BAB 6

Mature Content Series 261

Beberapa bulan sudah pun berlalu. Sofia yang sudah melupakan ibu dan adik-adiknya tanpa dia mengetahui apa yang sudah terjadi kepada mereka.

“ one two three punch! Punch!” Jerit jurulatih Sofia.

Sofia yang sedang asyik berlatih, mendengar deringan telefon bimbitnya itu.

Terpapar nama seorang lelaki di skrin telefonnya. Dia tidak mempedulikan panggilan itu dan melanjutkan latihannya.

“ Sofia, kau pergi la jawab call tu. Dari tadi lagi asyik bunyi je.” Kata jurulatihnya.

Sofia menghentikan latihannya, lalu mengangkat panggilan telefon.

“ Ada apa?”

“ Kenapa ni asyik marah-marah je. Cuba bila jawab call tu dengan suara yang lembut sikit.” Ujar Hazran.

Hazran merupakan rakan training Muay Thai bersama Sofia.

“ Jom keluar.” Ajak Hazran.

“ Kau ni kan. Aku tengah training sekarang ni, kau ajak aku keluar. Kau ingat aku ada masa ke.” Kata Sofia.

“ Kalau macam tu lepas kau habis training, macam mana?"

“ Ikut kau la.”

Sofia menamatkan panggilan itu. Kadang-kadang dia berasa marah dengan sikap Hazran yang suka mengganggunya.

********

“ Safiya!” Panggil seseorang yang tidak di kenali dari belakang.

Safiya yang mendengar seseorang telah memanggilnya, lantas dia menoleh ke belakang.

“ Safiya kan?”

Safiya menganggukkan kepalanya.

“ Kenapa ye aunty?” Tanya Safiya dengan wajah kehairanan.

“ Kamu tak ingat aunty ke? Aunty yang tinggal sebelah rumah ibu kamu tu.”

“ Ye betul, saya baru ingat.” Kata Safiya.

“ Safiya. Kamu dengan abang kamu tu dah lama tak balik rumah ibu kamu tu.”

Safiya tidak berkata apa-apa. Dia tidak mahu memberitahu perkara yang sebenar kepada jiran ibunya itu dengan apa yang sudah terjadi.

“ Aunty tengok, ibu kamu tu dah lama tak keluar rumah, kata jiran-jiran sekeliling yang ibu kamu tu sakit. Suami ibu kamu tu pun dah lama tak balik. Entah pergi ke mana.”

“ Jadi aunty dah jumpa kamu dekat sini, aunty mahu kamu ziarah ibu kamu. Bawa abang dan kakak kamu sekali.”

Safiya hanya tersenyum sambil menggarukan kepalanya. Dia tidak tahu mahu memberitahu abang dan kakaknya bagaimana.

“ Kenapa setiap kali kalau kita keluar berdua, kau mesti macam badmood?” Tanya Hazran.

“ Tak ada apalah.”

“ Kau tahu tak yang kau tu cantik. Cuba senyum sikit. Baru la manis.” Ujar Hazran sambil senyum.

“ Jangan mengada-ngada.” Kata Sofia.

“ Aku nak tanya kau sikit boleh?” Tanya Hazran.

“ Apa dia?”

“ Ibu kau apa khabar? Aku tak pernah tengok kau ziarah ibu kau tu.”

“ Kalau aku nak lawat ibu aku, takkan aku nak kena bawa kau sekali.” Kata Sofia.

Hazran tersenyum mendengar gurauan Sofia.

“ Tengok kau dah senyum, baru la cantik. Sepanjang kita keluar ni kau senyum je, tapi jangan senyum lama-lama pula, takut aku yang cair nanti.” Ujar Hazran sambil ketawa.

“ Kau ni kan, kalau cawan teh ni aku baling dekat kau sekarang ni. Agak-agak kau masuk hospital tak.” Kata Sofia.

“ Aku gurau je dengan kau.”

“ Tapi aku serius ni, aku tak pernah tengok kau lawat ibu kau walaupun sekali.”

“ Ada je aku jumpa dengan ibu aku tu. Cuma sekarang ni aku sudah tak berjumpa dengan dia lagi.”

“ Kenapa kau tak jumpa dengan ibu kau?”

“ Kau ni, banyak tanya pula.”

“ Yela, aku kena la tanya nanti aku nak masuk minang kau, aku kena jumpa dengan parents kau.” Kata Hazran sambil tersenyum.

“ Ada sebab kenapa aku tak nak jumpa dengan ibu aku.”

“ Dah la, aku malas nak cakap pasal benda ni. Kau bukannya faham pun.”

“ Sofia. Kalau kau tak nak jumpa dengan ibu kau sebab dia pernah buat salah dengan kau. Kau kena ingat sebanyak mana kesalahan dia, dia tetap ibu kau, wanita yang sudah melahirkan kau. Kau tu tetap anak dia.” Kata Hazran dengan nada yang lembut.

Sofia tidak mempedulikan apa yang Hazran katakan.

“ Aku cuma nak cakap, kau tetap seorang anak, kau perlu jalankan tanggungjawab kau sebagai anak. Tambahan pula, kau kan perempuan, one day kau pun akan jadi seorang ibu, tak mungkin anak kau pun tak akan buat perkara yang sama pada kau.”

“ Sebelum terlambat, lebih baik kau jumpa ibu kau, cuba untuk memaafkan dia.”

Sofia terdiam mendengarkan nasihat dari Hazran. Dalam pada masa yang sama, dia masih berasa sakit hati dengan apa yang ibunya lakukan padanya.

********

Safiya yang baru keluar dari bilik, melihat abangnya sedang duduk di sofa sambil menonton television.

“ Abang. Aku ada benda sikit nak cakap ni.” Kata Safiya.

“ Apa?”

“ Tadi, waktu aku singgah kedai untuk beli barang rumah. Aku terserempak dengan aunty Ila.”

“ Aunty Ila. Siapa dia tu?” Soal Hafiz.

“ Aunty Ila, jiran sebelah rumah ibu. Takkan kau tak ingat bang?”

“ Ouhh aunty Ila tu ke. Ha! Kenapa dengan dia?”

“ Aunty Ila ada beritahu aku, dia minta kita balik ke rumah ibu, ziarah ibu.”

“ Kenapa pula kita nak kena ziarah ibu?”

“ Aunty cakap yang ibu sudah 2 bulan sakit.”

“ So. Kalau ibu sakit, mintalah suami ibu yang jagakan. Ibu kan sayang sangat dengan suami dia tu.” Kata Hafiz.

“ Masalahnya, aunty beritahu aku yang ayah tiri kita tu, dah lama tak balik rumah, apatah lagi nak jaga ibu.”

“ Aku risau lah bang dengan ibu. Jom la kita balik kejap tengok ibu.” Pujuk Safiya.

“ Kalau kau nak pergi, kau pergi je. Abang malas nak pergi.” Kata Hafiz.

“ Ish! Susah betul cakap dengan abang ni.”

Safiya bangun dari sofa, dan berlalu pergi meninggalkan abangnya yang sedang asyik menonton television.

“ Aduh, macam mana ni, abang pun tak nak, dia pun dah ada ego sama dengan akak pula.”

“ Kalau abang pun tak nak pergi, apatah lagi akak. Kalau aku ajak ni, silap-silap aku yang kena penumbuk Muay Thai dia.”

Safiya kebingungan. Dia tidak tahu mahu berbuat apa.

********

Sofia yang sedang berbaring di atas katilnya sambil melihat skrin telefon bimbitnya. Dia yang asyik melihat media sosial, secara tidak langsung, satu video terlintas di media sosialnya mengenai hubungan seorang anak dan ibu bapanya.

Dia melihat video sehingga habis, dia berasa video itu seperti ditujukan kepadanya. Hatinya berasa lain apabila di dalam video itu menceritakan mengenai anak yang derhaka.

“ Betul ke apa yang Hazran cakap tadi.”

Sofia mengingati semula apa yang Hazran katakan padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience