Rate

BAB 5

Drama Completed 2401

Sahara melangkah mendekati dengan berani, “Hoi! Kau buat apa ha?!” Tempik Sahara. Dia sendiri tidak tahu dari mana dia dapat keberanian itu.

Salah seorang pemuda menuju ke arah Sahara dan menutup mulut Sahara sambil mengacukan pisau kearah lehernya. Sahara kaget. Dia hanya mampu berdoa agar ada sesiapa yang melihat mereka di situ.

“Hoi!” Sekumpulan anak muda mendekati Sahara dan dua orang pencuri itu. Dua orang pencuri itu terkejut. "Jangan dekat, kalau tak aku bunuh perempuan ni!". Semua yang berada di situ kelihatan cemas.

Taib berasa tidak sedap hati apabila melihat ramai orang berkumpul di kawasan dia memakir kereta. segera dia berlari ke situ.

“Ya Allah, sayang!” hendak pengsan Taib melihat isterinya sedang dijadikan tebusan. "Lepaskan isteri aku!" Semua memandang ke arah Taib.

"Kau jangan dekat, kalau tak, mati bini kau!" Perompak itu mengugut. Sahara sudah menangis dan Taib hilang cara untuk menyelamatkan isterinya. Apa sahaja tindakannya akan membahayakan keselamatan isterinya.

Dua orang perompak itu menuju ke sebuah van bewarna hitam. Sahara masih lagi diacukan pisau di lehernya dan dipaksa masuk ke dalam van hitam itu. Keadaan terjadi terlalu pantas sehingga Taib tidak sempat untuk bertindak.

Van itu terus memecut laju ke arah jalan besar. Taib tanpa berfikir panjang terus masuk ke dalam kereta dan mengejar van tersebut.

Namun usaha Taib mengejar van tersebut sukar kerana jalan raya dipenuhi dengan kereta dan van itu memintas setiap kereta dengan cekap. Tetapi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Van hitam milik dua orang perompak itu menuju ke jalan yang sedang dilakukan sekatan jalan raya oleh polis. Ia dipaksa berhenti oleh polis. Perompak-perompah itu cemas.

Mereka ingin melanggar sahaja sekatan jalan raya itu namun ramai polis sudah berada di depan van mereka kerana mensyaki sesuatu yang tidak kena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience