BAB 25

Romance Completed 344019

MALAM yang sepi di sebuah banglo terpencil terletak di pinggir ibu kota. Di sekitar kawasan tersebut kelihatan beberapa orang lelaki sedang berkawal.

Di salah sebuah kamar yang terdapat di banglo tersebut, seorang gadis sedang terbaring di katil sejak dia dibawa ke sini petang tadi.

Sara membuka kelopak mata. Dia memerhati sekeliling. Suasana di sekitarnya kelihatan suram dan terasa dingin. Hanya cahaya dari lampu kecil yang berada di sudut ruang menerangi.

Keliru. Sara tidak pasti dia berada di mana. Perlahan-lahan dia bangun dari berbaring. Seraya menyentuh ke kepala yang terasa pusing dan pening. Apa yang berlaku?

Sara cuba memerah ingatan ingin mendapatkan jawapan. Lantas fikirannya dapat mengingati sesuatu. Semuanya terimbas kembali.

Ketika dia berjalan ingin pulang ke tempat tinggal yang didiami sebaik turun dari LRT, Sara menyedari dirinya diekori sebuah kenderaan. Dia cuba melarikan diri. Malangnya kenderaan tersebut berjaya memintas langkahnya. Dan dia dicekup oleh beberapa orang lelaki yang muncul dari kenderaan tersebut.

Sara meronta dan menjerit meminta tolong. Namun, kenderaan tersebut bergerak pantas dan berlalu meninggalkan tempat itu dengan segera. Kebetulan sewaktu kejadian berlaku dia sendirian dan tiada sesiapa yang melihat apa yang berlaku.

Mukanya kemudian ditekup dengan sesuatu yang membuatkan dia sukar bernafas dan pandangannya bertukar gelap tidak lama kemudian. Setelah itu dia tidak menyedari apa yang berlaku.

‘Ya Allah, aku di mana ni? Siapakah lelaki-lelaki asing itu?’

Lantas Sara bingkas bangun dari katil. Sempat dilihat ke arah pakaian yang masih sempurna tersarung di tubuhnya. Lega. Dia bimbang andai lelaki-lelaki itu melakukan sesuatu terhadap dirinya sepanjang dia tidak sedarkan diri tadi.

Dalam suasana suram bilik tersebut, Sara mencari-cari beg sandang miliknya. Namun, langsung tidak kelihatan di situ. Adakah segala barangan peribadinya sudah dibuang?

Sara kemudian menghampiri ke pintu yang terdapat di bilik tersebut. Salah satunya adalah pintu bilik air. Manakala pintu yang berada di sebelah tidak dapat dibuka seperti dikunci dari luar. Bilik tersebut pula tidak mempunyai tingkap. Dia terkepung dalam ruang kecil itu.

‘Aku kena culik ke? Tapi, siapa yang culik aku?’

Sedang Sara dirundung perasaan takut bercampur gelisah, dia melihat pintu bilik tersebut tiba-tiba dibuka dari luar. Dan sebentar kemudian muncul seorang lelaki bertubuh tinggi tegap dalam pakaian yang penuh bergaya. Lelaki itu menatang dulang berisi makanan dan minuman. Ruang bilik tersebut setelah itu diterangi cahaya lampu ketika lelaki berkenaan menekan satu suis di dinding.

Saat wajah lelaki itu menyapa pandangan, Sara tergamam. Matanya membuntang akibat terkejut. Serta-merta perasaan gementar menyelubungi diri. Jantungnya berdegup kencang seakan ingin pecah waktu ini.

“Hi. Do you miss me?” Ian menyapa lalu meletakkan dulang makanan yang dibawa di atas meja berhampiran katil.

Melihat susuk tubuh Ian, Sara dengan segera menjauhkan jarak antara mereka. Baru kini dia mengerti apa yang berlaku. Dia telah ditangkap oleh orang-orang suruhan Ian Khalif!

‘Aduh, habislah kau Sara!’ Hati Sara menjerit.

Senyuman Ian bergeming saat melihat reaksi ketakutan serta raut pucat-lesi gadis di hadapannya. Memang itu yang dirancangkan. Dia akan memberi pengajaran cukup berguna kepada gadis ini.

Permulaan tadi Ian hampir tidak mengenali dan mempercayai bahawa perempuan ini adalah Alyka yang dia angaukan selama ini. Gaya dan penampilan gadis ini amat berbeza.

Dengan kaca mata rabun, rambut ‘curly’ warna hitam serta wajah tanpa sebarang solekan. Sekali pandang seperti student ‘nerd’. Kalau bukan kerana orang-orang suruhannya yang menunjukkan bukti bahawa gadis ini adalah Alyka yang dicari, memang dia sukar ingin percaya.

Namun, Ian tetap akui di sebalik penampilan biasa-biasa gadis di hadapannya ini, terselindung raut jelita yang pernah dia lihat sebelum ini. Satu-satunya gadis yang telah berjaya menawan hatinya. Lebih tepat lagi gadis ini yang telah membuatkan dia jatuh cinta sebenar-benarnya!

“So, how’s Italy? Seronok?” Ian memulakan perbualan. Sengaja menyindir. Pertemuan terakhir mereka tempoh hari masih utuh di ingatan.

Soalan itu tidak dijawab. Sara masih membatukan diri di sudut bilik. Dadanya berdebar hebat. Tak dapat membayangkan apa yang akan dilakukan lelaki ini sebentar lagi. Dia tidak menduga kalau identiti sebenarnya yang disorok daripada Ian selama ini telah terbongkar.

Melihat Sara menyepi, Ian meneruskan bicara. Terlalu banyak perkara yang ingin dia perkatakan terhadap gadis itu.

“Sara Alyka. Itu nama sebenar kau? Sebelum ini menyamar sebagai ‘Alyka’ atau Aly semata-mata untuk dapatkan maklumat sulit dari syarikat aku. Dan kemudian kau serahkan maklumat tu kepada syarikat lain. Aku betul-betul tak sangka kau adalah ‘spy’ yang aku cari tu. Kau PENGKHIANAT!”

Suara bernada tinggi Ian bergema di ruang kamar tersebut. Membuatkan bahu Sara ikut terangkat dek kerana terperanjat. Benar inilah pertama kali Ian meninggikan suara terhadapnya. Terasa nafasnya seakan tersekat di kerongkong.

“Aku kehilangan segala yang aku miliki disebabkan kau! Selepas kau kucar-kacirkan hidup aku, senang-senang kau larikan diri. Kau ingat kau boleh terlepas daripada aku? Kau belum kenal siapa aku yang sebenar. Aku takkan lepaskan sesiapa yang berani tikam aku dari belakang. Termasuk KAU!” Ian melepaskan kemarahan. Geram dan berang terhadap penipuan gadis ini.

Sara terus menyepi tidak membalas bicara Ian. Mendengar suara amarah seperti halilintar lelaki itu sudah cukup membuatkan dia kecut perut serta kelu lidah untuk bercakap.

“Berapa Jesrina bayar untuk kau jadi ‘balaci’ dia dan porak-perandakan hidup aku?!” Ian menyoal sambil kakinya melangkah menghampiri Sara.

Namun, sekali lagi Sara membisukan mulut daripada berkata-kata. Dia sudah berjanji dengan Jesrina untuk menutup rahsia mereka rapat-rapat.

“Hei! Cakaplah! Aku nak dengar pengakuan dari mulut kau tentang semua penipuan yang kau buat pada aku!” Jerit Ian ketika tubuhnya semakin mendekat dengan Sara.

Tersentak. Sara berundur setapak ingin menjauhkan diri daripada Ian. Malangnya yang ada di belakang tubuhnya adalah dinding batu. Dan dia tidak sempat mengelak apabila kedua tangan Ian sudah melekap ke dinding menghalang tubuhnya daripada meloloskan diri.

Kini mereka berdua saling bertatapan dalam jarak cuma dua jengkal. Amat dekat sehingga Sara dapat merasakan nafas Ian yang berhembus kasar menerpa ke kulit pipinya.

Wajah Sara ditenung dalam-dalam oleh Ian. Antara marah, berang, benci dan kecewa semuanya saling bercampur-baur. Namun, yang pasti tetap terselit rasa rindu di situ.

Ian akui dia merindui gadis ini. Dia tidak dapat memadam rasa cinta yang tumbuh mekar di hatinya terhadap Alyka. Atau Sara. Atau apa saja nama gadis ini. Disebabkan itu hatinya terlalu sakit!

“Kau main-mainkan perasaan aku. Kau tipu aku. Kau buat aku jatuh cinta pada kau. Dan kemudian kau tinggalkan aku. Kau ingat aku tak ada perasaan?! Hah? Jawablah!!”

Tidak tahan diprovok bertubi-tubi oleh suara tinggi Ian, Sara akhirnya bersuara.

“Itu sebagai balasan kerana kau juga suka permainkan perasaan ramai perempuan di luar sana. Tak ada beza dengan apa yang aku lakukan!” Sara menentang kembali pandangan Ian dengan berani. Perasaan takut cuba dilenyapkan sedikit demi sedikit. Dia tidak boleh lemah kepada lelaki ini.

“So, kau nak balas dendam pada aku bagi pihak perempuan-perempuan di luar sana?!”

“Aku balas dendam untuk Jesrina. Kau dah rosakkan dia dan kemudian kau tinggalkan dia. Kau anggap perempuan ni sebagai apa? Baju yang kau boleh tukar-tukar sesuka hati?! Kau lelaki paling tak guna aku pernah kenal, Ian Khalif!”

Perasaan Ian bertambah berang. Kata-kata Sara ibarat minyak yang disimbah menyemarakkan api kemarahannya. Kalau bukan kerana yang berdiri di hadapannya ini adalah gadis yang dicintai, pasti sudah dilenyapkan dari pandangan matanya.

“Hei! Kau tahu tak kenapa aku tinggalkan Jesrina? She’s a spy. A traitor. Dia pura-pura jatuh cinta pada aku semata-mata nak berada dekat dengan aku. Supaya dia mudah dapatkan akses menyelinap masuk ke syarikat aku untuk curi maklumat sulit. Kau ingat aku bodoh sangat tak kenal siapa kawan baik kau tu hah?! Kawan kau tu penipu! Sama macam kau!!”

Sara terdiam saat mengetahui kebenaran yang Ian ungkapkan. Jadi, kisah sedih yang Jesrina ceritakan kononnya ditinggalkan oleh Ian Khalif dahulu adalah palsu? Tipu? Dan dia pula dipergunakan untuk meneruskan rencana jahat yang terbantut itu?

Ian meneruskan kata-kata yang terhenti. “Aku betul-betul percayakan kau. Tapi, kau khianati kepercayaan aku. Dan aku tak akan maafkan kesalahan kau. Aku nak kau bayar semula semua pembohongan kau terhadap aku!”

Sara merenung ke wajah Ian. Bayar? Bayar macam mana? Berapa yang harus dia bayar kepada Ian? Dia cuma ada wang hasil upah yang dibayar Jesrina tempoh hari. Adakah mencukupi?

“Aku akan bayar! Berapa kau nak?” Sara menyoal. Tidak kisah berapa pun yang Ian minta dia akan cuba usahakan. Agar dia terlepas dari buruan lelaki ini.

Sebaliknya Ian berdesis sambil menggelengkan kepala. Reaksi polos Sara menjentik hatinya.

“Aku tak nak duit. Aku nak kau bayar dalam cara lain.”

Cara lain? Sara mengerutkan dahi kurang memahami.

“Cara apa?”
Tanpa suara, renungan mata Ian perlahan-lahan menuruni ke tubuh Sara yang berbalut kemeja T longgar lengan panjang berserta jeans biru. Ini satu-satunya gadis yang belum pernah dia ‘miliki’.

Perlakuan Ian membuatkan Sara tersentap. Baru mengerti apa yang dimaksudkan lelaki itu.

“No! Aku takkan serahkan diri aku pada kau!”

Namun, Ian tidak menghiraukan kata-kata Sara. Bibirnya didekatkan berhampiran telinga gadis itu. Dan dalam nada bersahaja dia menuturkan satu ayat.

“Kau akan jadi isteri aku.”

Sara nyata tersentak dan terkejut. Menjadi isteri kepada Ian Khalif? Itu bermaksud yang dia akan ‘terikat’ dan tidak dapat lari daripada lelaki ini.

“What?! No! Aku tak pernah bermimpi nak kahwin dengan kau!” Sara membantah.

“Kau nak atau tak, keputusan bukan di tangan kau. Oleh kerana kau dah libatkan aku dalam permainan kotor kau, kita akan main ‘game’ ni sampai tamat!”

“Ian Khalif, kau dengar sini. Apa pun berlaku, aku tak mungkin jadi isteri kau!!”

Berang. Jemari kekar Ian pantas menyusup ke belakang tubuh Sara. Meniti naik ke celahan rambut gadis itu. Lalu dicekak batang tengkuk Sara agar posisi wajah gadis itu tepat mengadap ke mukanya.

“You will! Sama ada kau setuju atau tak, aku akan pastikan kau menjadi HAK MUTLAK aku selama-lamanya!”

“Aku tak nak!!”

Sekali lagi Sara membentak sambil menepis tangan kekar Ian dan menolak tubuh lelaki itu menjauhi dirinya. Dia meloloskan diri dan berlari laju ke arah pintu.

Namun, Ian dengan pantas dapat menahan langkah Sara dan memaut tubuh gadis itu dari belakang. Sebilah pisau belati dikeluarkan lalu diacu ke muka gadis itu. Membuatkan Sara tergamam dan berhenti meronta. Bilah pisau yang tajam itu berada betul-betul di depan mata dan bila-bila masa sahaja mampu membuatkan nyawanya melayang.

“Please, jangan rumitkan keadaan. Kau mudahkan urusan aku, aku akan mudahkan urusan kau. Aku tak minta banyak. Kau cuma perlu jadi isteri aku, Sara Alyka.”

Sebaliknya Sara menggeleng. Tidak pernah terbayang langsung di benaknya untuk menjadi isteri kepada lelaki ini. Tidak!

“I will not! Kau boleh bunuh aku. Silakan!” Sara masih teguh dengan keputusannya. Takut namun dalam masa yang sama tidak mahu mengalah.

Sakit hati dengan kedegilan Sara, Ian lantas menggunakan jalan terakhir untuk mengugut Sara. Dikeluarkan pula telefon pintar miliknya dari poket seluar.

“For your info, dalam phone aku ni ada video ‘naked’ kau yang aku rakam masa kau tak sedarkan diri tadi. Aku akan sebarkan video ni kepada umum. Biar semua orang tahu siapa kau yang sebenar di sebalik ‘topeng’ yang kau pakai selama ni. Well, kau boleh test market. Ada tak lelaki lain nak offer kau buat bini lepas tengok video ‘panas’ kau nanti.”

Saat itu Sara melopong. Tangannya pantas cuba merampas telefon pintar yang berada di tangan Ian. Sebaliknya Ian terlebih dahulu bersedia dan menyimpan kembali telefon tersebut.

“Kau memang celaka, Ian Khalif! Aku benci kau! AKU BENCI KAU!!!” Sara menjerit bagai histeria. Ugutan Ian membuatkan dia berang. Terasa ingin dibunuh lelaki ini!

Reaksi Sara hanya dibalas dengan tawa ejekan Ian. Langsung tidak terkesan. Misi utamanya memang mahu menyakitkan hati gadis itu.

“Kau rehatlah ye. Jangan lupa makan makanan aku bawa tu. Esok awal-awal pagi kita akan bertolak ke sempadan negara. Atau lebih tepat lagi ke Thailand. Kita akan bernikah di sana.”

Seraya Ian melepaskan pautannya dari tubuh Sara. Dia kemudian melangkah menghampiri pintu ingin meninggalkan kamar tersebut.

“Ian Khalif, aku tak pernah setuju nak bernikah dengan kau!!” Sara mengulang pendiriannya.

“Aku tak perlukan persetujuan kau.”

Serentak itu pintu kamar berkenaan ditutup dengan kuat dari luar oleh Ian.

“IAN KHALIF!!!”

Sara menerpa ke arah pintu cuba membuka kembali. Perbincangan bersama lelaki itu belum tamat. Walau apa pun berlaku dia tidak akan serahkan seluruh kehidupannya kepada lelaki durjana seperti Ian. Tidak sama sekali!

“Ian Khalif! Buka pintu ni!!!”

Malangnya suara raungan Sara tidak dihiraukan sesiapa. Tiada yang datang membantu. Tubuh Sara melorot ke lantai. Esak tangisannya mula kedengaran.

Sungguh Sara menyesal kerana berani menjerumuskan diri ke dalam kehidupan Ian Khalif. Kini dia harus menanggung akibatnya. Niat asal mahu menundukkan lelaki itu, sebaliknya kini dia yang jatuh terduduk dek kerana kebodohan sendiri. Hidupnya telah musnah sama sekali!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience