Bab 1 : Pertemuan

Family Completed 2195

Nama saya Fatin. Tapi ramai yang panggil saya Fat. Pelik, kan?

Disebabkan saya anak bongsu, saya terpaksa mendengar segala yang diperkatakan oleh ahli keluarga saya.

Termasuklah dilarang keluar dari rumah.

Oleh itu, saya asyik terperuk dalam rumah kerana saya pernah berada di dalam bahaya ketika masih kecil lagi.

Untuk pergi ke dunia luar, saya bangun awal dan curi-curi keluar sementara ahli keluarga saya masih berada di alam mimpi.

Semasa saya duduk di sebuah bangku, tiba-tiba seekor anak kucing mengeser-geser kepalanya pada kaki saya.

“Wah! Comelnya kucing ini” tanpa berfikir panjang, saya terus mendukung kucing itu.

Anak kucing itu memang manja.

“Apa ye nak panggil awak? (Berfikir) Hah, saya panggil awak Kiki ye”

“Miau” tak sangka kucing tersebut suka dengan nama tersebut.

Sedang sibuk bermain dengan Kiki, tiba2 seorang lelaki yang hampir sama dengan umurku datang mendekatiku.

“Minta maaf” secara tiba-tiba dia berkata begitu.

“Eh? Kenapa pula awak minta maaf?” pelik saya.

“Miau” Kiki segera mendampingi lelaki itu.

“Kiki?” pelik saya.

“Maaf. Kucing ni memang nakal” ujar dia.

“Kucing ni awak punya ke? Maaf sangat-sangat. Saya ingatkan kucing ni kucing terbiar. Maafkan saya”

“Tak apa. Nampaknya Kiki dah ada teman. Baguslah. Dia asyik muram je kebelakangan ini.”

“Awak belum beri dia nama ke?”

“Belum. Lagipun nama Kiki sedap juga. Kenapa awak beri namanya begitu?”

“Sebab huruf ‘K’ hampir sama dengan huruf ‘C’ iaitu Cat, maksud kucing dalam English. Lagipun, namanya hampir sama dengan nama saya”

“Siapa nama awak?”

“Nama saya Fatin, tapi digelar Fat. Pelik, kan?”

“Kenapa begitu pula? Awak bukan gemuk pun”

“Saya pun tak tahu. Sejak kecil digelar Fat. Nama awak pula?”

“Saya~”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience