BAB 2

Romance Series 3977

"Twink! Twink!"
Kedengaran pemberitahuan didalam handphone Hayeon.
"Jom keluar!?". Hanya sebaris kata yang dihantar oleh rakan baiknya sahaja terus mendapat sambutan riaksi yang tidak diduga oleh Hayeon.

" Ok!!".
Mengetik papan kekunci pada skrin dengan lajunya dan menyatakan balasan yang amat ringkas.

Mereka berdua berjumpa di hadapan pintu masuk kolej tersebut. Memandangkan cuti semester, ramai pelajar yg ambil keputusan utk pulang ke rumah. Lain pula dengan dua org gadis muda ini.
Setelah berjumpa, Soo Yoon terus mengajak Hayeon untuk pergi melepak ke satu Cafe yang baharu sahaja dibuka. Tetapi, sudah ramai pelanggan yang telah menuju ke cafe tersebut.
Soo Yoon merupakan anak orang berada, jadi tiada masalah bagi dia untuk menghabiskan duit belanjanya bersama rakan baiknya. Soo Yoon tidak pernah berkelakuan tidak sopan seperti pergi ke kelab. Walaupun dia anak org berada, dia tetap mengenang kedua ibubapanya jika ingin melakukan sesuatu.
Hayeon menaiki kereta yang dipandu oleh Soo Yoon. Setelah sampai mereka menuju masuk ke pintu cafe tersebut dan melihat kemehawan yang tersergam melalui hiasan hiasan yang di gantung di dinding serta meja kerusi yg tersusun dan nampak moden.
Sejurus mereka duduk di salah satu meja, datang seorang pekerja cafe tersebut dengan membawa sebuku catatan menu dan ditambah dengan senyuman manis.
Setelah selesai memesan hidangan dan minuman, mereka berdua berborak borak sambil menyelitkan sedikit tentang cafe tersebut.

Mereka terus sahaja beredar setelah selesai merasai hidangan mewah di cafe tersebut. Semuanya dibiayai oleh Soo Yoon. Hayeon sangat senang hati apabila mendapat kawan yg kaya raya. Tetapi, dia tidak sama sekali mengambil kesempatan terhadap kemewahan rakannya,Soo Yoon.

" Eh Hayeon, Jom singgah BeautyCare kejap!" Pelawa Soo Yoon. BeautyCare adalah salah satu kedai penjagaan yang menjual pelbagai produk penjagaan kesihatan dan kecantikan.
"Ouh, Ok!"

Mereka terus berjalan menuju ke BeautyCare dan Hayeon berada di hadapan. Sedang mereka berjalan, sebuah kereta dengan tidak sengaja meluru ke arah mereka.

"BAAM!!"
"HAYEON!!" jerit Soo Yoon.
Hayeon jatuh tersungkur di atas jalan.
Orang ramai segera meluru ke arah Hayeon termasuk Soo Yoon.

"Hoii! kau tak reti nak tengok orang ke bila memandu! Lain kali mata tu tengok depan bukan berangan!"
Dengan kuatnya Soo Yoon memarahi pemandu kereta tersebut yang telah melanggar Hayeon.

Hayeon jatuh tersungkur di atas jalan. Kakinya tidak boleh digerakkan akibat pelanggaran kecil di bahagian depan kereta si pemandu tersebut.

Tiba-tiba..keluarlah seorang lelaki dari dalam kereta tersebut. Kasutnya yang berkilat serta kemeja berlengan panjang yang disarungnya sungguh menampakkan pemuda yang kaya.

" Hey! lain kali kalau nak berjalan tolong pandang kiri kananlah! jangan disebabkan jalan awak yg macam itik tu semua orang boleh terbabas! "

Kata-kata yg terus keluar dari mulut lelaki kaya tersebut bagaikan satu tamparan kepada Soo Yoon yg sedang kemarahan.

Muka Soo Yoon berubah. Tangannya menggenggam erat seperti hendak tumbuk sahaja lelaki tersebut.Lelaki tersebut seolah olah tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan. Ingin sahaja Soo Yoon menampar muka lelaki yang sombong tu.

Dengan tiba-tiba lelaki tersebut mengeluarkan handphone nya dan mendjail nombor yang entah siapa.
Soo Yoon segera menenangkan Hayeon yang dalam kesakitan. Orang ramai juga turut berada di tempat kejadian.
Soo Yoon menyangkakan si sombong itu mahu menelefon polis ataupon lawyer.

Namun tiada yang berjawab dengan panggilan yang dibuat oleh lelaki tersebut.
Dengan segera dia berjalan ke arah Hayeon yang terbaring kesakitan lalu terus mengangkat Hayeon masuk kedalam kereta mewahnya itu.

Mata Soo Yoon terpaku. Dia terpinga pinga dengan perbuatan lelaki sombong tersebut.

" Awak mahu bawa dia ke mana!" ujar Soo Yoon dengan nada yg agak tinggi.
" Kemana lagi orang sakit akan dibawa!"
Lantas pertanyaan Soo Yoon dibalas dengan nada yang sombong.

Kereta pemuda itu terus lari dari pandangan Soo Yoon. Dia berasa tidak sedap hati. Mana lah tahu, lelaki itu mahu bawa lari rakannya?

Tetapi, baru dia teringat yang hanya ada satu sahaja Hospital di bandar tersebut. Dengan tergesa gesa Soo Yoon menuju ke hospital tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience