Rate

BAB 6

Drama Completed 2401

Taib melihat dari jauh yang van hitam tersebut telah diitahan pihak polis. Dia berasa sedikit lega.

Dia mengikut lorong kiri lalu memberhentikan kereta dan berlari kearah van hitam itu untuk mendapatkan isterinya.

Dua perompak telah digari dan seorang pegawai polis wanita cuba menenangkan Sahara. Taib menuju ke arah Sahara dan terus memeluknya. Sahara lega suaminya berada di situ dan menangis semahunya.

Mereka sampai di resort setelah pulang daripada balai polis untuk memberi keterangan dan. Sahara masih lagi kelihatan trauma.

“Nak balik.” Suara Sahara hampir menangis. Taib faham. Isterinya tidak pernah mengalami kejadian yang menakutkan seperti tadi.

Hanya satu malam mereka di resort itu. Atas permintaan Sahara, mereka akan pulang ke Johor Bharu. Sahara sudah tertidur di dalam kereta. Dia tidak dapat tidur semalaman malam tadi. Taib memandu berhati-hati bagi tidak mengganggu tidur isterinya.

Sampai di satu tempat, Taib menghentikan keretanya di birai jalan.

“Sayang, bangun sekejap”. Sahara bangun terpisat-pisat. Matanya tertancap dengan pemandangan indah di luar kereta. Pemandangan dari atas Bukit Ampang yang memperlihatkan keindahan Bandaraya Kuala Lumpur.

Mereka keluar daripada kereta dan menikmati pemandangan itu.

“Abang minta maaf untuk apa yang terjadi. Kalau abang rancang awal-awal, mesti tak jadi macam ni. Abang takut sangat tengok sayang semalam. Kalau jadi apa-apa pada sayang, tak tahu macam mana abang nak bawa rasa bersalah.” Taib memaut erat bahu isterinya. Sahara sebak.

“Sayang yang salah sebab paksa abang”

“Tapi memenuhi kehendak sayang adalah tanggungjawab abang. I love u sayang”.

“Sahara pun cintakan abang.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience