Rate

BAB 3

Drama Completed 2401

Sahara pula kelihatan sedang mencari sesuatu daripada semua beg yang mereka bawa.

“Abang!” Bergegas Taib masuk ke dalam bilik apabila mendengar jeritan isterinya.

“Kenapa sayang? Ada lipas ke?”

“Abang ada ambil charger tak tadi?” Taib menggeleng.

“Oh man! Charger tak bawa, cable tak bawa, power bank pun tak bawa.” Sahara gelabah.

“Jarang sayang lupa benda penting macam ni. Excited nak bercuti la ni,” Taib tersengih. Sahara pula sudah muncung.

“It’s okay la sayang. Kita keluar nanti, beli charger ya.”

“Tapi bateri sayang dah sikit sangat ni. Tengok, telefon abang pun sama.”

Kereta milik Taib memasuki kawasan parkir di sebuah taman rekreasi. Senyum di bibir Sahara tidak lekang dari tadi.

Seronok dapat bersama dengan suaminya dengan percutian ringkas mereka. Kawasan rekreasi yang mereka lawati adalah taman yang menjadi tempat beristirehat warga kota.

Di samping mempunyai kawasan untuk bersenam, di sini juga terdapat sebuah tasik buatan yang cantik.

Pengunjung agak ramai pada petang itu, mungkin kerana musim cuti sekolah jadi ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan masak bersama anak-anak mereka.

Taib dan Sahara berjalan mengelilingi tasik sambil bercerita. Setelah itu, mereka berehat di sebuah gazebo berdekatan.

“Sayang nak aiskrim? Abang pergi beli sekajap.” Sahara angguk sambil tersenyum. “Stay here. I will be back soon.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience