BAB 3

Romance Series 3977

" Erm..maafkan saya, kat sini ada tak pesakit bernama Song Hayeon?"
Soo Yoon segera bertanyakan tentang hayeon sejurus sampai di hospital tersebut.

" Sekejap ye."
" Ya ade. Sila pergi ke tingkat atas dan bilik bernombor 116."
Balas seorang jururawat yang kebetulan sedang berbincang di kaunter.

"Hayeon!.awak tak apa apa ke?!
awak cedera teruk ke?!
berapa hari awk kena tahan di wad?!"

Bertubi tubi soalan yang diajukan oleh Soo Yoon. Dia juga berasa cemas terhadap keadaan yg menimpa rakannya.

"Saya tak apa apa lah..sikit je ni.."
balas Hayeon dalam keadaan kurang bertenaga setelah rebah tersungkur di atas jalan raya.

"Mujurlah,..ish! kalau diingatkan balik, geramnya saya dengan lelaki sombong tu! dah lah tak mengaku kesalahan sendiri! lepastu boleh pulak dia cakap kita ni jalan macam itik?!!"
Ujar Soo Yoon yang tidak dapat mengawal rasa marahnya terhadap lelaki sombong tersebut.

" Tak apalah..mungkin saya memang jalan lambat kot tadi.."
Hayeon seolah olah mengakui yang ianya berpunca daripada dirinya sendiri.

Soo Yoon tidak boleh terima jawapan yang diberikan Hayeon. Mahu sahaja dia menepis ayat yang diberikan Hayeon. Ianya bukan berpunca daripada Hayeon!
Tetapi, Soo Yoon hanya memberhentikan ungkapannya kerana keadaan Hayeon yang tidak mengizinkan. Takutlah boleh menambahkan kesakitan Hayeon yang terpaksa mendengar bebelan Soo Yoon pula.

" Tuk! Tuk! "
pintu bilik Hayeon di ketuk lalu datang seorang doktor wanita.

" Hayeon? macam mana keadaan awk sekarang?"
pertanyaan seorang doktor kepda Hayeon dengan senyuman yang begitu manis sekali.

" Saya rasa dah ok sikit. Tapi kaki saya tak boleh nak gerak sangat. "
jawab Hayeon sambil menunjuk ke arah kakinya yang tercedera.

" Mengikut jangkaan saya, kaki awk akan pulih seperti biasa dan memerlukan pembedahan, saya sarankan agar awk tidak banyak berjalan."
Terang doktor tersbut kepda Hayeon yang susah hati dengan kakinya itu.

"Awak boleh pulang esok setelah saya membuat pemeriksaan sepenuhnya ke atas awk."

Ujar doktor wanita tersebut. Dia pun berlalu pergi dan meninggalkan Hayeon dan Soo Yoon didalam bilik tersebut.

" Kalau macam tu,,nanti saya bagi tahu pada pensyarah awak ye?. Tentang kerja awk tu janganlah risau..saya akan tolong."

dengan menunjukkan isyarat 'ok', mereka berdua terus berborak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience