MUHAMMAD IKRAM, bukan kaki perempuan. tetapi sering terlihat sebegitu dihadapan mata Puan Halizah A.K.A Uminya tersayang hanya kerana Sifatnya yang suka mengusik wanita. AISYAH SAFIYYAH. bukan wanita pertama yang pernah dia cintai, tetapi satu satunya kawan perempuan yang disorok dari pengetahuan Puan Halizah. bukan berniat mahu mempermainkan hati wanita, cuma dia tiada keberanian untuk berterus terang. sementelah lagi, wanita itu masih lagi bergelar pelajar. paling sadis, wanita itu ialah pelajar yang belajar di sekolah di bawah naungan bapanya. saat paling mencemaskan apabila Safiyyah ditawarkan oleh Puan Halizah kepada Ahmad Naufal A.k.A Abangnya yang sudah terlajak Umur. "tolak, itu aku punya!" -MUHAMMAD IKRAM "kalau nak, cakap terang terang dengan Umi. kang elok elok masuk list terus kena blacklist." -AHMAD NAUFAL tetapi disangka panas hingga ke malam, rupanya ribut ditengah hari apabila muncul seorang makhluk menyelak helaian sejarah yang sudah tersimpan kemas didalam lipatan kenangan. "Dia yang nikah dengan lelaki lain, bukan orang yang tinggalkan dia." -MUHAMMAD IKRAM membuka kisah silam, tidak ubah seperti merobek kembali luka yang sudah dijahit sendirian tanpa diketahui sesiapa.lebih parah, kesalahan itu diletakkan seratus peratus atas bahunya oleh Puan Halizah atas perkara yang berlaku. "Aisyah Hadir untuk masa depan Abang. kalau Abang tak mahu cerita kisah lampau, tak ada keperluan pun untuk cerita. biarlah perkara tu sekadar jalan cerita untuk cantikkan kisah hidup Abang. kalau Aisyah Tahu keseluruhan, belum tentu Aisyah boleh terima." -AISYAH SAFIYYAH selagi di izin tuhan, biar sebesar apa pun badai yang melanda. kasih akan terus dicipta demi sebuah ikatan cinta.
View All Chapters (Total 57 Chapter)
Update 26 July 2023
2023-07-22 1 Replies
Donated 600 nCoins
2023-06-23 1 Replies
aien dh jdi EA ke? lock pulak novelnya
2023-06-17 2 Replies
dh 2x baca...best sgt2.....