naufal acuh tak acuh. malas sebenarnya mahu buka tentang ini, tetapi tidak dilayan nanti, terasa pulak. percuma saja dia menempah tempat di dalam neraka.
"anak Haji Nasir." hanya sepatah jawapan Puan Halizah berjaya membuatkan Ikram pula tersentak. tidak hanya tersentak malah dia turut tersedak saat satu nama itu meniti keluar dari bibir Puan Halizah. tidak perlu disebut namanya, dia sudah cukup kenal, anak Haji Nasir yang mana satu yang dimaksudkan Umi. lebih lebih lagi gadis itu anak sulung, mustahil jika Umi mahu padankan Naufal dengan anak Haji Nasir yang lain. yang sulung saja, baru berumur 21 tahun.
tercungap cungap dia mengambil nafas.
"kau dah kenapa? " soal Umi pelik. tiada angin tiada ribut, tiba tiba saja tersedak. Amirul antara Abang yang paling rapat dan juga satu satunya makhluk yang mengetahui kisahnya, hanya mengulum senyum apabila tahu apa punca Ikram tiba tiba begini.
"biasalah Mi, sedang lidah boleh tergigit, inikan pula air liur sendiri. mestilah boleh tersedak." entah apa kena mengenanya. tapi sudah namanya Amirul, tiada yang pelik dengan pribahasa yang sudah di reka rekanya. Ikram mengurut lembut batang hidung yang terasa perit. mencerlung matanya memandang Amirul yang jelas sedang mengejeknya.
"anak Haji nasir tu bukan yang dekat banat tu ke? budak tu dah habis ke? " soal Naufal meminta kepastian. dia bukannya kenalpun dengan pelajar banat. hanya tahu nama apabila Puan Halizah dan Zahra rajin menyebut nama pelajar pelajar yang sering bertandang ke rumah Umi untuk khidmat. dia juga bukan sering berada dirumah. lebih banyak menghabiskan masa membawa jemaah umrah.
tidak sempat Puan Halizah menjawab soalan Naufal apabila tiba tiba sosok tubuh Zahra muncul secara mengejut dari pintu belakang.
"Umi sorry. akak salah tengok tarikh." melihat dari kelaku Zahra yang kelam kelibut, sepertinya perkara yang bakal disajikan kepada mereka bukan perkara yang baik.
"apa benda?" Puan Halizah seakan dapat menghidu apa yang mahu disampaikan oleh Zahra, awal awal sudah membuntang biji mata. bukan baru sekali kes salah tengok tarikh ini berlaku, dan setiapnya berlaku mesti di tangan zahra.
"kak Zah nak hantar makanan tu esok. bukan harini."
benarkan?
sudahlah tukang masak minta cuti, kerana sudah dimaklum petang ini akan ada hamba Allah yang meminta pelajar tahfiz untuk bacaan tahlil dan akan memberi sedikit makanan sebagai jamuan.
biasanya jika ada yang ingin menghantar makanan, seta merta makan itu akan menjadi sajian makanan utama mereka. sama ada sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam.
kekecohan didapur ini langsung tidak menarik minat Ikram. Tawaran Puan Halizah buat Naufal tadi benar benar menggangu fikirannya. dalam pada dia bingung, sesudu demi sesudu mihun goreng air tangan Umi masuk juga ke dalam mulutnya.
Dalam Jiwa tengah kacau, sedap pulak mihun ini!
jari naik mengurut kepala yang tidak sakit. mihun yang masih berbaki di pinggan dia suap masuk ke dalam mulut tanpa perasaan. fikirannya tika ini jauh menerawang ke arah tawaran umi kepada Naufal tadi.
wanita yang baru sahaja Puan Halizah usulkan tadi adalah wanita yang sama dia sedang menunggu. punyalah lama dia tunggu sampai dua tahun alih alih Abang dia pula yang dapat tawaran. mana boleh jadi!
bagaimana cara perlu dia lakukan supaya Naufal menolak terus tanpa menoleh dan tanpa rasa menyesal. juga tanpa Puan Halizah tahu, dia berhubung di atas talian bersama wanita yang sudah Puan Halizah masukkan namanya dalam senarai menantu pilihan. Ainul Mardhiah, anak saudara sulungnya pula tiada untuk menjadi penyokongnya.
berkali kali liur ditelan. mihun yang langsung tidak pedas ini, tanpa sedar menimbulkan rintik peluh di dahinya.
akalnya langsung tidak mampu berjalan. mahu jujur, takut dibalun dengan senduk jam ini juga. Puan Halizah ini bukan kira. Umur berapapun dia, dengar saja buat perangai lebih lebih lagi jika berkaitan berhubung dengan wanita dan rokok.
siap, habis satu kampung di kejar dengan kuali telinga capang dia!
teringat kisah tujuh tahun lepas saat Puan Halizah dapat tahu tentang hubungannya dengan Maria salah seorang guru yang mengajar di bahagian banat.
lunyai dia dibantai. ketika itu Umur sudah 20 tahun. tidak cukup dibantai. dihantar belajar kitab sehingga ke negeri terengganu. mujur dia sudah pernah belajar silibus kilat semasa di yaman dahulu selama empat tahun. masuk saja di madrasah itu, dapat lah dia lompat ke kelas tiga. tinggal lima tahun saja pengajian campur setahun di hantar ke india, bangladesh, pakistan untuk khuruj setahun.
tidak sia sia dia dikurniakan akal yang cukup cukup makan. membuatkan setiap ujian untuk kelayakannya naik ke satu kelas lulus. mahu dapat nombor satu di antara pelajar yang terpandai memang mustahil. cukuplah lulus saja. itupun dah buat dia bersyukur.
"kau tak bagitahu Umi langsung ke Ikram? " satu suara yang sedang menyoal dengan suara berbisik menyentakkan Ikram dari lamunan panjang. pantas dia menoleh ke arah Amirul yang sedang meneguk air disebelahnya. Ikram menggeleng.
"Asal tak bagitahu je? " Ikram tergelak. jelas kedengaran canggung pada tawanya.
"kena buang daerah aku kalau aku bagitahu. "
"kau kawan dengan dia, nak kawan je ke? nak kahwin? "
"kahwin." jawab Ikram sepatah.
" kalau nak kahwin cakap jelah dengan Umi. kau diam macam ni lagi Umi marah nanti." berkali kali kantoi kerana sering berkawan dengan wanita, sedikit sebanyak menggentarkan jiwanya untuk berterus terang dengan Puan Halizah.
"tak apa ke?" wajah Amirul di sisi dipandang dengan wajah kurang percaya.
"tak ada apalah. kuali je pun. tak matilah. paling paling pun koma je." jawapan bersahaja Amirul mrngundang tawa besar Ikram.
"bangkai betul! "
"kau nak tak? " soal Umi kembali ke topik tadi setelah masalah untuk makan malam anak anak tahfiz selesai.
"orang mana?"
"ayer hitamlah. Anak Haji Nasir. Kau kenal Haji Nasir ke?" bawang yang sudah di capai tadi Puan Halizah kupas satu persatu. buat telur masak kicap sajalah.
"umur berapa?" soal Naufal lagi. riak wajahnya seakan langsung tidak berminat. tetapi setiap soalan yang keluar seakan dia tertarik dengan tawaran ini.
"19 kut, kalau tak silap umi lah. sebaya si Ainul."
"21. tua dia dua tahun dari Ainul." celah Ikram sengaja mahu masuk jarum. mana tahu dengan cara ini, mudah untuk dia berterus terang dengan Puan Halizah. tetapi sepertinya tidak berjaya apabila tatapan tajam Puan Halizah lurus menikam ke dasar hatinya. liur ditelan kesar.
"mana kau tahu? " soal Puan Halizah curiga. buntang biji matanya memandang anak bujang bongsunya.
"budak tu kawan baik Ainul kan? kan Ainul bagitahu haritu." dalihnya pantas. itu sahaja alasan yang terlintas dibenaknya. entah bila masanya Si Ainul itu beritahu pun dia tak tahu. sikitpun wajah Puan Halizah tidak dijeling. risau jika penipuannya dapat dikesan oleh Puan Halizah.
"bila? " soal Puan Halizah pelik.
"ada sekali tu. Bila entah." tambah Amirul pula. tadi dia yang beri cadangan supaya Ikram berterus terang. tetapi melihat reaksi Puan Halizah begini. dia pula yang kecut perut.
tidak pasal pasal dia juga ikut kelentong Puan Halizah.
Ikram punya masalah, dia pula yang sakit kepala fikir.
badigol punya adik!
"kalau ada, betullah tu. 21 tahun." meskipun sedikit curiga. tetapi memandangkan Amirul turut mengiyakan, maka di terima sajalah. mungkin benar dia yang terlupa.
"kalau macam ni gayanya Ikram, jangankan kuali, Umi angkat sudupun, dah membolehkan kau pindah alam." gumam Amirul dan terus berlalu pergi meninggalkan Ikram.
tidak mahu dia masuk campur lagi. pandai pandailah adiknya yang seorang itu buat agenda apa apa, supaya dapat pertahankan kekasih hati ysng bakal menjadi kakak ipar. kalau tak berjaya, sedia sajalah tuala good morning bagi mengelap air mata darah saat melihat wanita pujaan disatukan dengan abang sendiri.
ah, hiperbola sangatlah pula!
"muda gila mi. tak kecil sangat ke? " soal Naufal mula was was. Lebih lebih lagi wanita itu sahabat baik anak saudara pertamanya. lagilah terasa seperti wanita itu masih kanak kanak walaupun sudah mencapai umur dibolehkan berkahwin.
dia yang dah capai angka tiga. diganding dengan budak yang baru nak masuk alam 20 an. macam tak kena aja.
" nama dia siapa? " mendengarkan soalan lanjut lebih membuatkan Ikram gusar sendiri. tengok Naufal acuh tak acuh macam tak berminat, tapi tanya lebih lebih macam sudah tertarik saja gamaknya.
"Safiyyah. apa ek nama dia? Umi pun lupa. panggilnya piya piya. Aisyah Safiyyah tak." mahu saja Ikram anggukkan. tetapi risau pula jika sekali dia angguk sampai kiamat tidak berhenti mengangguk.
" dia dah khatam ke?"
"dah. patutnya kena ulang syahadah ni. tapi dah tak nak." bahan tumisan yang sudah siap di hiris Umi bawa ke arah kuali yang sudah di panaskan minyaknya.
"tolak, itu aku punya!" melihat Umi yang sudah menghilang ke dapur belakang. pantas Ikram mengambil kesempatan menghasut Naufal.
dalam pada Naufal kabur, tetapi cepat juga akalnya menangkap maksud 'aku punya' yang meluncur keluar dari dua ulas bibir Ikram.
tidak perlu terlalu dalam berfikir. Ikram dan perempuan seolah sudah sinonim. bukanlah sejenis yang bertukar wanita setiap minggu. bukan juga sejenis pasang wanita sampai empat lima orang satu masa. tapi, sentiasa ada saja wanita yang mendapinginya. manalah tak kena ligan dengan Umi.
Ini senyap empat lima tahun, ingatkan sudah insaf. Rupanya kena sorok.
senyum mengusik tersungging dibibir, dia memang sudah berkira kira mahu menolak kerana tidak mahu dengan gadis yang terlalu mudah, lebih lebih lagi gadis itu datangnya dari bangunan sebelah rumah Puan Halizah sendiri. kawan baik Ainul pula tu. memang taklah dia mahu terima.
tiba tiba pula Ikram bagi amaran, terasa mahu mengusik pula si adik seorang ni.
"konsep kali ni, siapa cepat dia dapat." sengaja dia menjungkit kening berkali kali.
"tak payahlah weh." rayu Ikram. penolakan Naufal lebih penting supaya dia tidak menerima nasib yang sama untuk kali kedua.
Bila Naufal menolak tanpa ampun, dia tekad untuk terus masuk line. Lantaklah nak jadi apa pun.
"kau serius kali ni? " Ikram mengangguk. wajahnya langsung tiada riak main main, menandakan dia betul betul serius untuk ke tahap seterusnya bersama wanita itu.
"tak cakap dengan Umi?"
"bukan tak cakaplah, belum cakap." Naufal mencebik. senyum yang hampir koyak dibibir dia sorok sebaik mungkin.
"belum cakap ke takut nak cakap? " tebak Naufal. bukan tidak tahu apa punca Ikram lebih rela mendiamkan diri dari berterus terang.
Entah apa sebabnya dia juga tidak tahu. Bukan Ikram seorang sahaja pernah berkawan dengan perempuan, adik beradik lelaki yang lain, malah dia sendiri juga pernah berhubung dengan wanita. marah Puan Halizah tidaklah seperti orang hilang akal. sekadar membebel dan terus membebel.
tetapi jika Ikram yang terkait dengan wanita, teruk adiknya itu dikerjakan.
"takut." Naufal mengangguk faham.
"kalau betul nak, cakap terang terang dengan Umi. kang elok elok budak tu dah masuk list terus jadi blacklist." pesan Naufal pula. Ikram menghela nafas lagi. tadi Amirul, sekarang Naufal pula. dia sendiri pun tidak tahu bagaimana cara mahu menyusun kata untuk berterus terang dengan umi.
Ah, kusut!
"tengoklah nanti." Ikram bangun dari duduknya. ada urusan yang perlu dia selesaikan.
" tak naklah Mi. kecik sangatlah. Pada padalah nak carikan jodoh pun. orang dah 30 tahun kut. macam tak kena je dengan budak umur 21. Umi cari lain lah. jangan cari budak yang baru nak besar. tak kena." tolak Naufal tanpa basa basi sebaik sahaja Puan Halizah muncul kembali.
"kalau Pal tak nak, Umi bagi orang. orang nak." sela Ikram laju saat kaki melangkah mahu keluar dari dapur. tercengang seketika Puan Halizah. belum sempatpun dia membalas apa apa, laju saja si Ikram masuk line.
Naufal turut ternganga. senang betul dia buat kerja. lain yang disuruh, lain pula yang dibuat.
mangkuk ayun betul!
hai assalamualaikum. untuk cerita ni Sy tukar storyline dia.. jadi sy akan update secara berkala ye.. insya allah, takkan terlalu slow sgt update. tp bergantung pada keadaan.. terima kasih sudi baca..
Share this novel