SPECIAL CHAPTER

Romance Completed 344019

*Bagi mengubati kekecewaan uols, sis hadiahkan bab istimewa ini untuk followers Ian dan Sara. Semoga terhibur dan selamat membaca.

MATAHARI pagi menyinari dari bahagian Timur. Menerangi indah ke segenap alam. Sara menarik langsir sambil menikmati sinar cahaya yang masuk ke kamarnya melalui jendela. Bibirnya tersenyum. Gembira melihat cuaca yang baik dan cerah pada hari ini.

Keluar dari kamar utama, Sara berjalan menuju ke bilik tidur bersebelahan. Dilihat penghuni di kamar kecil itu masih nyenyak tidur. Perlahan-lahan dihampiri untuk dikejutkan.

“Assalamualaikum sayang mama. Time to wake up!” Seraya itu ditarik tubuh si kecil ke dalam pelukan sebelum digeletek.

Si kecil yang masih mamai itu membuka mata lalu merenung ke wajah si ibu sebelum tersenyum ceria. Dia bangun lalu memeluk tubuh Sara.

“Happy Birthday my sonshine! I love you so much!” ucap Sara lalu mengucup ke pipi si anak.

“I bee liu too, mama.” Si kecil membalas dalam bahasa yang masih pelat.

“Nah, hadiah untuk sayang.” Sara memberikan kotak berisi hadiah itu kepada anaknya.

Si kecil itu terus membuka kotak tersebut lalu melihat permainan yang diinginkan iaitu topeng satu watak superhero berada di situ. Mimik mukanya bertukar teruja.

“Yeay-yeay! Batman mask!” Anak kecil itu terlompat-lompat di katil.

“Jom mama mandikan. Kejap lagi kita nak pergi jumpa papa.”

Mendengar sahaja perkataan ‘papa’ disebut, si kecil itu bertambah riang.

"Yeay! Nak jupe papa!”

Sara tersenyum melihat keletah satu-satu anak lelakinya yang baru berusia dua tahun itu. Hari ini adalah ulang tahun kelahirannya yang kedua. Alhamdulillah si anak membesar dengan sihat dan cerdas.

Zayn Khalif. Bermaksud ‘pengganti yang baik’. Sara sengaja meletakkan nama belakang yang sama agar anaknya dapat mengenang nama si ayah dalam kehidupannya kelak.

Mengimbau kembali saat pertama kali mengetahui kehadiran si kecil itu di dalam rahimnya, Sara benar-benar terpempan. Dia baru sahaja kehilangan arwah Ian dan masih bersedih ketika doktor maklumkan bahawa dia sedang hamil zuriat pertama mereka.

Sukar menerima kenyataan pada mulanya. Namun, atas sokongan dan kata-kata semangat daripada seluruh ahli keluarganya Sara redha dengan suratan takdir itu. Malah, Sara merasakan zuriat yang berada di rahimnya itu adalah hadiah terakhir yang paling istimewa diberikan arwah Ian terhadapnya.

“Mama, I want diss~”

Lamunan Sara berterbangan pergi. Zayn menunjukkan pakaian yang ingin dipakainya sebaik selesai mandi. Si kecil itu sudah pandai memilih pakaian kegemarannya sendiri walaupun baru sahaja berusia dua tahun.

“Zayn nak pakai baju ni jumpa papa?” Sara menyoal sambil mengeluarkan sepasang sut ‘superhero’ Batman seperti ditunjukkan Zayn.

“Yesh!” ujar si kecil itu sambil membuat aksi dan gaya seperti superhero sedang berlawan.

Sara menggelengkan kepala sambil tersenyum dengan gelagat anaknya yang seorang ini. Tanpa banyak soal Sara membantu memakaikan pakaian itu ke tubuh kecil anaknya.

Selesai bersiap, Sara dan Zayn keluar dari kediaman dan masuk ke dalam kereta yang diparkir di halaman rumah teres dua tingkat tersebut. Zayn diletakkan di ‘carseat’ bahagian belakang kenderaan. Manakala Sara berada di ruang pemanduan.

Selepas pemergian arwah Ian dahulu, Sara memilih untuk tinggal di kediaman biasa-biasa seperti ini bersama anaknya. Kehidupan yang dilalui juga tidak mewah. Kerana Sara mahu mendidik si anak agar lebih bersyukur dan menghargai apa yang ada di sekelilingnya.

“Are you ready, sayang?” Sara menyoal kepada anaknya.

“Yesh! Nak jupe papa!” ucap Zayn dalam ceria dari tempat duduk belakang.

Sara tersenyum lalu meneruskan pemanduan menuju ke destinasi yang direncanakan.

SETENGAH jam kemudian, mereka tiba di kawasan tanah perkuburan terletak di Bukit Kiara. Sara memimpin tangan si kecil Zayn berjalan melalui deretan pusara-pusara yang tersusun itu. Sehingga tiba di salah satu pusara yang terletak agak hujung, langkah mereka terhenti.

“Zayn, bagi salam pada papa,” ucap Sara kepada si anak.

“Ashekum papa!” Lidahnya pelat menyebut ‘assalamualaikum’.

Zayn melambai-lambai tangannya ke arah pusara itu. Dengan spontan dia memeluk batu nisan yang tertera nama papanya di situ. Dalam mimik ceria Zayn menunjukkan sut superhero yang tersarung di tubuh kecilnya.

“Papa, look! I’m Batman!” Zayn tertawa mengekek.

Sara menggelengkan kepala dengan telatah Zayn. Anak kecil seperti itu apalah yang dia tahu selain bermain dan berseronok. Malah, belum memahami berkaitan soal hidup dan mati.

Sara kemudian duduk berlutut di sisi pusara sambil mengusap perlahan batu nisan yang tertera nama Ian. Baru minggu lepas dia datang ke sini. Dan sejak Zayn menginjak usia setahun memang Sara sering membawa si kecil itu bersama. Dia mahu Zayn mengenali siapa ayah kandungnya biar pun si bapa tiada lagi di dunia ini.

“Assalamualaikum, awak. Hari ni birthday Zayn. Kejap je dia dah dua tahun. Dah pandai macam-macam. Hurm ‘nakal’ dia ni samalah macam awak.” Sara berseloroh sebelum tertawa kecil. “Tapi, dia handsome macam awak tau. Ramai cakap muka Zayn seiras awak.”

Memandang ke pusara di hadapannya, seakan tidak terasa cepatnya masa berlalu. Sudah bertahun lamanya Ian pergi meninggalkan dirinya. Namun, Sara tetap bersyukur kerana satu-satunya zuriat mereka kini menjadi peneman di kala suka dan duka Sara.

“Zayn, mari kita baca doa untuk papa. Kita doakan papa tenang di sana. Satu hari nanti kita akan bersama papa juga tau,” ujar Sara sambil mengajar si kecil untuk berdoa.

Zayn menadah tangan meniru perlakuan ibunya. “Jupe papa di heaven?”

“Ya, papa tunggu kita di heaven. Nak masuk heaven Zayn kena jadi orang yang baik. Kena selalu doakan untuk papa ye.”

“OK!” Dalam ceria dia mengangguk.

Sara meneruskan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah suaminya. Si kecil Zayn hanya mendengar doa itu dibacakan ibunya.

Selesai mengaminkan doa, Sara bangun lalu menaburkan kuntuman mawar yang dibawa ke pusara itu sebelum menyiramnya dengan air. Zayn ikut sama mengikut apa yang dilakukan ibunya.

“Awak, kami balik dulu ye. Insya-Allah nanti saya dan Zayn datang ziarah awak lagi. Awak berehatlah dengan tenang di sana. Jangan risau. Saya akan jaga Zayn dengan baik. Zayn, say bye bye to papa,” ucap Sara sambil memeluk bahu Zayn.

“Bye bye, papa. Anti kite jupe agi.” Spontan Zayn tunduk lalu mencium ke batu nisan di hujung pusara.

Sara tersenyum sekali lagi dengan keletah si anak. Air mata yang bergenang dikelopak mata dikesat perlahan.

Sebetulnya Sara sedang memendam dan menahan rasa sedih serta sebak di dalam dada. Dia tidak mahu anaknya melihat dia menangis dan meratap. Dia mahu Zayn melihat dirinya yang kuat dan tabah agar anak kecil itu juga akan membesar menjadi seampuhnya.

Setelah itu, Sara dan Zayn berpimpinan tangan berjalan meninggalkan kawasan pusara. Mereka akan ke tempat seterusnya pula.

KERETA yang dipandu Sara berhenti di halaman sebuah rumah banglo tiga tingkat. Kehadiran Sara dan Zayn memang sudah dinantikan seisi keluarga itu.

Belum sempat Sara keluar dari kereta, dilihat kelibat ayahnya Tan Sri Rahmat sedang berjalan menghampiri kenderaan lalu membuka pintu penumpang belakang.

“Cucu atok! Dah sampai pun. Atok tunggu dari pagi tadi tau,” ujar Tan Sri Rahmat sambil mengambil Zayn dari ‘carseat’ lalu didukung.

“Atok, look. Zayn adi Batman. Yahh!” Zayn di dalam dukungan si atok menunjukkan gaya superheronya seperti tadi.

“Wah, kalau Zayn jadi Batman, atok jadi Superman lah. Kita lawan okey!” Dalam mimik muka yang ceria Tan Sri Rahmat meniru gaya cucu kesayangannya.

Sara yang melihat telatah keduanya hanya menggeleng kepala. Memang begitulah gelagat datuk dan cucu setiap kali bertemu.

“Sara apa khabar? Sihat?” Tan Sri Rahmat bertanya ketika bersalam dengan anaknya.

“Alhamdulillah sihat. Sara bawa Zayn ke kubur Ian sekejap tadi~” Sara memaklumkan.

Melihat raut muram terlukis di wajah Sara, Tan Sri Rahmat lantas memaut erat bahu si anak. Memahami apa yang dirasai.

“Takpe, Zayn ada kan. Dia akan teman Sara.” Tan Sri Rahmat memujuk.

Sara mengangguk perlahan. Akur dengan pujukan ayahnya. Bersyukur sekurang-kurangnya dia masih punya si ayah untuk menumpang kasih.

“Dah, jom kita masuk. Semua tengah tunggu Sara dan Zayn.”

Masuk ke dalam rumah, sudah ramai yang menanti mereka di situ. Puan Sri Rohana, Datuk Ismail, Datin Nurain dan Puan Lydia. Mereka semua berkumpul di kediaman itu untuk meraikan ulang tahun kelahiran si kecil Zayn.

Tak lupa juga kelibat Mia bersama Reza yang kini sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka. Siapa sangka bahawa keduanya akan berjodoh. Lucu pula bila Sara ingatkan semula yang kawan baiknya sudah bertukar status menjadi adik iparnya sendiri.

“Sara apa khabar, sayang?” Puan Sri Rohana bertanya saat memeluk tubuh anak tirinya itu.

“Baik, mommy. Ni Sara bawakan Apple Crust Pie,” ujar Sara sambil menghulurkan kotak berisi makanan itu kepada ibu tirinya.

“Alah, susah-susah aje Sara ni. Mommy dah masak macam-macam dah ni.”

“Tak susah pun, mommy. Sara beli kat Kenny Hills je tadi. Hehe.”

“Oh, terima kasih. Dah, Sara duduklah. Kejap lagi kita mulakan majlis untuk Zayn.”

Sara kemudian bersalaman dan berpelukan dengan Datin Nurain serta Puan Lydia yang masing-masing saling berebut-rebut mahu mendukung Zayn. Maklumlah cucu baru seorang. Memang menjadi rebutanlah.

Setelah itu Sara menghampiri pula adiknya Mia yang duduk bersandar di sofa. Kandungan Mia kelihatannya sudah sarat. Mereka berdua berpelukan mesra.

“Mia apa khabar? Baby sihat?” soal Sara sambil menyentuh ke perut Mia.

“Alhamdulillah sihat,” Mia menjawab sambil tersenyum.

“Dah tahu ke baby boy atau girl?”

“Dah. Insya-Allah baby boy. Nanti bolehlah kawan dengan Zayn.”

“Wah! Really? Mesti Zayn seronok nanti ada kawan nak main sama-sama.”

Sara dan Mia saling berbalas senyuman gembira. Hubungan mereka berdua kini kian erat berbanding dahulu. Segala sengketa lama sudah pun dilupakan.

“Kita akan mulakan majlis sekarang ye,” ucapan Puan Sri Rohana mengalihkan perhatian semua yang berada di situ.

Masing-masihg mula menghampiri ruang makan. Zayn yang dipakaikan topi hari jadi diletakkan di tengah-tengah. Di hadapannya terdapat sebiji kek bersama lilin hasil dekorasi Puan Sri Rohana sendiri. Istimewa untuk cucu kesayangannya.

“Happy birthday to you… happy birthday to you… happy birthday to Zayn Khalif… happy birthday to you!” Seisi keluarga menyanyikan lagu itu untuknya.

Sambil dibantu Sara, Zayn meniup lilin yang tersusun di atas kek. Dia kemudian tertawa sambil terlompat-lompat ceria apabila menerima tepukan seisi keluarga.

“Happy birthday sayang nanny. Ini hadiah nanny beli di Europe special untuk Zayn,” ucap Puan Lydia saat berpelukan dengan cucunya. Raut wajah Zayn yang saling tidak tumpah seperti arwah Ian sewaktu kecil dahulu sedikit sebanyak menghilangkan kerinduannya kepada si anak.

“Thank you nanny. I bee liu!” Balas Zayn sambil mengucup ke pipi neneknya.

Datuk Ismail dan Datin Nurain yang berada berhampiran turut sama memberikan hadiah istimewa untuk satu-satunya cucu mereka itu. Zayn dihadiahkan ‘giant puzzle’. Si kecil itu memang gemar bermain kepingan puzzle.

“Time kaceh papatok and nekmi,” ucap Zayn lalu mengucup ke pipi keduanya.

“Papatok sayang Zayn sangat-sangat.”

“Zayn pun cayang papatok juge.”

“Nekmi Zayn tak sayang ke? Zayn peluk papatok je.” Datin Nurain pura-pura merajuk.

“No. Zayn cayang nekmi juge.” Si kecil Zayn memeluk Datin Nurain.

Kemudian giliran Mia dan Reza pula memberi hadiah untuk anak kecil itu.

“Time kaceh pakcu and makcu!” Zayn terlompat-lompat seronok saat melihat hadiah permainan yang diberikan mereka berdua.

Sara dari sudut meja makan sekadar tersenyum memerhati gelagat Zayn bersama ahli keluarganya yang lain. Walaupun tidak sempat merasai momen bersama si ayah, namun si kecil itu dilimpahi kasih sayang daripada seisi keluarga. Itu sudah cukup membuatkan Sara bahagia dan bersyukur.

HARI berikutnya, awal-awal pagi Sara memaklumkan kepada keluarganya dia ingin ke satu tempat yang sudah lama tidak dikunjungi. Sejak malam tadi dia asyik terkenangkan tempat itu.

“Sara nak daddy temankan ke sana?” Tan Sri Rahmat bertanya.

“Takpe, daddy. Sara pergi berdua dengan Zayn. Lagipun, nak pergi kejap je.” Sara menolak pelawaan itu.

“Hati-hati drive ye, Sara. Kalau ada apa-apa nanti call mommy atau daddy.” Puan Sri Rohana menitipkan pesan.

Dia sudah memahami sikap anak tirinya itu. Mungkin sudah terbiasa hidup sendirian sejak kecil, Sara amat berdikari. Dan sebolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Malah, ketika diminta tinggal bersama di kediaman ini dahulu pun Sara menolak dengan baik. Dia memilih untuk tinggal sendiri bersama cucu mereka Zayn di sebuah kawasan perumahan biasa.

“Insya-Allah, mommy. Kami pergi dulu ye,” ucap Sara ketika bersalam dengan kedua ibu bapanya.

“Bye atok, bye nenek. Shi yu again,” ucap Zayn dari dalam carseatnya sambil melambai-lambai.

Bahasa pelat Zayn membuatkan Tan Sri Rahmat dan Puan Sri Rohana sama-sama tertawa.

“Shi yu again, cucu atok.” Balas Tan Sri Rahmat meniru pelat si cucu.

Setelah itu, kenderaan dipandu Sara bergerak perlahan-lahan meninggalkan kediaman tersebut.

Hampir satu jam kemudian barulah mereka tiba ke destinasi yang dituju. Tempat ini memang agak jauh. Sehinggakan si kecil Zayn pun sudah terlelap di kerusi belakang.

Kereta dipandu Sara perlahan-lahan menyusur masuk sebelum berhenti di halaman sebuah banglo dua tingkat yang terletak berhampiran tasik.

Kedatangan Sara ke banglo itu disambut oleh seorang pembantu rumah dan juga tukang kebun. Mereka berdua diupah untuk menjaga dan membersihkan kawasan kediaman tersebut.

“Puan Sara apa khabar?” Wanita separuh abad itu menyapa sambil bersalam.

“Baik. Mak Jah sihat?”

“Alhamdulillah Mak Jah dan Pak Berahim sihat. Marilah masuk.”

Sara kemudian mengambil Zayn ke dalam dukungan. Si kecil itu baru terjaga dari lena lalu memisat matanya.

“Mama, kita kat mane?”

“Kita dah sampai di rumah papa,” jawab Sara.

“Papa ada shini?” Mulut kecilnya bertanya lagi.

“No, sayang. Papa tak ada di sini. Kita datang nak tengok rumah ni je. Dah lama mama tak datang sini. Zayn nak tengok rumah ni juga?”

“Nak!” ucap Zayn dalam ceria.

Sara kemudian melangkah masuk ke dalam kediaman itu bersama-sama anaknya dan juga pembantu rumah. Mak Jah menuju ke dapur untuk membuat minuman.

Zayn yang tidak mahu didukung lagi meronta minta dilepaskan. Dia nak berjalan sendiri. Habis setiap ruang di tingkat pertama rumah banglo itu dijelajahnya. Mahu melihat apa yang menarik.

Sementara Sara pula leka memerhati ke segenap sudut dalam kediaman itu yang masih tidak berubah. Setiap dekorasi dan hiasannya masih sama seperti beberapa tahun yang lalu.

Di sinilah rumah pertama yang didiami selepas bernikah dengan Ian. Terlalu banyak kenangan dan memori tercipta di sini. Malah, di sini jugalah momen terakhir dia bersama arwah Ian sebelum lelaki itu pergi meninggalkan dirinya secara mengejut dahulu.

Sayu untuk dikenangkan. Namun, Sara cuba menguatkan semangat. Dia perlu meneruskan kehidupan ini demi si anak. Si kecil itulah sumber kekuatan Sara selama ini.

Mak Jah muncul di ruang makan tidak lama kemudian sambil menatang dulang berisi minuman dan sedikit juadah.

“Puan Sara, jemput minum ye. Lagi satu Mak Jah memang tunggu puan datang ke sini. Mak Jah nak sampaikan ini kepada puan,” ujar Mak Jah sambil menghulurkan sesuatu berupa sekeping sampul surat.

Sara menyambut sampul surat berkenaan bersama kerutan di dahi.

“Sampul apa ni Mak Jah?”

“Mak Jah terjumpa sampul tu terselit kat tepi katil masa bersihkan bilik tidur utama minggu lepas. Sebelum ni tak nampak pun. Lepas Mak Jah tarik katil tu sikit sebab nak mop lantai, Mak Jah ternampak sampul tu.”

“Oh, terima kasih ye Mak Jah.”

Mak Jah kemudian berlalu semula ke dapur. Si kecil Zayn sedang menonton rancangan kartun di TV yang terpasang di ruang tengah. Sara mengambil kesempatan itu untuk membuka sampul lusuh di tangannya.

Di muka hadapan sampul tercatat ‘to my dearest wife’. Sempat kening Sara bertaut seketika. Adakah sampul ini ingin diberikan oleh arwah Ian sebelum pemergiannya beberapa tahun yang lalu?

Perlahan-lahan Sara membuka sampul berkenaan sebelum dikeluarkan helaian kertas yang berlipat. Satu-persatu ayat tulisan tangan itu dibaca.

~~~~~~~~~~

‘To my cinta hati Sara Alyka,

I tulis surat ni istimewa untuk you. I tak tahu kenapa. Tapi, I rasa seperti masa I di dunia ini tak akan lama.

Sayang, I minta maaf kalau tak dapat temani you. I mungkin terpaksa pergi dulu. Tapi, I nak you tahu yang I cintakan you satu-satunya. I sayangkan you seumur hidup I dunia dan akhirat.

Sayang, I ada satu permintaan. You masih ingat kan kita pernah buat check-up dulu. Kalau ditakdirkan you pregnant dan I tak sempat jumpa anak kita, please bacakan surat yang lagi satu untuk anak kita ye.

I’m sorry I tak dapat berada di sisi you. I’m sorry I tak dapat terus jaga you. Tapi, percayalah Allah akan sentiasa ada untuk menjaga dan melindungi di setiap langkah you.

Sayang, walau apa pun yang berlaku, walau kita tak dapat bersama lagi, janji dengan I yang you akan hidup baik-baik. I cintakan you sangat-sangat, sayang. Semoga Allah izinkan kita bertemu semula di syurga nanti.

I love you to infinity and beyond, Sara Alyka.’

From your handsome husband,
Ian Khalif

~~~~~~~~~~~

Seusai itu Sara mendakap erat helaian surat tersebut ke dadanya. Bagai memeluk insan yang telah tiada. Air matanya merembes di pipi. Membaca isi surat tersebut seperti melihat bayangan arwah Ian sedang berdiri di hadapannya dan tersenyum mesra ke arahnya.

“Ian, I miss you. Saya rindukan awak sangat-sangat…”

Mungkin menyedari gelagat mamanya yang sedang berduka, si kecil Zayn menghampiri lalu memeluk pinggang Sara.

“Mama ok?”

Sara menyeka kelopak mata lalu menarik tubuh kecil Zayn dan didudukkan di atas ribaannya.

“Sayang, ini papa tuliskan surat untuk Zayn. Mama bacakan ye~”

Sara membuka lipatan kertas kedua yang terselit di dalam sampul lusuh tadi. Lalu satu-persatu ayat yang tertulis dibacakan kepada anaknya.

~~~~~~~~~~~~

‘Buat anak papa yang dikasihi,

Hai, sayang. Pertama sekali papa nak minta maaf. Papa mungkin tak dapat bertemu dengan kamu. Tapi, ketahuilah yang papa sangat sayangkan kamu. Papa doakan kamu akan membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna.

Anak papa, tolong jagakan mama untuk papa ye. Papa akan selalu berada di sisi kamu. Semoga kita akan berjumpa di syurga nanti dengan izin Allah. Jadi anak yang baik ye. Love you.’

From,
Papa

~~~~~~~~~~

“I bee liu, papa!” Serentak itu Zayn melonjak girang. Seronok apabila sesuatu yang berkaitan papanya disebut.

Walaupun tidak berpeluang bertemu dengan si ayah, namun Zayn tetap dapat merasakan kehadiran sosok papanya di dalam kehidupannya. Sara sering menunjukkan gambar-gambar Ian serta video-video lama lelaki itu. Malah, turut bercerita segala hal yang baik-baik mengenai Ian. Agar anaknya tahu yang Ian tetap menyayangi Zayn walaupun lelaki itu tiada lagi di dunia ini.

Surat di tangan dilipat dan dimasukkan kembali ke dalam sampulnya. Surat itu akan Sara simpan baik-baik. Ia adalah kenangan titipan terakhir yang istimewa daripada arwah Ian untuknya.

Sara kemudian menutur satu cadangan kepada anaknya.

“Zayn nak ikut mama pergi satu tempat tak? Tempat tu special. Tak ada orang lain selain kita berdua.”

“Ade toys?” Spontan si kecil itu bertanya.

“Tak ada toys. Tapi, ada tasik. Ada ikan kat dalam tasik tu. Ada burung terbang kat situ.” Sara cuba memancing minat si kecil.

“Okie dokie!” Zayn mengangkat ibu jarinya ke atas tanda bersetuju mengikut mamanya.

Sara tergelak kecil. Entah dari mana si kecil ini belajar perkataan sebegitu.

Setelah itu, Sara memimpin tangan Zayn lalu mereka sama-sama berjalan keluar dari kediaman tersebut menuju ke halaman belakang. Sara membantu Zayn menuruni jalan berbukit sehingga mereka tiba di kawasan tasik semulajadi yang ada di bahagian belakang rumah banglo tersebut.

“Wow!” Zayn memberikan reaksi pertamanya ketika melihat pemandangan indah tempat tersebut.

“Tempat ni cantik kan? Dulu mama dan papa selalu datang sini. Mama teman papa tengok sunset. Waktu petang boleh nampak cahaya sunset di hujung tasik tu,” ujar Sara sambil mengimbau kembali kenangan lalunya bersama arwah Ian.

“What is ‘shun shet’?” Lidah pelat Zayn bertanya.

“Sunset tu matahari terbenam. Bila hari dah senja sebelum malam, cahaya matahari berada di hujung bumi. Waktu itulah pemandangan langit paling cantik. Dulu papa suka sangat tengok sunset.” Sara bercerita kepada Zayn.

Kelihatan anak kecil itu mengangguk-angguk. Sebetulnya dia tak faham pun apa yang mamanya sebutkan. Dia lebih tertarik melihat pepatung yang berterbangan di tepi tasik. Dikejarnya mahu menangkap pepatung itu.

Sara sekadar menggeleng sambil tersenyum dengan keletah anak tunggalnya itu. Tak mengapa. Suatu hari nanti Zayn pasti memahami semua yang dia sebutkan tadi.

‘Awak, doakan kami berdua dapat hidup baik-baik di dunia ini ye. Insya-Allah tiba saatnya nanti saya dan anak kita akan ke sana. Kita akan kembali bersatu di alam abadi. Saya mencintai awak buat selamanya, Ian Khalif~”

Kata-kata itu diucapkan di dalam hati Sara. Dia kemudian menyertai si kecil Zayn untuk bermain mengejar pepatung dan rama-rama yang berterbangan. Gelak tawa mereka berdua kedengaran menghiasi suasana tempat tersebut.

IAN x SARA x ZAYN

‘Sunset are proof that no matter what happens, every day can end beautifully.’ -Kristen Butler

Tundukkan Mr. Arrogant Itu berakhir di sini. Ian, Sara dan Zayn mengucapkan terima kasih buat semua pembaca yang hadir ke novel ini. Love and hugs <3

Share this novel

HanaGazania
2024-05-10 23:11:21 

terima kasih menulis cerita yang best ni. cuma endingnya terkesan mendalam buat sya, kerana sya juga kehilangan tunang saya secara mengenjut mcm sara alyka hadap.

shiedah
2024-05-08 10:25:11 

sedih sngat dari bab Ian meninggal....tahniah author bes cerita ni..

cicimoyy
2024-04-27 15:37:55 

menanggis aku baca novel ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience