BAB 2 -RESTU

Mature Content Series 2700

PINTU pagar automatik banglo mewah itu terbuka perlahan, membuatkan degup jantung Nisa semakin berlari laju. Dia berdiri di bawah panas pagi, memegang hujung beg berisi dokumen dan sedikit wang tambang. Setelah tiga hari diam, pagi tadi dia menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama Tan, pembantu kanan Dato’ Rayyan.

'Bawa bertenang Nisa, kau boleh. Demi nenek, dan Mia.'

“Cepat masuk,” suara Tan mengejutkan lamunannya. Lelaki itu berdiri di sisi pintu, memakai sut kelabu dan cermin mata. Wajahnya mesra tapi formal.

Nisa menunduk hormat lalu melangkah perlahan ke dalam ruang tamu banglo yang dingin dan luas itu.

“Duduk,” arah Rayyan yang terlihat duduk di sofa utama. Dia mengenakan kemeja putih tanpa tali leher, lengan dilipat ke siku. Serius seperti biasa. Langsung tiada senyuman yang menghiasi wajah pemuda itu. Membuatkab Nisa bertambah gugup.

Nisa pun melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan pemuda itu. Jari-jemarinya saling menggenggam. Debar dadanya hanya Allah saja yang tahu betapa nervousnya sekarang.

“Tentang tawaran kau haritu. Aku dah fikirkan, dan aku setuju. Tapi dengan syarat.” Kata lelaki itu membuka bicara.

Nisa memgangkat muka. Jantungnya seakan-akan berhenti seketika.

“Kita akan kahwin.”

Matanya membulat. Mulutnya sedikit ternganga. Dia tidak pasti apa dia salah dengar, atau Rayyan sedang bergurau dengannya, tapi wajah lelaki itu kekal datar. Tidak ada tanda-tanda bergurau pada wajah itu.

“Kahwin?.” Ulangnya.

Rayyan mengangguk sekali. “Secara sah. Di hadapan wali dan saksi. Kita akan daftarkan perkahwinan, dan kau akan tinggal di sini sepanjang tempoh kehamilan. Selepas anak lahir, kita bercerai.”

Nisa menunduk. Mulutnya terasa kering. Dia tidak menjangka ini. Dia datang untuk menjadi rahim pinjaman, bukan isteri kepada duda kaya yang tidak dia kenal.

“Kenapa... kahwin?.”

Tan yang duduk di sisi Rayyan, menjawab.

“Kerana anak itu akan jadi waris sah. Kalau lahir luar nikah, walaupun atas perjanjian, masyarakat akan persoal. Undang-undang pun tidak beri kelebihan penuh kepada anak luar nikah dari sudut warisan. Perkahwinan ini melindungi kedua-dua pihak. Nama baik kamu, dan nama baik Dato’.”

Nisa terdiam. Fikirannya bersimpang-siur. Kahwin?.

“Apa yang kau takutkan?. Kita bukan nak bercinta. Ini perkahwinan berasaskan perjanjian. Aku takkan ganggu kau. Takkan sentuh kau jika kau tak sudi. Tapi aku perlu awak halal. Untuk anak tu. Dan untuk maruah aku.”

“Apa yang akan saya dapat?.” Soalnya ingin tahu.

“Kamu akan dapat wang bulanan sepanjang kamu mengandung. Kediaman dan penjagaan kesihatan penuh. Selepas anak lahir, kamu akan diberikan sejumlah wang terakhir yang besar, dan diceraikan dengan baik. Nama kamu tidak akan dicemarkan. Saya juga sediakan satu perjanjian khas segala klausa tertulis. Tiada penipuan.”

Tan membuka satu fail hitam dan menolaknya ke arah Nisa. Di dalamnya, satu perjanjian terperinci tertulis rapi. Nisa menyentuh helaian itu dengan jari gemetar. Segalanya seperti mimpi yang sedang menjadi nyata.

“Kami juga akan buat ujian kesihatan ke atas kamu. Pastikan kamu sihat dan subur. Dan selepas itu, kita cuba secara semula jadi dahulu. Tanpa paksaan.”

Kata-kata ‘secara semula jadi’ membuatkan wajah Nisa merah seketika. Dia menggigit bibir, mengalihkan pandangan. Dalam diam, fikirannya melontar jauh.

Dia terfikir tentang ibunya yang batuk sepanjang hari tanpa ubat, hutang yang semakin hari, semakin banyak. Hidup mereka sudah lama hilang warna. Kalau dia boleh bawa cahaya walaupun hanya setahun. Tidakkah mereka akan bahagia.

Nisa menarik nafas panjang.

“Kalau saya setuju bila kita kahwin?.”

Rayyan menoleh ke Tan.

“Segera. Dalam tiga hari. Cukup masa untuk pendaftaran nikah ringkas. Kita boleh laksanakan di pejabat agama. Upacara kecil. Tak perlu dihebohkan.”

"Saya setuju.”

Rayyan tidak tersenyum, tapi matanya tidak setegas tadi. Ada sedikit kelonggaran, sedikit kelegaan yang sukar dikesan.

“Bagus,” katanya ringkas.

Tan terus berdiri.

“Saya akan uruskan semua dokumen. Kita akan pastikan semuanya sah. Tiada yang tergantung.”

Nisa mengangguk. “Tapi saya nak satu permintaan.”

Rayyan mengerut kening. “Apa dia?.”

“Saya nak pergi tengok mak saya dulu."

Rayyan terdiam. Kemudian dia mengangguk.

“Baiklah. Tapi kau perlu kembali malam esok. Lusa kita nikah. Jangan cuba-cuba nak lari. Kalau aku tahu kau lari, aku tak selembut ni."

Nisa bangun. Dia menunduk sekali lagi sebelum beredar, meninggalkan ruang yang kini terasa berbeza daripada tiga hari lalu. Kali ini dia bukan lagi sekadar gadis kampung. Dia bakal menjadi isteri kepada lelaki yang tak pernah dia kenal.

“Cik Nisa,”

Nisa tersentak kecil. “Ya?.”

“Kalau ada apa-apa nak tanya, sekaranglah masa dia. Selepas ni, awak kena ikut jadual yang ditetapkan Tuan Rayyan.”

“Kenapa dia pilih cara macam ni, Encik Tan?."

“Tuan Rayyan bukan lelaki biasa. Dia pernah berkahwin. Bukan sekali. Tiga kali. Tapi semua tak menjadi. Kali terakhir, dia sendiri disahkan tak subur. Tiada benih. Tapi dia tetap mahukan waris. Nama besar seperti keluarga dia tak boleh pupus begitu saja.”

"Tiga kali?."

"Yup. Harap dengan Cik Nisa, keinginan dia terwujud."

“Haraplah. So saya minta diri dulu. Malam esok saya datang semula. Saya janji.”

Tan mengangguk. “Jangan buat tuan marah. Kalau Cik Nisa lari, takda tempat dalam negara ni yang dia tak boleh cari.”

"Seram juga dia tu ya."

"Lebih seram kalau Cik Nisa kenal dia dengan lebih dalam lagi. But, sekali tuan dah jatuh cinta. Dia sweet giler. Kalau Cik Nisa dapat tawan hati dia. Saya dengan senang hati, jadi hampa Cik Nisa selama setahun."

"Betul ni?."

"Betul. Saya janji. Itu pun kalau Cik Nisa dapat tawan hati tuanlah. Kerana saya yakin, Cik Nisa takkan dapat buat hati tuan luluh."

"Ok, saya pegang dengan janji uncle. Kalau takda apalagi, saya minta diri dulu. Bye." Lantas melangkah pergi.

"Hati-hati."

"Ok." Jawabnya dari kejauhan.

Tanpa Nisa sedar ada Rayyan yang memerhati di sebalik langsir. Seketika senyumannya terukir.

SEMENTARA di taman bunga, terlihat Puan Rani, ibu kepada Rayyan, kelihatan anggun dalam busana moden warna biru, rambutnya disanggul kemas. Di hadapannya, sahabat baiknya sejak zaman muda, Puan Ros, mengenakan jubah longgar bercorak batik eksklusif.

"Macam mana dengan Rayyan?. Dah jumpa ke perempuan yang boleh bagi dia zuriat?." Tanya Puan Ros sambil mengangkat cawan teh ke bibir.

Puan Rani menyandarkan tubuh ke kerusi rotan moden. Ada keluhan kecil dilepaskan, sebelum matanya melirik pada pokok orkid yang sedang mekar di sisinya.

"Semalam dia datang jumpa I. Dia cakap… dia dah jumpa dengan seorang perempuan."

"Oh ya. Dia cari sendiri ke, atau you kenalkan?.”

"Dia sendiri cari. Tapi bukan cari, sebenarnya perempuan tu yang datang dan offerkan diri nak mengandungkan anak Rayyan."

Puan Ros tergamam seketika. Matanya membulat sedikit, menandakan terkejut.

"Wah... luar biasa juga budak tu. Siapa nama dia?."

Puan Rani mengangkat bahunya.

“Rayyan tak cerita banyak lagi. Tapi katanya gadis tu jujur. Datang dengan niat nak tolong... sebab perlukan duit.”

Puan Ros mengangguk-angguk.

“Zaman sekarang... duit boleh buat macam-macam. By the way umur budak tu berapa?.”

“Muda lagi. Dua puluh tahun.”

“Dua puluh?.” Ulang Puan Ros. “Muda sangat, tapi ada bagusnya juga. Rahim orang muda ni subur. Peluang nak lekat tu tinggi. Lagipun kalau dari awal dah ikhlas, mungkin akan jadi mudah.”

“Kan. I pun fikir macam tu. Rayyan tu nampak je keras dan serius, tapi dia sebenarnya terlalu kecewa. Dah tiga kali kahwin, semua tak menjadi. Lepas yang ketiga tu, doktor sahkan dia tak boleh hasilkan benih. Tapi... dia tetap nak waris.”

“Dia ada cerita dekat you siapa penderma nanti?.” Tanya Puan Ros, separuh berbisik, seperti itu satu rahsia besar.

“Dia kata dia akan uruskan. Katanya ada pakar luar negara yang boleh cari penderma yang seiras genetik dia. Tapi dalam rekod dan dalam hidup anak tu, semuanya akan di atas nama Rayyan. Dia nak jaga maruah keluarga.”

Puan Ros mengangguk faham.

“Baguslah. At least dia ada perancangan. Tapi you sendiri, Rani... you terima budak tu jadi menantu you ke?.”

Soalan itu seolah-olah menghentikan angin seketika. Puan Rani diam beberapa saat, sebelum dia menoleh pada sahabat baiknya itu. Senyuman lebar menghiasi wajahnya.

"Terimalah. I tak kisah siapa menantu I. Dia miskin ke, kaya ke, tak penting. Asalkan dia baik. Kalau dia datang untuk bantu dengan ikhlas, I okey je. Lagipun, Rayyan bukan budak lagi. Dia tahu apa dia buat. Kalau bukan sebab benar-benar terdesak, dia takkan setuju."

Puan Ros tersenyum sambil meletakkan cawan teh ke meja kecil di antara mereka.

“You memang ibu yang hebat, Rani. Anak you tu bertuah sangat.”

“Anak I tu terlalu lama hidup dalam tekanan. Asyik gagal dalam rumah tangga. Dulu dia ingat cinta boleh selesaikan semuanya. Sekarang, dia lebih yakin dengan perjanjian dan kepercayaan. Kalau budak tu berjaya bagi dia zuriat... I janji, I akan jaga dia macam anak I sendiri.”

“Hati mak mana yang tak nak cucu, kan?.” Puan Ros tergelak manja.

Puan Rani mengangguk. “I dah penat tunggu. I cuma nak lihat cucu I main dalam taman ni sebelum mata I tertutup. Kalau inilah jalannya... I redha.”

"Apa cakap macam tu?. Doa yang baik-baik jelah. I yakin satu hari nanti, you mesti dapat cucu."

"Amin." Balas Puan Rani sambil mengukir senyuman lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience