BAB 2

Romance Series 156578

TENGKU EIDREES ADRIAN.

Jejaka tampan berusia 28 tahun. Lelaki itu yang telah menyelamatkan Elana daripada menjadi mangsa ‘dibaham’ oleh lelaki-lelaki kongsi gelap sewaktu di pusat hiburan eksklusif tadi.

Tapi, benarkah lelaki ini ikhlas ingin membantu? Atau dia juga punya agenda lain yang terselindung? Elana tidak dapat membayangkan kalau situasinya nanti sama seperti ‘keluar mulut buaya masuk ke mulut harimau’.

Kereta Porsche 718 Cayman berwarna gelap yang dipandu Tengku Eidrees membelah suasana pekat malam. Ia membelok memasuki sebuah kawasan kondominium mewah yang terletak di pinggir ibu kota.

Kenderaan itu kemudian berhenti di kawasan parkir bawah tanah bangunan berkenaan. Betul-betul di sebelah petak parkir tersebut adalah ruang lif persendirian yang hanya boleh diakses oleh penghuninya untuk ke unit kediaman yang berada di aras berlainan.

Elana yang duduk di kerusi penumpang bersebelahan menjenguk melalui cermin hadapan kenderaan memerhati sekeliling. Tertanya-tanya di mana mereka sedang berada. Ketika dalam perjalanan tadi dia sempat melihat papan tanda di jalanraya yang menunjukkan arah tujuan mereka menuju ke kawasan perumahan yang dihuni golongan elit dan ekspatriat terletak di Mont Kiara.

“Tu… tuan, kita di mana?”

Elana bertanya setelah diam menyepi sedari mereka meninggalkan ruang kelab eksklusif tadi. Permulaannya Elana menyangka lelaki itu akan menghantar dia pulang ke rumah. Atau paling tidak pun menurunkan dia di mana-mana. Tapi, melihat lokasi tempat ini ternyata telahannya meleset.

Tengku Eidrees menoleh sekilas ke arah Elana sebelum menjawab soalan perempuan itu dengan sebaris ayat pendek.

“Rumah aku.”

Mimik muka Elana berkerutan. “Kenapa tuan bawa saya ke rumah tuan?”

Bagai orang bodoh Elana bertanya soalan itu. Sedangkan dia sudah tentu boleh meneka tujuan sebenar lelaki itu membawanya ke sini.

Tengku Eidrees mendengus nafas. Dimatikan enjin kenderaan sebelum dia memusing separuh tubuh mengadap ke arah Elana yang duduk bersebelahannya.

“Kau rasa-rasa kenapa aku bawa kau ke rumah aku?”

Soalan dijawab dengan soalan. Elana tahu apa yang dimaksudkan lelaki itu. Dia bukan dungu.

Perasaan Elana serta-merta bertukar gundah dan resah. Ligat otaknya berfikir bagaimana mahu meloloskan diri daripada Tengku Eidrees. Situasi ketika ini betul-betul seperti ‘keluar mulut buaya masuk ke mulut harimau’. Tidak. Janganlah dia menjadi mangsa dibaham oleh lelaki ini pula.

“Tuan, saya tahu tuan dah bantu saya malam ni. Saya hargai sangat pertolongan tuan tadi. Tapi, saya tak boleh ikut tuan. Saya percaya tuan orang yang baik-baik. Tolong benarkan saya pergi ya..”

Seraya tangan Elana mencapai pemegang di pintu kereta mahu membuka. Sebaliknya itu hanya membuatkan riak muka Tengku Eidrees berubah menyinga. Pantas direntap dengan kasar lengan kanan Elana.

“Hei! Kau nak pergi mana?? Kau nak lari, huh?!”

Elana memandang semula ke arah Tengku Eidrees bersama mimik muka yang memohon simpati. Minta dikasihani. Dengan harapan lelaki itu masih punya sifat perikemanusiaan.

“Tolong lepaskan saya, tuan. Saya sanggup buat apa saja. Tapi, bukan yang itu. Bukan menjadi teman tidur tuan...” Dalam gementar Elana berkata.

Hujung bibir Tengku Eidrees terjongket. Perempuan ini tahu apa yang dia mahukan. Tak perlu diberitahu.

“Kalau kau dah tahu, then tunggu apa lagi. Come.”

Tengku Eidrees keluar dari kenderaan lalu menuju ke pintu sebelah penumpang. Dibuka dan ditarik tubuh Elana keluar. Kemudian secara paksa mengheret gadis itu mengekorinya ke lif persendirian yang berada di sebelah ruang parkir keretanya.

Sepanjang berada di dalam lif menuju ke unit kediaman, Elana masih terus merayu dan memohon kepada Tengku Eidrees. Namun, tetap tidak dipedulikan lelaki itu.

LIF yang membawa mereka tiba di aras paling atas. Pintu sebuah unit ‘penthouse’ ditolak. Tubuh Elana ditarik ke dalam oleh Tengku Eidrees sebelum mereka sama-sama mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas.

Cengkaman kuat di pergelangan tangan membuatkan Elana tidak dapat melepaskan diri dan kakinya terdorong dipaksa mengekori langkah lelaki itu.

Sempat mata Elana memerhati keseluruhan ruang kediaman yang dilengkapi hiasan dalaman serba mewah. Dia tahu lelaki ini bukan orang yang biasa-biasa.

Tiba di sebuah kamar, Tengku Eidrees terus menolak tubuh Elana hingga jatuh terlentang di atas katil bersaiz King yang berada di tengah ruang.

Elana cuba melarikan diri. Namun, dengan sigap Tengku Eidrees dapat menangkap semula Elana. Tubuhnya yang jauh lebih sasa dan tegap menghempap tubuh Elana yang terbaring di tengah ranjang.

Elana meronta ingin melepaskan diri. Tetapi, terhalang apabila Tengku Eidrees mencengkam kuat kedua pergelangan tangan Elana membuatkan pergerakan gadis itu terkunci.

“Tolong! Saya tak nak! Tolong lepaskan saya!”

Elana terus meraung. Meminta tolong entah pada siapa. Walaupun tahu tiada sesiapa pun akan membantunya saat ini. Esak tangisannya juga kian menjadi-jadi. Dia terlalu takut untuk membayangkan apa yang akan berlaku sebentar lagi. Wajah Tengku Eidrees yang cuma berjarak dua inci di depan mukanya itu membuatkan dia ketakutan bagaikan diserang histeria.

“Hei! Kau menangis kenapa? Kalau kau tak melawan, aku akan buat dengan ‘gentle’. Tapi, kalau kau melawan, aku akan berkasar dengan kau! Now, stop crying. And enjoy the moment okay!”

Tengku Eidrees mendesak. Dia mencari peluang untuk mencumbui bibir merah lembut Elana yang menggoda perasaannya. Wajah manis dan ayu perempuan ini membuatkan nafsunya melonjak.

Namun, sedaya upaya Elana menolak dan mengelak. Dia memalingkan muka ke kiri dan kanan bersama tangisan kuat yang masih bergema di segenap ruang kamar itu.

Tengku Eidrees mula frustrasi. Dia mendengus kasar nafasnya. Lalu cengkaman di kedua tangan Elana dilepaskan. Dia bangun dari katil dengan perasaan berang dan sebal. Terbantut hasrat yang sedang bergejolak di dalam dirinya sedari tadi.

“KAU! ARGHH!!!”

Tengku Eidrees melepaskan amarah. Pertama kali dia bertemu dengan perempuan sebegini. Belum ada yang pernah menolak untuk bersama dirinya sebelum ini. Hanya perempuan ini!

Lalu Tengku Eidrees menghampiri semula Elana yang masih terbaring di tengah katil. Tangannya mencekak kasar ke rambut panjang perempuan itu yang kusut-masai dan tidak terurus. Wajah Elana dihadapkan ke depan mukanya.

“Hei-hei! Kau dengar sini. Buka mata kau tu! Dengar apa aku nak cakap!!”

Dalam esakan tangisan yang masih kedengaran, Elana memaksa untuk melihat ke wajah Tengku Eidrees. Muka bengis lelaki itu dipandang dalam air mata yang merembes.

“Aku dah ‘beli’ kau. Kau milik aku. So, aku boleh buat apa yang aku suka pada kau. KAU FAHAM TAK??!” Tengku Eidrees mengherdik nyaring di depan muka Elana.

Elana menggeleng laju menafikan kata-kata lelaki itu. “Saya bukan pelacur. Saya takkan buat kerja-kerja seorang pelacur. Tuan boleh bunuh saya!”

Berang. Kali ini pipi Elana pula dicengkam jari-jemari kasar Tengku Eidrees. Mencekak tulang rahang perempuan itu dengan kuat. Hingga membuatkan Elana meringis kesakitan.

“Bunuh kau? Hei! Tak semudah tu! Aku takkan lepaskan kau macam tu je. Aku dah tolong lunaskan hutang kau tadi. Bukan sikit. 20k! Sekarang giliran kau untuk bayar semula 'harga' pertolongan aku pada kau!”

Serentak itu Tengku Eidrees dengan kasar dan rakus merobek pakaian yang tersarung di tubuh Elana. Perempuan ini hak miliknya. Jadi, dia boleh lakukan apa sahaja semahunya!

Namun, Elana masih belum mengalah. Kedua tangannya cuba menghalang Tengku Eidrees yang sedang melucutkan satu-persatu pakaian yang membaluti tubuhnya.

Mereka berdua saling bergelutan dengan Tengku Eidrees yang berigas mahu ‘melahap’ perempuan di hadapannya. Manakala Elana pula yang meronta cuba menepis setiap sentuhan kasar tangan lelaki itu ke tubuhnya.

“…Tolong… tolong, tuan... saya mohon pada tuan…. kalau tuan betul-betul nak memiliki saya… tolong halalkan hubungan kita… nikahi saya dan saya akan menjadi milik tuan…”

Bersama juraian air mata yang membasahi pipi, Elana masih cuba merayu dan memohon simpati lelaki itu. Dia pasrah jika sudah tertulis begitu takdirnya pada malam ini.

Mendengar kata-kata Elana yang sedang tersedu-sedan merayu dalam tangisan itu, tawa Tengku Eidrees meletus. Terkekeh-kekeh. Kelakar!

“Hei! Siapa kau nak suruh aku nikah dengan kau?? Kau tahu tak aku siapa?? Kau tak setaraf dengan aku! Kau TAK LAYAK langsung nak jadi isteri aku!!!” Tengku Eidrees bertempik di telinga Elana. Biar perempuan ini sedar diri!

Elana mengangguk lemah. Dia masih sedar diri. Siapalah dia untuk meminta lelaki asing yang berpenampilan hebat seperti Tengku Eidrees untuk mengahwini perempuan biasa dari kelas bawahan sepertinya. Namun, dia tiada pilihan lain.

“…saya tahu saya tak layak untuk tuan. Saya tak setaraf langsung dengan tuan. Tapi, saya masih suci. Saya bukan perempuan kotor. Saya bukan pelacur. Kalau itu sahaja pilihan yang ada saya cuma mohon tuan halalkan hubungan kita. Saya janji takkan tuntut apa-apa daripada tuan. Saya akan lenyap dari hidup tuan selepas ini…”

Elana menyatukan kedua tangannya bagai seorang hamba yang merayu kepada tuannya. Penuh berharap andai masih ada secebis belas kasihan di dalam diri lelaki ini buatnya.

Tengku Eidrees mendengus nafas. Dia meraup tangannya ke kepala. Wajah sembab Elana yang basah dengan linangan air mata itu dipandang. Tak tahu nak kasihan atau tidak. Namun, satu perkataan yang disebut Elana tadi dapat ditangkap dengan jelas di pendengarannya.

“Hmm. Betul kau masih ‘virgin’?”

Elana mengangguk perlahan. “…saya bersumpah diri saya masih suci. Saya tak pernah disentuh sesiapa. Dan jika tuan menikahi saya, tuan adalah yang pertama memiliki saya...”

Entah mengapa ayat itu dituturkan Elana. Mungkin kerana merasakan itu sahaja caranya untuk meyakinkan lelaki ini agar tidak berterusan menyakiti dirinya.

Tengku Eidrees merenung dalam-dalam ke raut Elana. Gadis ini bukan setakat cantik tetapi juga masih belum ‘disentuh’. Dan dia akan menjadi lelaki pertama memiliki perempuan ‘dara’ ini. Dalam zaman sekarang bukan mudah nak dapat ‘spesis’ sebegini.

Tapi, hal berkenaan nikah yang disebut perempuan ini sedikit merumitkan fikiran. Berbaloikah berkahwin dengan perempuan yang tidak jelas asal-usul ini? Tengku Eidrees berbelah-bahagi.

Namun, bila difikirkan semula berapalah sangat harga sebuah pernikahan yang tidak bermakna apa-apa berbanding sekujur tubuh yang akan menjadi ‘santapan’nya seketika nanti. Terbayang-bayang di ruang mata segala pelusuk tubuh gadis ini yang akan dijelajahinya dengan penuh nikmat.

“Aku boleh nikah dengan kau. Tapi, aku ada syarat-“

Elana memasang telinga untuk mendengar syarat-syarat yang akan dituturkan lelaki itu. Apa sahaja dia sanggup. Asalkan dia tidak akan dinodai dalam hubungan terlarang yang penuh dosa.

“…Syarat pertama pernikahan kita adalah RAHSIA. Tak ada sesiapa akan tahu. Syarat kedua, kau tak ada hak untuk tuntut apa-apa daripada aku. Aku takkan anggap kau sebagai isteri. Kau juga tak perlu anggap aku sebagai suami kau! Dan syarat ketiga, aku hanya akan ceraikan kau bila tiba masa yang aku mahukan. Setuju??” Bersahaja Tengku Eidrees melafazkan satu-persatu syarat itu.

Elana hanya membalas dengan anggukan tanpa sebarang riak. Tidak gembira dan tidak berduka. Tidak bersetuju tetapi tidak juga membantah. Pandangannya kosong. Sekosong hatinya saat ini.

“Hei! Kau setuju ke tak dengan syarat aku?? Angguk-angguk. Suara kau mana?? Dah bisu?!”

Suara tengkingan Tengku Eidrees membuatkan bahu Elana terenjut kerana terkejut. Sekali lagi dia mengangguk dalam pasrah.

“Sa…saya setuju dengan semua syarat itu, tuan…”

“Okay. Let’s see sama ada kau betul-betul masih ‘virgin’ atau tak. Kita nikah esok. Dan ingat, kau jangan berani nak lari dari aku. Atau aku akan minta orang-orang Leonard cari kau dan hapuskan seluruh kaum kerabat kau!” Sempat Tengku Eidrees mengancam.

Refleks dari ugutan itu Elana mengangkat lima jarinya ke atas seakan berikrar dengan penuh taat setia.

“Saya janji takkan lari dari tuan-“

Hujung bibir Tengku Eidrees melorek ke atas. Tubuh Elana yang masih berbalut pakaian yang belum habis dirobek tadi diperhati dalam senyuman serta renungan penuh makna. Tidak sabar rasanya dia mahu ‘mengulit’ perempuan ini.

Share this novel

EmNatrah
2025-02-11 00:24:37 

kurang asam punya Tengku ...


NovelPlus Premium

The best ads free experience