SKRIN komputer riba ditutup sebaik sahaja mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah menerusi aplikasi Zoom selesai sebentar tadi. Seraya Tengku Eidrees bangun meninggalkan meja kerjanya sambil mencapai cawan kopi menuju ke ruang balkoni yang terletak bersebelahan meja kerja tadi. Sudah dua bulan sejak dia meninggalkan Kuala Lumpur dan berada jauh di bumi UK. Segala sesi mesyuarat atau urusan penting berkaitan syarikat dilakukan secara ‘video conference’ sahaja. Setiap arahan kepada pengurus bawahan pula diberikan menerusi pesanan emel atau panggilan telefon. Menyandang jawatan CEO sebuah syarikat besar, walau sejauh mana sekali pun dia berada tetap urusan berkaitan kerja harus diutamakan. Beberapa isu berbangkit ...