BAB 1

Romance Series 23923

TELEFON di atas meja direnung tanpa kelip berharap sangat ada panggilan daripada Aqlan Faheem tika ini. Dia tahu lelaki itu sudah lama mendarat di Langkawi setelah melihat status Adira di Instagram.

Hatinya mula diterjah api cemburu apabila membayangkan saat Aqlan Faheem dan Adira sedang berdua-duaan di sana nanti.

" Arghhh..", jeritnya kasar melampiaskan rasa yang membuku di hati. " Yang kau pergi tengok status madu kau tu buat apa. Saja nak dera diri sendiri kan. Aqlan Faheem ni pun. Kata nak call tapi ni dah lebih 24 jam tak call lagi. Lain kali kalau tak boleh nak tepati janji tak payah nak berjanji bagai. Kalau cakap tak nak call tak adalah aku tunggu tercongok macam orang gila macam ni", bebelnya sambil menyapu krim di wajah. " Bikin cepat tua aku macam ni", kulitnya dibelek lebih dekat di hadapan cermin meja solek.

Duduk dan melepaskan keluhan. Matanya terus terpaku di cermin di hadapannya.

" Nanti sampai sana abang call Thia", ujar Aqlan. Rambut yang terjuntai di dahi Fathia diselit ke belakang telinga. Fathia yang sedang mengemas meja usai makan malam itu hanya diam sahaja saat tubuh lelaki itu berdiri di sampingnya.

" Cakaplah. Janganlah diam je macam ni. Thia buat abang susah hati lah. Ni buat abang tak jadi nak pergi sana ni",

" Hmm..Ya..lah tu. Nanti dah berbulan madu tu ingat ke tak entah Thia kat sini", akhirnya dia bersuara juga.

Dia tahu dia tiada hak untuk menafikan dan mempertikaikan hak Adira. Adira juga punya hak ke atas suaminya. Mereka berkongsi suami. Itu kenyataan yang tidak boleh dia dinafikan!

" Eh. Apa pula tak ingat. Yang di sana isteri. Yang di sini juga isteri. Yang di sana sayang. Yang di sini cinta", tubuh isterinya yang sedang berdiri dipeluk dari belakang. Fathia menggeliatkan tubuhnya kerana mahu melepaskan diri namun pelukan Aqlan makin erat pula.

Seketika terdengar esakan halus isterinya buat Aqlan tersentak. Tangannya mula menarik perlahan pinggang Fathia dan membawa tubuh isterinya itu mendepaninya.

" Kenapa pula nak menangis ni..", dagu dipaut perlahan dan pipi Fathia dielus lembut.

" Macam mana kalau lepas ni abang buang Thia..", matanya yang jelas memerah mencari wajah Aqlan.

" Kenapa pula abang nak buang Thia. Thia isteri abang",

Mendengar itu tubuh Aqlan ditolak. " Ya. Thia tahu Thia ni yang tamak. Thia yang ambil hak orang. Tapi Thia pula tak sedar diri",

" Tak ada istilah ambil hak orang sayang. Dah jodoh kita. Siapa kita nak halang kalau Allah dah takdirkan untuk kita bersama", cuba memujuk hati si isteri.

" Entahlah. Since Dira balik. Thia rasa lain. Dulu abang selalu ada dengan Thia. Tapi sekarang ni Thia rasa macam..",

" Rasa macam mana sayang. Hmm?",

" Thia rasa Thia..tak boleh berkongsi abang dengan dia. Sedangkan dari awal Thia yang ambil abang dari Dira", wajahnya masih mendongak menatap wajah Aqlan.

" Berapa kali abang cakap. Tak ada isu siapa ambil siapa. Abang yang nak Thia. Abang yang nak Thia jadi isteri abang",

" Entahlah abang. Bila fikir-fikir balik. Abang ambil Thia jadi isteri abang masa Dira tak ada depan mata abang. Masa cinta abang tak ada depan mata depan. Masa tu abang sunyi abang tiada teman. Sekarang ni Dira dah balik. Sekarang ni cinta pertama abang dah balik. Jadi mungkin dah masanya Thia lepaskan dan pulangkan semula abang pada Dira", mulutnya mula melalut yang bukan-bukan bila kepalanya terlalu memikirkan hubungannya bersama Aqlan.

Aqlan ketawa sinis. " Lepaskan abang. Thia betul-betul nak lepaskan abang ke? Hmm? Thia ingat abang ni macam baju Thia yang dalam almari tu. Tak nak bagi orang? Tak nak buang?", pelukan dilepaskan. Menjauh dari wanita itu.

Fathia terdiam. Tidak! Bukan itu maksud dan mahunya.

Dulu dia setuju menjadi isteri kedua lelaki itu kerana mereka saling cinta. Dia yang bersetuju bernikah dengan Aqlan dan pernikahan mereka bukan nikah paksa! Malah mereka sudah berjanji akan tetap bersama walau apa pun yang terjadi!

" Kita dah janji kan nak harungi sama-sama. Kita bukan sorokkan pernikahan kita dari Dira. Dira sendiri pun dah tahu kita nikah sayang. Dah setahun sayang. Dah setahun pun kita jadi suami isteri",

Fathia masih diam.

" Hmm..Dah..Jom", tangan isterinya ditarik dibawa ke sinki membersihkan tangan isterinya yang mengemas meja tadi. Fathia yang bingung hanya menurut.

Aqlan membawa Fathia naik ke bilik. Lampu utama dipadam dan menghidupkan lampu di dinding. Suasana terus bertukar redup dan romantis. Namun tidak terus di situ dia membawa isterinya ke balkoni bilik.

Berdiri di balkoni tubuh isterinya didakap erat dari belakang. Tubuhnya direndahkan lalu perlahan dagunya singgah di bahu Fathia sambil membenamkan hidungnya di leher jinjang wanita itu.

" Hmm..wangi. Abang suka. Sayang selalu wangi", romantis bicara lelaki itu. Ya. Lelaki itu memang bermulut manis. Jika tidak mana mungkin dia boleh tertawan dengan lelaki itu. Dingin dan serius dengan wanita lain di tempat kerja tetapi apabila dengannya Aqlan boleh bertukar menjadi lelaki yang mesra dan sangat prihatin.

Fathia tidak membalas pujian tadi. Hanya diam sahaja.

" Sayang tengok bulan tu. Cantik. Bercahaya. Indah. Esok kita akan lihat bulan yang sama walaupun Thia tak ada bersama dengan abang macam ni", senyum saat matanya melihat bulan penuh yang sedang bercahaya.

" Tahulah nak pergi bulan madu. Lepas tu sibuk nak cerita fasal bulan dengan Thia ni kenapa?", tubuhnya cuba direnggangkan dari pelukan lelaki itu. Bengang pula rasanya! Orang tengah mood tak baik nak cerita perihal bulan pulak.

Aqlan ketawa. " Hmm..diamlah. Tengok bulan tu. Thia kan suka tengok bulan. Tak ingat. Sebelum kita nikah. Bila waktu bulan purnama macam ni Thia akan mesej abang. Suruh abang tengok bulan. Senyum dan bayangkan dalam bulan tu ada wajah Dira",

Ya. Dia tidak lupa itu. Saat lelaki itu sunyi ditinggalkan Adira dia yang menemani sunyi lelaki itu walaupun dia tahu. Aqlan Faheem adalah suami orang!

Aqlan memeluk erat tubuh kecil itu apabila Fathia hanya diam.Ya. Fathia seperti mahu boikot suara dengannya malam ini.

" Abang tak pernah cakap kan dengan Thia yang masa tu abang bayangkan Thia",

" Kalau nak bohong pun agak-agaklah abang. Abang mengadu pada Thia setengah mati rindukan Adira masa tu ada hati pula nak bayangkan Thia",

" Betul. Abang tak tipu. Thia ada masa abang perlukan kasih sayang dan perhatian seorang perempuan. Lelaki Thia. Bukan abang tak setia pada Dira. Tapi..Abang tak sengaja dah tersayang Thia", dia mengaku perihal hatinya.

" Dahlah abang. Tak payah ungkit hal tu", Fathia mula rasa tidak selesa bila hal itu diperkatakan. Betul. Jika bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Jika dia dan Aqlan menjaga batasan dan tidak saling melayan, hubungan mereka takkan sampai seperti hari ini! Menjadi suami dan isteri!

" Okay..Jangan sia-siakan masa kita berdua dengan dingin macam ni. Please. Tengoklah bulan tu", rayunya manja.

Kerana dipaksa diturutkan juga kata lelaki itu. Keduanya diam. Merenung dan menikmati cahaya rembulan purnama yang begitu indah. Langit yang tidak berawan menampakkan jutaan kerdipan bintang-bintang. Angin sepoi-sepoi perlahan datang membawa hawa sejuk yang sangat tenang dan mendamaikan.

" Walaupun abang bersama dengan Adira abang tak mungkin lupakan Thia. Hati abang dah terbahagi sayang. Abang ini hanya manusia biasa yang tak sempurna. Abang tak nak Thia fikir bila abang dengan Dira abang terus lupa Thia. Tak boleh. Abang tak boleh buat macam tu. Sebab abang sayang Thia. Sebab Thia isteri abang. Please jangan ukur perasaan abang dengan telahan Thia sendiri",

" Thia tahu akan jadi macam ni. Thia akan cemburu bila abang dengan Dira",

" Cemburu itu tak salah sayang. Abang tahu Thia sayang abang. Macam abang sayang Thia. Tapi dari awal kita tahu kan. Dira akan balik ke sini dan kita akan lalui hidup dengan ada Dira",

" Ya..Kenapalah Thia tak berfikir panjang sebelum ambil keputusan nikah dengan abang dulu", suaranya dirakam seperti bernada kesal.

" Thia nak kata Thia menyesal nikah dengan abang? Macam tu ke Fathia?", suara Aqlan serius. Dia juga mula menjauh.

" Tak abang. Thia tak fikir macam tu pun..",

" Tapi..cara Thia bercakap tu maksudkan macam tu..", laju Aqlan berjalan masuk ke bilik meninggalkan wanita itu.

Mujur juga keadaan dalam bilik ini sudah sejuk dengan suhu pendingin hawa tidaklah dia berasa panas hati sangat.

Fathia mengekori langkah Aqlan masuk ke bilik. " Tak. Thia tak pernah menyesal nikah dengan abang. Tak..", lengan Aqlan ditarik dan membenamkan wajahnya di dada lelaki itu. Sekali lagi. Dia menangis. Entahlah sensitif sangat dia rasa malam ini bila mengenangkan suaminya akan berbulan madu. Bukan dengannya tetapi dengan isteri lain. Madunya. Huh! Ambil lagi hak orang! Hatinya menggerutu sendiri.

" Sedih sebab nak kena tinggal ke ni?", berlucu pula.

" Abang memang sengaja kan. Abang tahu tak Thia ni macam- macam fikir tahu. Thia rasa macam nak pecah kepala fikir. Tapi Thia sendiri yang bodoh. Fikir macam tu kenapa. Thia patut sedar bukan Thia je isteri abang dalam dunia ni",

" Ha..Tahu pun. Thia dah cakap kan. Thi boleh handle perasaan Thia. Ni..Baru 3 minggu Dira balik dah macam ni. Thia nak hidup dengan abang seumur hidup tahu. Seumur hidup Thia kena lalui kehidupan Thia dengan ada Dira",

" Tahu..",

" Hmm..Dahlah. Malam ni biar kita yang bulan madu dulu. Esok abang bulan madu dengan Adira pula. Seronoknya beristeri dua", Aqlan ketawa pula seronik dapat mengusik isterinya ini.

" Pergilah tidur seorang", tubuh Aqlan ditolak.

" Tapi abang nak tidur dengan Thia. 4 hari tahu abang tak ada dengan Thia. Tak rindu?",

" Tak..", masih menjauh.

" Tapi abang akan rindu sayang. Please. Nur Fathia Ahmad..", tubuh Fathia ditarik dalam pelukan. Lama mereka berdiri dan berpelukan. Masing-masing diam dalam pelukan.

Lama Fathia berkhayal teringat kejadian kelmarin. Tubuhnya di bawa ke katil. Walaupun belum mengantuk dia mahu berbaring dan cuba memejamkan mata. Fikirnya tentu Aqlan sedang gembira bersama Adira sehingga terlupa untuk menghubunginya.

" Nasib kau lah Thia", bantal peluk dicapai. Bibirnya mula berzikir membaca ayat-ayat dan doa sebelum tidur.

" MAAF sayang. Abang tak call sayang semalam", malam esoknya baru Aqlan menghubunginya.

" Hmm..Tak apa. Thia tak tunggu pun abang call", sengaja memberi jawapan menyedapkan hati suami dan hati sendiri.

" Dah bersiap nak tidur ke?", soalnya kerana kebiasaan Fathia tidur dalam jam 10 begitu. Jika ada tugasan yang perlu disiapkan pun isterinya itu akan bangun seawal 3 atau 4 pagi.

" Ya. Tengah baring-baring. Peluk bantal peluk je. Maklumlah suami pergi berbulan madu dengan isteri pertama",

Aqlan ketawa dengan sindiran isterinya. " Tak payahlah sindir abang macam tu",

" Mana ada Thia sindir. Thia cakap perkara betul. Ke sebenarnya abang berbulan madu dengan isteri ketiga? Mana tahu kan. Langkawi tu dekat dah dengan Thailand", entah memerli diri sendiri mungkin kerana dia dulu pun bernikah di sempadan juga.

Makin kuat ketawa Aqlan apabila mendengar soalan isterinya. Adira yang sedang bersiap di hadapan cermin hanya memandang suaminya yang terlihat begitu gembira.

" Tak ada. Isteri abang ada dua je. Dira ada kat sini. Thia ada di sana",

" Dahlah abang. Thia tak nak ganggu abang. Abang tak call pun tak apa. Thia faham. Jangan bimbangkan Thia. Thia okay je kat sini. Makan kenyang. Mandi basah. Tidur lena",

" Hmm..Baru je bercakap dah nak tamatkan", rungutnya. "Okay. Love you sayang..", perlahan suara Aqlan.

" Love you too abang..",
Usai mematikan talian dia bangun semula. Tidak jadi mahu tidur. Tablet diambil dan mula membaca proposal pelajarnya yang dihantar 4 hari lepas. Petang tadi Afnan menghubunginya mahu mendapatkan maklum balas dengan penulisan proposalnya. Jadi alang-alang matanya belum mengantuk baiklah dia meneliti kertas kerja pelajar sarjananya itu.

KAKINYA melangkah masuk ke ruang bilik hotel usai menamatkan panggilan. Melihat Adira yang masih bersiap dia merebahkan semula tubuhnya ke katil

" Kan kita nak keluar. Janganlah tidur",

" You tu tak siap pun lagi",

" Dah. Dah nak siap dah",

" Nak siap. Nak siap. Dah 30 minit I ni menunggu. You tak pakai apa-apa kat muka you tu pun you dah cantik sayang. Tak pakai apa-apa lagi cantik", pujinya. Ya. Dia akui Adira memiliki wajah yang bisa membuat lelaki mencuri pandang.

" Mana boleh. I rasa tak confident la tanpa make up sayang. Siapa call?",

" Madu you",

" Bukan kita dah janji. Bila you dengan I dia takkan call you dan ganggu kita",

" I yang call. Since kita sampai semalam I tak call Thia. I cuma nak beritahu yang kita dah selamat sampai tu je",

" Bukan main kuat gelak tadi", cemburu juga dia kerana Aqlan tidak begitu dengannya. Mana ada gelak kuat-kuat macam tu dengan dia.

" Lucu. Gelaklah. Cepatlah. I dah lapar ni", Aqlan bangun dan menggesa supaya Adira bersiap lebih cepat. Memang mereka merancang keluar lewat sedikit kerana mahu ke Pantai Chenang sahaja malam ini.

" Kalau dengan I tak macam tu pun?",

" Sebab you selalu marah I kalau I gelak tak ingat dunia", ya dengan Adora dia lebih bersopan berbanding apabila dengan Fathia.

Menjeling tajam wajah suaminya. Selebihnya dia cemburu sebenarnya. " Dah. Jom", Bahu Adira dipaut. " Ni bila nak pakai tudung ni? Hmm? I yang kena tanggung dosa you tak tutup aurat ni sayang",

" Nantilah..",

" Nanti. Nanti. Jangan sampai nanti. Nanti. Mati",

" You! ", tubuh Aqlan ditolak kasar. Namun cepat Aqlan meraih pinggang isterinya.

Malam ini mereka bercadang melepak di Pantai Chenang sahaja. Mahu mengimbau kenangan sewaktu zaman belajar dahulu. Pertemuan pertama mereka di pantai itu apabila Adira hampir lemas kerana kekejangan semasa berenang.

" I lemas you jump ya", Adira sengaja menuturkan dialog filem terkenal itu.

" Tak naklah I. I pun hampir mati masa nak selamatkan you",

Adira ketawa. Yalah. Apabila hampir lemas dia menjadi cemas sampaikan kepala Aqlan pun dia selamkan dalam laut tu!

" Thanks sayang. I love you..", tangannya memegang kejap jemari Aqlan berjalan beriringan keluar dari bilik hotel.

" Love you too..",

Hai semua..CT ada cerita baru. Happy reading semua..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience