Rate

BAB 2

Drama Completed 2401

Pengunjung disajikan dengan pemandangan sungai di balkoni setiap resort. terdapat juga tangga di balkoni untuk terus bermandi manda di sungai jika mahu. Mereka berdua menuju ke kaunter dan disambut mesra oleh penyambut tetamu. ruang lobi resort ini ringkas tetapi penuh elemen melayu.

“Baik awak semak semula. Saya memang ada tempah malam tadi. Takkan awak nak cakap saya mengingau. Sekarang ni, staff awak yang tak key-in tempahan.” Sahara hanya memerhatikan suaminya yang Nampak berang.

Taib memang jarang marah. Bilik yang ditempah oleh Taib malam tadi tidak dimasukkan didalam data.

Mana tak berang. kalau tiada bilik, takkan nak cari resort lain pula. Jauh-jauh datang, kena habiskan masa mencari tempat penginapan lain pula.

“Maaf, Encik. Mungkin salah di pihak kami. Tapi sekarang kami memang tiada bilik kosong untuk dua orang. Kami hanya ada single room sahaja sekarang.” Taib mengeluh.

“Just for sleep abang. Boleh jelah.” Sahara menenangkan suaminya. “Please give us one room for two nights.” Sebenarnya Sahara malas nak keluar cari hotel atau resort lain. Hujan sangat lebat di luar.

Taib dan Sahara melangkah masuk ke dalam bilik yang akan mereka menginapan untuk dua malam.

Sahara agak terperanjat tetapi cuba disembunyikan kerana suaminya bersusah payah untuk menggembirakan hatinya melalui percutian ini.

Bilik mereka agak sempit yang hanya mempunyai satu katil bujang, macam bilik bajet untuk backpackers pun ada.

TV pula tidak berfungsi. Masing-masing memendamkan rasa tidak puas hati bagi menjaga hati pasangan.

Taib menuju ke balkoni untuk menenangkan fikiran. hilang jugalah sedikit tekanan melihat kecantikan alam semula jadi. Pengunjung memang ramai. Ada yang bermandi manda, ada yang berborak dan ada juga yang sedang membuat barbeque.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience