BAB 5

Romance Completed 5095

“Kau ingat apa tu?”

Tegur Emy sebelum mengambil tempat dihadapanku. Terpaku sekejap aku dengan penampilan Emy. Eh Emy kenapa hari ini kau nampak lain ha? Okey tak patut komen apa-apa sebab otak aku memang tengah tak betul.

“Emy I’m in a big trouble.”

Sesi mengadu bermula. Segala benda aku ceritakan kepada Emy. Aku ada ramai juga kawan tapi hanya Emy sahaja yang boleh dipercayai. Dah kata kawan dari tadika la kan.

Terdiam terus Emy mendengar cerita aku. Wajahnya berkerut-kerut memikirkan sesuatu. Emy dari dulu lagi memang tak akan biarkan aku sendirian apabila aku ditimpa masalah. Itu yang buat aku setia berkawan dengan dia.

“Kau tak suka anak Auntie Mae tu?”

Soal Emy dengan wajah serius.

“Tak! Aku tak suka perempuan yang selalu upload gambar mabuk tak senonoh di Instagram dan berpeleseran dengan jantan macam-macam!”

Tegas aku memberikan jawapan. Emy hanya mengangguk. Dia sendiri tahu sifat aku yang bukan kaki kelab dan memang aku kurang suka bersosial.

“Hmm kau beritahu sahaja dengan perempuan tu yang kau tak suka dekat dia. Habis cerita.”

Emy duduk bersilang tubuh sambil memesan makanan. Muka selamba dan cool Emy hari ini tampak kurang gembira. Kenapakah?

“Kalau mama aku mengamuk macam mana?”

“Kau kan lelaki. Tegas sikit dengan keputusan kau!”

Okey kali pertama aku rasa macam kena marah dengan Emy.

“Kau marah ke? Bendera Jepun tengah naik ke?”

Pap! Kuat bahuku dipukul dengan majalah yang memang tersedia ada di café itu. Muka merah padam Emy aku pandang tanpa berkelip. Err kenapa jantung aku berdegup kencang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience