BAB 2

Romance Series 23923

MASUK ke dalam perut lif Fathia menekan punat nombor 4. Sedang dia berdiri menunggu pintu lif tertutup dia terlihat Umar Faliq sedang berjalan menuju ke arah pintu lif. Cepat dia menekan butang buka pintu apabila pintu lif mula tertutup tadi.

" Assalamualaikum. Terima kasih.", sapa lelaki itu berterima kasih kerana wanita itu membantu menjimatkan masa dia menunggu lif seterusnya.

" Waalaikumussalam. Sama-sama. Lewat Prof hari ni?", selalunya lelaki itu akan sampai lebih awal.

" Wife I cuti. Amsyar demam. So I tak hantar ke nursery. You pun lambat hari ni",

" Perut I buat hal. Salah makan semalam",

" Bukan selalu you masak ke?", Fathia terkenal dengan rajin memasak dan membawa bekal sendiri ke tempat kerja. Katanya masak sendiri lagi sedap dan terbukti kebersihannya. Tetapi bukanlah dia menolak makan di luar. Susah juga hidup kalau langsung tak boleh makan makanan luar.

" Husband I tak ada. Tak ada mood nak masak", tersenyum sahaja.

Umar Faliq ketawa pula. " Bukan you dah biasa kan husband you kejap ada kejap tak ada", tahu akan status rakan sekerjanya itu. Hidup bermadu. Malah dia juga sangat mengenali suami Fathia. Rakan melepak dan rakan sekerja juga cuma mereka berbeza fakulti sahaja.

" Biasalah. Mood perempuan kan.
Kak Ajda tak ada madu pun moody jugak kan", senyum diukir.

Umar Faliq ketawa lagi. " Berani bagi madu pada Ajda?", sudah terlayar bagaimana jika itu berlaku. Mahu diangkut semua anaknya balik ke Temerloh. Silap hari bulan terus diajak ke pejabat agama. Tak sanggup! Cukuplah Ajda seorang. Belum lagi kalau Sofea masuk campur. Bikin huru hara hidup dia!

Pagi tadi pun. Bukan Amsyar sahaja yang buat hal. Isterinya juga buat hal bawaan hal malam tadi. Kesnya apabila Darina menghubunginya malam tadi jika Umar Faliq berminat untuk menjadi pelabur untuk butiknya. Marah juga Ajda kerana ingatkan dah berbaik rupanya masih lagi wanita itu mencuba nasib!

" Kata abang dah tak berhubung tanpa pengetahuan Ajda", serius sambil memeluk tubuh Amsyar yang asyik merengek.

" Tak. Ni baru Rina call abang..", sudahnya isterinya itu merajuk sampai ke pagi ini.

" Okaylah. I masuk bilik dulu", ujar Fathia apabila pintu lif terbuka.

Berjalan beriringan menuju ke bilik masing-masing dengan bualan kosong. Langkah Fathia diatur ke biliknya. Namun terserempak pula dengan Aidan yang baru keluar dari biliknya.

" Morning Thia", sapa lelaki itu dengan senyum.

" Morning..", jika tidak membalas dituduh sombong pula. Kemudian keduanya diam sahaja cuba menutup rasa canggung yang ada.

Pintu bilik ditolak. Masuk sahaja ke dalam bilik suis kipas dan lampu ditekan. Kakinya melangkah ke meja. Telefon bimbit dari dalam beg tangan dicapai. Mahu menghantar mesej kepada sang suami. Rutin harian apabila dia sampai ke pejabat. Tetapi segera mematikan niatnya. Semalam hari minggu jadi memang dia tidak menghubungi lelaki itu.

" Tak payahlah ganggu orang bulan madu kan. Awal pagi tengah sedap berpeluk lagi agaknya", berbicara sendiri.

Saat menatal skrin, mesej daripada Aqlan masuk. Senyum terukir di bibir saat mesej lelaki itu terlayar di mata.

Morning sayang. Abang boleh bau perfume sayang dari sini.

" Eleh. Pagi-pagi dah nak pujuk hati oranglah tu!", membebel sendiri namun mesej dibalas juga.

Thia baru sampai pejabat. Pagi ni Thia tak pakai perfume. Berkabung sebab suami tak ada kat sini.

Hah! Lantak. Padan muka kan! Dia tergelak pula.

Tidak lama panggilan dari suaminya masuk.

" Berkabung? Abang tak mati lagilah. Jangan sebab abang tak ada kat sana nak menyambung kasih dengan si tua Aidan tu ya!", tiada salam terus diterjah wanita itu.

" Hmm..Pagi-pagi Thia dah terserempak dengan si kacak Dr Aidan. Haih. Bikin pecah ovari bak kata orang sekarang ", dia terkekeh ketawa membayangkan wajah bengang suaminya.

" Astaghfirullahaladzhim Fathia. Sedar diri sikit. Awak tu isteri abang", marah namun marah-marah manja.

Fathia ketawa. Senang hati. Seronok dan bahagia.

" Thia setia dengan abang. Jangan risaulah. Hati Thia dah pilih abang. Tak ada orang lain dah. Orang lain Thia dah tepis awal-awal dah",

" Tahu pun..Sayang dah breakfast?", lembut pula suaranya. Berdiri di balkoni matanya merenung laut di hadapannya.

" Belum. Hari ni Thia tak masak. Kejap lagi bancuh air kopi. Turun beli makanan kat kafe depan tu je lah. Okaylah. Thia ada kerja ni",

" Selalu macam tu kan. Selalu nak cepat je letak bila abang call",

" Betul. Thia ada kerja abang. Jumpa lagi 2 hari okay? Abang..",

' Ya..",

" Abang. Abang tak payahlah call Thia. Abang mesej je pun tak apa. Thia tak nak Dira rasa terganggu abang asyik call Thia. Kalau Thia jadi Dira pun Thia tak suka. Abang tengah honeymoon dengan Thia lepas tu sibuk nak call-call bini kat sana",

Mungkin Aqlan sudah terbiasa hidup bersama dalam keadaan begitu selama setahun ini. Memberi masa menghubunginya setiap hari pada waktu pagi petang siang malam.

" Abang call isteri abang. Bukan call perempuan lain. Takkanlah abang tak boleh nak call isteri abang..",

" Bukan tak boleh. Keadaan sekarang ni abang sedang berbulan madu. Call sekali sehari je cukuplah. Ni pagi call tengah hari call. Petang call. Malam call",

" Okay. Abang call sehari sekali je lepas ni. Love you", merajuk nadanya.

" Love you too abang..", punat tamatkan panggilan ditekan.

Dia tidak mahu berbual lama ketika lelaki itu bersama Adira. Dia tidak mahu Adira tidak senang dengan perkara itu. Dia memilih untuk bersama Aqlan tetapi dia tidak memilih untuk bermusuh dengan wanita itu. Tidak. Bukan begitu. Jika ikutkan hatinya dia mahu berbaik-baik dengan madunya. Tetapi sehingga sekarang selepas peristiwa dia ditampar Adira di restoran itu buat hubungan mereka dingin dan keruh. Langsung tiada dalam pengetahuan suaminya tentang hal itu. Dia tidak mahu menjadi perempuan manja yang suka mengadu cerita. Cukuplah Dia dan Adira sahaja yang tahu hal itu!

Benar kata Adira. Jika dia perempuan baik dia takkan rampas Aqlan dari wanita itu. Realitinya tiada niat langsung dia mahu merampas Aqlan dari perempuan cantik itu. Dan kenyataannya dia tahu dia hanya orang kedua yang menumpang kasih lelaki bernama Aqlan Faheem saat lelaki itu ditinggalkan.

Seketika notifikasi mesej WhatsApp masuk.

Jangan kacau Aqlan boleh? Aku rasa terganggu!

Berderau jantung Fathia menerima mesej dari nombor tak dikenali. Tetapi cepat dia dapat mengagak itu mungkin Adira. Ah! Tentulah Adira. Siapa lagi akan menghantar mesej begitu padanya. Takkan bakal madu lagi!

Telefon ditolak menjauh. Tiada hati mahu membalas. Biarlah. Jika dia membalas tentu sahaja mesej itu akan berlarutan. Jika berjalan dengan baik tak apa. Jika tidak. Tak fasal dia mulakan harinya dengan perkara menyakitkan hati. Jika Adira sakit hati kerana dia tidak membalas biarlah. Lebih baik begitu. Lagipun dia tidak tahu mahu membalas apa yang boleh menyejukkan hati wanita itu.

" Cukup Thia. Mari mulakan kerja dengan bahagia. Bismillahirrahmanirrahim", doa dan beberapa zikir sebelum memulakan kerja dibaca.

Lalu dicapai beg not. Kelasnya bermula jam 9 hari ini. Jadi baiklah dia siapkan beberapa kerja lain dulu.

MALAM itu dia ditemani Amiza makan di kedai. Mahu menghilangkan kebosanan sendirian di rumah sebenarnya. Memilih menu kesukaannya di kedai itu. Mee bandung dan jus epal. Tiada kedai lain di kawasan itu yang dapat menandingi kesedapan dan keenakan mee bandung dimasak tukang masak kedai itu. Kerana pujian Fathia dengan kesedapan makanan itu, Aqlan menyebut dia sudah dijampi oleh tauke kedai.

" Cik abang kau tak ada baru nak ajak aku kan?",

" Hey. Sebulan sekali kita keluar sama apa. Kak Miza jangan memfitnah Thia ya", senyum terukir saat makanan ditempahnya tiba.

" Eh? Rasa macam sebab Dr Aqlan tu tak ada kau ajak aku keluar. Bagi pula dia kau drive memalam sampai ke sini. Jauh dari rumah",

" Thia buat dramalah. Teringin nak makan mee bandung ni. Tapi dia tak ada. Nak COD tak best. Nak makan kat kedai. So dia bagilah. Lagipun awal lagi ni. Kita jangan balik lewat sangat. Dia dah pesan tadi. Sebelum 9.30 dah sampai rumah",

" Hmm. Bila dah kahwin. Macam tulah. Kena ikut cakap suami. Aku je la tak bersuami. Ajda dah beranak pinak sampai nak menapous dah aku tak kahwin lagi", memikirkan juga di manalah jodohnya. Ingatkan dapat berjodoh dengan Dr Aidan. Sudahnya Dr Aidan menaruh hati pada pensyarah muda di hadapannya ini pula.

Fathia tidak dapat menahan tawa. " Menapous apanya. Kak Ajda tu baru 45 lah. Pandai je Kak Miza ni", makanan mula disuap.

" Hampir menapouslah. Nak beranak tak boleh dah tu. Kalau beranak pun risiko. Haih sedap cakap orang kan. Diri sendiri yang nak menapous pun tak sedar", dua ketawa pula.

Hilang kebosanan Fathia dapat berbual kosong dengan Amiza.

" Macam mana Kak Miza punya research phd tu? Okay?", mee bandung disuapkan lagi ke mulutnya.

" Tunang tak jadi kau tu lah. Asyik suruh aku tukar ni tukar tu. Aku tak minat bidang dia tu nak juga suruh aku selit bidang dia. Menyampah aku", kentang goreng disuap. Doa memilih menu barat malam ini. Chicken chop.

" Okay apa bidang Dr Aidan tu. Nanti Wow lah Phd Kak Miza", kagum kerana bidang GIS adalah bidang yang sukar juga.

" Aku rasa habis luruh rambut aku sejak ambil phd ni. Muka pun.Tengok muka aku dan berkedut. Dah tua. Ayoo..macam manalah nak dapat jodoh kalau macam ni",

" Memang dah tua pun..",

Geram dengan sendaan Fathia selamba dia menjentik penyedut minuman ke wajah Fathia.

" Kak Miza!", merecik air ke wajah Fathia buat wanita itu menjerit. Mujur juga tempat mereka di kawasan luar kedai dan masih tidak ramai pelanggannya. Jam 8.10 malam mereka sudah ada di sini!

" Huh. Baru kena air dah menjerit macam tu. Masa kena tembak air dengan Abang Dr Aqlan macam mana jeritan kau eh", selamba dia bergurau begitu dan ketawa lepas.

" Gilalah Kak Miza ni. Kalau ada Kak Ajda jenuhlah kena tazkirah dengan Kak Ajda. Cakap tak senonoh macam tu", dengan suami sendiri tak apalah nak bergurau begitu. Dengan orang lain dia tahu malu juga!

" Sebab Ajda tak adalah. Aku tahulah kau tengah stress Dr Aqlan tak ada. Nampak sangat muka tu. Itulah kahwin lagi dengan laki orang. Yang bujang kacak kaya anak orang kenamaan nak kau tolak. Tak faham aku", merujuk kepada Aidan. Pensyarah kacak yang berusia 50an dan masih bujang itu.

" Dah jodoh dengan suami orang. Bukan Thia doa pun nak kahwin dengan suami orang",

" So?",

" So apa?",

" Sakit tak pipi kau tu?",

" Hah?", tidak faham maksud Amiza.

" Aku nampaklah apa jadi dengan kau minggu lepas. Boleh tahan ganas madu kau tu ye. Macam pirana. Nampak terus serang",

" Hah? Kak Miza ada kat situ ke?", berdebar jantungnya.

" Hmm..", dia menyedut minuman sambil matanya tertumpu wajah mulus di hadapannya. Manalah Aidan tak terpesona pada wanita di hadapannya ini. Cantik dan punya daya tarikan dan masih muda.

" Ada orang rakam ke ya?", fikirnya ketika itu hanya ada dia dan Adira. Memang dia sudah perhatikan tiada sesiapa di situ. " Mana Kak Miza menyorok masa tu",

" Kebetulan aku tengah bayar. Bila aku nak pergi kat kau, kau dah pergi. Aku tengok dari jauh je lah. Tak dan nak kejar",

Fathia tersengih. " Haish. Malunya. Thia ingat tak ada orang nampak. Kak Miza tak rakam kan?', bimbang suaranya.

" Tak dan nak rakam. Cepat sangat jadi. Kan aku cakap ganas macam pirana. Tak tengok dokumentari kat tv tu. Pirana serang mangsa macam mana. Berdesup lajunya", bersungguh suara Amiza.

Terkekeh pula Fathia. Ya dia memang wanita yang mudah terhibur.

" Thia pun tak sangka Dira nak serang Thia. Dia ajak jumpa ingatkan nak cakap elok-elok",

" Kau rasa Dr Dira tu akan cakap elok-elok ke bila laki dia kena caras dengan kau. Agak-agaklah. Jangan jadi naif sangat boleh tak Fathia", biarpun Fathia itu statusnya adalah pensyarah dengannya tetapi hubungan adik sepupu itu buat mereka berbual dengan gaya bersahaja.

" Dr Aqlan tahu ke kau jumpa dia",

" Tahu. Mana berani Thia nak keluar tak beritahu dia",

" Bini pertama dia tampar kau?",

" Tak. Kak Miza jangan nak report pula pada Aqlan ya. Kalau Aqlan tiba-tiba tanya Thia siaplah Kak Miza. Tak ada oranglah yang beritahu. Kak Mizalah orangnya. Lagipun kena tampar je.Sekejap je sakitnya. Tapi Dira suami dia diambil orang. Jangan beritahu Aqlan. Ingat ni! ",

" Tahu pula kau. Sakit suami diambil orang. Tapi buat juga. Lagipun tak kuasa aku nak masuk campur urusan rumah tangga kau", Amiza juga terkejut apabila tahu-tahu sahaja adik sepupunya itu bernikah di sempadan. Mana tak mengamuk Pak Su Ahmad anak cerdik pandai buat kerja bodoh begitu.

Leka mereka berbual dan habis makan tiba-tiba mereka disapa.

" Boleh join you all?",

Terjekut keduanya tidak menyangka " Oh..Dr seorang ke?", balas Amiza memandang Aidan yang berdiri di samping meja mereka.

" Nampak belakang saya ni. mak lampir ada, gula-gula ada",

" Hish! Cakaplah elok-elok Dr. Kita orang ni dahlah balik masing-masing kejap lagi", marah Amiza.

" I dah siap makan sebenarnya. Nampak orang I kenal. I tegurlah. Aqlan cuti lama juga ya", mata Aidan merenung wajah Fathia di hadapannya.

Pertama kali melihat Fathia dulu hatinya bagai terpana cinta pandang pertama. Namun hampa apabila diam- diam rupanya Fathia menyemai cinta bersama Aqlan. Kecoh juga fakulti apabila menerima berita pasangan itu bernikah di sempadan.Ramai tidak menyangka golongan cerdik pandai pun boleh berfikir melakukan hal itu. Ah. Mereka pun manusia juga.

" Hmm..Lusa dah masuk kerja", tidak senang apabila Aidan membangkitkan hal suaminya.

" Dr..kita orang nak kena balik dah ni. Suami Thia ni pesan kena sampai rumah sebelum 9.30. Ni dah 9.10. Kalau Thia ni tak sampai rumah sebelum 9.30 saya yang kena nanti", Amiza juga tidak senang hati dengan soalan Aidan bersangkut hal Aqlan. Ya. Aidan pernah menaruh hati kepada wanita itu jadi tak mungkin jika lelaki itu masih lagi menyimpan perasaan kepada Fathia.

" Kami balik dulu ya", Fathia juga perlahan-lahan berdiri.

" Okay. Drive safely", memberi ingatan tanda dia sangat mengambil berat perihal wanita itu.

Mata Aidan hanya memandang pemergian dia wanita itu. Teringat kan peristiwa lama bisa buat dia rasa kecewa pula. Dia yang berusaha memikat Fathia sudahnya menjadi milik Aqlan pula. Sudahnya dia juga yang putih mata. Apalah nasib kau Aidan. Dia juga bangun dan berlalu meninggalkan kedai itu.

TIDAK tenang hati Fathia memandu ke rumahnya gara-gara sendaan Aidan tadi. Terbayang pula hantu raya sedang terbang dan pocong melompat lompat di tepi keretanya seperti pernah diceritakan Salwa kepadanya dulu.

" Dr Aidan ni memang sengaja menakutkan oranglah ", gerutunya sambil pedal minyak ditekan meningkatkan kelajuan kereta.

Sampai di rumah terus sahaja dia berlari-lari anak masuk ke rumah persis dikejar hantu. Elok sahaja masuk ke dalam rumah telefonnya berdering.

" Abang..", sapanya tanpa salam. Lega dapat mendengar suara lelaki itu walaupun fizikal suaminya tiada di hadapan mata.

" Kenapa suara macam tu", dapat menangkap suara isterinya seperti sedang termengah- mengah.

" Tadi.. Dr Aidan",

" Aidan?", tinggi terus suaranya. Kepalanya mula berfikir yang bukan-bukan.

Alamak! Mulutnya ditampar kerana kelangcangan mulutnya.

" Sayang..", panggil Aqlan apabila Fathia mendiamkan diri.

" Tak. Tadi masa makan terserempak dengan Dr Aidan kat kedai dia cakap dia datang bawa mak lampir la apa la. Thia terbayang macam benda tu ikut Thia. Itu yang Thia lari masuk rumah ni",

" Dah tahu penakut. Sebab tu abang tak kasi sayang keluar seorang malam-malam. Lepas ni abang tak ada duduk je rumah", sebenarnya mendengar nama Aidan tadi sudah buat dia tidak senang hati.

" Kalau kecemasan?",

" Kecemasan tu lain..",

" Tadi kecemasanlah. Thia teringin nak makan mee bandung tu. Takkan nak suruh abang terbang dari Langkawi untuk belikan", tidak mahu kalah juga.

" Zaman sekarang kan boleh COD. Ada benda senang susahkan diri buat apa",

" Bukan Thia susahkan diri. Thia dah biasa ada abang dengan Thia dalam setahun ni. Apa-apa semua dengan abang. Tapi sekarang ni Thia kena belajar sendiri", tanpa sengaja dia mengadu pula.

" Sayang tak sendiri. Sayang ada abang. Jangan cakap macam tu",

" Abang..dahlah. Thia dah cakap siang tadi call sekali je sehari. Ni dah 3 kali abang call. Nanti Dira marah Thia pula ganggu abang..", berdebar saat dia terlepas kata. Ah.

" Dira ada marah Thia ke?",

" Taklah..Thia cakap je. Thia perempuan. Thia pun isteri abang mestilah Thia boleh faham dan rasa", cepat dia mencari alasan dan berbicara bersahaja supaya tidak dapat ditangkap suaminya.

" Okay. Tadi keluar tak Isyak lagi kan..Solat Isyak dulu sebelum tidur. Pintu pastikan semua kunci",

" Ya. Abang. Night..",

" Night. Love you..",

" Hmm..",

" Love you sayang..", ulang lelaki itu.

Fathia tergelak kecil. Sengaja sebenarnya tidak membalas ucapan sayang lelaki itu. " Love you too abang..",

Langkahnya diatur masuk ke bilik. Dia mahu ke bilik air berwuduk untuk solat Isyak. Jika dia berbaring dahulu alamatnya makin lewat dia solat nanti. Hasutan syaitan dan iman nipisnya akan buat dia sengaja berlengah-lengah nanti.

Bunyi notifikasi mesej. Dicapai telefon yang dilempar ke katil tadi.

Dah setahun kau dengan dia. Tak boleh ke 4 hari ni kau tak ganggu aku dan Aqlan

Fathia mengeluh perlahan. Maaf Dira. Dia juga serba salah. Bukan dia yang menghubungi Aqlan. Tetapi lelaki itu..

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience