BAB 9

Romance Completed 5095

“Sayang dah siap ke belum?”

Jeritku dari dalam bilik mandi. Aku yang sudah lengkap berbaju Melayu berwarna merah hati merapikan rambutku. Hari ini kami akan bersama-sama menghadiri sebuah program daurah. Alhamdulillah kini aku dan Emy sudah setahun mendirikan rumah tangga dan bakal menimang cahaya mata.

Banyak sungguh cabaran yang perlu aku tempuh sebelum dapat mengahwini suriku kini. Bantahan daripada kedua ibu bapa hampir membuatkan aku putus asa namun aku bertuah kerana mendapat sokongan dari nenek Emy dan Selena. Kakak yang selalu membuatkan aku gila tu yang bermati-matian menolong aku sehinggakan kedua ibubapa surrender. Ada guna juga sikap kasar dan degil kau tu ye Selena?

Sesudah itu, aku ditarbiahkan pula oleh ayah Emy. Apa kau ingat senang ke orang tua tu nak kahwinkan satu-satunya anak gadisnya kepada lelaki berbangsa Cina yang memang tak berapa nak pandai pasal agama? Aku diajar mengaji dan segala hukum-hakam Islam sampai master baru dia bagi izin.

Kelas di Perkim pun aku tak pernah miss! Alhamdulillah aku bersyukur kerana diberikan hidayah sebelum aku berkahwin dan aku sangat gembira kerana menemui sinar Islam.

Tiba-tiba pintu bilik mandi dikuak perlahan. Isteriku yang cantik memakai baju kurung sedondon dan dipadankan dengan tudung merah jambu berdiri mencekak pinggang dengan senyuman sinis dimuka pintu.

“Abang tunggu apa lagi? Bersiap kalah perempuan! Bukan suruh pakai gaun pengantin pun.”

“Emy!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience