BAB 36

Romance Completed 344308

PINTU sebelah penumpang kenderaan mewah yang berhenti di kawasan lapang berhampiran ‘hangar’ Lapangan Terbang Subang dibuka dari luar oleh Ian. Seraya dia menghulurkan tangan ke arah perempuan kesayangannya.

Dalam senyuman Sara menyambut huluran tangan berkenaan. Terpamer raut ceria di wajahnya.

Berdekatan kenderaan tersebut dia dapat melihat sebuah helikopter terparkir di situ. Kehadiran mereka berdua disambut Leon si pembantu peribadi Ian.

“Mr Ian, saya dah sediakan semua seperti yang tuan arahkan.”

“Good.”

Ian kemudian mengalih pandangan ke arah Sara.

“Still remember ‘her’?” soal Ian merujuk ‘her’ kepada helikopter di hadapan mereka.

Sara mengerutkan dahi seketika sebelum dia melihat satu perkataan yang terpapar pada pintu helikopter tersebut.

‘ALY’

Lantas ingatan Sara dibawa ke memori manis saat Ian melamar dirinya dahulu. Helikopter inilah yang dijadikan hadiah. Fuh! Seumur hidup dia tidak pernah bayangkan akan menerima hadiah yang cukup istimewa seperti ini.

“Aly.”

Sara menyebut nama itu sebelum tawa kecilnya kedengaran. Terasa lucu kerana nama itulah yang menjadi punca dirinya terjebak ke dalam hidup Ian Khalif.

“You tak suka nama tu pada heli ni? I boleh minta diorang tukar ke nama lain yang you suka,” ujar Ian bimbang jika Sara tidak suka dengan apa yang dia berikan.

“Eh, taklah. Saya suka sangat. Saya cuma teringat memori ketika saya menjadi Aly dan kacau hidup awak dulu.” Sara tersengih.

Spontan Ian ketawa. Lantas dicuit ke hidung Sara.

“You nakal sangat masa tu. I rasa nak kunyah-kunyah you!”

Sara ikut sama tertawa. “I’m sorry. Saya janji tak nakal macam dulu lagi.”

“It’s okay. You nakal atau tak, I tetap sayangkan you. Jom I bawa you ke tempat paling istimewa.”

“Kat mana tempat tu? Dari semalam awak tak nak cakap.”

“You akan tahu kejap lagi,” jawab Ian lalu menarik tangan Sara mengekorinya ke arah helikopter di hadapan mereka.

Helikopter tersebut bersedia untuk berlepas sebentar lagi. Bilah kipas yang berpusing di atasnya membuatkan angin kuat menyapa ke wajah mereka.

Ian membantu Sara masuk ke tempat duduk penumpang. Dia memakaikan tali pinggang keledar ke tubuh Sara. Lalu dia sendiri masuk ke ruang tempat duduk bersebelahan Sara untuk mengendali helikopter tersebut.

Sempat Ian berbicara sebentar bersama Leon yang menanti berhampiran helikopter tersebut. Memastikan bosnya dan si isteri dalam keadaan baik-baik.

“Have a safe journey and enjoy your honeymoon, sir,” ucap Leon.

“Thanks, mate,” balas Ian.

Leon kemudian membantu menutup pintu helikopter sebelum dia berlalu menjauhi kenderaan tersebut yang bersedia untuk berlepas pada bila-bila masa.

Di dalam ruang kokpit helikopter, Ian sedang berkomunikasi melalui alat perhubungan bersama Pusat Kawalan Trafik Udara memohon kebenaran untuk berlepas.

Sara yang duduk di sebelah pula sekadar memerhati gerak-geri Ian tanpa dapat memahami kod-kod dan butiran penerbangan yang disebutkan lelaki itu.

“Are you ready to fly with me?” Ian menyoal sambil sebelah tangannya memaut ke jemari Sara.

Bersama senyuman manis yang diukirkan, Sara mengangguk. Yakin, pasti dan bersedia untuk ke mana sahaja Ian mahu membawanya pergi. Dia hanya berdoa semoga perjalanan mereka akan selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Dan sebentar kemudian helikopter yang dikendalikan Ian bergerak perlahan-lahan terbang ke udara meninggalkan Lapangan Terbang Subang.

MENYUSURI ruang udara Laut China Selatan, Sara tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya menyaksikan pemandangan indah dari atas. Lautan membiru di bawah sana kelihatan seperti butiran kristal apabila terkena biasan dari cahaya matahari.

“Cantiknya. Amazing!”

Sara memuji keindahan alam ciptaan Tuhan itu. Tangannya tidak melepaskan peluang merakam pemandangan indah itu melalui kamera di telefon pintar.

Ian di sebelah tersenyum memerhati gelagat Sara. Memahami keterujaan cinta hatinya. Malah, dia mengambil peluang itu membawa helikopter yang dipandu terbang di atas beberapa pulau kecil agar Sara dapat melihat kecantikan tempat itu.

“Itu Pulau Redang. You boleh nampak beautiful coral kat dasar laut tu kan.”

Sara mengangguk bersama rasa teruja yang belum habis. Memang semuanya nampak cantik dan indah apabila dilihat dari atas.

Helikopter dipandu Ian berlegar-legar di sekitar ruang udara pulau itu seketika. Ian mahu memberi peluang kepada Sara menikmati pemandangan tersebut sepuasnya.

“So, tempat yang kita nak pergi di sini ke?” Sara menyoal. Tak sabar-sabar sebenarnya menanti ke manakah destinasi tujuan mereka.

Ian menggeleng. “Bukan di sini. Tapi, di pulau yang lain.”

Sara memandang ke muka Ian. “Pulau yang lain? Maksud awak pulau yang mana satu?”

Ian tidak menjawab sebaliknya memberi fokus terhadap lokasi yang ingin dituju. Sengaja membiarkan Sara terus berteka-teki sendiri.

Lima minit kemudian, helikopter dikendalikan Ian terbang rendah menghampiri sebuah pulau kecil yang terletak di perairan Laut China Selatan lalu mendarat di sebuah kawasan lapang ‘helipad’.

Helipad tersebut terletak berhampiran sebuah villa penginapan serta bersebelahan padang rumput hijau yang luas.

“Kita dah sampai. Welcome to my private island,” ucap Ian dalam senyuman ke arah Sara.

Private island?? Wah! Mulut Sara sempat ternganga seketika. Baru mengetahui bahawa destinasi yang mereka tujui ini adalah sebuah pulau persendirian milik Ian Khalif.

“Are you serious? Ini pulau persendirian awak?”

Ian sekadar menjongket bahu. Membiarkan Sara menganalisis sendiri kenyataan yang disebut tadi.

“Come. I nak bawa you tengok apa yang ada di pulau ni,” ujar Ian lalu menanggalkan headset serta tali pinggang keledar dari tubuh. Dia membantu Sara melakukan perkara yang sama.

Di luar helikopter beberapa orang pekerja Ian sudah menanti ketibaan mereka. Masing-masing menyambut kedatangan kedua insan itu dengan senyuman mesra.

“Good to see you again, Mr Ian,” ucap salah seorang yang bersalam dengan Ian.

Ian sekadar mengangguk. Lalu memperkenalkan Sara yang berada dalam pautan tangannya.

“This is my wife Sara.”

“Good to see you too Ma’am.” Lelaki itu lantas menunduk hormat ke arah Sara.

Mereka berdua kemudian dibawa menaiki ‘buggy car’ meninggalkan kawasan lapang helipad menuju ke villa yang terletak tidak jauh dari situ.

Sepanjang perjalanan menaiki kenderaan tersebut, mereka dibawa menyelusuri pemandangan hijau padang golf. Suasana nyaman dan segar dapat dirasai di sekitarnya.

“Padang golf ni private property awak juga?” Sara bertanya.

Ian mengangguk mengiyakan pertanyaan tersebut. Dia turut memerhati ke sekitar tempat itu yang dijaga dengan baik. Jarang-jarang dia dapat pulang ke sini. Mujurlah ada pekerja-pekerja yang boleh diharapkan.

“Then, awak main golf dengan siapa kat sini? Seorang diri? Tak boring ke?” Sara meneruskan sesi soal jawab.

“Actually semua kemudahan yang tersedia di pulau ni bukan untuk I. Tapi, untuk pengunjung yang datang bercuti di sini.“

“Maksud awak, pulau ni dibuka untuk orang luar juga ke?”

“Yes. Tapi, bukan kepada semua orang. Untuk melindungi keindahan pulau ni, hanya orang tertentu saja dibenarkan bercuti di sini. Mereka kena buat tempahan at least six months sebelum datang ke sini. Dan jumlah yang dibenarkan datang juga tak lebih dari sepuluh orang dalam satu masa. And kalau you nak tahu caj penginapan untuk satu malam di sini adalah RM50,000.”

Melopong seketika mulut Sara mendengar cerita Ian. Fuh! Mahal gila. Siapalah agaknya yang sanggup ‘membuang’ duit sebegitu banyak untuk bercuti di sini.

“Mahalnya!” Spontan Sara membalas.

“Takdelah mahal pun. Yang datang ke sini mostly jutawan-jutawan yang nak bercuti jauh dari kesibukan hidup di bandar. RM50k tu bagi diorang ‘celah gigi’ je. Haha.” Ian ketawa.

Kagum seketika Sara mendengar. Alangkah seronoknya menjadi orang kaya. Duit bukanlah masalah bagi mereka. Boleh dilaburkan di mana sahaja yang mereka suka pada bila-bila masa.

Teringat pula saat dia memerlukan sejumlah wang yang sama dahulu. Sehingga sanggup menerima tawaran pekerjaan ‘kotor’ untuk berkomplot dengan Jesrina. RM50k bagi rakyat ‘marhaen’ sepertinya adalah amaun yang amat besar.

RALIT berbual, buggy car yang membawa mereka akhirnya tiba ke sebuah villa atau lebih tepat lagi adalah sebuah rumah agam yang mempunyai senibina klasik Inggeris. Binaan tersebut bercat putih keseluruhannya dan seakan istana lama apabila dilihat dari luar.

“Wow. What a beautiful architecture design,” ujar Sara sebaik sahaja melihat rumah agam tersebut.

Ian hanya tersenyum mendengar pendapat Sara. Kebanyakan pengunjung yang datang ke situ juga akan memberikan maklumbalas yang serupa.

“Welcome to my ‘small tiny’ house,” ujar Ian lalu menghulurkan tangan ke arah Sara.

Sara memaut tangan Ian sambil mencebir bibir. Tahu bahawa Ian sekadar bergurau.

“A ‘small tiny’ house ye? Small lah sangat. Ini dah macam istana tau.” Sara menyindir.

Ian lantas tertawa. Dicuit ke hidung Sara.

“Well, ini dikira ‘small’ kalau nak compare dengan rumah billionaire lain dalam dunia.”

“Okay, I got your point.”

“Jom masuk. I nak tunjukkan keseluruhan istana kecil ni pada you.“

Dengan perasaan teruja Sara menuruti langkah Ian menuju ke dalam villa tersebut. Tak sabar ingin melihat suasana di dalamnya pula.

Dan memang benar, sebaik menjejakkan sahaja kaki ke dalam villa berkenaan, Sara benar-benar terpegun melihat dekorasi serta perhiasan yang berada di setiap sudut dalam villa itu. Semuanya tampak mewah, elegan serta mempunyai gaya yang tersendiri.

Di ruang utama villa ada ‘glass wall’ besar setinggi 3 meter yang mempamerkan pemandangan indah pantai dan lautan membiru di hadapannya. Ruang tersebut turut dihiasi perabot-perabot serta hiasan serba mewah. Manakala terletak bersebelahan ruang tamu adalah dewan makan besar yang boleh memuatkan ratusan orang pada satu-satu masa.

Bersambung dengan dewan makan pula terletak balkoni dengan ukiran bertemakan zaman pertengahan Eropah. Balkoni itu mempunyai anak tangga dan laluan yang menghala terus ke pantai di belakang villa.

“Cantik sangat villa awak ni. No wonderlah ramai orang kaya suka datang ke sini. Dan sekarang saya dah faham kenapa harga penginapan di sini sangat mahal. Berbaloi.”

“Actually, villa dan seluruh pulau ni dulu dimiliki ibu bapa kandung I. Mereka beli property ni dengan harapan untuk habiskan masa tua bersama-sama. Unfortunately, mereka meninggal dunia dan tinggalkan pulau ni kepada I dalam wasiat mereka.

Mulanya I tak nak. Sebab fikir siapalah nak duduk seorang diri di pulau terpencil macam ni. Then, seorang kawan bagi idea pada I untuk jadikan pulau ni sebagai tempat pelancongan. At least boleh juga dijadikan income daripada terbiar.”

Sara mengangguk-angguk mendengar cerita Ian. Baru dia faham serba sedikit mengenai pulau ini. Ternyata bahawa Ian Khalif pada asalnya memang dilahirkan kaya-raya. Kadang-kadang Sara rasakan dia tidak layak bergandingan bersama Ian.

“Soon pulau ni akan menjadi milik you juga. I akan berikan semua yang I miliki kepada you,” tutur Ian dengan ikhlas.

Sara pantas menggeleng. Dia tidak pernah mengharapkan sebarang harta mahu pun kekayaan yang dimiliki Ian. Dapat menikmati kehidupan yang tenang bersama lelaki itu sudah mencukupi.

“Saya tak nak. Semua tu kan milik awak.”

“Tapi, I tetap nak bagi pada you. Sebab you satu-satunya perempuan yang I cintai,” ucap Ian bersama kucupan ke pipi Sara.

Sara tersenyum. Perlakuan serta bicara Ian tidak pernah gagal untuk menawan hati dan perasaannya.

IAN kemudian membawa Sara menjelajah ke setiap sudut serta ruang yang berada di bahagian atas villa tersebut. Difahamkan villa itu mempunyai 80 buah kamar tidur.

Permulaannya Sara benar-benar terkejut. Terfikir siapalah yang akan menginap di bilik sebanyak itu. Silap-silap dihuni oleh hantu. Haish, seram pula.

Namun, menurut Ian tidak semua bilik-bilik itu digunakan sebagai bilik tidur. Ada antaranya sudah pun diubahsuai fungsinya menjadi bilik bacaan, ruang pawagam, bilik hiburan, gym serta spa.

Ketika melewati kamar-kamar penginapan yang berada di villa itu, Sara tidak dapat menyembunyikan perasaan kagum dengan setiap susun atur di dalamnya. Semuanya berdekorasi mewah dan elegan. Seperti berada di ruang dalam istana.

“Awak kata villa ni dijadikan sebagai tempat pelancongan eksklusif. Tapi, dari tadi saya tak nampak seorang pelancong pun.” Sara mengutarakan persoalan itu ketika mereka turun semula ke tingkat bawah.

“Well, minggu ni tak ada pelancong datang ke sini. I minta diorang kosongkan for the whole week. So, keseluruhan villa dan pulau ni eksklusif untuk kita berdua je.” Ian menjawab kemusykilan itu sambil matanya merenung tepat ke arah Sara.

Oh, patutlah. Sara mengukir senyuman. Gembira serta teruja. Tidak pernah dia bayangkan dapat menikmati percutian yang sangat eksklusif seperti ini.

“Thanks bawa saya ke sini. I’m happy to be here with you.”

“I’m more happy to be here with you, my darling,” balas Ian sambil meraih pinggang Sara rapat ke tubuhnya.

Saat tangan mereka saling bertautan sambil menikmati pemandangan lautan membiru melalui glass wall di ruang utama, tiba-tiba kelihatan cuaca yang tadinya cerah bertukar mendung. Dan seketika kemudian hujan lebat turun membasahi bumi pulau kecil itu.

“Hujan!”

Sara melompat kegirangan seakan anak kecil yang baru mendapat mainan. Spontan dia melangkah keluar melalui pintu sliding menuju ke balkoni sebelum membiarkan tubuhnya kebasahan ditimpa rintik air hujan. Terpamer raut ceria di wajahnya.

Ian ikut sama ke balkoni namun berlindung di sebalik hujung atap bumbung. Tidak mahu terkena hujan. Dia menggeleng kepala melihat gelagat riang Sara sedang seronok bermain hujan. Sikit pun tak kisah tubuhnya yang sudah lencun kebasahan. Saat ini Ian dapat saksikan sendiri kebenaran bahawa Sara adalah seorang ‘pluviophile’. Si pencinta hujan.

“Awak, sinilah.” Sara melambai tangan meminta Ian menyertainya.

Ian pantas menolak ajakan itu. Tak ingin terkena hujan. Bimbang nanti selesema pula.

Namun, tanpa sempat menghalang Sara terlebih dahulu menarik tangan Ian lalu mendorong tubuh lelaki itu ke tengah balkoni. Kini mereka berdua sama-sama kebasahan.

Demi Sara terpaksalah Ian biarkan air hujan menimpa batang tubuhnya. Cinta hati punya pasal apa pun sanggup dilakukan.

“You tak takut demam ke?” Ian menyoal sambil menyapu air hujan di mukanya.

Sara menggeleng sambil ketawa. “Kalau saya demam awak boleh jagakan saya. Awak kan sayangkan saya.”

“Habis, kalau I pulak yang demam macam mana?”

“Saya jagakan awak. Sebab saya sayangkan awak,” balas Sara sambil memicit ke hidung Ian.

Ian tersenyum dengan jawapan Sara. Melihat ke raut manis di hadapannya ini membuatkan hati Ian bahagia. Benar dia tidak pernah kesal memilih Sara sebagai teman hidup. Kerana perempuan ini yang hadir mengisi kekosongan jiwa raganya.

Dalam rintik hujan yang masih membasahi tubuh mereka, Ian memaut lembut dagu Sara. Lalu perlahan-lahan melabuhkan bibirnya ke bibir perempuan kesayangannya.

“I love you my Pluviophile. I love everything about you.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience