BAB 5

Romance Series 3977

" Orang sakit dah comeback!.."
Sape seorang rakan Song Hayeon sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas.

Hayeon hanya endahkan sahaja sapaan berbau ejekan oleh rakannya itu.
Dia langsung mengeluarkan kertas kerja dan buku notanya. Dia bernasib baik kerana Soo Yoon telah bantu sikit demi sedikit tugasan si Hayeon.
So, mungkin tiadalah lagi drama yang akan dilakukan oleh Puan Shin ye lepas ni.

" Eh, aku dengar dia kena langgar dengan anak orang kaya...! LELAKI pulak tuuuu!!! mesti handsome kan..!! hehehe.."

tiga orang pelajar di belakang Hayeon sibuk bercerita tentang kes kemalangan Hayeon. Bukan mahu bertnya khabar, tetapi hanya mempedulikan si pesalah yang telah melanggar Hayeon tu! (Jaemin)

Hayeon hanya menjeling pantas ke arah mereka tanpa disedari. Hati Hayeon masih buntu memikirkan hal yang menyelubungi dirinya.
"Patut ke aku maafkan dia? tapi dia yg langgar aku! tapi..kenapa dia bersikap baik terhadap aku?..ish serba salahnya!!..."
Bisik hati kecil Hayeon.

Tidak lama kemudian..
"Selamat Pagi Puan Shin Ye!."
Laung semua prlajar apabila melihat singa betina itu masuk!

"Selamat pagi semua..sila duduk".
dengan wajah dan nada yang tenang.

"Kamu apa khabar Hayeon?"

dengan tiba-tiba!? Puan Shin Ye menyapa Song Hayeon!?

"Err..k..khabar baik Puan Shin."
Dengan suara yg agak terkucil. Hayeon membalas sapaan si pensyarah tersebut.

Semua pelajar hanya diam membisu melihat kejadian yg berlaku di dalam kelas mereka.

" Saya harap kamu dapat siapkan tugasan yang telah terlepas semejak kamu berada di hospital kemarin."

Dengan suara yg lembut dan raut wajah yang manis, puan Shin memberitahu Hayeon.

"Erm..Baiklah. Saya akan siapkan".
Tanpa perlu memikirkan apa yg berlaku, Hayeon hanya menjawab apa yg dia tahu. Dia sememangnya tidak menyangka satu kejaiban telah berlaku antara dia dan Puan Shin Ye.

Mereka memulakan sesi pembelajaran seperti biasa..

Waktu pulang..

Sewaktu Hayeon mahu keluar dari kolej tersebut, kelihatan seorang jejaka memakai baju kemeja dan bertali tai sedang berdiri sandar di keretanya yg agak mewah. Gayanya nya seprti menunggu seseorang.?

Siapakah jejaka tersebut?!

Hayeon merenung lama ke arah jejaka tersebut sambil bersembunyi di sebalik pintu hadapan kolejnya.

Namun, apalah yg akan dikatakan org nanti kalau melihat dia berkelakuan pelik di sebalik pagar tersebut??..

Jadi, Hayeon dengan selamber keluar dengan perlahan lahan tanpa memandang jejaka tersebut.
Mengapa??
ini mungkin kerana Hayeon menyangkakan yg jejaka tersebut adalah...!!! JAEMIN!!!
Apa yg dia lakukan di sini!!

Hayeon yang sambil menutup sebelah pandangan dan rupanya dengan menggunakan sebuah buku notanya berwarna biru.

HAYEON!!

Dengan tiba-tiba nama Hayeon dipanggil dari arah belakang!
Jantung Hayeon berdegup kencang. Siapakah yg memanggil Hayeon?!

Hayeon menoleh kepalanya ke arah suara yg memanggilnya dari arah belakang tadi.
kelihatan seorang lelaki melambai lambai tangannya ke arah Hayeon.

"Itu..itu..JAEMIN!!!"
"APA YG DIA BUAT KAT SINI??!!"

Merah mukanya apabila namanya dipanggil di khalayak ramai. Para pelajar di situ sibuk memandang akan jejaka kaya itu.

Jaemin tanpa melengahkan masa, dia memandu keretanya ke arah Hayeon.

"Jom saya tumpangkan awak!"
Dengan tiba-tiba saja Jaemin mempelawa Hayeon untuk naik bersamanya!
Dengan senyuman manis yg terukir di bibir serta raut wajah yang tampan, putih dan rambut keperangan itu pasti mampu mencairkan para pelajar perempuan di kolej tersebut!!
pendek kata, persis ARTIS KOREA lahhh!!!

Namun, bagi Hayeon dia ingin sahaja menolak pelawaan si jejaka tersebut. Tapi apakan daya, dia bersikap baik terhadap Hayeon! takkan mahu menolak begitu sahaja!

Jaemin terus turun dari keretanya dan menarik tangan Hayeon yg masih berdiri tercegat di tepi keretanya. Hayeon tidak sempat mengatakan apa-apa. Jaemin membukakan pintu keretanya untuk Hayeon.

So SWEET!!!

Kelihatan beberapa orang pelajar perempuan yang agak cemburu dengan Hayeon. Mereka mula menceritakan pasal Hayeon.

"Ishh!! gedik betul si Hayeon tu!.. macam mana dia boleh kenal dengan lelaki yg begitu hensem dan kaya macam tuh?!"
Rungut salah seorang pelajar perempuan disitu. Mereka tidak habis-habis ingin memperlekehkan Hayeon. Hayeon bukanya seorang yg liar, dia hanya seorang gadis yg tidak gemarkan pelajaran tetapi bukan bermakna dia terus hanyut!

Kenapa Hayeon diperkatakan?! sedangkan Jaemin yang bersungguh sungguh ingin mengenali gadis biasa tersebut!.
Hayeon hanya berada didalam dilemanya. Ia bagaikan satu cerita yang tiada unsur jawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience