BAB 6

Romance Series 3977

"Selamat pagi ibu!. ibu masak apa pagi ni?"
Awal awal pagi lagi Hayeon menyapa ibunya yg sedang sibuk menyediakan sarapan di dapur.

"sarapan simple je..ibu tak berapa sihat harini, tiba tiba kepala rasa sakit."
Ujar ibunya sambil tangannya memegang kepala.

"Ibu tak sihat? tulah, selalu sangat ambil lebih masa kat tempat kerja..sekarang? sapa susah?!"
Hayeon menegur ibunya seperti anak kecil.

Begitulah kehidupan dua beranak yg tinggal di sebuah rumah yang agak indah. Bapa Hayeon sudah lama meninggal. Beliau seorang yg disegani ramai. Dia meninggalkan banyak harta ke atas keluarganya.Namun, ibu Hayeon hanya menjalankan kehidupan mereka seprti biasa dan tidak terlalu memanjakan anaknya.

Hayeon bercuti pada hari tersebut. Dia beranggapan mahu membawa ibunya ke klinik yang berdekatan.

'Waktu Petang'

"Ibu, dah siap ke belum?! ishh nak bawa dia pergi check je, bersiap bukan main lama.."
"NAK NGORAT DOKTOR KE!"

Teriak Hayeon yang letih menunggu ibunya di luar.

"Hish kamu ni..ibu dah siap ni haa..dah jom kita pergi."

Hayeon dan ibunya hanya menaiki teksi. Sesampai sahaja mereka di klinik, Hayeon terus mengambil nombor giliran.

Tidak lama kemudian, mata Hayeon terpandang akan satu kelibat yang lalu di hadapannya. Seorang jejaka yang berdiri di kaunter ubat. Pakaiannya agak kemas. ya seperti 'office boy' lah katakan..

Hayeon terdengar perbualan antara jejaka tersebut dengan nurse yg ada di kaunter ubat itu.
" Suara tu!? suara tu macam aku pernah dengar?"
Bisik suara hati Hayeon.
Muka dia berkerut memstikan suara jejaka tersebut.

"Ok, terima kasih ye. "
" Eh, Hayeon?! awk buat apa kat sini? awk sakit ye?"

sekali dia toleh terus tegur Hayeon. Hayeon masa tu tak agak pon dia tu Jaemin. Maklumlah..orang kaya prgi klinik biasa ke??
kadang kadang jahat jugak suara hati si Hayeon ni.

Hayeon kaku tak terjawab dengan pertanyaan Jaemin.

"Siapa ni Hayeon?"
Tiba tiba ibunya bersuara.
"Err..ni kawan Hayeon."
Teragak agak jawapan yg diberikan sambil tangannya menunjuk ke arah jaemin.

"Ouh, ibu tak tahu pulak kamu ada kawan lelaki. ataupun....dia ni..."

"Ish! takdelah ibu.."

Jaemin tersengih melihat dua beranak tersebut.

Apabila nombor mereka dipanggil, Hayeon bergegas bangun dari kerusi menunggu bersama ibunya.

"Kami pergi dulu ye nak,." ujar ibu Hayeon dengan lemah lembut kepada Jaemin.

Hayeon malas memandang muka Jaemin, dia terus menuju kebilik rawatan.

...........

setelah selesai, mereka berdua keluar.
Hayeon terperanjat melihat Jaemin yang sedang duduk lagi di kerusi menunggu.

"Dia tak balik lagi?!" rungut kecil Hayeon.
"Eh, biarlah dia. Mungkin dia tunggu seseorang tu." Ibunya memberi pandangan positif terhadap jaemin.

Haeyon mahu mengambil ubat di kaunter ubat. Jaemin terus meluru ke arah kaunter ubat dan bertanyakan harga ubat ubatan yg dibeli.

" Berapa harga ubat ni semua?"
"yang mana encik?"
"Ubat makcik ni."

HAPE!! dia nak tolong bayarkan!!!! dah kenapa prihatin sangatttt!!

Hayeon dan ibunya berpandangan antara satu sama lain.

"Eh, awk..takpelah saya boleh bayarkan."
Hayeon terus menolak bayaran Jaemin.
"its okay." dengan senyuman manis Jaemin membalas.

Ibunya hairan dengan dua anak muda ni.

"Terima kasih lah nak. Susah je tolong bayarkan."

"Eh, apalah sangat makcik."
"Makcik balik naik apa ni?" tanya Jaemin.

(bisik hati Haeyon)
"kau buat macam aku tak wujud je eh!"

"Makcik naik teksi je dengan ank makcik ni haa."

"Kalau macam tu, biar saya hantar makcik dengan Haeyon ye?"

(bisik hati Haeyon)
"alah..tak payah nak menyusahkan diri sangat..macam lah aku tak tahu..drama sangatttt..."

" Eh, menyusahkan kamu je."
" Takpelah makcik, lagi pun saya tahu rumah makcik."
" Kamu tahu,? tapi..kita tak pernah kenal pun?"
"Sebenarnya haritu saya yg hantar Haeyon pulang ke rumah.."

"Erm..ibu, dah pukul berapa dah ni. Jom kita balik, ibu kena makan ubat pulak."

celah Haeyon. Dia tak mahu lagi melengah lengahkan masa lagi dengn si Jaemin tu.

"Kejap ye makcik." Ujar Jaemin. Entah kemana dia ingin pergi.

"baiknya anak muda tu. kan Hayeon?"
Ibunya saja mempermainkan Hayeon yg sedang kepanasan menunggu di luar. Panas luar dan dalam!

Tiba-tiba datang sebuah kereta berwarna putih agak mewah.
Jaemin keluar daripada keretanya dan membukakan pintu kereta untuk Hayeon dan ibunya.

"Masuklah makcik." dengan penuh senyuman Jaemin mempelawa ibu Haeyon.

Jaemin membuka pintu depan untuk ibu Haeyon, tetapi ibunya mahu duduk di belakang. jadi, terpaksalah Haeyon duduk di hadapan bersama si driver.

....Dalam Kereta...

"Makcik tak sihat ye? makcik sakit apa?"
Jaemin memulakan perbualan.

" Takde apa apa sangat..makcik cuma sakit kepala je."

"Ouh, jangan lupa makan ubat tu ye." Jaemin memperingatkan ibu Haeyon sperti sudah kenal lama.

"Haeyon?, kenapa senyap je..?" tanya Ibunya kehairanan. Bukankah mereka berkawan? kenapa jadi dingin sprti ini?

"em, takde papelah bu.."
jawab Haeyon ditambah pula keluhan kecil.

Apabila tiba di hadapan rumah Haeyon,

"Terima kasih ye nak..banyak kamu tolong kami harini."

"Sama-sama makcik, perkara biasa saja."
balas Jaemin. Dia berbalas senyuman dengan ibu Haeyon.

"Eh! lupa nk tanya, makcik nak panggil kamu apa ye?"

"Panggil saja Jaemin, makcik."

"em yelah..terima kasih ye jaemin."

Setelah ibu Haeyon keluar, Haeyon segera membuka pintu kereta, namun di halang dengan pertanyaan Jaemin.

"Awk okay? "

" erm..saya okay. Terima kasih sebab pertolongan awk harini."

balas Haeyon. Ucapan terima kasihnya itu agak dingin.

"Saya taknak terima ucapan 'terima kasih' awk tu.."

Ujar Jaemin dengan nada yg agak 'mengada'.

"Habis tu? awk nak apa?"

" Keluar makan."

dengan ringkas jaemin membalas.
Haeyon agak terkejut pada mulanya dan mungkin dia akan menolak permintaan Si Jaemin.
Tapi, dia tidak sampai hati utk berbuat sedemikian..
Dia harus memikirkan alasan utk mengelak!

"Erm, saya rasa tak boleh lah. Ibu saya tak berapa sihat. Saya kena tengok dia..."

yup..itu alasan yg dpt difikirkan Haeyon.

"erm.. sekejap ye."
dengan tiba tiba Jemin keluar dari keretanya terus menuju ke rumah Haeyon utk mendapatkan ibunya.

"Ye, Jaemin? kamu tak balik lagi?
soal ibu Haeyon. Dia yg sedang menyiram pokok bunga mengalih pandangannya ke arah jaemin.

"em, sebenarnya saya nk mintak kebenaran makcik utk bawa Haeyon keluar makan malam ni.."

"Eh, kenapa tak boleh? asalkan kamu boleh hantar Haeyon sebelum lewat malam.."

Ibu Haeyon memberikan respon positif
dengan raut wajah yg manis.

Haeyon baru sahaja keluar dari kereta Jaemin. Dia melihat Jaemin keluar dari halaman rumahnya dengan senyuman yg manis.

Jaemin berjalan menuju ke arah Haeyon.

"Malam ni saya ambil awak."
ujar Jaemin ringkas dan terus masuk ke dalam keretanya.

"Hah?!"

Haeyon dengan segera memanggil ibunya.

"Ibu!!! apa ibu cakap dekat Jaemin??!!! "
rungut Haeyon sambil menghentak manja kakinya.

"haihh..baiknya dia. Suka tolong orang..dah hantar pulang terus nak bawa keluar makan pulak?!"

Ibunya sengaja mahu menyakitkan hati Haeyon. Dia tahu anaknya tidak pernah ada kawan lelaki. Inikan pulak di ajak keluar makan malam??!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience