Bab 3 : Kenalan Baru

Family Completed 2195

Keesokkan harinya,

“Apa??” terperanjat abang bongsu.

“Hari ni kami busy. Cuma kau je yang boleh harap. Please Faris” pujuk abang uda.

“Nanti kalau saya kena tangkap macam mana?” takut Faris.

“Pandai-pandai kaulah cover dan reka cerita. Kami pergi dulu. Goodluck” lalu abang-abangnya bertolak.

“Abang jahat!!” menjerit Faris.

Di kedai buku, kelihatan abang ngah sedang memilih buku.

Apabila menjumpainya, abang ngah ingin mengambilnya.

Tetapi terlambat kerana seorang lelaki lebih awal daripadanya telah mengambil buku tersebut.

“Eh? Awak pun nak juga ke buku ni?” Tanya lelaki itu.

“Tak apalah kalau awak nak”

“Tak apalah. Saya boleh mencarinya di kedai lain. Nah” lelaki itu memberi buku itu kat abang ngah.

“Sebentar. Apa kata selepas saya selesai membacanya, saya beri awak pinjam. Awak duduk kat mana?”

“Saya duduk berdekatan taman rekreasi”

“Oo, dekat je dengan rumah saya. Saya Fahmi. Awak pula?”

“Saya Rahman. Selamat berkenalan”

Mereka saling bersalaman.

“Dring dring” telefon Rahman berdering.

“Sebentar ye” lalu Rahman menjawab panggilan itu.

Selepas itu, “Maaf, saya ada hal. Saya nak minta diri dulu” sopan Rahman.

“Saya pun nak balik ni. Jumpa lagi” lalu mereka berpisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience