Bab 5 : Permintaan

Family Completed 2195

Semasa makan malam, “Fat, Abang nak satukan kau dengan kawan Abang” berterus-terang Farihin.

“Puh!!” masing-masing tersembur sup.

“Abang!!” terkejut saya.

“Abang tersilap makan ubat ke?” Tanya Faris.

“Abang sihatlah!” balas Farihin.

“Walau apa pun, Fat tak akan berkahwin” saya segera masuk ke dalam bilik.

“Keras kepala betullah budak tu” penat Farihin.

“Kami pun tak setuju” bantah Farid.

“Tapi, saya setuju” kata Faris.

Farid dan Fahmi serentak menjeling Faris.

Faris tak sanggup nak membalas jelingan itu.

“Kenapa korang tak setuju?” Tanya Farihin.

“Sebab saya dah jumpa lelaki yang sesuai dengannya” serentak Farid dan Fahmi.

“Kau pun?” pelik mereka.

“Kawan saya tu baik hati dan sopan tau” kata Farid.

“Kawan saya pula lagilah baik hati” lawan Fahmi.

“Fat dah ada boyfriendlah” selamba Faris.

“Apa??” serentak mereka.

“Kalau tak percaya, esok saya tunjukkan gambar Fat dengan boyfriendnya” serius Faris.

Esok harinya,
“Adik dah keluar. Cepat tunjukkan gambarnya” tak sabar Farihin.

Mereka melihat gambar di ruang tamu.

“Mana teman lelakinya?” Tanya Farid.

“Nilah” Faris menunjukkan gambar boyfriend Fat yang dimaksudkannya.

“Eh??” pelik mereka.

Terkejut pun ada juga.

“Kenapa?” Faris turut pelik.

“Betul ke ni boyfriend Fat?” tak percaya Fahmi.

“Yelah. Kenapa?” pelik Faris.

“Faris, cuba kau tengok betul-betul gambar ni” tersenyum Farid.

“Apa yang salah?” semakin bingung Faris.

“Kau biar betul ‘jantan’ ni nak jadi adik ipar kita?” geli hati Farihin.

“Apa salahnya??” Faris meninggikan suaranya.

“Masalahnya ialah….HE IS A CAT!!” serentak abang-abangnya.

“So..?” pelik Faris.

“Kenapalah lurus sangat kau ni!!” geram Fahmi.

“Macam mana kau tahu kucing ni boyfriend Fat?” Tanya Farid.

“Kan korang suruh saya ekori adik, jadi saya ekorilah dia. Tiba-tiba Faris nampak adik sedang berbual-bual dengan kucing tu. Lepas tu, adik peluk dia, cium dia…Korang tak syak ke?” bersungguh-sungguh Faris.

“Tak mungkinlah.” Tak percaya Farihin.

“Takkanlah adik pun tak normal juga?” fikir Farid.

“Hish, tak baik cakap begitu. Dia adik kau juga” kata Fahmi.

“Eh? Kenapa ada gambar adik dan Kiki ni?” pelik saya yang baru sampai apabila melihat gambar pada telefon Faris.

“Hah?” terperanjat abang-abang saya.

“Ooo, patutlah adik pelik kenapa Abang bagi adik keluar. Rupa-rupanya ada udang disebalik batu,” anggukku tanda faham.

“Salah Faris. Bukan salah kami” takut Farid.

“Apa pula? Abang yang suruh saya ekori adik dan tangkap gambar dia yang mencurigakan, saya ikutlah” berterus-terang Faris.

“Shu!!” Farid dan Fahmi segera menutup mulut Faris.

“Patutlah adik rasa yang adik macam diperhatikan. Rupa-rupanya ini kerja Abang.” Senyum Fat.

“Siapa suruh kau tolak pinangan kawan Abang” kata Farihin.

“Abang, adik pun ada kebebasan,” kata saya.

“Takkanlah kau nak jadi bujang selama-lamanya?” Tanya Farid.

“Abang ni tak pernah tanya apa yang adik inginkan. Semuanya abang yang tentukan. Adik dah 22 tahun, abang. Kalau ini yang abang inginkan, adik nak pergi dari sini!” saya terus keluar dari rumah.

“Adik!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience