BAB 7

Romance Completed 5095

Masuk hari ni, dah dua hari aku tak dapat menghubungi Emy. Dah la ada lagi empat hari sebelum tarikh tutup menghantar calon sesuai kepada mama aku. Makin serabut kepala otak aku nak memikirkan perempuan mana yang patut aku bawa dan kenalkan sebagai calon isteri dalam keadaan tanpa penasihat ulung aku itu. Bila masuk hari ketiga aku rasa aku patut report polis. Gila aku kalau Emy tak ada dan ketika ini barulah aku sedar yang aku sangat perlukan Emy. Oh mama! Isaac dah jumpa calon yang sesuai!

“Emy!”

Dengan perasaan riang gembira aku berlari mendapatkan Emy yang jelas tampak terkejut dengan kehadiran aku. Penat gila aku bertanya sana-sini untuk mengetahui kedudukan Emy yang rupanya pulang ke kampung halaman kerana melawat neneknya.

“Macam mana kau tahu aku kat sini?”

Soal Emy dengan muka agak bengang. Adakah dia dah bosan dengan kerenah aku?

“Aku cari kau macam nak gila Emy! I need you and I think I lov…

Adui payah pula nak sebut perkataan keramat itu.

“Yeah you always need me because I’m your best buddy. Same g…”

“I love you la bongok!”

Belum sempat Emy menghabiskan ayatnya yang ditutur dengan nada jengkel aku melafazkan ayat cinta aku dengan cara yang paling tak macho.

“What?!”

“I love you. Saya cintakan awak. Wo ai ni. Saranghae yo. Kau nak bahasa apa? Meh aku google sekejap.”

“Kau bukan dah selamat dengan anak Auntie Mae ke? Kenapa tiba-tiba cakap cin..suka kat aku pula ni?”

Emy bertanya dengan wajah yang agak bingung. Kot terkejut dengan pengakuan berani mati aku itu.

“Emy, empat hari kau tak ada aku dah nak gila kau rasa macam mana keadaan aku kalau tak nampak kau langsung?”

“Tu sebab kau asyik melekat dengan aku dari dulu bukan sebab kau sukakan aku!”

“Bukanlah sengal! Aku cintakan kau okey? Aku tak boleh bayangkan masa depan aku dengan orang lain. Asal fikir masa depan kau mesti akan aku fikirkan sekali dan kalau kata kau cakap kau ada pilihan lain aku rasa mesti aku pergi bunuh lelaki itu. Serius aku tak main-main!”

Wajah Emy aku tatap dengan penuh kasih. Kenapalah aku ni buta sangat tak nampak yang aku sebenarnya sukakan si Emy ni dari dulu. Emy tunduk malu-malu apabila aku pandang dia tak berkelip. Agak-agaklah minah yang selalu nampak maskulin kini nampak ayu berkain batik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience