Bab 4 : Jiran Baru

Family Completed 2195

Semasa dalam perjalanan, Rahman ternampak seorang lelaki iaitu abang uda sedang sibuk mengutip barang-barangnya yang bertaburan.

Disebabkan tidak sampai hati, Rahman segera membantunya.

Selepas selesai, “Terima kasih sebab telah membantu saya” ucap abang uda.

“Tak apa. Kita nikan perlu saling bantu-membantu” balas Rahman.

“Awak duduk kat sini ke? Saya tak pernah nampak pun” Tanya abang uda.

“Saya baru menetap di sini. Saya tinggal berdekatan dengan taman rekreasi”

“Oo, patutlah tak pernah nampak. Saya Farid”

“Saya Rahman. Selamat berkenalan”

“Selamat berkenalan”

“Maaf, saya ada hal ni. Jumpa lagi”

“Jumpa lagi” lalu Rahman beredar.

Di sebuah studio, “Maaf, saya lambat” kata Rahman.

“Kenapa lambat? Dah lama saya tunggu tau!”

“Maaf Abang Farihin”

“Kau duduklah dulu. Saya nak berbincanglah dengan kau”

Selepas duduk, “Rahman, kalau kau ada adik perempuan yang tak dengar cakap, apa yang kau akan buat?”

“Memahami dia. Mungkin Abang kasar sangat kut. Diakan perempuan, berbeza dengan adik abang yang lelaki tu. Dia pun ada hak, tak suka ni, tak suka itu”

“Kau ni macam ada pengalaman je. Kau dah ada teman wanita ke?”

“Belum lagi”

“Kalau begitu, kau kahwinlah dengan adik saya tu.”

“Tak payahlah susah-susah Abang.” merah muka Rahman.

“Tak susah pun. Nanti saya berbincang dengan adik-adik saya ye. Jangan pula kau matikan handphone”

“Abang Farihin!!”

“Saya balik dulu ye. Nanti saya beritahu berita semasa. Jumpa lagi”

“Abang!!” tidak sempat Rahman menolak kerana Farihin terus beredar dari situ.

“Memang saya tiada teman wanita. Tetapi, saya ada gadis yang disukai,” mengeluh Rahman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience