“ Safiya. Kau nak pergi mana pagi-pagi ni. Bukan ke kau tak ada kelas pagi ni?” Tanya Hafiz.
Safiya yang sedang bersiap-siap, menoleh ke arah abangnya itu.
“ Aku nak pergi jumpa ibu. Ibu kan tak sihat, so aku nak jaga ibu.” Kata Safiya sambil meletakkan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg.
“ Kalau macam tu, kau tunggu kejap. Abang pergi siap dulu, kita pergi sekali.”
Safiya berasa gembira setelah mendengar bahawa abangnya juga mahu mengikutinya.
Setelah beberapa minit, Hafiz menuruni tangga.
“ Abang, macam mana dengan akak. Patut ke kita ajak dia sekali?”
“ Kau nak kena marah dengan dia lagi ke?”
“ Abang yakin, akak memang tak nak jumpa dengan ibu lagi dah.”
Safiya hanya menghelakan nafas sahaja.
“ Jom. Nanti lambat pula.”
Safiya bergegas keluar dari rumah setelah di panggil oleh abangnya.
********
Sofia yang berjalan ke arah ruang meja makan, dia sudah melihat ayahnya yang sudah menyantap makanan dahulu.
“ Ayah, morning.”
Ayahnya, encik Idris hanya memberikan senyuman sahaja pada anak perempuannya itu.
“ Hari ni ayah tak pergi mana-mana ke?”
“ Kejap lagi ayah nak keluar dengan uncle Shahrul. Nak bincang tentang business sikit.”
“ Amboi….ayah, sejak-sejak ada business dengan uncle Shahrul ni, dah macam gaya-gaya orang kaya pula.” Perli Sofia kepada ayahnya yang sedang membaca surat khabar itu.
Encik Idris ketawa mendengar apa yang Sofia katakan.
“ Ayah, Sofia nak tanya something boleh?”
“ Tanyalah.” Kata ayahnya yang masih membaca surat khabar.
“ Sofia ni anak yang derhaka ke ayah?” Tanya Sofia.
“ Kenapa Sofia tanya macam tu?”
“ Sofia just nak tahu je ayah. Ayah rasa Sofia anak yang macam tu ke? Yela Sofia tak ambil tahu langsung tentang ibu, tentang adik-adik.”
“ Sofia. Bagi ayah, Sofia seorang anak yang baik. Sofia tak boleh fikir yang Sofia anak yang derhaka hanya disebabkan Sofia tak ambil tahu tentang ibu dan adik-adik.”
Sofia hanya mendiamkan dirinya sahaja.
“ Kenapa Sofia tiba-tiba fikir macam tu?”
“ Semalam Sofia ada tengok satu video ni. Dia cakap tentang anak yang derhaka.”
“ Ouhh....” Encik Idris tersenyum setelah melihat anaknya yang kelihatan begitu resah.
“ Ayah ni, kenapa senyum-senyum? Sofia serius tau.”
“ Okay macam ni, kalau Sofia rasa tak tenang sekarang ini. Sofia pergi ziarah ibu. Sofia jangan ambil peduli dengan apa yang ibu cakap jika ibu marah-marah dengan Sofia. Janji Sofia dah pergi jumpa ibu.”
“ Sofia, kunci seorang anak yang solehah adalah kesabaran. Sebanyak mana dia bersabar dengan kerenah ibu bapanya, walaupun parents dia selalu marah dia, tak suka dengan dia and dia tetap sabar dan hormat. Itu lah anak yang solehah.”
“ Sofia faham kan apa yang ayah kata.”
Sofia menganggukkan kepalanya sambil senyum.
********
“ Ibu, mari makan. Safiya suapkan ibu ye.” Kata Safiya dengan lembut sambil membangunkan ibunya yang sedang terbaring di atas tilam.
Puan Alina tidak berbicara apa-apa, hanya mengunyah makanan yang telah disuap oleh anaknya itu.
“ Abang, kau tolong pergi kedai beli ubat demam untuk ibu kejap. Badan ibu ni panas.” Arah Safiya.
“ Okay.”
Hafiz mengambil kunci keretanya untuk keluar membeli ubat.
“ Hafiz!” Panggil seseorang dari belakang.
Hafiz yang sedang menuju ke arah kereta menghentikan langkahnya setelah mendengar seorang wanita memanggilnya.
“ Aunty Ila. Kenapa ye?”
“ Kamu nak ke mana Hafiz?”
“ Saya nak keluar kejap, beli ubat demam untuk ibu.”
“ Ouhh…sebenarnya aunty ada benda nak beritahu ni.”
“ Ada apa tu aunty? saya nak cepat ni.”
“ Baru-baru ni, aunty keluar dengan anak aunty pergi ke pekan. Aunty nampak bapa tiri kamu tu dekat pekan dengan seorang perempuan.”
“ Aunty tengok, bapa tiri kamu tu mesra-mesra dengan perempuan tu sambil pegang tangan.”
“ Yeke aunty.” Hafiz berasa malas mahu mendengar tentang bapa tirinya itu.
“ Aunty bukannya apa, aunty kesiankan ibu kamu tu. Ibu kamu tengah sakit, dia pula asyik seronok dengan perempuan lain, langsung tak jaga ibu kamu. Aunty dengar dari jiran-jiran dekat sini, bapa tiri kamu ambil semua duit ibu kamu tu untuk keluar dengan perempuan tu.”
Hafiz tidak berkata apa-apa. Dia hanya memandang jiran ibunya itu sambil senyum sahaja.
“ Tak apalah aunty, saya pergi dulu ye.” Kata Hafiz sambil membuka pintu keretanya.
Hafiz meletakkan keretanya berhadapan sebuah farmasi.
“ Cik, saya mahu ubat demam untuk orang dewasa.” Kata Hafiz kepada staff farmasi.
“ Sekejap ye encik.”
Hafiz yang sedang menunggu di hadapan kaunter sambil melihat sekeliling. Secara tiba-tiba dia memandang ke arah luar, dia terlihat bapa tirinya sedang berjalan bersama dengan seorang wanita muda sambil berpegangan tangan.
“ Tak guna punya jantan. Tua-tua pun masih lagi gatal.”
Hafiz berasa marah apabila melihat bapa tirinya itu sedang bermesraan. Dirinya berasa mahu sahaja dia belasah lelaki itu sampai lembik.
“ Ni encik, semua lima belas ringgit.”
“ Okay.” Hafiz menghulurkan wang yang bernilai dua puluh ringgit kepada juruwang farmasi.
“ Ini bakinya encik.”
Hafiz mengambil baki wangnya dan berlalu keluar dari farmasi.
Kelibat bapa tirinya tidak lagi kelihatan di sekitar itu.
“ Nah!” Hafiz menghulur ubat yang sudah dibeli kepada Safiya.
Safiya mengambil ubat itu, lalu diletakkan di atas meja makan.
“ Dik, kau datang sini kejap. Ada benda aku nak cakap ni.” Kata Hafiz.
“ Apa dia bang?”
“ Tadi, waktu aku pergi farmasi. Aku nampak bapa tiri kita dengan seorang perempuan muda, and berpegangan tangan pula tu.”
“ Serius la bang!?” Tanya Safiya dengan nada yang terkejut.
Hafiz menganggukkan kepalanya.
“ Tak padan dengan tua, gatal nak ada perempuan lain, yang ibu ni still lagi isteri dia, ditinggalkan macam tu je.” Kata Hafiz.
Safiya tidak berkata apa-apa. Dia berasa sedih mengenangkan nasib ibunya itu. Ditinggalkan selama beberapa bulan dalam keadaan sakit.
Dalam dirinya berasa bersalah juga terhadap ibunya kerana telah meninggalkannya beberapa bulan yang lalu tanpa melawat ibunya di rumah.
“ Bang. Aku rasa kita kena call akak sekarang ni. Biar akak sama-sama jaga ibu dengan kita.” Kata Safiya.
“ Kau rasa dia nak ke datang sini?” Soal Hafiz.
“ Nak tak nak, memang kita kena paksa dia datang sini, jaga ibu juga. Mana tahu, ibu dengan akak boleh berbaik semula lepas ni.”
Hafiz melihat ke bawah seperti dia sedang memikirkan sesuatu.
“ Tak apa, kau jaga je ibu. Nanti aku sendiri yang akan pergi jumpa akak.”
“ Berani juga ye abang aku ni.” Kata Safiya sambil ketawa.
“ Gila kau cakap aku berani. Kalau aku jumpa dia, silap cakap je, aku takut lepas ni aku tak ada gigi, sebab kena penumbuk dengan dia.”
Safiya ketawa mendengar gurauan abangnya itu. Mereka tahu bahawa kakaknya Sofia jika sudah marah, memang akan dapat rasa tangan berbisa kakaknya itu.
********
“ Tumbuk kuat lagi Sofia! Kuat lagi!” Jerit Hazran dari luar gelanggang.
“ Ehh! Kau boleh diam tak Hazran. Dari tadi lagi bising. Jangan sampai sekali dengan kau, aku tumbuk!” Kata Sofia dengan nada yang geram.
“ Marah pula, aku cuma nak bagi semangat je dekat kau.” Kata Hazran.
Sofia menyambungkan latihannya. Dia tidak mempedulikan suara Hazran.
“ Assalamualaikum bang!”
Hazran terkejut buat seketika kerana secara tiba-tiba seseorang memberikan salam kepadanya dari arah belakang.
“ Wa’alaikumussalam.”
“ Ye ada apa?” Tanya Hazran yang sedang duduk di kerusi berhampiran gelanggang.
“ Saya nak jumpa dengan Sofia.”
“ Sofia. Kenapa awak boyfriend dia ke?”
“ Setahu saya Sofia tak ada boyfriend lain selain saya.” Kata Hazran sambil ketawa kecil.
Hafiz yang mendengarkan itu, langsung membuatnya ketawa juga.
“ Saya Hafiz, adik Sofia.”
“ Ouhh adik Sofia.”
Hafiz memberikan senyuman kepada Hazran.
“ Saya nak berjumpa sekejap dengan akak saya. Ada sesuatu yang saya nak cakap.”
“ Perkara penting ke?” Tanya Hazran dengan perasaan ingin tahu.
“ Ye, ini penting.”
Sofia yang sedang berlatih, menghentikan latihannya setelah mendengar suara Hazran seolah-olah sedang berbual dengan seseorang.
“ Hafiz. Buat apa dia datang sini?” Tanya Sofia dengan penuh kehairanan.
“ Hafiz!” Jerit Sofia.
Hafiz yang mendengar suara kakaknya itu, langsung menoleh ke arahnya.
“ Akak.”
“ Kau buat apa dekat sini?”
“ Aku datang sini nak jumpa dengan kau kak. Ada benda yang aku nak cakap.”
“ Okay. Kau tunggu dalam bilik rehat, kejap lagi aku pergi.” Ujar Sofia.
Hafiz menganggukkan kepalanya menandakan faham.
“ Ehh Sofia. Kenapa tiba-tiba adik kau datang sini?”
“ Aku tengok adik kau tu macam ada benda penting je nak cakap dengan kau. Agak-agak apa ye?” Tanya Hazran dengan perasaan ingin tahu.
“ Kau jangan nak busybody sangat boleh tak!” Kata Sofia sambil membuka ikatan tali pada kedua-dua belah tangannya.
“ Aku cuma nak tahu je, mana la tahu aku boleh tolong ke.”
Sofia menggelengkan kepalanya.
“ Sudah. Aku nak jumpa adik aku sekejap. Kau balik lah dulu.”
“ Yela. Kejap lagi aku balik. Tapi kau tak nak bawa aku sekali ke?”
Sofia malas melayan kerenah Hazran dan berjalan menuju ke bilik rehat.
Hafiz yang duduk di atas sofa dalam bilik rehat kakaknya itu sambil melihat gambar-gambar yang telah di ambil sewaktu kejuaraan Muay Thai.
Sofia membuka pintu bilik itu dan menuju ke arah adiknya.
“ Kau tengok apa?” Tanya Sofia kepada Hafiz yang sedang melihat gambar-gambarnya yang tergantung di dinding.
“ Hebat juga ye kau kak. Dah berapa kali kau jadi juara.” Puji Hafiz.
Sofia yang mendengarkan pujian dari adiknya itu, lantas membuatkan dirinya tersenyum.
“ Kau datang sini semata-mata nak puji aku je.” Kata Sofia yang sudah duduk di sofa.
“ Ehh tak ada lah, sebenarnya aku datang sini sebab benda lain.”
“ Ada apa kau nak jumpa akak ni?”
“ Aku nak beritahu kau kak yang ibu sekarang ni tengah sakit. Dah dua bulan dia tak sihat.”
“ Ibu sakit apa?” Tanya Sofia.
“ Entah la. Aku dengar dari jiran-jiran ibu, yang ibu sakit sebab ada tekanan. Tambahan pula, tak ada siapa yang jaga ibu sebelum ni.”
“ Apa, tak ada orang jaga ibu?”
“ Dengar dari jiran-jiran. Korang berdua pergi mana?, sampai korang berdua tak tahu ibu sakit apa.”
“ Sebenarnya kak. Aku dengan adik dah tak tinggal sekali dengan ibu selepas kejadian ibu halau kau kak.”
Kata Hafiz sambil menundukkan kepalanya.
“ Apa!”
“ Korang tinggalkan ibu. Korang tinggalkan ibu dengan lelaki tak guna tu!”
“ Aku kecewa kak dengan sikap ibu tu, selalu nak bela suami dia tu. Sebab tu aku dengan Safiya keluar.”
“ Mana lelaki tu sekarang ni?” Tanya Sofia.
“ Sejak ibu sakit, dia langsung tak balik rumah, apatah lagi nak jaga ibu.”
“ Baru-baru ni, aku ternampak dia keluar dengan perempuan lain, siap mesra-mesra lagi.”
Sofia menggelengkan kepalanya. Dia berasa mahu marah dengan adik-adiknya itu.
“ Tak apa kau balik jaga ibu dulu. Nanti aku balik.” Kata Sofia.
“ Okay kak. Kalau macam tu aku balik dulu.”
Hafiz berjalan menuju ke arah pintu dan berlalu pergi.
“ Tak guna punya jantan! Kau biar ibu aku terlantar je dekat rumah, sedangkan kau boleh curang belakang ibu.” Kata Sofia dengan nada yang geram.
Hatinya berasa panas apabila memikirkan tentang nasib ibunya itu.
“ Bang. Macam mana? Kau jumpa dengan akak tak?”
“ Kau ni sabar la. Aku nak minum air dulu.”
“ Kenapa bang, dahaga sangat ke? Atau air liur tu dah habis sebab takut dengan akak.”
Hafiz yang mendengar gurauan adik perempuannya itu, langsung membuatnya tersedak.
“ Ehh dik. Kau ingat aku ni dahaga sebab takut dengan akak ke. Aku memang dahaga air la.”
“ Yela. So macam mana, Akak nak datang sini tak?” Tanya Safiya.
Hafiz menganggukkan kepalanya.
“ Nanti dia datang. Buat sementara ni, dia nak kita yang jaga ibu dulu.”
“ Okay kalau macam tu.”
Share this novel