BAB 1

Romance Series 3977

" SONG HAYEON!." hampir bergegar satu blok oleh kerana laungan singa betina daripada seorang pensyarah wanita, Puan Kim Shun Ye.
" Apa masalah awk sebenarnya?!, kertas kerja yang saya bagi pada minggu lepas masih kosong!!". Sambil menghempas kertas kerja yang masih suci di atas meja Song Hayeon.
Panas hati Puan Shin dibuatnya. Hampir 1 jam Hayeon terpaksa mendengar bebelan dan cemuhan yang dilontarkan oleh pensyarahnya itu.
Dan setiap kali juga lah semua pelajar didalam bilik tu diam dengan serta merta.
Masa bersama Puan Shin terbuang begitu sahaja. Para pelajar yang lain lebih seronok kalau sesi pembelajaran diteruskan dengan adegan 'jahat' oleh IBU kepada ANAKnya..

Sudah tiba masa para pelajar keluar dari kelas masing2 dan pulang ke rumah. Yang mana rumahnya jauh dari kolej tersebut, harus pulang ke asrama yang disediakan di kolej itu. Namun tidak seperti Hayeon, rumahnya yang begitu dengan kawasan kolej tersebut hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk pulang ke rumah.

Sedang leka Hayeon berjalan sambil mengelamun..tiba tiba..

"Hayeon!." Jerit Soo Yoon kepada rakannya itu. Agak jauh juga jarak antara mereka. Soo Yoon segera berlari anak untuk mendapatkan Hayeon. Hampir termengah mengah di buatnya.
KIM SOO YOON, salah seorang rakan baik kepada Hayeon. Tetapi Soon Yoon lebih pintar berbanding Hayeon. Namun begitu, kepintaran tidak menghalang mereka berdua untuk berkawan rapat.

"hm, apa dia?". Balas Hayeon dengan riaksi wajahnya yang nampak dungu dan membosankan.
"Awak kena denda lagi ke?. Ataupun...
"ya..saya kena marah tadi.."
belum sempat Soo Yoon menghabiskan ayatnya, lantas Hayeon memotong.
Ini kerana dia sudah tahu apa yg akan diperkatakan pelajar lain terhadap dirinya di dalam kolej tersebut.
Tetapi, Hayeon tidak pernah menganggap ianya sebagai satu bebanan terhadap dirinya. Hayeon tetap akan menikmati hidup sebagai seorang gadis muda yang periang dan disenangi ramai.

" Awak janganlah ambil hati apa yg Puan Shin cakapkan tadi.. . Nada Soo Yoon semakin perlahan secara tiba tiba. Reaksi wajahnya menunjukkan ada sesuatu perkara yang ingin dia sampaikan.
Sebenarnya..saya.."
leretan panjang ayatnya menghentikan ayat seterusnya. Dengan sekelip mata raut wajah Hayeon berubah daripada lesu menjadi reaksi ingin tahu terhadap cerita si Soo Yoon.
Hati Soo yoon berhasrat utk menceritakan hal yang dipendam. Tetapi mungkin dia takut kalau kalau ianya mengguriskan hati kawan baiknya?
Sambil jarinya bermain main serta raut wajah yg serba salah..
"kenapa dengan awk ni? kalau nak cerita janganlah main sekerat jalan je.." kata Hayeon yang sedang menunggu sambungan penceritaan Soo Yoon.
Mereka berdua beralih ke tempat yang lebih selesa untuk berbual lebih panjang.
Angin bertiup sepoi sepoi..kerusi plastik berkakikan besi menjadi tempat duduk bagi dua orang pelajar kolej muda ini. Setelah beg dan fail fail di letakkan, sambungan cerita Soo Yoon bermula.

" Sebenarnya, semalam saya ada lalu di hadapan bilik pensyarah. Saya terdengar perbualan antara seorang pensyarah wanita dan pensyarah lelaki. Yang pasti saya amat cam dengan suara yg agak lantang itu. Ianya Puan Shin!".

Dengan nada yg reaksi dan raut wajah yang pasti, Soo Yoon mula memberikan sedikit petunjuk kpd Hayeon. Sebenarnya dalam banyak banyak pensyarah di kolej tersebut, hanya Puan Shin Ye sahaja yg tidak begitu suka dengan Hayeon. Walau apa2 sahaja yg dilakukan oleh pelajarnya itu, tetap di pandang remeh. Sememangnya tiada cerita lain kalau dikaitkan dengan Puan Shin Ye. Mestilah ada kaitan dengan Hayeon!

Soo Yoon menyambung.
" Saya ada terdengar yang Puan Shin Ye mahu awak ditukarkan ke kolej yang lain! sebab, dengar kata awk ni kurang ambil serius tentang masa depan awak. Jadi Puan Shin Ye mahu awk ditukarkan ke kolej yang lebih bagus serta pengajiannya lebih bertaraf! "
Ujar Soo Yoon sambil menghempaskan buku notanya ke atas meja. Nadanya juga berlangsung tinggi tanda ketidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh si singa betina itu ke atas kawan baiknya.

" Habis tu? apa saya nak buat? " Jawab Hayeon dengan nada yang malasnya sambil wajahnya merenung tepat ke wajah Soo Yoon.
" Awk tak rasa bimbang ke? " soal Soo Yoon pelik dengan sikap rakannya itu.
" Nak bimbang kenapa? dah saya tak boleh nak tumpukan perhatian terhadap masa depan saya; nak buat macam mana? kena terima jelah.." Ujar Hayeon sambil tangannya menongkat dagu.

"Hish! tolonglah sedar!. awak tu kalau dah pergi jauh-jauh, lagi lah susah awk nak belajar. Mujurlah ada saya! boleh saya bantu jugak kerja awk yang awk tak faham..!"
Marah Soo Yoon dengan perangai kawannya yang begitu malas dalam merancang masa depan.

" Awk?..kenapa?..
Perbualan mereka penuh dgn tanda tanya.
" Sebenarnya saya ada dengar semalam, semasa saya lalu dekat dengan pejabat pensyarah, saya terdengar perbualan Puan Shin dan Encik Kim Nawoon..
Mereka berbual pasal awk.

Serba salah Soo Yoon dibuatnya. Kalau diteruskan, mungkinkah akan mengguriskan hati Hayeon? kawan baiknya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience