Rate

BAB 4

Drama Completed 2401

Sahara melemparkan pandangan ke kawasan sekeliling sambil menunggu Taib. Matanya terpandang kedai cenderamata yang tidak jauh dari situ.

Kakinya terus melangkah menuju ke kedai itu memandangkan suaminya pun tidak jauh dari situ.

Dia memasuki kedai itu. Banyak perhiasan yang dijual daripada perhiasan diri sehingga perhiasan rumah.

Dia membelek ke serata kedai. Di satu sudut, Taib kaget mendapati isterinya tiada di gazebo.

Matanya melilau mencari malangnya tidak dapat melihat isterinya yang leka memilih cenderamata di dalam kedai cenderamata itu. Hatinya di amuk resah. Segera dia mengeluarkan telefon pintar miliknya.

“Alamak, flat terus bateri,” Taib mendengus. Bateri telefonnya habis terus. Dia segera mencari isterinya di serata tempat.

Setelah beberapa ketika, Sahara sudah keluar daripada kedai itu. Dia hanya melihat aiskrim Cornetto di gazebo.

Suaminya pergi kemana pula? Sahara duduk di situ menunggu suaminya. Mungkin suaminya membeli makanan lain. Sahara mengambil aiskrim yang dibeli suaminya lalu memakannya.

Hampir setangah jam berlalu. Dia semakin risau jika sesuatu berlaku kepada suaminya. Sahara bangun dari gazebo dan menuju ke kereta.

Panjang leher Sahara kerana cuba melihat kereta mereka daripada jauh tetapi Taib masih tiada di situ.

Dia berjalan mendekati kereta. Ada sesuatu yang mencurigakan. Sahara menyorok di belakang sebuah kereta selang beberapa kereta daripada keretanya.

Ada orang yang sedang mencangkung dan sedang berusaha mengumpil pintu keretanya. Seorang lagi pemuda berdiri beberapa meter daripada keretanya, mungkin cover line.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience