Series
13115
Selepas kejadian itu, Ismail berbisik kepada Inspektor Hashim.
"Kenapa tuan ambil banduan macam tu jadi polis?"
Hashim menghela nafas.
"Kerana dia ada kepintaran luar biasa, Ismail. Sayang kalau kepakaran dia disia-siakan."
Kemudian Inspektor menambah:
"Dan mulai hari ini, dia adalah rakan penyiasat kau untuk kes Kampung Mesra."
Sekali lagi balai menjadi riuh.
"Kenapa hantar detektif Ismail dengan pembunuh? Macam mana kalau banduan tu buat hal kat kampung tu nanti?"
Inspektor Hashim menjerkah semua yang hadir.
"Diam! Bertenang!"
Dia memandang mereka satu persatu.
"Asaad ialah manusia... sama macam kita. Jangan terus hukum dia berdasarkan masa silam."
Semua terdiam.
Hashim kemudian membawa Ismail dan Asaad masuk ke pejabatnya. Di situ, dengan suara perlahan, dia berbisik kepada Ismail.
"Aku tahu dia pernah jadi pembunuh. Tapi dia juga manusia biasa. Cuma... ada satu masalah - dia akan berubah apabila melihat darah yang banyak. Asaad ada dua keperibadian. Dan bila dia nampak darah yang banyak, peribadi yang lain akan bangkit."
Ismail terkejut mendengar perkara itu.
"Aku minta satu je dari kau, Ismail. Jaga dia. Jangan bagi dia tenggelam dalam keperibadian yang satu lagi tu. Mungkin... mungkin Asaad boleh bantu kau cari siapa pembunuh isteri dan anak kau."
Ismail terdiam dengar perkara tersebut.
Selepas itu Inspektor Hashim menerangkan perkara yang berlaku di Kampung Mesra.
"Kampung Mesra. Baru baru ni, kita terima mesej dan gambar dari pengirim tak dikenali... katanya banyak kematian berlaku kat sana. Tapi peliknya, tak ada satu pun laporan rasmi yang masuk daripada penduduk kampung.
Ismail meneliti gambar-gambar tersebut satu persatu - kesemuanya kelihatan seperti kes kematian mengejut. Tapi yang paling mengganggu, wajah-wajah si mati... semuanya menunjukkan **ekspresi ketakutan yang luar biasa.**
Ismail meneliti gambar-gambar itu sekali lagi. Seorang lelaki tua terbaring di atas lantai dapur - matanya terbuka luas, seolah-olah melihat sesuatu yang amat mengerikan sebelum mati. Seorang gadis belasan tahun dijumpai di tepi sungai - wajahnya pucat, bibirnya biru, namun ada kesan cakaran di lengannya. Gambar ketiga pula memaparkan seorang wanita muda yang rebah di ruang tamu rumahnya, tangan mencengkam dadanya erat-erat seperti cuba mempertahankan diri dari sesuatu yang tak kelihatan.
"Wajah mereka... macam nampak hantu," kata Ismail perlahan.
Hashim mengangguk.
"Tu yang buat aku rasa pelik. Mayat-mayat ni dihantar oleh orang yang sama - pengirim 'Anonym' tu.
Asaad hanya memerhati, diam, senyum tipis masih terukir di wajahnya.
Hashim menyambung, "Aku nak korang berdua turun ke Kampung Mesra. Kumpul maklumat. Tanya orang kampung. Tapi satu hal..."
Dia pandang tepat ke arah Asaad.
" Jangan bagi dia tengok banyak darah."
Asaad hanya angkat bahu.
Ismail masih diam. Dalam kepalanya, berselirat persoalan.
**Siapa sebenarnya Asaad?** **Apa yang berlaku di Kampung Mesra?** Dan kenapa dia boleh bantu cari siapa pembunuh istri Dan anak aku.
Pertanyaan Ismail
Share this novel