BAB 4

Romance Completed 5095

Macam biasa petang itu aku pergi mengadu pada Emy. Aku berkawan baik dengan Emy sejak tadika lagi. Haa tak percaya ke? Kini Emy bekerja sebagai pensyarah di UIAM. Lagak sahaja macam agak kelakian tapi dia ini perempuan bertudung dan berpakaian Muslimah. Pernah juga perkara lucu terjadi pada kami berdua.

Suatu petang sewaktu kami menunggu bas selepas aku dan Emy pulang dari kuliah.

“Assalamualaikum, saya rasa saya perlu sekolahkan kamu berdua.”

Tegur seorang perempuan bertudung labuh yang turut sama menunggu bersama kami.

Terjongket terus kening kami berdua. Apakah?

“Ini kenapa lelaki berpakaian perempuan dan perempuan ini pula pakai macam lelaki?”

“Err…”

Sedaya upaya aku cuba mahu menjelaskan kepada perempuan itu tapi belum sempat nak jelaskan dah kena potong.

“Mungkin kerana desakan nafsu yang songsang tapi tak sepatutnya kamu berdua menentang fitrah Illahi!”

Tercengang terus aku dan Emy. Aduilah akak tudung labuh ni dah salah sangka.

“Kamu sepatutnya bersyukur dilahirkan dengan keadaan yang sempurna.”

“Okey cukup. Saya ni lelaki dan dia ni perempuan okey! Akak dah salah faham.”

Walaupun muka aku feminine tapi suara garau aku ini memang melambangkan aku seorang lelaki sejati. Mungkin kerana terlalu malu, kakak tudung labuh itu terus beredar meninggalkan kami berdua. Tak sampai seminit, kami berdua sudah gelak berguling-guling di stesen bas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience