BAB 3

Romance Series 23923

BARU sahaja Fathia memarkir kereta deringan telefonnya berbunyi. Tahulah dia siapa lagi jika bukan suaminya kalau panggilan pagi begini sejak 4 hari ini. Yang pasti bukanlah panggilan daripada ibu atau ayahnya. Sejak pernikahannya bersama Aqlan hanya abang sulungnya Fadli yang ada menghubungi. Kakak keduanya Fazila dan adik lelakinya Farhan langsung tidak sudi menanya khabar berita jika bukan dia yang menghubungi mereka. Dia tahu adik beradiknya masih marah dengan keputusannya yang membelakangkan ibu dan ayah. Bukan sahaja kerana itu, tetapi dia telah memalukan nama keluarga juga.

Salam diberi. Kali ini panggilan video pula diterima Fathia.

" Dalam kereta?", sapa Aqlan perlahan usai menjawab salam

" Hmm.. Thia baru sampai pejabat ni",

" Abang balik hari ni. Can't wait to see you sayang", ceria sahaja suara lelaki itu dengan senyum yang melebar.

" Yalah tu. Abang nak makan apa malam nanti. Thia masakkan", seperti selalu jika Aqlan ke mana-mana atau mereka berjauhan itu soalan yang ditanya Fathia. Dia senang melihat Aqlan balik dan makan makan yang dimasaknta dengan penuh berselera.

" Makan? Apa-apa je. Semua yang sayang abang makan. Rebus batu jaln pun abang makan. Tapi abang nak makan sayang dulu..", nakal suara suaminya diringi dengan tawa.

" Boleh. Tapi Thia dah kuruslah sejak abang tak ada ni. Tak kenyanglah abang nanti", ceria juga suaranya.

" Kalau dah kurus makan tulang je lah.." meleret suara Aqlan bagai tidak bersemangat pula.

Dia tidak suka jika Fathia sibuk mahu kurus. Kata Aqlan bila peluk tak best sebab rasa tulang je. Sedangkan tubuh isterinya itu sudah ideal dengan berat badannya. BMI pun normal. Tidak faham kenapa perempuan kurus masih mahu kurus. Makan pil itu ini. Makan serbuk itu ini. Sudahnya yang dapat memanglah kurus. Kurus sebab sakit. Itulah yang dibebeli Aqlan kepadanya sebelum ini.

Fathia ketawa lucu. " Okaylah. nanti malam kita jumpa ya", dia mahu segera menamatkan panggilan ini. Tidak mahu seketika nanti apabila habis bualannya bersama lelaki itu, dia mendapat mesej daripada Adira lagi. Dia mahu mengelak perkara itu kerana dia mahu Adira tenang-tenang sahaja menghabiskan masa di sana. Biarpun dia di sini makan hati. Makan hati Thia? Berhak ke kau memiliki perasaan makan hati sedangkan kau yang cari hal mengambil hak Adira. Rasakanlah!

" Okay sayang..", skrin telefon dikucup Aqlan buat Fathia membalas begitu juga.

Menamatkan panggilan senyum terukir di bibirnya. Rindu! Bohong jika dia tidak rindu kepada lelaki itu. Dia cintakan Aqlan. Dia sayangkan Aqlan.

Lelaki itu hadir mengisi kesunyiannya saat hati dia kosong dan tak punya sesiapa. Saat dia juga sedang mendambakan kasih dan sayang seorang lelaki. Saat dia juga mahu hidup berpasangan seperti manusia biasa yang lain.

Pertemuan semasa sama-sama menghadiri satu seminar dua tahun lalu menerbitkan perasaan yang selesa dan hubungan mereka semakin mesra.

Tidak lama hubungan itu hanya satu minggu mungkin walaupun hatinya sudah punya rasa itu. Sayang.

Sejak dia tahu dari Amiza lelaki itu adalah suami orang dia mula menjauhkan diri. Baru bekerja di situ buat dia tidak begitu mengenali rakan sekerja di fakulti lain. Apatahlagi kampus yang berbeza. Mujur juga tempat kerjanya dengan Aqlan berasingan. Dia di kampus lama. Aqlan pula di kampus baru jadi peluang untuk mereka berjumpa sangat rendah. Walaupun Aqlan selalu mengajak berjumpa dia sentiasa akan menolak.

Namun perkara paling mengejutkan Fathia adalah ketika dia sedang menjauhkan dirinya daripada lelaki itu dengan begitu berani tanpa pengetahuannya Aqlan berjumpa dengan ayahnya kerana mahukan Fathia. Langsung tidak disangka Fathia tindakan suami orang itu. Benarlah suami orang ni punya keyakinan yang tinggi. Tiada langsung dalam akal fikirnya Aqlan akan bertindak begitu.

Mengamuk sakan Ahmad apabila lelaki yang berstatus suami orang datang meminta anaknya. Huru hara hidup Fathia saat itu kerana tindakan Aqlan yang nampak terdesak buat ayahnya salah sangka sehingga dia dituduh sudah terlanjur dengan lelaki itu. Tuhan sahaja yang tahu perasaan Fathia saat itu. Hilang kepercayaan dari seorang ayah sehingga Ahmad tidak mahu anaknya itu balik ke rumahnya.

Marah Fathia pada Aqlan sehingga hubungan mereka bertukar dingin dan keruh. Tidak faham dengan lelaki itu yang sentiasa mengharapkan dan mengejarnya. Sehingga dia hampir membuat keputusan berpindah tempat kerja.

" SAYA tahu Thia sayang saya",

" Jangan nak mengarut Dr Aqlan!", marahnya saat lelaki itu masih mencarinya. Walaupun ada rasa sayang dihatinya tak mungkin dia akan mengakuinya.

" Tak usah nak bohong hati Thia. Kalau Thia tak sayang saya Thia takkan buat keputusan jauhkan diri dari saya macam ni kan",

" Awak suami orang Aqlan. Saya tak nak libatkan diri dengan suami orang. Bukan cara saya ambil hak orang. Awak buat macam ni sampaikan ayah saya dah fikir kita ni dah tersesat jauh dah terlanjur", keras suara Fathia. Perselisihan faham dengan ayahnya buat Fathia serabut!

" Tapi kita tak buat macam tu kan. Dan saya takkan buat macam tu pada perempuan yang saya sayang Thia. Sebab tu saya jumpa ayah Thia minta Thia dengan cara baik. Berterus terang siapa saya. Saya nak mak ayah Thia tahu suapa saya sari mulut saya sendiri",

" Tapi awak dah calarkan maruah saya depan ayah. Awak buat saya nampak salah dan jahat depan ayah saya Dr Aqlan. Selama ni saya jaga maruah saya. Tapi apa yang awak buat ni memang buat saya marah!", kecewa sambil memandang tajam wajah lelaki di hadapannya.

" Saya sayang awak", ucap Aqlan tidak peduli luahan perasaan gadis di hadapannya

" Kenapa awak terdesak sangat? Kalau terdesak sangat pergi New Zealand tu cari isteri awak. Bawa balik isteri awak Tak pun awak pindah je ke sana ",

" Saya tahu saya ada isteri dan saya akui saya suami orang. Tapi..saya dah sayang awak Thia..",

Puas cuba menghindarkan diri dari lelaki itu tetapi dia hanya manusia biasa. Bila hati sudah menyayangi dan mencintai akhirnya dia menerima juga lelaki itu dalam hidupnya walaupun dihalang ibu dan ayahnya. Ah! Kononnya kuasa cinta! Semuanya seperti di luar kawalannya. Walaupun Aqlan nampak terdesak dengan perassan sendiri lelaki itu tetap menunggu sehingga dia sendiri bersetuju.

Biarpun dinasihati Amiza dan Ajda. Biarpun dihalang keluarga. Sudahnya dia tetap beraja di hati bersultan di mata.

MENCUKA wajah Adira apabila sampai sahaja di rumah mereka petang itu Aqlan terus mahu balik ke rumahnya bersama Fathia.

" Tak boleh ke you stay dengan I malam ni sayang?", seakan merayu suara Adira. Sungguh dia mahu terus bersama lelaki itu.

" Tak bolehlah macam tu. I kena ikut giliran yang kita bertiga dah setuju kan", pujuk Aqlan mengangkat beg Adira masuk ke bilik.

" I tak setuju. Tapi I terpaksa setuju sebab you yang kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan I", duduk di sofa merenung tajam wajah Aqlan.

Terhenti pergerakan kaki Aqlan yang sedang meniti anak tangga.

" Kalau you tak tinggalkan I, I takkan kahwin lain Dira",

" Itu je lah alasan you. You lupa yang you juga yang izinkan I ke NZ tu",

Aqlan menikahi Adira ketika wanita itu belum lagi ke luar negara. Berkahwin awal itu memang pilihan mereka apatahlagi kedua orang tua mereka juga tidak membantah.

" Memang I izinkan", perlahan suranya sambil kakinya melangkah turun anak tangga menuju ke arah Adira.

" So? You yang tak setia dengan I Aqlan. I boleh je setia dengan you bertahun-tahun walaupun ramai lelaki mencuba I", terlayar wajah Bernard anak kadazan dusun yang masih mengharapkannya sehingga sekarang.

" Cuba you? You are my wife Dira. Since you isteri I you tak berhak melayan lelaki lain",

Huh! Tahu pula cemburu.

" You boleh pula?",

" I lelaki Dira. Tapi perempuan tak boleh. Lagipun I mampu. Dan I tak nak rosakkan anak dara orang. Dahlah I tak nak gaduh . Kita baru je balik bulan madu. You pun baru 3 minggu balik sini",

" Setahun you dengan dia. Tapi you dengan I baru 3 minggu. Bergilir pula tu",

Aqlan mendekati Adira lalu jemari isterinya dipaut. Cuba untuk ditepis tetapi kuat genggaman Aqlan.

" You lupa ke yang kita dah kahwin 6 bulan sebelum you ke NZ. Usia pernikahan kita pun dah lebih 5 tahun. 5 tahun tu I milik you seorang. Baru 3 minggu ni je kita bergilir kan..",

" Tapi bergilir tu sampai bila - bila. I tak nak macam tu Aqlan. I nak you milik I seorang", sayu suara Adira di pendengaran lelaki itu.

Tubuh itu ditarik dalam pelukan. " Walaupun hidup kita tak sama macam sebelum ni I tetap suami you. Walau apa pun yang berlaku I takkan abaikan you", belakang tubuh isterinya diusap perlahan walaupun Adira bergelut mahu dilepaskan. Aqlan tidak peduli. Dia mahu isterinya itu ada dalam pelukannya.

Sebelum meninggalkan Adira sendiri malam ini tentulah dia mahu isterinya itu tenang dahulu. Biarpun dia tahu takkan berlaku. Dia tahu Adira akan sentiasa mencari salahnya. Dia tahu itu dan dia akan bersedia! Memilih untuk beristeri dua dia mahu keduanya bahagia dengannya. Itu janjinya walaupun tahu itu tidak mudah! Mudah dikata namun untuk merealisasikannya?

Jelas wajah mencuka Adira saat dia mahu keluar dari rumah. Ya itulah yang dia akan lalui lepas ni. Dia tidak boleh menyalahkan isterinya itu kerana dia sendiri memilih jalan ini. Jadi. Pilihannya sekarang adalah hadapinya dengan hati terbuka.

SENYUM terus terukir di bibir Fathia saat melihat kereta Mazda CX5 berona merah milik suaminya terparkir elok di garaj. Keluar dari kereta tidak terus dibawa semua barang-barangnya. Laju menuju ke pintu utama.

Pintu rumah dibuka perlahan. Hidungnya terus menangkap bau masakan. Saat melihat Aqlan yang berdiri sedang menantinya di tengah ruang dapur sambil memegang sudip di tangannya Fathia berlari anak laku mendakap tubuh suaminya. Erat sehingga Aqlan menjerit kelemasan.

" Rindu abang sangat ke ni?", pelukan isterinya tetap dibalas.

Tidak bersuara namun anggukan Fathia yang laju dan berkali-kali buat Aqlan ketawa senang. Sisi keanakan Fathia yang sangat disenananginya.

" Naik mandi. Lepas ni boleh makan. Abang masak spagetti bodo",

" Bodo?",

" Sayang yang panggil macam tu kan", spagetti oglio olio menjadi spagetti bodo.

Pelukan dilepaskan namun pinggang Fathia dirangkul pula. Kaki mereka dihayun menuju ke table top dapur masak.

" Tak sabar. Mesti sedap", puji Fathia yang berdiri di samping Aqlan sambil matanya melihat Aqlan mengacau ramuan di dalam kuali.

" Kata kurus abang tak ada 4 hari ni. Ni macam bulat je pipi ni", tangan kirinya mengusap lembut pipi wanita itu.

" Mana ada. Thia tak selera makan tahu tak?", manja suaranya.

" Ya ke. Kasihannya isteri abang. Tak apa. Abang ada boleh pamkan kasi bulat", pipi Fathia dikucup.

" Itu bukan bulat muka. Bulat lain nanti tu",

" Bulat mana?", tidak faham.

" Perut",

Aqlan ketawa besar. " Sayang dah lain macam sangat ni. Abang tak maksudkan itu pun", masih bersisa ketawanya. Nampak lurus namun ada masanya bicara isterinya itu boleh tahan juga nakalnya.

" Ya?", tubuh suaminya ditolak. Tidak sempat menjauh pinggangnya diraih.

" Hangit nanti..", tegur Fathia apabila lelaki itu seperti mahu mengajaknya keluar dari dapur.

" Sayang naik mandi dulu okay. Nak latte ke cappucinno?", sengaja memberi pilihan kerana dua jenis kopi itu minuman kegemaran isterinya.

" Latte with heart my love", bibir Aqlan dikucup sekilas. Sudah terbayang kopi latte dengan hiasan seni corak hati. Aqlan pakar membuat seni itu. Oleh kerana setiap kali ke kedai kopi hipster Fathia akan menempah latte with heart dia jadi cemburu. Sudahnya dia sendiri mempelajarinya di You Tube dan berjaya setelah lebih 100 kali percubaan.

TURUN ke dapur Fathia lihat makanan sudah terhidang di meja makan. Senyum terukir di wajahnya saat melihat hanya ada satu pinggan dan satu cawan di atas meja.

" Share?,", soalnya kepada Aqlan yang berdiri mengalukan kedatangannya.

" Hmm..", kerusi ditarik dan membiarkan Fathia duduk.

" Nanti Thia tak cukup. Thia tengah lapar ni..",

" Tak cukup kita tambah. Sekuali abang masak tu",

Fathia ketawa apabila nada Aqlan seperti sedang menyindirnya.

" Tolong bacakan doa abang sayang..", lembut, manja dan menggoda.

" Suruh baca doa kena menggoda macam tu ke?",

" Ya..Cepatlah..", merengek manja.

Usai doa dibacakan Aqlan mula menyuapkan makanan ke mulut isterinya. Matanya merenung tepat wajah itu. Memerhati segenap inci wajah isterinya. Rindu! Itu yang dia rasa.

" Sedap?",

" Hmm..sedap. Tapi memang sihat kan menu ni",

" Kenapa?",

" Tawar..", mencebik bibirnya apabila terasa seperti tidak kena dengan tekaknya.

" Ya?", tidak percaya lalu disuap pula ke mulutnya. Mengunyah perlahan sambil menatap wajah Fathia di sebelahnya.

" Tapi Thia ada penyelesaian. Kejap", laju dia bangun dan keluar dari dapur. Menuju ke kereta dan mencapai sesuatu dan dibawa ke dapur.

" Sambal bilis crunhcy by Kak Iqa", tangannya mengangkat balang kecil yang dipegangnya untuk menunjukkan kepada suaminya.

Berkerut dahi Aqlan. " Siapa?",

" Kawan Thia yang jual. Katanya kawan dia kat Pahang yang buat. Sedap..Tadi Thia dah rasa", bersahaja dia menuang ke dalam pinggan.

Aqlan memeluk tubuh dan bersandar di kerusi. Wajahnya serius.

" Kenapa?", bingung seketika melihat reaksi Aqlan.

" Rosak masakan abang Thia buat macam tu", merajuk gayanya.

" Hah? Sedap abang masak. Tapi tawar. Thia tambahlah. Abang rasa dulu okay", memujuk pula.

Haih. Tak menyangka pula Aqlan akan merajuk.

" Meh. Thia suapkan. Sedap..",

Namun tetap tidak diendahkan lelaki itu. " Okaylah. Abang tak nak yang ni. Thia isi yang lain", mahu bangun namun dihalang Aqlan.

" Suapkan..", manja pula.

" Mengada kan", ketawa kecil. Haih. Pandai benar Aqlan buat drama kan!

SUARA Aqlan seakan sedang memujuk seseorang. Fathia yang mahu mendekat segera berlalu dari situ. Dia tahu Aqlan sedang berbual dengan Adira. Tidak sukar untuk dia menebak siapa orangnya kerana intonasi suara Aqlan saat berbicara dengan isteri pertamanya.

Penuh dengan kelembutan namun terdengar bimbang.

Kenapa dengan Dira? Mahu bertanya tapi tak terluah pula.

Mahu masuk ke bilik dia baru teringat tentang seminar yang perlu dia hadiri. Belum lagi meminta izin dan memberitahu lelaki itu. Masih awal. Lagi dua bulan. Kali ini seminar terbuka dengan penglibatan pelbagai agensi. Dia suka menyertai seminar yang dihadiri pelbagai bidang kerja begitu kerana banyak input dan maklumat baru dapat diketahui nanti.

" Sayang..", panggilan Aqlan disahut dari dalam bilik.

" Ya..",

" Abang kena balik rumah Dira",

" Kenapa?",

" Dira tak sihat",

" Oh ya ke. Demam ke?",

" Muntah-muntah. Tadi petang okay je. Dia kata mungkin salah makan. Abang nak bawa Dira ke klinik. sayang okay kan..", berdiri di hadapan Fathia yang sedang duduk di kerusi meja solek.

" Okay..",memaut jemari Aqlan lalu berdiri. Mendongak mencari wajah Aqlan yang jelas nampak serba salah. " Jangan bimbang Thia sihat. Adira tu yang tak sihat. Abang kena balik sana. Buatnya Dira pengsan seorang dalam bilik air ke apa ke..", jujur dia juga berasa bimbang.

Aqlan tersenyum tawar. " Maaf. Patutnya malam ni abang dengan Thia..",

" Its okay abang. Pergilah siap. Thia okay..",

Tubuh Fathia ditarik dalam pelukan. Ubun-ubun Fathia dikucup lama. " Maaf..",

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience