BAB 1 -TOLONG SAYA !!

Mature Content Completed 35326

DI sebuah rumah banglo mewah tiga tingkat milik seorang duda kaya yang hanya dirinya yang menempati rumah ini, dia adalah Dato’ Rayyan Qaihan Danish, yang berusia 45 tahun. Seorang duda kaya raya, yang di segani banyak orang. Semua perempuan memimpikan untuk duduk di sisinya. Namun, Rayyan tidak percaya akan cinta. Lebih sukakan kebebasan daripada berumahtangga.

"Siap pun."

Rayyan menutup fail di pangkuannya. Dokumen tentang perniagaan ladang sawitnya di Kampung Indah tidak lagi menarik minatnya. Entah kenapa, fikirannya kosong, dan melayang-layang.

Sudah masuk minggu ketiga surat wasiat ayahnya sampai ke tangannya. Surat yang menyatakan harta keluarga tidak akan diserahkan sepenuhnya kepadanya melainkan dia memiliki waris yang sah. Waris dari keturunan sendiri.

"Waris."

Itu perkataan yang membuatkan hidupnya kini jadi runsing.

“Dato' maaf menganggu.”

Pembantu rumahnya, Mak Yam, mengetuk pintu yang separuh terbuka.

“Ya Mak Yam, kenapa?.”

Mak Yam kelihatan serba salah.

“Ada seorang perempuan. Dia cari Dato’. Katanya penting.”

Keningnya terangkat.

“Perempuan?.”

“Ya, Dato’. Muda... sangat muda. Tapi katanya, dia ada hal penting nak bincang dengan Dato'. Dia takkan balik selagi tak jumpa Dato’ sendiri.”

Rayyan meletakkan fail di atas meja.

“Suruh dia masuk.”

"Baiklah tuan." Mak Yam berundur, dan beberapa saat kemudian, seorang gadis muda muncul di pintu.

Langkahnya sopan. Tubuhnya munggil, berbalut baju kurung polos berwarna biru.Tapi wajahnya yang paling mencuri perhatian. Muda. Pucat. Dan jelas bukan dari keluarga berada sepertinya.

Dia berdiri tegak di hadapan lelaki itu.

“Saya Nisa. Saya datang sebab saya ada tawaran.”

Rayyan tidak menjawab. Matanya hanya meneliti dari atas ke bawah. Tawaran?. Apa yang gadis semuda ini boleh tawarkan padanya?.

Nisa menunduk sedikit.

“Mungkin ni kedengaran sedikit pelik. Tapi saya minta Dato’ dengar dulu.”

“Hari ni banyak orang pelik datang rumah aku. Jadi aku tak hairan. Apa yang kau nak bincang dengan aku?." Soal Rayyan dingin. "Tapi sebelum tu, duduk dulu."

"Saya suka berdiri." Jawabnya seolah-olah tahu dirinya bukan setara lelaki itu.

"Okey. Apa yang penting sangat tu?."

“Saya tahu tentang surat wasiat tu. Tentang waris yang Dato’ perlukan dan saya datang nak tawarkan diri saya untuk mengandungkan anak Dato’.”

Matanya tajam menikam wajah gadis itu, mencari isyarat jenaka atau tipu daya. Tapi Nisa kekal tenang. Tidak gelisah, tidak malu.

“Ulang?.” Arahnya bernadakan dingin.

“Saya tawarkan diri untuk jadi ibu kepada anak Dato’.” Ulangnya yakin.

“Kau sedar tak, apa kau cakap ni?. Kau ingat ni benda main-main ke?. Mengandungkan anak hanya sebab wasiat. Apa kau yakin?."

Nisa mengangguk perlahan.

“Saya tak cakap ini mudah, Dato’. Tapi saya sanggup. Kalau Dato’ sudi bayar saya, saya akan lahirkan anak Dato’. Tak minta jadi isteri, tak minta harta. Saya cuma perlukan duit untuk bantu keluarga saya.”

Dia berkata tanpa gugup. Sepatah demi sepatah, seolah-olah sudah mengulang skrip itu seminggu lamanya.

Rayyan bangun dari tempat duduknya. Tubuhnya yang tegap dan tinggi membuatkan Nisa kelihatan lebih kecil. Lelaki itu menghampiri, dengan pandangan yang tak dapat ditafsirkan.

“Kau dah gila ke apa?."

“Saya tahu.”

“Dan kau tahu ini semua salah?.” Soalnya lagi.

“Tapi tak ada undang-undang yang larangkan, Dato’. Kita boleh buat perjanjian. Bertulis. Saksi. Apa saja syarat Dato’ letak, saya ikut.”

Lelaki itu terdiam lama.

"Tolong mempertimbangankan permintaan saya. Saya sanggup buat apa saja demi keluarga saya."

“Berapa umur kau?.”

“Dua puluh tahun.”

“Kau masih belajar?.”

“Saya berhenti selepas SPM. Jaga mak sakit. Jadi, sayalah yang tanggung semuanya."

Rayyan menarik nafas panjang. Dia kembali ke kerusinya, melemparkan pandangan jauh ke tingkap kaca yang menampakkan kolam di luar.

Sudah lama dia fikirkan soal ini. Tentang anak. Tentang keturunan. Tapi trauma perkahwinan dulu masih berdarah, dan kini, seorang gadis kampung berdiri di depannya, menawarkan sesuatu yang dia inginkan sejak lama.

Anak.

Warisku.

“Kau sanggup buat semua ni... hanya kerana duit?. Apa kau yakin?. Macam yang aku cakap tadi. Ni bukan benda yang boleh di bawa main. Kau kena mengandung. Apa kau sanggup?.” Soalnya tanpa memandang gadis itu.

“Untuk duit dan masa depan kami sekeluarga. Otak saya dah buntu fikirkan masalah ni. Mak saya sakit, hutang berlambak. Kalau saya boleh lahirkan seorang anak yang ada hak, dan keluarga saya boleh hidup lebih baik... saya sanggup.”

Rayyan menunduk. Bahunya sedikit bergerak, entah kerana sedang mengeluh, atau sedang fikirkan dosa yang mungkin datang bersama keputusan ini.

“Kau tahu aku siapa?.”

“Dato’ Rayyan Qaihan Danish. Pemilik R&D Group. Duda. Umur 45 tahun. Pernah kahwin tapi bercerai senyap-senyap.”

Kening lelaki itu naik.

“Rajin juga kau cari tahu tentang aku.”

“Saya tak main-main, Dato’. Saya betul-betul nak tawarkan rahim saya untuk anak Dato’.”

“Nantilah aku fikirkan. Tinggalkan nombor. Kalau aku setuju, aku akan hubungi kau.”

Nisa mengangguk. Tangannya menyeluk beg dan menyerahkan sekeping kertas kecil.

“Saya tak akan ganggu hidup Dato’. Cuma bagi saya tempat tinggal yang selamat, makanan, dan rawatan sepanjang saya mengandung. Lepas saya lahirkan anak tu, saya akan pergi. Takkan tuntut apa-apa.”

Rayyan mencapai kertas itu tanpa memandang.

“Baik. kau boleh pergi sekarang.”

Nisa mengangguk. Dia menunduk hormat sekali lagi, dan melangkah keluar dari bilik itu. Sebaik daun pintu tertutup, Rayyan melepaskan satu keluhan yang entah datang dari dada, atau dari fikirannya yang semakin celaru.

“Gila.”

“Tuan’,” panggil Tan sambil masuk ke dalam.

Tan ialah orang kepercayaannya paling lama. Setia, dan selalu tahu bila waktu sesuai untuk masuk campur.

“Ya."

"Saya nampak tadi... ada budak perempuan keluar dari bilik tuan. Siapa dia?.” Soal Tan ingin tahu.

Rayyan bersandar semula. Tangannya mencapai pen di atas meja, memutarnya di jari.

“Dia tu pelik Tan."

"Apa yang peliknya, saya tengok ok je."

"Ok apanya. Budak tu tawarkan rahim dia untuk aku.”

Tan terdiam. Kemudian dia bersandar, mengangkat sebelah kening.

“Oh. Tawaran besar tu.”

“Kau anggap ni normal ke?.”

Tan mengangkat bahu.

“Tuan selalu berurusan dengan perjanjian jutaan ringgit. Yang ni... perjanjian hidup. Ada bagusnya juga budak tu datang. Dia dapat duit, tuan dapat waris. Win-win.”

Rayyan meletakkan pen.

“Dia masih muda, Tan. Dua puluh tahun. Aku ni dah hampir separuh abad. Macam mana kalau orang kata aku ambil kesempatan.”

“Orang memang akan kata apa saja, tuan. Tapi tuan bukan buat salah. Dia sendiri yang datang. Tak paksa. Dia bukan minta jadi isteri pun. Dia just nak gantikan rahim dia dengan masa depan keluarga.”

Rayyan terdiam sejenak. Fikirannya bergelora.

“Apa pandangan kau?. Sejujurnya, Tan. Patut ke aku pertimbangkan dia untuk jadi ibu kepada anak aku nanti."

“Saya kenal tuan lama. Saya tahu tuan bukan jenis suka ambil jalan singkat. Tapi dalam kes ni, kalau tuan takda waris, semua harta akan jatuh ke tangan sepupu-sepupu tuan yang tamak tu. Mereka dah tunggu bertahun. Bila Datin tinggalkan tuan, semua ingat tuan takkan ada anak sampai mati. Budak tu mungkin jawapan dari segala doa tuan.”

“Mungkin. Tapi aku ada satu masalah."

Tan mengangkat muka.

“Masalah apa tu tuan?."

“Aku mandul. Aku tak pernah bagitahu sesiapa. Dulu, aku sangka bekas isteri aku yang bermasalah. Tapi lepas kami bercerai, aku buat ujian senyap-senyap. Doktor sahkan, aku takkan dapat anak. Sel sperma aku terlalu lemah. Kau rasa?. Jadi takda gunanya aku terima budak tu kalau aku sendiri yang mandul."

“Kenapa tuan tak beritahu dari dulu?."

Rayyan hanya memandang ke luar jendela kaca.

“Ego, mungkin. Atau sebab aku tak sanggup dengar kebenaran. Aku bina empayar ni untuk siapa sebenarnya, Tan?. Kalau bukan untuk waris.”

Tan mengangguk faham. Lelaki yang hidup atas nama legasi tidak pernah melihat harta sebagai harta semata, ia lambang kejayaan, dan kejayaan itu perlu diwariskan. Tanpa waris, semuanya kosong.

“Jadi… tuan nak buat apa sekarang?."

“Aku mungkin tak boleh bagi dia benih, tapi aku boleh cari penyelesaian lain. Aku ada kenalan pakar fertiliti di luar negara. Atau kaedah klinik persenyawaan yang lebih selamat. Yang penting, anak tu akan lahir atas nama aku. Dalam sijil lahir, dalam rekod, dan dalam hidup dia.”

"Sebaiknya, tuan cuba cara semula jadi dulu. Kita tengok dalam masa dua bulan lebih kurang. Kalau masih tak berhasil, baru kita pertimbangkan kaedah alternatif.”

Rayyan ketawa, hambar.

“Cara semula jadi?. Tan, aku tak pasti kalau aku mampu buat semua tu lagi. Umur aku dah berapa?. Nafsu aku pun dah lama mati. Boleh pulak kau suruh aku try cara semula jadi. Memang taklah."

“Tapi badan tuan sihat. Dan kadang-kadang masalah kesuburan tu, bukan tetap. Tekanan, emosi, trauma pun boleh lemahkan sperma. Tuan pun tahu, perubatan bukan benda pasti. Lagipun, bukankah lebih baik cuba dengan cara yang lebih alami, lebih bersih di sisi agama. Sebaiknya tuan, halalkan budak tu. Kahwin dengan dia.”

“Kahwin?. Dengan budak dua puluh tahun yang aku tak kenal pun."

“Kalau anak tu lahir luar nikah, nanti timbul isu. Orang mula bercakap. Peguam mula pertikai wasiat. Sepupu-sepupu tuan akan ambil peluang untuk cabar warisan. Tapi kalau budak tu jadi isteri tuan, anak yang dia lahirkan akan jadi waris sah, tanpa sesiapa boleh persoal.”

Rayyan termenung. Sejenak dia membayangkan wajah Nisa, muda, polos, berani. Dia datang bukan dengan air mata, tapi dengan keyakinan. Sanggup gadaikan tubuh untuk keluarga. Dalam dunia sebenar, itu lebih dari keberanian. Itu pengorbanan.

“Bukan kahwin atas dasar cinta, tuan. Cuma perkahwinan untuk lindungi dua-dua pihak. Selepas anak lahir, tuan boleh lepaskan dia. Tak rugi apa pun. Malah, tuan lebih selamat. Kalau budak tu halal, dan dia rela, kenapa kita nak buat seolah-olah dia mesin saja. Tuan kahwin dengan dia, beri masa sebulan or dua bulan. Cuba. Kalau memang tak berhasil, barulah kita bincang kaedah klinikal.”

“Kau fikir dia nak?. Dia datang tadi dengan muka tegas, minta dibayar untuk rahim dia. Bukan untuk jadi isteri di tempat tidur.”

“Dia bukan robot, tuan. Dia manusia. Dan saya yakin, kalau tuan layan dia dengan hormat, bukan sebagai objek, tapi sebagai wanita yang sanggup korban diri demi keluarga dia akan faham. Mungkin dia pun perlukan sentuhan yang manusiawi. Bukan sekadar duit.”

“Kalau aku kahwin dengan dia, Tan. Itu bermakna aku kena buka semula ruang dalam hidup aku. Ruang yang dah lama aku tutup rapat. Aku tak yakin aku bersedia.”

“Tak perlu buka semua ruang, tuan. Cukuplah buka sikit sekadar cukup untuk benarkan dia jadi ibu kepada anak tuan. Itu pun lebih mulia daripada menjadikan dia semata-mata wadah kelahiran.”

“Kau tahu kan, Tan. Aku tak pernah fikir akan kahwin lagi. Hidup aku terlalu tenang untuk diganggu sesiapa."

"Demi harta peningalan ayah tuan. Tuan kena kahwin juga."

"Jadi, kau benar-benar yakin, aku patut cuba cara semula jadi dulu?.”

Tan mengangguk.

“Ya, tuan. Try dulu. Beri diri tuan peluang. Beri dia peluang. Dan kalau selepas sebulan tiada rezeki, kita akan cari jalan lain. Tapi setidaknya anak tu nanti akan lahir dalam sebuah perkahwinan."

“Baiklah. Aku setuju.”

Tan mengeluarkan telefon dan mula mencatat nota.

“Kita akan sediakan draf perjanjian perkahwinan. Bukan sekadar kontrak kehamilan. Dalam perjanjian tu, kita nyatakan segala syarat, tempoh, hak penjagaan anak, pampasan, dan penceraian selepas itu. Semuanya jelas. Tiada ruang tuntutan akan datang.”

Rayyan mengangguk lagi. Kali ini lebih yakin.

“Esok, jemput dia semula. Kita beritahu dia tentang rancangan kita. Kalau dia setuju, kita nikah. Minggu ni juga.”

"Baiklah tuan."

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience