BAB 3

Romance Completed 5095

Lupa nak kenalkan diri. Nama aku Isaac Goh, seorang lelaki yang berwajah feminine atau orang Melayu panggil muka jambu (yang ni Emy yang beritahu). Selena Goh, kakak aku mempunyai butik perkahwinan dan sekarang aku terpaksa menjadi model atau lebih kepada hamba kepada kakak aku kerana aku rosakkan kereta kesayangannya. Kalau setakat kereta Proton itu boleh sahaja aku tutup mata bayar tapi masalahnya sekarang dia pakai Ferrari F12!

Gila la perempuan tu! Okey, tapi aku lagi gila sebab terlanggar pokok dengan kereta mahal itu sebab nak mengelak kucing yang tiba-tiba melintas. Haish nasib-nasib. Oh ye kucing tu selamat dan melintas macam tak ada apa-apa yang berlaku huhuhu.

“Apa ini semua Isaac! Kamu tak suka jadi lelaki ke?!”

Tengkingan dari mama aku membuatkan aku keliru dan mula menggelabah. Gambar aku yang sedang bergaya dengan gaun pengantin dicampakkan ke mukaku. Ganas betul mama aku ni.

“Mama…I’m just helping Selena with her business okay! You know what I’ve done to her F12 right? This is considered as payment.”

“Oh my god! Selena must be crazy! Whatever it is, I don’t like it and I think I should marry you off Issac.”

“What?!”

“Kamu dah dengar kan? Anak Auntie Mae minat dengan kamu. Nanti mama uruskan perjumpaan kamu dengan dia. Dah mama ada urusan lain. Jumpa dirumah petang nanti!”

Bamm! Pintu pejabatku ditutup kuat. Serius memang mama aku ini kira kasar dan perangai kasar itu kini diwarisi oleh Selena yang selalu buatkan aku jadi huru-hara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience