BAB 4 -GODAAN DARI ISTERI

Mature Content Series 2700

"BANGUN Cik Nisa. Kita kena pergi sekarang."

Suara Tan memecah pagi, mengetuk pintu bilik yang Nisa tinggal malam sebelumnya. Matanya masih berat, tubuhnya letih setelah sehari semalam dihimpit pelbagai rasa, gugup, takut, malu, dan entah apa lagi. Hari ini dia akan bernikah dengan lelaki yang tidak dicintainya. Lelaki yang hanya mahukan anak daripadanya.

Beberapa jam kemudian, Nisa sudah berada di sebuah villa besar milik keluarga Rayyan di pinggir laut. Sunyi dan tenang, jauh dari hiruk-pikuk kota. Segala persiapan telah diatur tanpa pengetahuannya baju, solekan, pelamin, dan segala keperluan nikah. Semua tampak mewah seperti di drama.

"Duduk. Jangan banyak tanya," arah Rayyan tegas sambil memerhatikan pembantu menyiapkan rambut dan solekan Nisa.

Nisa diam. Dia duduk di hadapan cermin, melihat wajah sendiri. Mata bundarnya tampak cemas, dan hatinya seolah-olah menjerit meminta dilepaskan. Tapi mulutnya terkunci. Dia sudah berjanji. Dia sudah pilih jalan ini.

Satu persatu peralatan nikah dibawa masuk ke ruang utama villa. Tok kadi sudah duduk bersila, dua orang saksi duduk di sisi. Tan berdiri di belakang Rayyan, menguruskan dokumen dan menyambut tetamu yang sedikit hanya orang-orang yang dipercayai.

"Dato' Rayyan Qaihan Danish bin Idrish Qhan, aku nikahkan dikau dengan Putri Nisa Balqis binti Abdullah dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai."

Suasana senyap seketika. Nisa duduk bersimpuh di bilik bersebelahan, hanya dapat mendengar dari celah pintu.

"Aku terima nikahnya Putri Nisa Balqis binti Abdullah dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai."

Lafaz itu tenang, penuh keyakinan. Nisa menutup mata. Air matanya jatuh tanpa sedar. Dia kini milik lelaki itu. Lelaki yang tak pernah sentuh hatinya, tapi kini sah di sisi undang-undang dan agama.

Beberapa detik kemudian, pintu bilik dibuka. Seorang wanita separuh umur masuk, tersenyum mesra.

"Selamat datang ke keluarga kami, Nisa. Mama happy sangat, akhirnya Rayyan terbuka hati lagi. Nak berumahtangga." Ucapnya sambil memeluk Nisa erat.

Nisa terkejut. Tak sangka ibu mentuanya hadir. Dia membalas pelukan dengan gugup.

"Saya tak sangka puan datang."

"Apa panggil puan, panggil mama. Sekarangkan kita keluarga. Walaupun semua ini tergesa-gesa, mama tetap nak tengok siapa menantu mama ni. Dan mama suka. Kamu nampak jujur."

Nisa menunduk malu. Puan Rani memegang tangan Nisa, mengusapnya lembut.

"Rayyan mungkin nampak kasar, tapi dia bukan orang jahat. Dia cuma terluka. Mama harap kamu sabar dengan dia. Dengar cakap dia, kalau dia berlebihan. Bagitahu mama. Okey?. Dah, dah. Jangan nangis lagi. Hilang serinya nanti.

"Terima kasih, mama. Nisa cuba."

Kemudian, Rayyan masuk ke bilik, lalu menarik Nisa untuk ikut dengannya.

"Lepaslah tuan. Sakitlah." Nisa dengan sekuat hati menepis tangan suaminya.

"Kita dah nikah. Mulai hari ini, kau isteri aku. Tapi jelas dari awal. Tak perlu cinta, tak perlu drama. Aku cuma perlukan anak. Itu saja."

Nisa mengangguk.

"Saya akan ikut apa yang tuan minta."

Rayyan mendekatkan wajah, menatap mata Nisa dalam-dalam.

"Jangan panggil aku 'tuan' lagi. Aku suami kau sekarang. Tapi itu tak bermaksud kau boleh masuk campur hal aku. Jaga diri. Jaga reputasi. Dan jangan buat aku malu. Faham?."

"Faham."

"Bagus. Malam ini kita balik ke penthouse. Aku dah sediakan bilik khas untuk kau."

Rayyan menghela nafas sambil memandang tajam ke wajah Nisa. Wajah polos itu sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut atau gelisah, malah sebaliknya, seolah-olah tenang menerima segalanya.

"Bagus. Malam ini kita balik ke penthouse. Aku dah sediakan bilik khas untuk kau," ujar Rayyan lagi sebelum berpaling.

"Okey. Saya dengan senang hati jalani tanggungjawab saya sebagai isteri. Saya juga tak nak lama-lama dalam hidup abang," balas Nisa tiba-tiba dengan suara yang sedikit lantang. Matanya menentang pandangan Rayyan.

Langkah Rayyan terhenti. Dia berpaling menatap isterinya, matanya sedikit mengecil mendengar panggilan 'abang' itu. Namun dia tidak berkata apa-apa. Bibirnya hanya meleret senyuman tipis yang sukar ditafsir.

"Bagus. Aku pun tak nak kau terus jadi isteri aku," balasnya dingin, namun jelas ada getar emosi tersembunyi di hujung suaranya.

Nisa tidak membalas. Sebaliknya, dia melangkah ke arah cermin di ruang tamu villa. Gaun putih yang dikenakan tadi masih belum ditukar. Wajahnya masih kekal bersolek. Bibirnya menguntum senyum kecil.

Dia menyentuh rambutnya, lalu berpaling dengan gaya sedikit menggoda. Diva dalam dirinya muncul sekelip mata.

"Tapi sementara saya masih isteri abang, tak salah kalau saya buat abang jatuh cinta, kan?." Katanya dengan suara yang sengaja diletakkan nada manja.

Rayyan terkedu. Matanya sedikit membulat, dan buat pertama kali dia menelan air liur.

"Apa maksud kau?."

Nisa melangkah ke arahnya. Tidak terlalu dekat, namun cukup untuk membuat jantung Rayyan berdetak lebih laju. Dia tersenyum lagi, mata tidak lepas memerhati wajah lelaki itu.

"Saya tahu abang kahwin dengan saya hanya untuk zuriat. Tapi saya ni perempuan, ada hati, ada rasa. Siapa tahu abang mungkin akan jatuh cinta dalam proses tu. Kan?."

Rayyan berpaling cepat, menyembunyikan rasa terganggu yang semakin menjalar dalam dada. Dia tidak mahu kalah dalam permainan ini. Tidak dengan budak perempuan berumur 20 tahun yang kelihatan terlalu yakin.

"Kau nak pergi mana?," soalnya dingin tanpa menoleh.

"Nak jalan-jalanlah. Sebelum malam pertama kita," jawab Nisa selamba sambil mencapai beg tangannya.

"Dengan siapa?."

"Dengan diri saya sendiri. Nak jalan di taman villa ni je. Nak rasa udara bebas sebelum saya terperangkap dalam sangkar bernama perkahwinan."

Rayyan mengetap bibir. Dia tahu budak itu sedang bermain api. Tapi dia juga tahu, dia yang mencipta peraturan permainan ini. Dan dia tidak akan kalah.

"Lima belas minit saja. Lepas tu masuk bilik dan bersedia. Sekejap je lagi kita bergerak ke penthouse."

"Baiklah, suami. Saya akan patuh arahan abang. Tapi kalau saya ambil masa lebih, itu tandanya saya nak uji kesabaran abang," balas Nisa sambil melangkah keluar dengan senyuman.

Rayyan berdiri membatu. Tangannya menggenggam di sisi. Dadanya berombak. Dia benci wanita yang terlalu yakin. Tapi kenapa degupan jantungnya laju sejak tadi?.

Dia memandang ke arah pintu villa yang masih terbuka. Sekelip mata, Nisa dah menghilang dari pandangan mata. Namun wajah dan suaranya masih melekat di dalam kepala, dan buat pertama kali,  Rayyan, lelaki yang tidak pernah kalah terasa seperti dia sedang diuji oleh seorang gadis iaitu isterinya sendiri.

DALAM perjalan menuju penthousenya. Rayyan terlihat kaku dan serius seperti biasa. Namun begitu, di sebalik wajah tegarnya, hatinya sudah tidak keruan.

Mana tidak, isterinya duduk bersilang kaki di sebelah, tubuhnya bersandar santai dengan satu tangan bermain di rambut. Baju crop-top berwarna krim yang dipakainya sedikit terangkat setiap kali dia bergerak, menampakkan sedikit pusat yang tidak sepatutnya terlihat. Seluar pendek jeannya pula mendedahkan paha gebu yang terang benderang di bawah cahaya lampu dalam kereta.

Rayyan mengetap bibir. Dahinya sudah mula berpeluh, bukan kerana panas, tetapi kerana cabaran yang tidak dijangka. Dia menjeling sekilas ke arah isterinya yang baru dinikahi siang tadi dan kini duduk begitu dekat, begitu mencabar… dan begitu menggoda.

"Kenapa kau pakai macam tak cukup kain?." Soalnya tegas.

Nisa menoleh, mengangkat satu kening sambil tersenyum manja.

“Salah ke?. Abang tak suka ke?. Isteri abang sendiri ni.” Nadanya sengaja dibiarkan mendayu, seolah-olah berniat menambahkan tekanan dalam dada lelaki itu.

Rayyan memalingkan muka memandang ke luar tingkap.

"Baju kau tu tak sesuai. Kita baru nikah. Jaga nama baik aku."

“Tapi bukankah abang cakap, kita tak akan lama pun?. Saya ni cuma isteri sementara. Jadi biarlah saya pakai apa saya suka, sementara sempat.” Dia menjawab dengan nada sinis, tapi disusuli dengan tawa yang cukup menggoda.

Dan sebelum Rayyan sempat bersuara, jari-jemari Nisa yang runcing tiba-tiba menyentuh peha Rayyan lembut, sengaja mengelus perlahan ke atas, seperti menguji tahap sabar lelaki yang kononnya ‘tidak mahukan isteri’.

Rayyan tersentak.

“Nisa.” Suaranya tenggelam timbul. Dia menggenggam stereng dengan lebih erat, cuba mengalihkan perhatian.

“Ya, abang?.” Nisa menjawab polos sambil terus membuat aksi nakal yang membuatkan Rayyan kian tegang.

“Nak main api sangat ke?.”

“Saya tak main apa-apa. Saya cuma nak tahu, abang betul-betul mandul ke atau abang belum jumpa perempuan yang betul?.”

Degup jantung Rayyan kian tidak menentu. Matanya mencerlung, tapi dia tidak menepis tangan itu. Dia hanya menghela nafas panjang, menahan amarah, nafsu dan kekeliruan semuanya bercampur menjadi satu.

Kereta membelok masuk ke kawasan eksklusif kondominium mewah. Pengawal hanya mengangkat tangan memberi salam hormat apabila melihat kenderaan itu. Rayyan membalasnya dengan anggukan kecil. Dia perlu kembali waras. Perlu kembali mengawal keadaan.

“Turun bila aku buka pintu nanti. Jangan buat perangai,” katanya tanpa menoleh.

Nisa menarik balik tangannya perlahan-lahan.

“Tenanglah, abang. Saya tahu batas. Tapi abang yang mulakan dulu. Abang yang kahwin dengan saya. Ni baru permulaan. Ingat tu." Lalu keluar dari kereta.

Seketika Rayyan menghela nafas lega.

'Aku tak boleh kalah. Kau kuat Rayyan.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience