" DIRA..I tak suka you cakap macam tu. Thia isteri I. I takkan tinggalkan dia", suara Aqlan agak menekan namun perlahan. " Habis? You nak tinggalkan I", sinis pula suara Adira. Bengang pula rasa hatinya apabila Aqlan menjawab begitu. Aqlan malas mahu menjawab soalan Adira. Jika dia menjawab nanti akan buat isterinya itu makin hangat pula. Sedangkan sudah diulang- ulang yang dia takkan tinggal Adira. Orang masih lagi dalam kemarahan. Usahlah dimarakkan api kemarahan isterinya itu. Dia juga yang pening mahu melayan nanti. Bila dah mula nanti susah mahu berhenti. Mahu memujuk pula satu hal. Bukan ambil mudah akan perasaan isterinya ...