BAB 4

Romance Series 16286

DIRA okay ke?

Mesej dihantar. Namun setelah 45 minit lelaki itu tidak membalasnya. Mahu menghubungi melalui panggilan bimbang menganggu pula jika Aqlan dan Adira sudah tidur kerana jam sudah menunjukkan pukul 11. 47 malam.

" Tidur je lah kan. Kalau Adira sakit teruk ke masuk hospital ke mesti abang beritahu kan", berbicara memujuk hati sendiri sambil membetulkan bantal dan berbaring.

Tidak terus memejamkan mata. Matanya merenung kipas yang sedang berputar. Hujan diluar buat cuaca tengah malam ini sejuk dan damai. Namun, cuaca di luar tidak bisa mendamaikan rasa hatinya. Bermacam-macam bisikan hati hadir dan banyak perkara yang berlegar di fikirannya.

" Sepatutnya abang dengan Thia malam ni. Giliran Thia pada hari abang bercuti dengan Adira abang kena ganti tahu", selorohnya bermaksud. Dia bukan bersenda kosong. Aqlan sudah berjanji untuk adil dan dia mahu Aqlan benar-benar menepati janjinya. Tidak kira pada dia atau Adira.

" Ya. Abang tahu. Abang pun nak ada masa dengan Thia juga", kedua bahu Fathia dipegang perlahan.

" Thia dah cakap dulu kan. Kalau abang tak adil pada Thia atau Adira. Bahagian Thia, Thia berhak ke mahkamah. Thia maksudkan ya", bukan mahu mengugut tetapi cuma mengingatkan lelaki itu. Tiga minggu ini dia nampak Aqlan sedang melakukan yang terbaik. Namun masih jauh perjalanan rumah tangga mereka..

" Ya. Abang ingat. Biarpun kita nikah di sana pernikahan kita dah daftar di sini kan. Thia isteri abang yang sah di sisi undang-undang Malaysia. Hak Thia sebagai isteri sama seperti isteri lain. Kalau Thia rasa tak bahagia rasa teraniaya dengan pernikahan ni Thia berhak buat apa-apa tuntutan pada abang. Tapi abang nak Thia ingat perkara ni sampai bila-bila yang abang ambil Thia sebagai isteri sebab abang nak Thia. Ingat tu", meyakinkan isterinya yang dia memilih Fathia sebagai isteri bukan sekadar untuk suka-suka. Bukan sekadar seronok mahu berbini dua. Tidak. Dia sayangkan Fathia. Dan dia mahukan Fathia. Biarlah apapun sangkaan orang lain kepadanya dia tidak peduli. Padanya setiap orang ada pilihan hidup masing-masing.

Serius suara dan wajah Aqlan buat Fathia terkedu seketika. Dia tahu lelaki ini memang mahukannya. Selama setahun pernikahannya bersama Aqlan lelaki ini benar-benar melayannya sebagai seorang isteri yang lelaki itu sayangi.

" Dahlah. Sekarang ni Dira lebih perlukan abang. Thia tahu. Thia tak boleh tamak sebab Thia yang pilih jalan ni. Thia sendiri yang pilih untuk berkongsi. Kata orang sharing is caring", senyum pula mahu melunturkan air wajah serius lelaki di hadapannya.

" Quotes tu termasuk dalan konteks kongsi suami ke?",

" Tak..Tentu tidak. Tak ada isteri nak share suami dia. Tapi Thia yang sengaja jebakkan diri",

" Tak payah ungkit sayang. Perkara dah jadi dah pun dan jangan salahkan diri Thia. Abang tak suka Thia salahkan diri Thia. Kita sama-sama buat keputusan dan pilihan ni sayang. Suka tak suka apa yang akan jadi lepas ni kita kena hadapinya",

Hadapinya..

Teringatkan hal sebelum Aqlan keluar tadi dia mengeluh pula. Ya dia akui yang Aqlan sentiasa memberi sokongan kepadanya dan sokongan lelaki itulah yang buat dia jadi kuat walaupun dia masih lagi menerima tohmahan orang sampai sekarang.

Perampas! Dia sudah terbiasa menerima gelaran itu. Fikirnya selagi dia bergelar isteri kedua gelaran itu akan dibawa ke mana-mana. Dia akui tiada siapa yang akan menyokong perampas?

Telefon dicapai. Skrin dileret. Tiada notifikasi mesej masuk daripada suaminya. Tubuhnya dikalih mengiring ke kanan memandang ke arah bahagian tempat tidur Aqlan. Tangannya menjalar ke tempat itu. Diusap perlahan. Membayangkan jika Aqlan ada di situ. Ya Allah. Thia rindu abang..

Saat bunyi notifikasi mesej masuk cepat sahaja dia mencapai telefon.

Adira!

Ya dia sudah menyimpan nombor madunya ini dalam senarai kenalannya.

Tetap juga dia membuka mesej itu. Terpapar gambar Aqlan yang sedang pulas ketiduran di atas katil memeluk tubuh Adira yang tersenyum.

" Mak datuk..Dira ni main- main hantar gambar atas katil pula ya. Saja nak buat aku panas ke apa ni", bebelnya sambil gambar itu tetap dibeleknya.

Aqlan is always mine.

Mesej itu dibaca berulang kali. Mahu marah atau apa? Dia bingung tiba-tiba. Marahkan Adira? Tiada dalam kamus hidupnya sejak dia menikahi Aqlan. Sudah ditanam dalam hati untuk sentiasa beralah selagi maruahnya tidak dicalar. Apa sahaja kelakuan Adira terhadapnya dia mahu hadapi dengan sabar.

Seketika dia ketawa pula. " Haih. Dira ni betul ke ada masalah muntah. Tak apalah Dira. Malam ni Aqlan is yours", malas melayan dia memadamkan mesej itu.

Sebenarnya jauh di sudut hati dia kecewa dengan diri sendiri. Kenapalah dia tidak membalas mesej itu dan menegakkan haknya sebagai isteri walaupun dia cuma isteri kedua.

Telefon di letakkan di atas meja dan memejamkan mata. Melihat Aqlan ketiduran tadi dia kelegaan. Bimbang juga jika lelaki itu sedang dalam masalah apabila langsung tidak menghubungi sejak keluar tadi.

SEAWAL jam 5.30 pagi telefonnya sudah berdering. Dia yang sedang memasak terus menjawab panggilan itu.

" Assalamualaikum",

" Waalaikumussalam. Sayang tengah masak?", tahu pada waktu begini selalunya Fathia sudah bangun untuk memasak makanan untuk dibawa bekal ke pejabat nanti.

" Ya..",

" Sayang masak apa hari ni?",

" Hmm..Thia masak nasi lemak je",

" Sedapnya. Tolong bekalkan untuk abang sekali. Nanti sayang singgah pejabat abang boleh?", sebenarnya dia sengaja mahu melihat dan menduga hati isterinya setelah apa yang berlaku malam tadi apabila dia meninggalkan isterinya itu kerana Adira.

" Okay. Abang jangan lambat sampai pejabat ya. Thia kelas awal pagi hari ni", rumah yang Fathia tinggal berdekatan dengan kampus Aqlan. Jadi dia perlu singgah ke pejabat Aqlan dan meneruskan perjalanan ke pejabatnya pula.

" Okay sayang",

" Adira dah okay?", soalnya sambil mengacau sambal di atas dapur.

" Dah. Masa Thia mesej abang tu abang dah tidur. Mengantuk sangat", rasa bersalah kerana langsung tidak menghubungi isterinya malam tadi.

" Thia tahu", kepalanya sudah membayangkan mesej diterima dari Adira malam tadi.

" Tahu?",

" Yalah. Thia mesej abang jam 11. Thia fikir abang mesti penat. Baru balik Langkawi. Balik rumah kita lepas tu balik rumah Dira semula. Mestilah abang dah tidur",

" Oh..Ya lah. Kejap lagi kita jumpa ya. Love you sayang..",

" Love you too abang", Fathia tersenyum terpujuk juga rasa hatinya apabila lelaki itu menghubunginya awal pagi ini.

LAMA menunggu di parkir kereta Fathia kelegaan apabila melihat kereta merah milik suaminya mendekat. Mujur masih ada masa sebelum waktu kerjanya bermula. Dia hanya menunggu di dalam kereta lalu menurunkan cermin tingkap kereta.

" Kenapa lambat sangat..", memuncung mulutnya saat Aqlan berdiri di tepi pintu keretanya. Huluran bekal tidak disambut Aqlan.

" Buka pintu", tanpa menunggu respon Fathia Aqlan bergerak ke sebelah penumpang. Dibuka pintu dan masuk ke dalam perut kereta. Pintu ditutup.

" Marah?", soalnya saat duduk di kerusi.

" Nak marah kenapa?",

" Tadi macam marah je..",

" Abanglah lambat. Thia dah pesan tadi jangan lambat kan. Thia ada kelas awal pagi tahu tak. Kalau tak sabar Thia tinggalkan je bekal ni kat pengawal depan tu",

Geram dengan bicara Fathia langsung dikucup bibir itu.

" Abang..", marah Fathia menolak tubuh itu.

" Abang geram..", ketawa lucu melihat wajah kelat isterinya.

" Dahlah. Keluarlah. Thia dah lambat ni. Kelas Thia jam 8 pagi ni. Ni dah 7.30 dah pun",

" Drive safely. Sampai pejabat. Mesej abang.", masih lagi berlengah-lengah untuk keluar.

" Hmm..", bekal dihulur lalu disambut Aqlan. " Ni sebab Thia baik hari ni tahu. Thia hantar juga. Tunggu juga abang walaupun abang lambat . Kalau tak..",

" Kalau tak apa..",

" Kalau tak bekal ni bagi Dr Aidan lah", sengaja mahu buat Aqlan cemburu.

" Oh begitu. Jalanlah..",

" Nak jalan apa..Abang tu tak turun lagi",

" Jalanlah. Abang nak jumpa Dr Aidan tu",

" Tak payah. Abang..Turunlah cepat. Thia lambat nanti", masa berjalan tetapi Aqlan seperti sengaja mahu berlambat-lambat pula. Menyesal pula dia membangkitkan perihal Dr Aidan tadi. Huh! Dia sendiri yang buat hal.

" Abang dapat tahu Aidan ganggu Thia atau Thia sengaja jumpa Aidan bukan sebab kerja tahulah apa abang akan buat", ugutnya.

Marah sungguh jika berkaitan dengan Aidan. Manakan tidak lelaki itu pernah datang bersemuka dengannya mahukan Fathia. Gila apa nak bini aku! Tak sedar diri. Dah tua nak bini muda aku!

" Taklah. Thia ni isteri orang. Isteri abang", tangan kanan Aqlan ditarik, disalam dan dikucup. " Maaf. Buat abang marah" pipi Aqlan dielus lembut.

" Tak marah. Dapat jumpa isteri abang pagi-pagi ni pun dah buat abang bahagia", ditarik tubuh Fathia dalam dakapannya. Sepi seketika.

" Thia dah lambat ni..", manja pula suaranya buat Aqlan ketawa lalu melepaskan pelukan.

" Baru nak ajak buat anak. Malam tadi kan tak sempat",

" Jangan jadi tak senonoh Dr Aqlan. Tak cukup glamour hal lama. Nak tambah glamour lagi?", perihal mereka bernikah pun sudah buat mereka popular sehingga dipanggil pihak atasan dan dikenakan tindakan tata tertib. Banyak juga perkara berkaitan penjawatan disekat sehingga kenaikan pangkat Aqlan untuk tahun lepas juga dibatalkan. Mujur juga tidak dibuang kerja.

" Zaman sekarang kan orang kejar glamour",

" Dah. Dah..", menolak tubuh Aqlan yang sengaja dikeraskan untuk keluar dari kereta.

Akhirnya Aqlan keluar juga dari kereta.

ADIRA kebosanan tinggal sendirian di rumah. Tugasnya di hospital akan bernula pada minggu hadapan. Seminggu ini dia mahu menghabiskan banyak masanya dengan Aqlan.

Melihat jam di dinding baru pukul 12.17 tengah hari. Lapar! Kerana pagi tadi dia hanya makan roti sahaja. Mahu memasak? Ah! Bukan cara dia. Sudahnya telefon dicapai dan melihat aplikasi tempahan makanan secara online kerana dia malas pula mahu keluar.

Jika ada Aqlan. Aqlan yang akan memasak. Dia sudah biasa dimanjakan Aqlan begitu selama beberapa tahun mereka hidup bersama. Aqlan tidak pernah merungut kerana dia tidak pandai memasak dan tidak suka memasak.

Ah! Thia panda masak! Agaknya sebab aku tak suka masak dia kahwin dengan perempuan tu kan!

Tak boleh jadi ni. Dia bangun dan menuju ke dapur. Melihat apa yang ada dalam peti sejuk untuk dimasak. Dia tidak tahu apa yang ada kerana selalunya Aqlan yang akan membeli barang makanan di dalam rumah ini.

" Ayam ada. Sotong ada. Tapi..tapi nak masak apa. Ah! Tak sukalah. Tak suka!", dia berdiri di hadapan pintu peti merenung pula bahagian sayur. " Sayur brokoli? Nak masak apa?", telefon dicapai lalu nombor Aqlan dihubungi.

" You tengah busy ke?",

" Baru habis kelas. Kenapa?", kakinya baru sahaja melangkah masuk ke bilik. Suis kipas ditekan. Punggung dihenyak ke kerusi.

" Takkanlah isteri nak call tak boleh", merajuk manja. " Lan..I nak masak..",

" Masak?", Aqlan tidak mampu menyimpan tawa. Lucu benar bila isterinya itu mahu memasak.

" Janganlah ketawa. I serius ni",

" Okay. Okay.. You nak masak apa. Goreng telur pun you tak pandai Dira..",

" Bencilah. Bagilah semangat sikit",

" Okay. Nak masak apa? Dalam peti tu ada ayam, ada sotong, ada udang..",

" Ayam. I nak masak ayam. Nak masak ayam bakar black paper yang macam you buat sebelum kita pergi honeymoon hari ni tu. Ajar I. I nak buat nanti balik you try ya", penuh bersemangat gayanya.

" Dah keluarkan ayam?",

" Belum..",

" Keluarkanlah ayam tu dulu. Satu bekas je. Jangan keluarkan semua. Ayam tu I dah buat satu bekas untuk sekali masak",

" Okay..", cepat Adira menuju semula ke peti untuk mengeluarkan ayam.

" Nanti ayam tu dah difros you call semula",

" Ala..", manja suara Adira buat Aqlan tersenyum.

" Tak boleh nak masak ayam tengah keras tu. Kena difros dulu. Itulah. Masa I masak tak nak tengok. Tahu makan je", dia lebih suka begitu walaupun ada orang yang memberitahu masukkan sahaja ayam keras tu dalam periuk tekanan.

" Lepas tu pukul berapa boleh makan kalau nak tunggu difros. I lapar ni",

Aqlan sudah ketawa faham benar akan perangai isterinya. Tadi macam semangat sangat nak memasak. " Better you order makan dulu untuk tengah hari ni. Ayam tu masuk peti semula tapi jangan letak dalam freezer semula. Letak dalam prime fresh je. Nanti balik kita masak sama-sama",

" Okay", ketawa pula. Bahagia dengan cara Aqlan memanjakan dia. " Sayang..", manja suaranya

" Hmm..",

" Malam ni you kat sini kan..", jika ikutkan memang hari ini giliran Aqlan dengannya.

" Hmm..",

Jawapan Aqlan buat dia tersenyum. Gembira. Walaupun tahu Aqlan akan menggantikan hari mereka bersama hari itu dengan Fathia nanti.

" Kenapa?",

" I want you. Always sayang..", sengaja menggoda. Dia mahu Aqlan tidak lupakan dia walaupun beristeri dua.

" Mee too..",

MASUK sahaja ke dalam kereta Aqlan menghubungi Fathia. Namun panggilannya tidak berjawab walaupun sudah tiga kali dihubungi.

Baru sahaja dia mahu memulakan pemanduan telefonnya berdering pula.

" Sayang..", sapanya tanpa salam.

" Ya abang. Maaf. Thia baru nak balik ni",

" Malam ni abang dengan Dira ya. Minggu depan abang ganti giliran abang dengan Thia tu",

" Yalah..", mahu tak mahu sahaja dia menjawab.

" Janganlah macam tu. Abang ganti nanti. Abang dah janji kan. Yang malam tadi dengan 2 hari lagi", dia tidak mahu Fathia rasa dirinya diabaikan dan dipinggirkan sejak kepulangan Adira.

" Okay..",

" Sampai rumah mesej abang. Dahlah pagi tadi sampai pejabat tak mesej abang", Aqlan mengungkit pula. Hal sekecil itu pun mahu diungkit Aqlan.

" Kan Thia dah cakap tadi. Thia lambat sampai pejabat sebab abang pagi tadi. Naik pejabat thumbprint lepas tu terus turun ke dewan kuliah. Tertinggal pula telefon dalam kereta. Thia masuk dewan kuliah pun lagi 2 minit jam 8 tahu?", sekali lagi dia memberi alasan. Sedangkan habis kelas pagi tadi dia telah menghubungi lelaki itu.

" Okay..Sampai rumah terus mesej abang".

"Ya.."

" Thia..",

" Ya..",

" Kepulangan Adira takkan ubah apa yang kita dah buat selama setahun ni. Thia tahu kan. Thia ke mana-mana bila sampai mesti mesej abang",

" Okay. Pagi tadi je Thia tak mesej abang kan. Selalunya Thia mesej je abang..",

" Ya. Abang nak macam selalu. Mungkin pada Thia hal kecil. Tapi pada abang tak. Abang nak Thia selamat dalam pengetahuan abang",

" Okay..",

" Jangan okay je. Lepas tu buat tak ingat. Buat abang bimbang. Bila call tak angkat-angkat. Nak suruh patah jari abang call Thia",
" Hish. Suka bebel lah abang ni. Macam perempuan. Baru satu jam hilang bini dah bising",

" Mestilah. Bini muda pula tu. Abang bukan bebel. Beritahu..",

" Okay. Lepas ni Thia nak berak pun mesej abang", geram kerana dileteri lelaki itu.

" Ya. Boleh", sengaja mahu buat iserinya bertambah bengang.

SAMPAI ke rumah Adira sudah menunggu di hadapan pintu. Melihat senyum wanita itu yang sedang berdiri di jenang pintu buat Aqlan juga tersenyum. Dia nampak Adira berjalan menghampiri kereta. Dibukakan pintu kereta. Saat Aqlan keluar terus dipeluk tubuh lelaki itu.

" I dah keluarkan ayam..",

Bicara Adira buat Aqlan ketawa. Mahu ketawa lepas tetapi Adira tidak suka begitu. Tak sopan katanya! " Semangat nak memasak ya. ", kepala Adira dikucup lembut.

" Mestilah. I nak you tahu I pun boleh memasak. Bukan bini muda you je handal memasak", dia juga akui isteri kedua Aqlan memang pandai memasak

" You tak masak. You tak pandai masak sekalipun I tetap sayang you Dira",

" Sayang pun you kahwin dua. Duakan I juga", sindirnya buat Aqlan menarik tubuh itu rapat dengan tubuhnya.

" Sampai bila you nak sindir I macam tu?", matanya merenung wajah Adira.

Baru tadi dia ketawa gembira. Tiba-tiba hilang terus rasa gembira tadi apabila intonasi Adira tidak menyenangkannya.

" Sampai bila-bila. Sampai you tinggalkan perempuan tu", berani dia berbicara begitu. Di mahu Aqlan tahu. Dia tidak mahu diduakan lelaki itu walaupun hakikatnya dia telah diduakan.

Setahun ini dia sibuk dengan pengajiannya. Jadi dia tidak mahu semakkan fikirannya dengan hal ini. Sekarang! Dia sudah ada di sini! Di hadapan mata Aqlan suami yang dia sayang. Yang dia cinta!

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience