Bab 2 : Perbincangan

Family Completed 2195

Sejak itu, hubungan kami menjadi semakin akrab.

Sehinggalah berita itu sampai ke telinga keluarga saya.

Pada suatu hari, kami sekeluarga berkumpul di meja makan untuk berbincang.

“Dengar kata kau keluar pagi-pagi buta demi seorang lelaki. Betul ke?” tanya abang long.

“Itu cuma khabar angin je. Tak usah ambil tahu”

“Teman lelaki kau ke?” tanya abang uda pula.

“Ye ke? Lain kali bawalah dia ke rumah. Abang nak jumpalah dengan dia. Mesti handsome, kan?” tak sabar abang bongsuku.

“Kau diamlah!” abang ngah mengetuk kepala abang bongsu.

“Sakitlah!!” meraung abang bongsu.

“Dahlah” saya cuba menghalang mereka.

“Adik, kan Abang dah kata, jangan pernah keluar dari rumah, malah berbual-bual dengan orang yang tak dikenali. Kau pun tahu betapa bahayanya di luar sana sehingga kau pun hampir menjadi mangsa mereka” tiba-tiba sahaja abang long naik angin.

“Itu…cuma disebabkan kecuaian adik je” takut saya.

“Sejak bila kau dah berubah ni? Abang peliklah dengan kau?” pelik abang long kerana saya dah berubah.

“Sejak dulu adik asyik terperuk je di dalam rumah. Adik tak suka Abang mengongkong hidup adik. Adik pun ada hak!” tak tahulah kenapa tiba-tiba saya meninggikan suara.

“Kita duduk dulu, barulah sambung berbincang.” Risau abang uda.

Saya terus masuk ke dalam bilik.

“Haiya, dia dah merajuk pula.” kata abang ngah.

“Abang dah melampaulah” kata abang bongsu.

“Kalau begitu, kau pergilah pujuk dia” arah abang ngah.

“Kenapa saya pula?” pelik abang bongsu.

“Sebab kau paling rapat dengan dia. Cepatlah” paksa abang ngah.

Abang bongsu terpaksa buat begitu.

“Adik (mengetuk pintu) Abang masuk ye”

Masuk sahaja, abang bongsu terus duduk di sebelahku.

“Dahlah dik. Abang buat begitu pun sebab sayangkan adik” pujuk abang bongsu apabila melihat saya menangis teresak-esak.

“Adik rindu kat mak dan ayah. Kenapa cepat sangat mereka pergi?”

“Sabarlah. Abang pun rindukan mereka.”

Di celah-celah pintu, “Aduh, kenapalah lurus sangat budak tu” luah abang uda.

Ketika itu, abang ngah dan abang uda sedang mengintai.

“Adik kau juga” kata abang uda.

“Hish”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience