SST - 71

Romance Completed 72474

"Najmi.."

Gadis itu berpaling. Senyuman nipis terukir.

"Suami awak tahu, awak ada kat sini?"

"Mana awak tahu suami saya tak tahu saya ada kat sini?" Soal Najemie sedikit membuat Haziq resah.

"Er.. Ss. saya teka je.. Saya call awak tak dapat. Hari hari saya datang sini. Nak jumpa awak" Balas Haziq gugup.

"Apa perlu awak nak jumpa saya?"

"Tentang Hariz."

"Saya taknak dengar." Najemie meneruskan langkahnya untuk ke bilik pejabatnya.

"Hariz mangsa keadaan Najmi." Haziq mengejar Najemie.

"Saya tak peduli pon. Saya dah tak nak tahu lagi" Tegas suara itu.

Haziq menelan liurnya.

"Hariz buat macam tu sebab dia terpaksa"

"Again? Untuk apa awak bagitahu saya semua ni? Saya dah taknak tahu, Haziq. Cukuplah. Kalau awak jumpa dia lagi, awak bagitahu dia lepas anak saya lahir, saya nak dia lepaskan saya!"

"Biar saya explain dulu. Bagi saya peluang untuk cakap."

"Just.. Shut up! Awak bukan sesiapa pon. Saya tak kenal dia dan awak pon tak kenal dia. Dia tetap misteri."

"Siapa kata saya tak kenal dia? Saya dah kenal dia sejak 10 tahun lepas. Mana mungkin saya tak kenal siapa dia. Saya lagi kenal dia, family dia, segalanya tentang dia saya tahu."

"Kalau awak terlampau kenal dia, tolong jangan bagitahu saya. Sebab kebenaran lebih menyakitkan. Saya taknak tahu kebenaran. Biarlah tetap menjadi rahsia yang korang saje tahu." Kata Najemie.

"Suatu hari nanti awak akan faham."

"Tak faham pon takpe. Saya dah tak hamak nak dengar semua yang keluar dari mulut orang. Hati saya ni dah tak boleh terima kata kata orang sekeliling lagi." Najemie merenung kedepan. Tangan digenggam hebat.

"Semua yang keluar dari mulut korang, semua hanyalah tipu daya untuk buat saya tunduk di bawah pedang. Saya takkan tenang dan saya tak hadap pon ketenangan sekarang." Sambungnya.

"Saya biasa malah dah terbiasa dengan keadaan macam ni. Kata kata seorang pendusta, penipu, pembohong macam dia, tak layak untuk saya percaya lagi. Tambah, saya percaya semua cerita kisah hidup dia adalah direka."

"Kata kata yang bagaikan belati tajam menusuk ke sanubari. Bicara manisnya bagaikan racun yang telah membunuh, mencela, menikam hati saya."

"Saya tunggu setiap malam, dalam kehujanan ditambah kesejukan sehingga ke putih tulang supaya dia datang pada saya untuk perjelaskan. Tapi kemana dia?"

"Macam orang bodoh, saya tunggu dia call saya, mesej, whatsapp saya.. Setiap saat saya bodohkan diri saya untuk dia. Tapi apa yang saya dapat? Takde apa yang saya dapat, Haziq."

"Saya menangis setiap malam. Hari saya bagai tiada sesaat pon hilang untuk dia. Seperti hanya saya dan dia sahaja dimuka bumi ini."

"Saya begitu impikan kisah saya sama seperti kisah cinta romantis Romeo and Juliet. Mahukan seperti Prince Kit yang mencari kemana perginya Cinderella. Mahukan seperti setianya cinta Nabi Muhammad terhadap Khadijah. Tapi saya sedar, kisah cinta ini hanyalah kisah cinta biasa yang banyak dugaan seperti Hariz dan Najemie."

"Perlu ke saya menunduk lagi dan terus menunggu cinta itu kembali? Perlu ke saya hanya duduk diam sehingga dia bawakkan bendera cinta memperlihatkan kemenangannya kepada saya?"

"Heh! Dia hanyalah seorang lelaki bernama Hariz. Pengecut. Bagai kerbau dicucuk hidung. Patuh segala arahan. Langsung tiada usaha untuk capai keadilan. Tak layak menjadi pemimpin. Baru diberi ujian, terus tunduk seperti hamba."

"Dia suami awak, Najmi." Kata Haziq setelah lama berdiam diri.

"Tak layak dipanggil suami jika isteri dibiarkan terkontang kanting keseorangan. Bukan saya mengaibkan, tapi dia yang rela diperaibkan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience